Rabu, 2 Julai 2014

BAGI MALU AGAMA DAN BANGSA SERTA NEGARA

Tuesday, 1 July 2014


KES SERANGAN SEKSUAL TERHADAP SEORANG WANITA DI NEW ZEALAND ... KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF) SOKONG TARIK BALIK IMUNITI DIPLOMATIK SUSPEK SEORANG PEGAWAI TENTERA BERPANGKAT PEGAWAI WARAN II.



KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) menyokong tindakan menarik balik imuniti diplomatik pegawainya yang didakwa membuat serangan seksual terhadap seorang wanita di New Zealand pada Mei lepas, bagi membolehkan lelaki itu didakwa mengikut undang-undang New Zealand.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Mindef memandang serius tuduhan itu dan akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap pegawai terbabit.

"Kami akan siasat dan bekerjasama dengan Kementerian Luar dan Kerajaan New Zealand dan akan memastikan mana-mana pegawai yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman yang setimpal," katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, hari ini.

Hishammuddin juga menegaskan Mindef tidak akan memberi perlindungan kepada mana-mana pegawainya yang didapati melakukan kesalahan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini yang dilapor berkata Wisma Putra sedia menarik balik kekebalan diplomatik pegawai tersebut yang dikehendaki oleh pihak berkuasa New Zealand.

Lelaki berpangkat Pegawai Waran II daripada Mindef yang dihantar bertugas selama setahun di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu ditahan polis negara berkenaan pada 9 Mei atas tuduhan cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Bagaimanapun pegawai itu dikatakan menggunakan imuniti diplomatiknya daripada menghadapi tuduhan jenayah di sana dan telah pulang ke tanah air pada akhir Mei.

Wellington mahukan pegawai itu menghadapi dakwaan jenayah di mahkamah negara tersebut. - Bernama

Tuesday, 1 July 2014


DI BERITAKAN INILAH WAJAH PEGAWAI WARAN MUHAMMAD RIZALMAN KAKITANGAN PEJABAT PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NEW ZEALAND SUSPEK KES MENCABUL DAN CUBA ROGOL YANG KINI HANGAT DIPERBINCANGKAN.

9:49AM - 2 Jul 2014

'Serangan seksual bukan sebahagian peranan diplomatik'


Meluaskan kekebalan diplomatik kepada atase diplomatik yang dituduh pecah rumah dan melakukan serangan seksual, memberi isyarat bahawa kekebalan seumpama itu adalah lesen untuk melakukan jenayah.

Ketika menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif NGO Lawyers for Liberty, Eric Paulsen (kanan) berkata meluaskan kekebalan tersebut akan menjejaskan hubungan Malaysia-New Zealand.

Di samping itu, tegasnya, "penyalahgunaan" seperti itu juga boleh melemahkan hubungan dengan negara lain kerana Malaysia "tidak dapat menjamin bahawa diplomatnya akan menghormati undang-undang" di negara mereka bertugas.

Oleh itu, NGO berkenaan menggesa kerajaan supaya segera mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail - kakitangan pembantu pertahanan di konsulat Malaysia di Wellington - dan tidak hanya dibicarakan di mahkamah tentera di Malaysia.

Bukan setakat langgar disiplin

"Peguam for Liberty terkejut bahawa kerajaan Malaysia menegaskan ia memberi kekebalan diplomatik untuk melindungi Muhammad Rizalman (Ismail) daripadas apa yang jelas satu kes serius serangan seksual dan pecah rumah - perbuatan yang tiada berkaitan dengan peranan diplomatiknya.

"Kami mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa kekebalan diplomatik adalah penting untuk diplomat bekerja tanpa gangguan di negara asing, tetapi ia bukan satu lesen untuk melakukan jenayah dan sudah tentu tidak boleh digunakan dalam kes ini," katanya.

Beliau juga berkata Rizalman tidak sepatutnya hanya berdepan dengan mahkamah tentera seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar kerana dia bukan setakat dituduh melanggar disiplin.

"(Ianya) tidak munasabah kerana ini bukan isu disiplin tetapi kesalahan jenayah yang serius yang didakwa dilakukan terhadap seorang wanita," katanya.


 
1:00PM - 2 Jul 2014

Parlimen NZ bahas isu 'serangan seksual' diplomat

Isu seorang diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mendapat perhatian Parlimen negara kiwi itu.

Ia bermula apabila jurucakap hal ehwal luar negara Parti Buruh David Shearer mahukan sebuah perbahasan segera dibuat berhubung isu itu.

Shearer, seperti dilaporkan TVNZ, mempersoalkan cara menteri luar negara itu Murray McCully mengendalikan isu itu dengan mendakwa mangsa tidak diberikan keadilan selepas tertuduh pulang ke Malaysia.

McCully mengakui bahawa terhadap beberapa kelemahan dalam pengendaliannya.

“Ia sesuatu yang tidak dinafikan oleh anggota daripada bahagian ini di dalam dewan,” McCully dilaporkan sebagai berkata.

Pegawai tentera yang ditugaskan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington pada Mei dituduh memecah rumah dan menyerang dengan niat merogol seorang gadis 21 tahun di rumahnya di ibu negara itu.

Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan bahawa tertuduh telah pulang ke Malaysia melalui perbincangan tidak rasmi antara dua kerajaan dan dia kini disiasat oleh pasukan tentera negara ini.

Kementerian luar New Zealand baru sahaja meminta maaf kepada kerajaan berhubung pengendaliannya terhadap kes melibatkan kekebalan diplomatik.

Monday, 30 June 2014


Berita Mengejutkan Ini Mungkin Tidak Disiarkan Di Buletin Utama Edisi Malam Ini


Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai felo penyelidik kanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya berkuatkuasa hari ini sebagai bantahan terhadap peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).“


Atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti, saya letak jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM hari ini.

Ia berkaitan kes menimpa Dr Redzuan,” kata bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu menerusi akaun Twitter hari ini.Apabila seorang pengguna Twitter, dengan akaun @johngray22 bertanyakan alasan peletakan jawatan itu, Saifuddin berkata:“Sila baca laporannya di The Malaysian Insider."

Bagaimanapun, cubaan The Malaysian Insider menghubungi Saifuddin untuk mendapatkan penjelasan lanjut masih gagal.Redzuan dilaporkan menerima arahan daripada Kementerian Pendidikan untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah UMcedel.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu. ~tmi

Selepas ‘sampahkan’ negara, jangan jadikan universiti sampah, kata PMUM







Pelajar Universiti Malaya turut memberi reaksi negatif dengan peletakan jawatan Pengarah UMcedel merangkap Dekan FSSS UM Prof Datuk Dr Redzuan Othman. Gambar fail The Malaysian Insider.Pelajar Universiti Malaya turut memberi reaksi negatif dengan peletakan jawatan Pengarah UMcedel merangkap Dekan FSSS UM Prof Datuk Dr Redzuan Othman. Gambar fail The Malaysian Insider.Pelajar Universiti Malaya menggesa Kementerian Pendidikan tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memberikan reaksi itu susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.
Presiden PPUM Fahmi Zainol berkata profesor itu berjaya meletakkan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai antara yang terbaik di di negara ini.
"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak sedemikian. Jika betul Kementerian Pendidikan dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin UM akan sentiasa bergerak ke belakang seiring dengan ‘kebodohan’ sesetengah pihak.
"Untuk pengetahuan semua sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, paling membanggakan FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.
"Pada masa sama beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fahmi berkata, UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.
"Nyatakan pusat kajian yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau kerajaan sendiri yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel?
"Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel," katanya.
Dalam kenyataannya, Fahmi mengesahkan alasan diberikan pengurusan UM ketika tidak menyambung tugasnya sebagai dekan adalah faktor usia yang dikatakan akan bersara tahun depan.
"Saya sendiri mendapat panggilan terus daripada naib canselor UM berkenaan isu pelantikan dekan FSSS di universiti.
"Secara telusnya Dr Redzuan tidak dipilih atas faktor umur yang semakin lanjut, itu respon pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan kenapa jawatan dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh beliau.
"Alasan yang diberi sangat tidak masuk akal dan kebudak-budakan," katanya.
Fahmi berkata, jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk bertanding sebagai calon dekan FSSS UM.
"Jika umur menjadi ukuran saya fikir pengerusi senat UM tidak layak untuk jawat jawatan beliau sekarang kerana umurnya hampir mencecah 80 tahun," katanya. – 30 Jun, 2014.

Jangan mimpi universiti tempatan 100 terbaik, kata kakitangan akademik UM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) kecewa dengan tindakan Putrajaya memberikan tekanan kepada Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (gambar) sehingga beliau meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
Presiden PKAUM Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, jika benar wujudnya tekanan daripada Kementerian Pendidikan, sangat jelas kerajaan tidak mementingkan kebebasan akademik dan buat keputusan berasaskan politik.
Beliau berkata, isu ini merupakan bukti salah satu punca universiti di Malaysia sukar untuk maju kerana ada campurtangan daripada pihak politik.
"Jangan kacau kami. Kajian dan metodologi kami ikut peraturan akademik. Jangan sebab kajian kita anda (kerajaan) menghadapi masalah, itu bukan masalah kita.
"Jangan sebut sekali pun kecemerlangan akademik. Tutup mulut, diam, dan jangan nak pandai-pandai mimpi ranking universiti Top 100, tak mungkin," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, kebebasan autonomi akademik merupakan asas universiti yang cemerlang dan sepatutnya bebas daripada campurtangan politik secara langsung dalam penyelidikan, namun perkara ini gagal difahami pihak kementerian.
Mengenai isu jawatan dekan Redzuan yang tidak dilanjutkan, Azmi berkata Timbalan Cancelor (VC) berkuasa penuh menentukan calon paling layak memegang jawatan dekan walaupun jumlah undi mungkin menyebelahi Redzuan.
"Tentang dekan itu kita tak tahu kenapa kerana sistem (pemilihan) dekan bukan sistem demokratik.
"Staf akademik hanya memberi cadangan siapa yang mereka suka kemudian VC yang akan pilih.
"Jadi kita tak tahu berapa banyak staf fakulti sastera yang sokong (Redzuan).
"Walaupun mungkin beliau menang undi popular tetapi keputusaan akhir ditangan VC, apa sebab kita tak tahu," katanya.
Beliau berkata, jika benar berlakunya isu Redzuan tidak dipilih walaupun mendapat undi popular, ini jelas satu lagi contoh campurtangan kerajaan.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Redzuan diarahkan Kementerian Pendidikan supaya meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel malah jawatan dekannya juga tidak diperbaharui.
Difahamkan, Putrajaya tidak senang dengan hasil kajian UMcedel apabila dilihat memberikan lebih banyak publisiti kepada Pakatan Rakyat (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu.
Antaranya, kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.
Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.
Selain itu, Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian yang dilihat pro kepada Anwar.
Cubaan The Malaysian Insider ke UM untuk berjumpa Redzuan bagaimanapun gagal apabila beliau dikatakan sibuk bermesyuarat dan enggan berjumpa dengan wartawan.
Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir beliau sebelum jawatan dekan diambil alih secara rasmi oleh timbalannya, Prof Dr Md Sidin Ishak bermula esok.
Majlis penyerahan tugas antara Redzuan dan Md Sidin diadakan dalam mesyuarat tertutup di pejabat pentadbiran FSSS pagi tadi.
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM.
Saifuddin mengumumkan perletakan jawatan atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti terhadap Redzuan melalui akaun Twitter miliknya, hari ini.
"Kami hormati prinsip dan keputusan beliau, dan apakah kesan kepada UM? Universiti jadi malu.
"Tetapi akhirnya mereka akan tunduk kepada arahan kementerian juga," kata Azmi. – 30 Jun, 2014.
Manfaat ganja untuk perubatan
  • Minyak ganja dipercayai berupaya merawat kanser otak. Minyak ganja dipercayai berupaya merawat kanser otak.
1 / 2
SEORANG penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu.

Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain.

Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.

Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.
  

Kawal penggunaan

Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan.

Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.

Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.

Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.

Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya.

Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.

Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.

Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.

Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.
Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan.

Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.

Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.

Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan  penyakit tertentu.

Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.

Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit.

Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak


Kegunaan terapeutik

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm?

Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.

Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.

Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.

Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.

Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG.

Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.

Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.

Gadis Dirogol Sekumpulan Lelaki Sehingga Pengsan!

PARIT BUNTAR – Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.
Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.
Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Photo: Kerana Dendam 28 Keping Gambar Panas Guru Sekolah Disebarkan dimedia sosial

Selanjutnya http://nblo.gs/XWB4y
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.
“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.
“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.
“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.
Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.
Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.
“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.
Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.
“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,”katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat. – Sinar Harian

Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtad


Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad (gambar) pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
"Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini.
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.
Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
"Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.
"Oleh demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya. – Bernama, 1 Julai, 2014.
Zoo Negara: Neraka dunia bagi haiwan

KOMEN: Zoo Negara, zoo pertama di Malaysia yang telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 14 November 1963, pada masa dahulu pernah menjadi kebanggaan dan kegembiraan negara.
Kita juga masih ingat lagu tema yang dinyanykian kanak-kanak daripada semua peringkat umur sedekad lalu, "Let's go to the zoo, there are lots of things to do…" Malangnya, tidak lagi.
Hari ini, ia adalah tempat di mana makhluk indah pergi untuk dilupakan, dan dikunci dalam penjara besi berkarat. Ia dipaksa mendiami lumpur, menyejukkan diri di dalam kolam kecil yang jarang dibersihkan dan makan dari lantai dan minum air kotor – yang pasti akan mematahkan semangat mana-mana manusia, apatah lagi haiwan.
Malah, huraian dalam risalah, laman pelancongan dan seumpamanya harus ditulis: "Selamat datang ke Zoo Negara, tempat untuk menyaksikan haiwan yang sakit mental dan tubuh badan, dan juga kekurangan zat makanan."
Ia seolah-olah haiwan di zoo pun tidak dapat mengelak dari kesan politik yang telah melanda banyak aspek kehidupan kita.
Zoo ini semakin merudum setiap hari dan haiwan dibiarkan hidup dalam keadaan suram selama beberapa dekad. Sekali pandang haiwan-haiwan ini, sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja menitiskan air mata.
Keadaan haiwan yang dipamerkan di zoo begitu buruk sehinggakan beberapa haiwan pasti menderita dari segi psikologi, jika tidak jasmani.
Zoo mempunyai tujuan menjaga dan mengawal kebajikan haiwan, memberikan pendidikan, serta pemuliharaan. Namun, haiwan-haiwan berharga ini hanya dianggap sebagai sebuah lagi aset perniagaan.
Zoo ini dibiayai oleh penjualan tiket yang berharga RM30 (dengan MyKad) dan RM50 (tanpa MyKad) bagi setiap pengunjung, ditambah dengan dana swasta dan penajaan korporat tetapi ia tidak dilaburkan kembali untuk memperbaiki keadaan haiwan.
Jelas sekali yang haiwan di Zoo Negara tidak berada dalam kesihatan yang baik – zoo ini tidak mempunyai habitat dan kemudahan yang betul, doktor haiwan zoo, pengendali haiwan dan penjaga zoo terlatih, dan paling penting kemudahan perubatan yang baik.
Haiwan-haiwan jelas kekurangan penjagaan dan perlindungan yang betul. Tiada panduan profesional boleh didapati di zoo; jadi selain daripada hakikat bahawa pengunjung tidak belajar apa-apa dari lawatan mereka, haiwan ini terdedah kepada penyalahgunaan oleh orang-orang yang membuang punting rokok, beg plastik dan sampah lain ke dalam kandang mereka.
Ini menanam mentaliti bahawa lawatan ke zoo hanyalah satu lagi kunjungan, tidak lebih dari itu. Panduan profesional perlu mengiringi pengunjung terutamanya kanak-kanak, supaya dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran mereka tentang hak-hak, keperluan haiwan dan bagaimana ia harus dilayan.
Ditambah pula dengan kemudahan yang tidak memenuhi piawaian, sangkar simen yang menjadi kediaman haiwan adalah kecil, busuk dan dan tidak menyerupai habitat semula jadi mereka. Inilah sebabnya mengapa mereka menunjukkan tanda-tanda berputus asa, liar dan hilang keinginan untuk hidup.
Seorang pekerja Zoo Negara yang tidak ingin dikenali berkata: "Keadaan begitu teruk sehingga haiwan sering kehilangan selera makan mereka, atau menjerit. Sering kali mereka akan menghantuk kepala mereka ke dinding."
Beliau menambah bahawa haiwan-haiwan berasa tidak selamat dan sempit kerana mereka tidak diberikan habitat hidup yang menyerupai persekitaran semulajadi mereka, di mana mereka boleh berjalan dengan bebas dan bukannya dikurung di dalam kandang kecil keseluruhan masa.
Haiwan ini kekurangan zat, berpenyakit, uzur dan jelas hilang kemahuan untuk hidup. Unta dijangkiti kurap dan satu matanya telah dijangkiti kuman. Kandang puma pula kosong, seperti juga kandang dubuk, beruang dan badak. Burung unta di situ tidak berbulu dan kelihatan seperti ayam yang telah dicabut kesemua bulunya.
Kolam badak air pula kotor dan mereput dengan kulat berada di permukaan air. Malah panel maklumat pameran juga telah koyak dan rosak.
Ini mungkin satu-satunya zoo di dunia yang beroperasi dengan cara percubaan dan kesilapan.
Tiada kepakaran saintifik yang betul, mahupun perubatan dan rawatan digunakan dalam menguruskan koleksi haiwan yang sihat dan seimbang.
Zoo Negara juga tidak mempunyai pakar veterinari dan pakar-pakar terlatih dalam penjagaan yang betul haiwan bagi pelbagai makhluk dan habitat yang berbeza, ia hanya mempunyai seorang doktor haiwan am.
Selain daripada kekurangan penjagaan asas, pemakanan dan keadaan hidup yang betul, haiwan di Zoo Negara juga mengalami kesan panas terik dan hujan tropika kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang betul untuk berteduh.
Jelas haiwan ini menderita dan tiada siapa yang nampaknya mengambil berat. Apa yang boleh dilakukan bagi memastikan kesejahteraan haiwan-haiwan ini? Di manakah keadilan untuk haiwan-haiwan malang ini? Apa yang akan berlaku kepada panda yang baru-baru ini telah dibawa masuk dari China?
Malangnya, semua soalan-soalan ini mungkin kekal tidak terjawab, sewaktu mimpi ngeri bagi haiwan ini berjalan di Zoo Negara.

GILA!! Awek bogel dengan teman lelaki di Twitter kena maki...




Separuh bogel.
Lelaki perempuan yang baru lepas buat sesuatu.

HAHAHA..

Si Aslinda_Pit telah popular kat twitter. Tiba2 nama dia meletup angkara gambar kat bawah neh hah ;



Ingat aku nak bogelkan gambar dia macam dia bogelkan gambar dia sendiri ka? Jangan harap. Gambar dia memang lucah yang amat. Tapi aku takmo share. Yang nak tengok sangat tue pun aku rasa tak payah la. Baik tengok badan lue sendiri la.

WAKAKAKA..

Jujur aku cakap. Aku rasa la kan ;

1. Account twitter Aslinda Pit tue palsu. Fake.

2. Tujuan nak memalukan gadis dan lelaki dalam gambar di atas.

3. Jangan2 HP dia tercicir ke kena curi ke apa ke, then orang yang terjumpa pula tengok, alamak aiiii.. ada pula gambar2 lue tengah tuttttttt...

4. So depa pun gatal2 la sebarkan.

Ataupun, gambar2 dia tue dah tershare sekali kat dropbox. Or google plus. Almaklumla, kalau lue guna smartphone, lue tatau nak set agar jangan auto backup dalam google plus memang nahas la lue kalau lue ada account google plus. Sebab apa, semua gambar2 dalam smartphone lue akan berpindah ke google plus KALAU lue tak buat dua benda ;

Tiada ulasan: