Sabtu, 5 Mei 2012

MALAPETAKA YANG DAHSYAT DIDUNIA IALAH ALLAH TAK BERI TAUFIK DAN HIDAYAH...KEMUDIAN JADI TAGHUT...DIAKHIRAT ALLAH MASUKKAN KEDALAM NERAKA...NI MALAPETAKA DIAKHIRAT...

Bersih 3.0: Malapetaka perhubungan awam terbesar Najib

Harakahdaily, 04 Mei 2012


(Najib merenung Bersih 3.0 yang menjadi malapateka untuknya)

KUALA LUMPUR: Magnitud kerosakkan  perhubungan awam Bersih 3.0 jauh lebih besar berbanding Bersih 2.0 untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila kisah ngeri kekejaman polis dibongkarkan.

Demikian kata pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

"Sepertimana yang telah saya katakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas, memang terdapat banyak 'mangsa' terutamanya dari pihak Polis, petugas media arus perdana dan Suruhanjaya Pilihan Raya; tetapi tanpa sebarang keraguan, orang yang menanggung kekalahan paling teruk ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Keadaan ini lebih kelihatan pasca “duduk bantah” Bersih 3.0 Sabtu lepas pada 28 April lalu, kerana Bersih 3.0 merupakan satu malapetaka perhubungan awam untuk Najib berbanding Bersih 2.0.


(Orang ramai lari pertempiaran selepas diserang dengan gas pemedih mata)

Magnitud kerosakkan dan impaknya bertambah buruk apabila kisah ngeri kekejaman dan kezaliman Polis dibongkarkan oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang turun ke Kuala Lumpur dalam keadaan aman tetapi tidak pula dibenarkan pulang dan bersurai dalam keadaan aman.

Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang waras dan boleh berfikir mungkin mudah terbeli dengan dakwaan Najib semalam bahawa penganjur Bersih 3.0 bertanggungjawab atas keganasan Sabtu lalu, khasnya amukan keganasan dan kekejaman Polis terhadap peserta perhimpunan aman dan petugas media.

Bagi beliau, kuasa berlebihan, tidak bertempat dan tanpa berkecuali yang digunakan oleh polis, sama ada penembakan gas pemedih mata, tembakan meriam air mahupun keganasan dan kekejaman lainnya, tidak boleh dihalalkan atas alasan demonstran merempuh hadangan Dataran Merdeka Sabtu lepas.

Sebuah kritik terhadap salahtadbir kerajaan dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya bebas dan adil pada Julai tahun lepas menggesa agar pentadbiran Najib membuang mentaliti 'Perang Dingin' dan memodenkan konsepnya dalam menangani isu keselamatan dalam negara dan isu-isu nasional lain.

"Namun begitu, mentaliti 'Perang Dingin' ini dilihat dominan dalam cara pengurusan acara 'duduk bantah' Bersih 3.0 selepas 3 petang Sabtu lepas," katanya.

Pentadbiran Najib harus diingatkan semula bahawa 'musuh'nya bukan lagi komunis yang mengangkat senjata dan berperang di dalam hutan belantara.

"tetapi sebuah gerakan masyarakat yang terdiri daripada golongan pertengahan yang sudah celik politik yang turut berhubung dengan masyarakat dunia dan bergerak atas isu-isu yang sah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti pilihanraya yang bebas dan adil; hak asasi untuk berhimpun dan berpersatuan; pentadbiran berintegriti, baik, bersih dan tanpa rasuah!"

Tentang salahurus kerajaan semasa perhimpunan Bersih 2.0, Najib mempunyai peluang untuk berhenti sejenak, berundur dan menyelamatkan situasi sebelum kerosakkan yang lebih parah berlaku – yang membawa kepada ucapan Hari Malaysia pada 16 September tentang Transformasi Politik besama janji-janji reformasi kebebasan demokrasi dan hak asasi.

(Apa yang Najib boleh jelaskan dengan gambar ini)

"Adakah Najib mampu merentasi kabut propaganda ciptaannya dan para penasihat beliau untuk menyedari bahawa Bersih 3.0 merupakan satu bencana yang lebih besar untuk beliau berbanding Bersih 2.0.

"Ini kerana ia turut membawa kepada 'hari terburuk dalam sejarah media di Malaysia' di mana wartawan dan jurugambar sekaliannya telah protes pada Hari Kebebasan Media Sedunia semalam dengan memakai pakaian berwarna hitam bersama riben kuning.

"Dan profesionalisme polis mendapat lebam mata paling teruk dalam sejarah dengan amukkan keganasan dan kekejaman anggotanya terhadap peserta perhimpunan aman dan petugas media?" kata Lim Kit Siang.

Beliau turut mempersoalkan, adakah Najib menyedari bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein, pernah menyatakan sebelum ini bahawa Bersih 3.0 bukanlah “ancaman keselamatan” kerana ia “tiada daya tarikan”.

Beliau juga amat pantas memuji 'ketahanan diri dan profesionalisme polis' meski terpampang kes amukkan keganasan dan kekejaman polis paling teruk.

Beliau tidak boleh meyakinkan orang awam bahawa sebuah penyiasatan awam tanpa sebarang halangan akan menyiasat keganasan Bersih 3.0 tanpa mengira mangsa – sama ada polis, wartawan mahupun peserta perhimpunan aman?

"Bolehkah Najib berhenti sejenak, melihat ke belakang, dan menyelamatkan keadaan sebelum lebih banyak binasa dilakukan terhadap pentadbirannya dan juga persepsi antarabangsa terhadap negara akibat salahurus yang lebih besar sewaktu “duduk bantah” Bersih 3.0 berbanding Bersih 2.0 Julai lalu?" soal Kit Siang lagi.


JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

Himpunan Tanah Rakyat di Johor esok

Mazlan Aliman, 04 Mei 2012
Esok, 5 Mei bakal mencipta sejarah. Dijangkakan 30 ribu rakyat, bermula jam 1.45 tenghari; bakal membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional.

Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masadepan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat bakal dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair.

Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya?

Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka. Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka?

Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor.

Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13!

* Penulis adalah Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat

Pemuda PAS sokong hapus tol Batu 3, Sg. Rasau

Harakahdaily, 04 Mei 2012
SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor menyokong penuh gesaan PKR Selangor agar Kerajaan Malaysia menutup operasi tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dengan segera kerana semakin membebankan rakyat.

Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata pihak mereka cukup komited untuk memperjuangkan penghapusan tol sepertimana yang telah dijanjikan oleh Buku Jingga Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberi peluang untuk Pakatan Rakyat memasuki Putrajaya dan memerintah Malaysia.

"Kita turut bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan himpunan aman bagi membantah penerusan operasi tol tersebut pada 13 Mei 2012 sekiranya pihak kerajaan Malaysia masih lagi bersikap ‘pekak dan tuli’ dengan rintihan kesempitan hidup daripada rakyat bawahan. 

"Kita mengecam tindakan kerajaan Malaysia yang telah mendahulukan dan mengutamakan keuntungan operasi tol ini kepada kroni-kroni mereka serta memindahkan beban pembayaran dan kesusahan kepada rakyat sepertimana yang telah didedahkan oleh AMK Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Sany lagi, bukan sesuatu mustahil untuk kerajaan memansuhkan tol dan terbukti apabila beberapa operasi tol di Selangor dan Wilayah Persekutuan ditutup setelah didesak oleh Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak Umno dan Barisan Nasional yang pemerintah kerajaan Malaysia dapat melakukan sedikit kebaikan di penghujung usia pemerintahan mereka dengan menutup operasi kedua-dua operasi tol terbabit supaya tidak berterusan dicaci dan dihina generasi akan datang sebagai orang yang ‘bodoh sombong’ dan tidak boleh dinasihat," katanya.

Pengumuman penting Anwar dalam 'Merdeka Rakyat'

Harakahdaily, 04 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting dalam siri jelajah 'Merdeka Rakyat: Pasca Bersih 3.0' akan bermula 7 Mei ini.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, pengumuman itu antara lain berkaitan dengan kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang sebelum ini mengaku sebagai ahli Umno.

Pengumuman itu dijangkan dibuat pada malam pelanjaran program jelajah itu di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak 7 Mei ini.

Selain itu, program jelajah itu juga antara lain akan memberi gambaran sebenar kepada rakyat berhubung perhimpunan bersejarah Bersih 3.0 yang dilapor berat sebelah oleh media arus perdana.

"PKR akan terus membawa berita gembira dari Bersih 3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat.

"PKR juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa," kata Rafizi.

Selain itu Anwar juga dijangka membongkarkan perkembangan terkini perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan: