Khamis, 3 Mei 2012

ORANG SENTIASA MEMIKIRKAN SEX...MUNGKIN BERGELUMANG PERKARA2 SEX...MAKA FITNAH ATAU FAKTA UNTUK MENJATUH MUSUH TENTU GUNAKAN KAEDAH SEX JUGA...

Malunya media di M’sia dibanding negara kuku besi

Harakahdaily, 03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Rakyat merasa malu jika media di Malaysia akan dibandingkan dengan media di bawah pemerintahan negara-negara rejim kuku besi.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar) berhubung laporan media mengenai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Justeru, katanya DPPM merasa simpati terhadap media antarabangsa seperti British Boradcasting Company (BBC) dan Al Jazeera kerana liputan berita milik mereka semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah ditapis oleh Astro tanpa persetujuan mereka.

Bagi DPPM, ujarnya alasan Astro bahawa mereka “mematuhi garis panduan penyiaran kebangsaan” adalah alasan remeh dan sukar untuk diterima.

Ini, katanya kerana dengan penapisan yang dibuat oleh Astro akan menyebabkan hilangnya babak penting yang menceritakan peristiwa sebenar dalam perhimpunan tersebut.

“Ia pula akan menjadikan liputan ini sangat tidak adil, berat sebelah dan hanya memenuhi kepentingan sesetengah pihak sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, DPPM merasa kecewa kerana Astro tidak merujuk dahulu media antarabangsa liputan yang mereka tapis dan paparkan kepada masyarakat.

Ini, tambah Riduan menggambarkan betapa teruknya nilai demokrasi di negara ini sehingga media disekat sedemikian rupa hatta terhadap media antarabangsa.

DPPM juga, kata beliau kesal kerana media di Malaysia masih terkongkong oleh pengaruh politik pemerintahan BN sedangkan media antarabangsa telah jauh mendahului dalam memberikan liputan yang adil dan bebas.

“Rakyat merasa malu jika media di Malaysia akan dibandingkan dengan media di bawah pemerintahan negara-negara rejim kuku besi.

“Bagi rakyat Malaysia pula, perkara ini tidak mengejutkan kerana ia sudah menjadi lumrah sejak dahulu lagi di mana media tidak pernah bebas dan adil dalam memberikan laporannya,” ujarnya lagi.

Malahan, katanya media utama memainkan peranan penting menghentam parti politik atau pemimpin serta sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan Umno BN.

“Lihatlah bagaimana media utama negara memberikan liputan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, seolah-olah kerajaan dan anggota keselamatan menjadi mangsa keganasan rakyat serta kerajaan di pihak yang benar sementara orang awam pula adalah pesalah, sedangkan realiti yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Dengan demikian, ujar beliau terjawablah persoalan nilai kebebasan media di negara ini.

Baginya, tidak perlu pemimpin Pakatan Rakyat keluar negara bagi menceritakan bagaimana teruknya mereka dilayan oleh media tempatan, cukup hanya melihat bagaimana tapisan terhadap pemberitaan yang dibuat oleh media antarabangsa dalam peristiwa penting yang berlaku di negara ini.

PKR ajak rakyat tolak budaya fitnah Umno

Harakahdaily, 03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden PPKR Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.

Justeru, Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden Umno Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Hakikat bahawa media kawalan Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamad Azmin Ali sekadar mengesahkan peranan Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan laluan lampu hijau,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar).

Katanya, budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlak itu sewajarnya dihentikan.

“Budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Machang dalam satu kenyataan.

Menurutnya, apakala Umno berada dalam keadaan terdesak dek kebangkitan dan penolakan rakyat terhadap mereka sepertimana peristiwa terbaru Bersih 3.0 di mana rakyat membebaskan diri dari perasaan takut untuk turun beramai-ramai, Umno akan beralih kepada kepakaran sebenar mereka yakni mencipta fitnah.

Beliau berkata, harapan Umno rakyat dapat melupakan perbuatan ganas polis ke atas rakyat, SPR yang terus memanipulasikan pilihanraya dan propaganda media kawalan Umno yang membuta tuli mempertahankan fitnah dan kezaliman mereka.

“Parti Keadilan Rakyat lantas mengajak rakyat mengambil pengajaran daripada peristiwa fitnah yang menimpa isteri kesayangan Nabi Muhamad saw Ummul Mukminin Aisyah ra yang difitnah berbuat jahat dengan seorang sahabat yang terkenal wara’ dan kebaikannya.

“Peristiwa ini mendedahkan peranan golongan munafik yang mencipta dan menjaja fitnah ini. Golongan ini wajib ditolak dan ditentang habis-habisan,” ujarnya lagi.

Jelasnya, peristiwa itu juga memberi pengajaran bahawa membanteras perbuatan fitnah menjadi tugas dan kewajipan sesama muslim demi melindungi dan memelihara maruah saudara seagama.

Justeru, katanya Parti Keadilan Rakyat mengajak rakyat seluruhnya menolak dan meninggalkan Umno yang terus mengamalkan politik fitnah pada pilihanraya ke 13 akan datang.

Menurut Saifuddin lagi, rakyat semakin matang dan jika Umno beranggapan mereka terus boleh kekal berkuasa dengan politik fitnah ini ternyata Umno silap besar.

“Rakyat mampu membezakan di antara haq-batil, adil-zalim dan mahmudah-mazmumah,” ujarnya.

PAS Ampangan tiada kaitan dengan banner Jati

Faiz Abdullah, 02 Mei 2012
SEREMBAN: PAS cawangan Ampangan menafikan mereka terlibat dengan program pelancaran NGO Jati peringkat Negeri Sembilan yang dijadual diadakan di Surau Al-Mustofa (Surau Hitam) di sini esok.

Penafian itu dibuat oleh Setiausahanya Cikgu Hassan Mohd Taha hari ini ekoran kain rentang program itu yang turut mengaitkan namanya sebagai penganjur.

"Ini satu fitnah terhadap diri saya dan cuba untuk menjatuhkan maruah saya," katanya yang juga AJK Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Surau Hitam sejak sekian lama terkenal dengan port PAS ekoran kedudukannya bersebelahan dengan markas PAS cawangan itu.

Program ceramah-ceramah PAS di Ampangan juga kebiasaannya akan dibuat di sini.

Bagaimanapun banyak pihak sangsi dengan kain rentang kononnya pelancaran NGO Jati yang diterajui bekas Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali juga akan dibuat disitu.

Lebih menghairankan, pada kain rentang itu meletakkan nama Cikgu Hassan Mohd Taha yang sangat dikenali di kawasan itu.

Sehubungan itu menurut Hassan, beliau akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dalam masa terdekat.

Bersih 3.0: Usaha Najib pulih imej berkecai

Harakahdaily, 02 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 2 Mei: Tindakan ganas polis terhadap orang awam terutama para wartawan menjadikan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien amat tercalar teruk.
“Sukar bagi PM untuk menjawab dengan masyarakat antarabangsa yang mempersoalkan tindakan kerajaannya terhadap rakyat mereka sendiri.

“Amat payah bagi PM menafikan keganasan polis oleh mangsa yang mendakwanya, kerana semua itu telah dirakamkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Tambahnya, ternyata percaturan mereka dalam menguruskan Bersih 3.0 telah silap dan tersimpang jauh dari matlamatnya.

Sehubungan itu, ujarnya DPPM menganggap tindakan kerajaan yang melayan peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan kasar sebagai silap strategi.

Bagi DPPM, menurutnya PDRM telah menggagalkan semua hasrat Perdana Menteri yang mahu memulihkan imejnya di mata rakyat tetapi berkecai dalam sekelip mata semasa mengendalikan Bersih 3.0.

Di atas kertas, kata beliau strategi mereka mahu menjadikan Bersih 3.0 sebagai gambaran keganasan orang awam terhadap pihak polis.

“Dengan imej polis yang dipukul orang awam, kereta polis yang diterbalikkan, motor polis trafik yang dirosakkan, serta peralatan polis yang dirampas pada peringkat awalnya seolah-olah perancangan mereka berjaya.

“Namun demikian, mereka lupa bahawa para wartawan juga berada di tempat kejadian dan mereka merakam setiap insiden keganasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap orang awam,” tegasnya.

Bahkan, kata Riduan lebih mendukacitakan pula, para wartawan pula dipukul, dicederakan, ditahan dan peralatan mereka dirampas sehingga beberapa orang wartawan terpaksa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Menurutnya lagi, mungkin pegawai tinggi PDRM lupa berpesan kepada anggota yang bertugas supaya tidak mengambil tindakan kasar terhadap para wartawan.

Katanya, mereka juga lupa memberi arahan supaya tidak memukul peserta di hadapan para wartawan.

Yang lebih utama, ujarnya mereka tidak sangka bahawa para wartawan yang dicederakan itu adalah daripada media antarabangsa walaupun media utama negara memaparkan kebaikan dan professionalisme polis dalam mengendalikan Bersih.

“Rakyat yang tidak tahu mungkin boleh ditipu dengan cerita versi mereka sahaja,” ujarnya.

Namun, kata Riduan mereka tidak boleh sembunyikan cerita sebenar dan rakaman video oleh wartawan media antarabangsa mengenai keganasan polis terhadap rakyatnya sendiri.

Gambar lucah Azmin untuk hancur PKR

Mohd Sayuti Omar, 02 Mei 2012
Sekali lagi akhbar penyambung lidah syaitan yang juga terdesak kerana jangka hayatnya semakin menirus dan bakal hangus kerana bapak tirinya juga sedang nazak, menyambung agenda fitnah mereka dengan mendedahkan foto skandal seks melibatkan pemimpin parti pembangkang.
Azmin Ali
Kali ini yang jadi mangsanya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jamban tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adegn itu sampai ke jamban tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.

Beberapa keping gambar memaparkan 'wajah' Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Berita itu dipetik dari blog upahan Umno. Kepada akhbar itu pendedahan skandal itu tidak akan berjaya mempengaruhi kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sambutan. Sebaliknya pendedahan bersifat fitnah itu menjadikan PKR dan Pakatan Rakyat akan mendapat simpati. Pendedahan gambar itu samalah nilainya dengan penyeksaan pihak polis ke atas peserta Bersih menyebabkan ia memberi simpati kepada PKR dan kebencian kepada Umno. Ianya hodoh.

Wajah Azmin di dalam kedua-dua gambar itu tidak jelas dan kabur. Hanya warna baju dipakai Azmin saja dijadikan bukti kononnya lelaki itu Azmin. Bukti dan cara pembikinannya tidak profesional langsung.

Naif sangat bukti yang dinyatakan atau ditunjukkan oleh individu yang berniat hendak menghancurkan kerjaya politik Azmin.

Percayalah apa saja ditonjolkan itu tidak menjadi butir gatal pun kepada Azmin dan juga penyokong Pakatan Rakyat. Perkara fitnah seperti itu sudah pun biasa dan menjadi mainan yang tidak sedikitpun dirasakan bersalah oleh orang melakukannya. Saya juga percaya fitnah itu tidak mengugatkan dan mengendurkan semangat Azmin malah ia semakin tambah menyemarakkan jihadnya. Simpati dan sokongan juga akan bertambah. Di sini tidak bijak askar upahan atau ahli propagada Umno dalam melancarkan sesuatu fitnah ke atas pimpinan PKR kerana dapat dibaca awal oleh orang raamai.

Kalau yang mendedah (fitnah) itu dan juga yang menyambungnya muslim dan beragama (tidak kira agama apa) mereka tidak akan sanggup berbuat demikian. Tetapi kerana mereka tidak beragama, atau pun agama hanya dengan kata-kata bukan iktikad di hati... dia boleh melakukan apa saja asalkan cita-citanya tercapai. Jadi pendedahan itu hanya sia-sia saja kerana orang sudah tahu siapa mereka.

Kepada Azmin janganlah cemas kerana tujuan mereka berbuat begitu ingin mengganggui fokus anda kepada perjuangan untuk menumbangkan Umno. Mereka (si pembuat fitnah itu) tahu kekuatan Pakatan Rakyat khasnya PKR kini terletak ditangan anda sebagai timbalan presiden. Walhal banyak lagi skandal benar mengenai pemimpin Umno tetapi kenapa mereka tidak menyentuhnya?

Selepas mereka gagal menghancurkan kejaya politik Anwar, kini mereka akan beralih kepada Azmin pula. Mereka akan melanyak dan moraliskan Azmin. Tidak mustahil selepas pemimpin tertinggi PKR termasuk Nurul Izzah, Shamsul Iskandar Md Akin dan lain-lain akan difitnah dan diperlakukan seperti biasa dengan niat dan tujuan sama.

Saranan yang disuruh oleh perempuan bermuka bulat dahi tinggi dan mulut luas juga agar Azmin bersumpah dan bertaubat, tidak perlu dan jangan dipedulikan. Tidak ada guna kalau pun Azmin bersumpah kerana sumpah hanya untuk orang beriman saja. Kalau seseorang itu tidak beriman, mereka tidak akan mempercayai dan akur dengan sumpah.

Tentang perempuan bermuka bulat dan dahi laus itu sepatutnya dia dulu membuat pengakuan ikhlas menafikan yang dia pernah ditiduri lelaki di luar negara beberapa kali dengan sedikit upah.  Penafian yang dibuat perempuan itu kononnya dia tidak ditidur tidak begitu kuat. Mungkin kalau keadaan memerlukan gambar perempuan itu sedang ditiduri akan dipublishkan dengan izin.

Jikalau pihak di sebelah sini hendak bermain jahat gambar perempuan yang lagak Islam dan solehah itu gambar beliau dengan lelaki yang menidurinya juga boleh direkacipta untuk memburukkan dirinya. Tetapi di sebelah sini tidak akan berbuat kerja-kerja politik jahat, kotor dan cemar serta tidak bermaruah begitu kerana itu bukan budaya dan stail mereka. Pemimpin PKR masih mempunyai integriti dan yang busuk semuanya sudah melompat keluar dan mereka kini bersekongkol dengan wanita berdahi luas dan mulut besar yang belenja itu. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

FITNAH SEKS!!! Azmin UMNO ada misai, Azmin Ali tak pernah bermisai

http://paspb2.blogspot.com, 03 Mei 2012

Aksi Fitnah :Kenapa ‘Azmin’ Ada Misai??

Sebahagian petikan tulisan daripada blog MSO Merah Tinta;

Laporan ini (fitnah) adalah kerja cemar dan kotor mereka dari kalangan anak cucu Firaun, Abu Lahad dan Abu Jahal. Kali ini digambarkan Azmin berfoya-foya dengan seorang gadis di dalam jambatan tahi. Nampaknya pemiftnah ini sudah kehabisan sampai sanggup masuk melakukan adigen itu sampai ke jambtan tahi. Semua orang boleh nilai sejauh mana cerdik atau bersihnya orang yang melakonkannya.
Beberapa keping gambar memaparkan ‘wajah’ Azmin. Tetapi malangnya gambar itu dalam bentuk mering (kabur) dan tidak menjelaskan muka sebenarnya.

Kalau gambar lelaki itu Azmin kenapa ianya tidak memaparkan muka secara jelas, kenapa harus dimiring dan dikaburkan. Tektik ini tektik lama yang kambing tiada akal pun sukar untuk mempercayai, apa lagi orang yang waras dan bermoral akan menolaknya.

Cara Bikin Gambar Fitnah!!

Persoalan pertama, betul apa yang dikatakan oleh MSO, kenapa dikaburkan gambar tersebut!! Tujuannya adalah kerana nak memfitnah!! Caranya;

Cari seseorang yang mirip kepada Azmin.
Cari gambar-gambar sebelum ini untuk memadankan warna baju yang dipakai Azmin sebelumnya.
Cari baju yang bersesuaian. Gayakan lagak Azmin.
Pasang CCTV di tempat-tempat tertentu. Lakukan aksi dengan mengaburkan kejelasan gambar!!
Siap!! Dalam politik semuanya boleh diatur asalkan duit!!

Pssst :Lama saya merenung gambar ‘Azmin’ terutamanya gambarnya di Kosmo. Gambar blog asal juga diperhatikan. Saya nampak ‘Azmin’ dah ada misai [gambar kanan bawah]. Lain daripada gambar-gambar Azmin sebelum ini yang tak pernah bermisai!! -ekeleh.com

Demi politik, Umno halalkan laporan lucah

KUALA LUMPUR: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sudah sangat terdesak sehingga sanggup 'menghalalkan' laporan berunsur lucah di akhbar milik mereka.

Beliau merujuk kepada laporan muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki mirip Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?

"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi 'halal'," katanya di Facebook.

Selain Utusan, beberapa media lain turut melakukan perkara sama dengan menyiarkan beberapa keping gambar berunsur lucah itu di muka depan.

Ianya turut disiarkan dalam laporan berita televisyen yang dikawal Umno.

Sambil mengutuk keras tindakan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemberitaan cara akhbar Umno itu hanya akan meruntuhkan akhlak orang muda.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno .

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang," katanya lagi.
-HD


Siasat segera penyebar gambar lucah – Dr Muhd Nur

KUALA LUMPUR 2 Mei: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar gambar lucah yang kononnya dikaitkan dengan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhamad Nur Manuty menegaskan demikian supaya individu terlibat tidak terlepas daripada menerima hukuman setimpal.

Kata beliau, tindakan jahat Umno itu berterusan dengan harapan bagi menjatuhkan potensi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Kita desak ambil tindakan segera, ini satu lagi kejahatan Umno yang suka aibkan orang. Mereka tidak pernah takutkan azab Allah.

“Umno sebenarnya sudah ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu seks untuk jatuhkan pemimpin PR,” katanya kepada Keadilan Daily.

Muhamad Nur berkata, usaha mengaitkan Azmin dengan isu gambar seks tidak akan mampu menggoyahkan sokongan kerana rakyat mula sedar itu hanya fitnah Umno.

“Umno sudah terdesak, terpaksa membuat kerja-kerja gila tanpa pertimbangan moral.

“Sama juga akhbar Umno yang menjadi penyebar fitnah, sebab itu tokoh wartawan India mengatakan laporan media kerajaan tidak ada nilai lagi. Sebaliknya media randan sembang-sembang mereka lebih dipercayai,” katanya.

Semalam, blog pro Umno antaranya, papagomo.com dan brojinggo.blogspot.com menjadi penyiar utama gambar lucah tersebut sehingga menjadi berita muka depan akhbar propaganda Umno khususnya Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Azmin mengecam sekeras-kerasnya fitnah itu yang mengaibkan beliau dan keluarga.
-KD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: