Dakwaan kasari wartawan, KAMI mahu saman k'jaan
Kumpulan
Aktivis Media Independen (KAMI) merancang untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap kerajaan Malaysia dan pasukan polis berhubung
dakwaan mengasari pengamal media pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.
Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman berkata, pertubuhan itu sedang mengumpulkan bukti dan saksi sebanyak mungkin berhubung kejadian tersebut.
"Mengikut apa yang dilaporkan, sebanyak 10 kes yang melibatkan wartawan dan jurugambar dikasari oleh pihak polis.
"KAMI sedang berunding dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak polis dan kerajaan untuk bawa kes ini ke mahkamah seberapa segera.
"KAMI juga ingin meminta pengisytiharan bahawa tindakan polis itu bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya, KAMI juga menyokong gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) agar siasatan ke atas dakwaan berkenaan dijalankan jawatankuasa bebas dan bukan pasukan polis.
"Kami bersetuju agar penubuhan siasatan bebas berhubung kes ini seperti yang dicadangkan NUJ dilakukan... Setelah saya teliti, tidak ada undang-undang yang memberi kebenaran kepada polis untuk rampas kamera dan barangan wartawan," katanya.
Terdahulu, ketua seketariat KAMI Hidayatul Kamil Termudi dalam satu sidang media turut menyelar tindakan pihak polis mengasari wartawan yang membuat liputan pada himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.
Malah, kenyataan bercelaru di antara menteri bertanggungjawab dan juga kenyataan ketua polis negara menunjukkan tahap prihatin pasukan tersebut dalam menjaga keselamatan wartawan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung tindakan merampas kamera wartawan.
"Hishammuddin kata (rampasan) sebahagian daripada SOP (garis panduan operasi polis), tapi ketua polis negara kata tidak.
"Ini menunjukkan bahawa menteri tidak tahu apakah SOP yang berkaitan media. Dan ini juga menunjukkan pihak berkuasa tidak serius dalam menjaga keselamatan yang berkaitan wartawan," katanya lagi.
Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran.
Lai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo.
"Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kana, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai.
“Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya.
Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan.
Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini.
“Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya.
Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut.
Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur.
Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today.
Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.
Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.
Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.
Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.
Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.
Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman berkata, pertubuhan itu sedang mengumpulkan bukti dan saksi sebanyak mungkin berhubung kejadian tersebut.
"Mengikut apa yang dilaporkan, sebanyak 10 kes yang melibatkan wartawan dan jurugambar dikasari oleh pihak polis.
"KAMI sedang berunding dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak polis dan kerajaan untuk bawa kes ini ke mahkamah seberapa segera.
"KAMI juga ingin meminta pengisytiharan bahawa tindakan polis itu bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya, KAMI juga menyokong gesaan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) agar siasatan ke atas dakwaan berkenaan dijalankan jawatankuasa bebas dan bukan pasukan polis.
"Kami bersetuju agar penubuhan siasatan bebas berhubung kes ini seperti yang dicadangkan NUJ dilakukan... Setelah saya teliti, tidak ada undang-undang yang memberi kebenaran kepada polis untuk rampas kamera dan barangan wartawan," katanya.
Terdahulu, ketua seketariat KAMI Hidayatul Kamil Termudi dalam satu sidang media turut menyelar tindakan pihak polis mengasari wartawan yang membuat liputan pada himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.
Malah, kenyataan bercelaru di antara menteri bertanggungjawab dan juga kenyataan ketua polis negara menunjukkan tahap prihatin pasukan tersebut dalam menjaga keselamatan wartawan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung tindakan merampas kamera wartawan.
"Hishammuddin kata (rampasan) sebahagian daripada SOP (garis panduan operasi polis), tapi ketua polis negara kata tidak.
"Ini menunjukkan bahawa menteri tidak tahu apakah SOP yang berkaitan media. Dan ini juga menunjukkan pihak berkuasa tidak serius dalam menjaga keselamatan yang berkaitan wartawan," katanya lagi.
Peserta BERSIH ganas akan ditangkap
Polis
akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara
Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak
berkenaan yang diperoleh pasukan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.
- Bernama
Dalam sidang media hari ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, exco Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah dan Yaakob Sapari mengenakan ikatan pita kuning atas permintaan wartawan yang hadir.
Kumpulan pemberita memotong dan mengedarkan pita itu kepada rakan-rakan mereka sebelum sidang media itu.
"Esok Hari Kebebasan Media Sedunia. Kami akan pakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang," kata seorang pemberita Selangor Times yang mengambil inisiatif itu.
Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.
Sementara itu, Khalid berkata beliau bersimpati dengan nasib wartawan berkenaan dan tidak bersetuju dengan serangan itu dan sudah masanya untuk masyarakat membuat perubahan.
"Kamu menambahkan nilai kepada pengetahuan masyarakat supaya mereka dapat membuat keputusan lebih baik. Tanpa media yang bebas, kita tidak akan menjadi masyarakat berpengetahuan," katanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.
Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.
- Bernama
Reben kuning untuk wartawan dikasari polis
Kerajaan
Selangor menyertai beberapa pertubuhan media bagi mengutuk kekasaran
polis terhadap wartawan yang membuat liputan ketika perhimpunan BERSIH
3.0 Sabtu lalu melalui ikatan pita kuning.Dalam sidang media hari ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, exco Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah dan Yaakob Sapari mengenakan ikatan pita kuning atas permintaan wartawan yang hadir.
Kumpulan pemberita memotong dan mengedarkan pita itu kepada rakan-rakan mereka sebelum sidang media itu.
"Esok Hari Kebebasan Media Sedunia. Kami akan pakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang," kata seorang pemberita Selangor Times yang mengambil inisiatif itu.
Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.
Sementara itu, Khalid berkata beliau bersimpati dengan nasib wartawan berkenaan dan tidak bersetuju dengan serangan itu dan sudah masanya untuk masyarakat membuat perubahan.
"Kamu menambahkan nilai kepada pengetahuan masyarakat supaya mereka dapat membuat keputusan lebih baik. Tanpa media yang bebas, kita tidak akan menjadi masyarakat berpengetahuan," katanya.
Saksi lihat anggota polis acu senjata api
Seorang
saksi berkata beliau melihat seorang pegawai trafik mengacukan senjata
api ke arah peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran.
Lai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo.
"Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kana, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai.
“Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya.
Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan.
Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini.
“Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya.
Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut.
Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur.
Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today.
Lelaki dakwa dilanggar polis hingga terpelanting
Seorang
lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi
ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan
insiden yang dialaminya itu.Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.
Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.
Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.
Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.
Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.
Kereta polis meluru laju, langgar peserta BERSIH
SAKSI MATA
kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da
Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan
BERSIH 3.0.
Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.
Kira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.
Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.
Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.
Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo.
Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.
Semasa kejadian mencemaskan itu berlaku, saya tidak melihat seorangpun anggota polis lain berada di tempat kejadian.
Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut.
Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.
Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Beberapa orang di antaranya kemudian bertindak menterbalikkan kenderaan ke satu sisi dan memeriksa bahagian bawah kereta tersebut.
Saya kemudiannya panik dan berlari ke bahagian tengah jalan semula kerana khuatir kereta yang terlibat dalam perlanggaran itu akan meletup.
Tidak berapa lama kemudian, saya berpatah balik semula ke kawasan berhampiran kereta tersebut dan mendapati seorang lelaki yang cedera dengan berlumuran darah di kepalanya sedang diperiksa sekumpulan paramedik.
Saya melihat lelaki tersebut kemudiannya dibawa meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan ambulans.
Tonton video 1.17 minit

Tiada ulasan:
Catat Ulasan