Khamis, 10 Mei 2012

BAGAIMANA NAK CAPAI KEADILAN...JIKA DIRI SENDIRI TIDAK ADIL PADA ISLAM...SEBAGAI AGAMA ALLAH...YANG HARAM TETAP HARAM...HARAM ITU JELAS....YANG HALAL ITU JUGA JELAS..

PRU13: Gelombang perubahan bermula dari Johor?

Nazri Abdullah, 10 Mei 2012

(Johor disifatkan negeri paling hangat dalam pertembungan PRU13)
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong menjangkakan negeri Johor akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau juga mendakwa, gelembang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pada PRU-12 sebelum ini, pusat perubahan itu dilihat bermula di Pulau Pinang dan membawa kepada negeri sekitarnya iaitu Kedah dan Selangor.

Menurut Fui K. Soong, pandangannya itu berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran Selepas Selangor dengan kaum Cina adalah majoriti.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kajiannya di wacana politik dan persepsi semasa pengundi menjelang PRU-13 di Universiti Malaya hari ini.

Turut menjadi panel membincangkan tajuk 'Siapa selepas PRU ke-13, BN atau PR' itu adalah bloger politik Mohd Sayuti Omar dan Editor Sinar Harian Online Dr G.Manimaran.

Menurut Fui K. Soong, Johor juga antara negeri 'paling panas' pada PRU-13 nanti dan boleh dilihat dengan pertambahan pengundi baru paling tinggi iaitu seramai 385,591 orang.

Selain Johor, negeri yang juga boleh dianggap 'panas' adalah Selangor dengan pertambahan pengundi baru seramai 373,748, Perak (249,405), Sabah (149,940) dan Sarawak (164,547).

Sementara itu Mohd Sayuti juga turut memberi pendapat serupa.

Menurut penulis profilik itu, beliau dapat melihat gelombang perubahan rakyat yang luar biasa berbanding pilihan raya sebelum ini khususnya di Johor.

Ianya berasaskan sambutan memberangsangkan oleh rakyat terhadap program-program Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Sebagai penulis blog dan wartawan, saya ikut jelajah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke Endau sampai lah ke Sembrong.

"Saya dapat lihat kehadiran menakjubkan," katanya.

Selepas PRU 2008 lalu, banyak pihak melihat Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah di negeri-negeri Selatan tanah air khususnya Johor dan Negeri Sembilan yang dahulu terkenal dengan negeri 'kubu kuat' Umno BN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS, juga telah mengesahkan akan bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada PRU-13 ini.

Wartawan Harakah dipanggil jadi saksi

Muhammad Faizal, 10 Mei 2012
SHAH ALAM: Wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad hari ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikel beliau di dalam akhbar Harakah.

Beliau yang juga merupakan defenden telah hadir bagi memberi keterangan berhubung dengan sidang media yang diadakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di Terengganu berhubung dengan isu serbuan gereja DUMC di Selangor.

Mahkamah yang berlangsung pagi tadi dan bersambung semula jam 230 petang turut memanggil wartawan sambilan RTM, Khalid Abdullah dan juga bekas exco Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bersih 3.0

Maruthan, 10 Mei 2012

Di Senja Menanti Keranda
Bertabur Dihalaman Mahligai Rakyat
Pertiwi Berlumuran Darah Bersih
Merdeka Dikubur  Hidup Bernyawa
Bangsa Digadai Seperti Keldai Kayu
Airmata Mengalir bertempur Baju Merah Biru
Genggam Kuku Besi Berpolitik Kusta
Gading Gajah Dijadi Tongkat Dacing
Bermimpi Tak Patah Tulang Belakang
Batu Nisan Dihadiah Insan Tak Salah….
Rakyat Jelata Tak Akan Berdiam Diri
Wayang Kulit Ditaja Tok Dalang Solo
Kata Karut Ditekan Waktu Tidur
Rakyat Bisik Jangan Cuba Lagi !
Adil Roket Menuju Bulan Purnama
Amboi Wira Bersih Ternama …..
Duduk Bantah Pelusuk Benua !


Maruthan
Bt. 27, Jalan Rawang
Bestari Jaya

Manakala pada petang ini, Setiasusaha Perhubungan Umno Selangor, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akan hadir memberi keterangan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang dan timbalannya, Haji Mohd Sabu di atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin ketika menolak tuntutan Umno Selangor tersebut bersetuju dengan hujah peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Ustaz Hadi dan Mohd Sabu bahawa saman Umno Selangor ke atas kedua-dua tokoh PAS tersebut telah gagal mendedahkan apa-apa kausa tindakan kerana ia bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan.

Umno Selangor telah melalui Setiasusaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Ustaz Hadi dan Mohd Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah yang bertarikh 19 Ogos 2011 memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.

Dengan keputusan ini, hanya tinggal tiga lagi defendan dalam kes saman Umno ini.

Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam, Wan Mubarak manakala Ustaz Hadi dan Mohd Sabu diwakili oleh Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.

Tarik balik RUU p'raya adalah kemenangan rakyat

Abdul Aziz Mustafa, 10 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah kemenangan rakyat yang menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Ini adalah kemenangan rakyat. Tindakan kerajaan menarik balik  rang undang-undang itu adalah hasil kejayaan langsung rakyat yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 benar-benar satu perhimpunan raksaksa.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) terkejut sungguh dengan ratusan ribu rakyat yang keluar duduk dan bantah," katanya.

Dengan pelbagai tindakan ganas yang dilakukannya ke atas perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, kerajaan Umno BN sama sekali tidak menyangka Bersih 3.0 menjadi salah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah, kata Mahfuz.

"Umno BN tidak sangka rakyat sudah melihat dengan jelas tipu daya mereka.

"Mereka tersentak dengan semangat dan tuntutan rakyat itu, mereka serba ketakutan kerana selepas ini, sebarang bentuk penipuan dalam pilihan raya akan disanggah oleh rakyat dan mereka sedar bahawa hayat pemerintahan mereka semakin hampir ke penghujung," katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena itu memperingatkan rakyat bahawa langkah penarikan balik rang undang-undang tersebut hanyalah sandiwara dan taktik Umno BN untuk memadam aspirasi rakyat yang terjelma dalam tuntutan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

"Umno BN sama sekali tidak akan bersetuju dengan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sejauh mana bersihnya daftar pemilih.

"Mereka tidak berani sama sekali menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan-tuntutan Bersih," kata Mahfuz.

Beliau juga yakin kerajaan Umno BN juga tidak berani sama sekali meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.

"Kerajaan Umno BN tidak berani sama sekali meminta Pengerusi dan Timbalan Pengurusi SPR meletak jawatan setelah sikap tidak memihak mereka dipertikaikan dan semakin tidak dipercayai," katanya.

Bagi Umno BN, kata beliau lagi, SPR adalah kuda tunggangan mereka.

Meskipun begitu, jika kerajaan terus berkeras dengan keengganan untuk memastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil, Mahfuz yakin rakyat akan bangkit sendiri dan berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan-perhimpunan raksaksa tanpa diinisiatifkan oleh sesiapa pun.

"Selepas ini, saya yakin rakyat akan bangkit sendiri tanpa perlu diinisiatifkan oleh sesiapa pun dengan kebangkitan yang jauh lebih besar dari Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0," kata beliau dengan penuh keyakinan.

Rakyat, katanya, semakin sedar bahawa "hanya suara rakyat suara keramat".

"Hanya tuntutan dan kebangkitan yang lebih besar akan dapat memastikan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada rang undang-undang tersebut berikutan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Hanif tidak dapat selesai isu keganasan polis

Harakahdaily, 10 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat pelantikan Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas bagi menyiasat insiden keganasan dalam Bersih 3.0 serta menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tindakan yang tidak bijak serta cuba menutup keburukan diri.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kerajaan seolah-olah merasa bimbang jika banyak tembelang mereka yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum akan pecah satu persatu jika mereka terima tawaran PBB dan dalam masa yang sama mereka dengan tergesa-gesa pula melantik panel yang diketuai oleh individu yang dipertikaikan ramai pihak.

Katanya, DPPWP menganggap pelantikan Hanif sebagai Pengerusi Panel Penyiasat Bebas sebagai ‘melepas batuk di tangga’ bagi mengelakkan lebih banyak tohmahan dilemparkan oleh rakyat terhadap kerajaan.

“DPPWP bersetuju dengan pandangan ramai bahawa pelantikan Tun Haniff Omar tidak akan menyelesaikan isu keganasan polis semasa Bersih 3.0, bahkan rami sudah menjangkakan apakah kesudahan dalam siasatan panel bebas ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujar beliau kerana latar belakang Hanif sebagai Ketua Polis Negara dan insiden yang akan disiasat oleh beliau dan panelnya adalah melibatkan insititusi polis.

Beliau berkata, Haniff pula pernah mengeluarkan kenyataannya yang mengutuk perhimpunan Bersih 3.0.

“Dengan latar belakang yang begini, apakah beliau mampu berdiri ‘bebas’ bagi menyiasat semua insiden ini, atau beliau turut ‘bias’ dalam membela PDRM dan menyalahkan orang awam?” tanya Suhaimi.

Tambahnya, dalam keadaan imej PDRM yang semakin tercalar teruk kebelakangan ini dengan pelbagai kes seperti rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi PDRM, kes melindungi kumpulan kongsi gelap, jenayah, menangani orang awam secara ganas dalam perhimpunan, dan lain-lain lagi, imej Hanif selaku bekas Ketua Polis Negara turut tercalar.

“Beliau tidak terlepas dari tanggapan negatif masyarakat bahawa beliau juga sebahagian dari gambaran buruk yang ditohmah terhadap PDRM,” ujarnya.

Oleh yang demikian, kata beliau DPPWP berpendapat amat wajar sekiranya kerajaan menarik balik pelantikan Tun Hanif Omar bagi mengetuai panel siasatan bebas ini dan melantik individu lain yang dilihat lebih bersih dan bebas.

DPPWP juga, katanya mendesak supaya kerajaan menyertakan sekali Suhakam dalam panel siasatan ini serta menimbangkan semula untuk menerima tawaran PBB.

“Jika tidak jangan disalahkan jika rakyat dan masyarakat antarabangsa menyamakan pemerintahan Malaysia dengan pemerintah kuku besi di negara lain,” katanya.

GMP tunggu respons PM, TPM adakan pertemuan

Anis Nazri, 10 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini menunggu respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menetapkan tarikh pertemuan di antara mereka.

Pengerusi GMP, Prof. Dr Shahrir Md Zain, berkata pertemuan itu dirancang bagi memastikan usaha ke arah pemansuhan PPSMI segera dilaksanakan.

Katanya, GMP telah mengutus surat bagi mengadakan pertemuan itu beberapa bulan lepas, bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang respons yang diterima.

"Sehingga hari ini GMP belum menerima sebarang tarikh bagi menjayakan pertemuan tersebut.  Kita percaya, ia akan mengambil sedikit masa untuk itu," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah Dr Shahrir lagi, GMP difahamkan pihak pejabat PM dan TPM sedang mengatur masa yang sesuai bgi mengadakan pertemuan tersebut.

"Boleh jadi, mungkin tak jadi jumpa.  Kita teruskanlah dengan program kita bagi memastikan PPSMI ini dimansuhkan segera," tambah beliau.

Mengulas rancangan GMP untuk mengadakan 'roadshow' di seluruh negara berhubung isu PPSMI ini, Dr Shahrir berkata program itu akan dilaksanakan, cuma menunggu satu tarikh yang sesuai.

Katanya, GMP belum memanggil mesyuarat bagi membincangkan perkara ini memandangkan pelbagai isu timbul di tengah-tengah perancangan NGO tersebut.

Sebelum ini, GMP berhasrat mengadakan 'roadshow' di Pagoh, Johor.

Program yang dijadualkan April lalu itu kemudiannya bertukar lokasi ke Muar.

Bagaimanapun, perancangan tersebut tertunda dengan isu tuntutan Bersih 3.0 yang menuntut satu sistem pilihan raya yang bebas dan adil, yang menyaksikan ratusan ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur, 28 April lalu.

Selain di Johor, GMP turut bercadang mengadakan 'roadshow' di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat - bermula di Kelantan.

Tegas beliau, isu PPSMI ini perlu digerakkan semula memandangkan tiada sebarang tindakan serius kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.

"Kita tidak nampak kerajaan serius mengenainya.  Sebelum ini kerajaan hanya menangguhkan pelaksanaan PPSMI, bukan menghentikannya," tegas beliau lagi.

PBB selar, kata tak lulus ‘gas pemedih mata’

Harakahdaily, 10 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam ‘meluluskan’ senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

“PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan ‘CS Gas’ sebagai bahan pengawal rusuhan,” kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.


“Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam,” kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.

Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue,  untuk menyiasat Bersih secara objektif.
Sebaliknya, kerajaan melantik bekas ketua polis negara Hanif Omar untuk mengetahui “panel penasihat bebas” untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Dalam Diam.. Menteri Umno Tempelak Haniff Omar

http://addin77.blogspot.com, 10 Mei 2012
Posted by Addin at 5/10/2012
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran Bersih 3.0 di ibu negara bulan lalu. Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai." "Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi kerajaan memperbetulkan persepsi dan menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Dan, jika dijalankan dengan baik, menggunakan peluang ini dengan baik, saya rasa ia akan mendatangkan faedah kepada kerajaan," kata beliau.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Kata Saifuddin, beliau merasakan Sim boleh mengetuai panel tersebut.

Mengumumkan perkara itu semalam,

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel penasihat akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Katanya, mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya, beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.~sinarharian

Tiada ulasan: