Rabu, 9 Julai 2014

BULAN PUASA PUN BUAT MAKSIAT....BULAN LAIN PUN TAK BOLEH BUAT....BAB ZAKAT PUSAT ZAKAT JAWABLAH....DIHADAPAN ALLAH JAWAB LAGI

MEMALUKAN!!! Gadis Pejabat Agama Dicekup Di Ruang Tamu!! BERPELAKUAN SUMBANG DI BULAN RAMADAN

on Tuesday


Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di ranjang bersama teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di Kota Kinabalu emapt hari lepas.

Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan untuk memadu asmara dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak menyerbu rumah tumpangan berkenaan.

Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil. Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.

Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu. ~ Sumber4:10PM - 9 Jul 2014

Gadis Ini Berkemban Tuala Mandi Pergi Bazar Ramadan


 
Gadis Ini Berkemban Tuala Mandi Pergi Bazar Ramadan

Gadis Ini Berkemban Tuala Mandi Pergi Bazar Ramadan | Seorang perempuan dengan penuh selamba telah dilihat hanya berkemban dengan tuala mandi pergi bazar Ramadan dengan muka seperti belum mandi je.
Kalau dilihat pada wajah mungkin pelancong asing tapi rasanya di negara mana pun memakai tuala mandi bukanlah fesyen yang betul untuk dikenakan ketika keluar rumah atau berada jauh dari kolam renang.
Apa pun salut juga sebab nampaknya minah ni mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Siap selamba merasa makanan lagi walaupun kami yakin, dia pasti jadi tumpuan ramai.
Tapi terfikir juga kami, adakah ini satu cubaan untuk menyindir perempuan muslimah yang pergi ke bazar Ramadan yang dipenuhi orang berpuasa tapi berpakaian lebih dari orang kafir?

Namakan saya, kata wanita 21 tahun NZ


Wanita 21 tahun yang menuduh diplomat Malaysia Muhammad Rizalman Ismail menyerangnya di rumahnya di Wellington, New Zealand bersedia namanya didedahkan kepada umum.

Identiti pengadu dalam kes-kes seksual di negara itu secara automatik dilindungi di negara itu, lapor stuff.com.nz.

“Tetapi di Mahkamah Daerah Wellington hari ini, Judge Bruce Davidson membenarkan permohonan daripada wanita itu – diwakili melalui sebuah stesen TV – untuk penahanan namanya ditarik balik petang ini,” lapor portal itu.

Radio New Zealand juga melaporkan di laman webnya bahawa hakim Davidson berkata, penahanan namanya berakhir pada jam 8.30 petang (waktu tempatan) pada Rabu, apabila beliau mengambil bahagian dalam sebuah rancangan televisyen.

Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 21 tahun.

Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei selepas pertikaian isu diplomatik, dan mencetuskan kemarahan ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas dilaporkan pada 28 Jun.

Penahanan nama Rizalman ditarik balik selepas Fairfaz Media menang mencabar perkara itu di mahkamah New Zealand, lapor stuff.com.nz.




Wednesday, 9 July 2014

INILAH WAJAH PENGADU DAN MANGSA KES SEKSUAL BERLAKU DI NEW ZEALAND SUSPEKNYA PEGAWAI WARAN II RIZALMAN ISMAIL YANG KECOH SATU DUNIA.



Tania Rose Billingsley, wanita 21 tahun yang menuduh diplomat Malaysia Muhammad Rizalman Ismail menyerangnya di rumahnya di Wellington, New Zealand tampil mendedahkan namanya kepada umum.

Identiti pengadu dalam kes-kes seksual di negara itu secara automatik dilindungi di negara itu, lapor stuff.com.nz.

“Tetapi di Mahkamah Daerah Wellington hari ini, Judge Bruce Davidson membenarkan permohonan daripada wanita itu – diwakili melalui sebuah stesen TV – untuk penahanan namanya ditarik balik petang ini,” lapor portal itu.

Radio New Zealand juga melaporkan di laman webnya bahawa hakim Davidson berkata, penahanan namanya berakhir pada jam 8.30 petang (waktu tempatan) pada Rabu, apabila beliau mengambil bahagian dalam sebuah rancangan televisyen.

Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 21 tahun.

Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei selepas pertikaian isu diplomatik, dan mencetuskan kemarahan ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas dilaporkan pada 28 Jun.

Penahanan nama Rizalman ditarik balik selepas Fairfaz Media menang mencabar perkara itu di mahkamah New Zealand, lapor stuff.com.nz.

Ditumbuk adik ketika bela ibu
  • Mohd Khairul Anuar dipenjara tiga bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam, mencederakan abangnya. Mohd Khairul Anuar dipenjara tiga bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam, mencederakan abangnya.
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Niat murni seorang abang cuba menyelamatkan ibunya daripada terus dimaki hamun membawa padah apabila cedera ditumbuk dan disepak adiknya sendiri.

Bagaimanapun, perbuatan biadab si adik, Mohd Khairul Anuar Yusof, 24, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas Mohd Khairul Anuar mengaku salah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas abangnya, Mohamad Isma Fida Yusof, 27, dengan cara menumbuk dan menyepak sehingga mangsa terjatuh.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Kubang Jambu, di sini, pada 11 Mac 2013, kira-kira jam 8.15 malam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian ketika berada di rumah, mangsa ada terdengar adiknya itu mengugut hendak memukul ibu mereka yang berusia 51 tahun sekiranya permintaannya untuk mendapatkan RM20 tidak dipenuhi.

Ketika dua beranak itu sedang bertengkar, mangsa cuba menghalang adiknya daripada terus bersikap kurang ajar dengan ibu mereka tetapi Mohd Khairul Anuar telah menumbuk dan menyepak mangsa hingga terjatuh.

Susulan tindakan itu, mangsa mengalami luka di bahagian dahi akibat terkena batu, luka di siku lengan kiri dan lebam serta luka di bahagian dada.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikan adik lelaki mereka berusia 21 tahun yang ketika itu baru balik dari kedai.

Wednesday, 9 July 2014


PIC OF THE DAY ... AMALAN MULIA DI BULAN PUASA.


Kagum apabila Omak Kau mendapat kiriman gambar melalui inbox memperlihatkan seorang anggota polis Trafik sedang membantu bersama-sama dengan beberapa penunggang motosikal bantu menolak sebuah kereta yang megalami keroskan secara tiba-tiba di Jalan Tun Abd Razak, Kuala Lumpur petang semalam.

Pegawai dan anggota polis yang meyumbang empat kerat tulang diluar bidang tugasnya amatlah dipuji sekali.

Keletihan berpuasa bukannya alasan untuk anggota polis ini menyumbang kerja kebaikkan .. Gelagat beliau wajar diberikan pujian dan jadi ikutan teladan kepada semua warga kita.

Syabas PDRM kerana berjaya mendidik anggotanya menjadi insan yang bertanggung jawab dan berhati mulia.

Tuesday, 8 July 2014


Bongkar!! Cerita Sebenar Bekas Ketua Hakim Didedahkan?


Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad tidak jujur apabila berkata beliau menolak tawaran menyertai Majlis Perundingan Perpaduan Negara (MPPN) kerana takut dilabel sebagai "pengkhianat" kepada orang Melayu dan Islam, kata satu sumber yang dekat dengan isu ini.


Hakikatnya, Hamid tidak pernah ditawarkan jawatan untuk panel MPPN," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

"Beliau sebenarnya ditawarkan jawatan pengerusi Jawatankuasa untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Hamid didakwa meminta elaun bulanan RM10,000, kereta dan pemandu.Sumber itu berkata, Putrajaya memberitahunya jawatan itu tidak diberikan sebarang faedah.

Kenyataan ini datang sehari selepas Hamid, yang mengetuai  Badan Perpaduan Nasional – majlis perpaduan yang ditubuhkan oleh kumpulan hak Melayu Perkasa dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sebagai saingan kepada MPPN – berkata beliau diminta menyertai MPPN tetapi menolak kerana dikhuatiri digunakan pihak tertentu, yang mahu mengenepikan hak dan kedudukan Islam  dan Melayu di negara ini.

Hamid, yang merupakan ketua hakim negara selama setahun sehingga Oktober 2008, juga mendakwa Putrajaya diberi tugas merangka bil perpaduan kepada pembangkang, yang kini "mengambil alih" MPPN.

"Saya takut saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada orang Melayu dan Islam," kata Hamid.

Sebagai respon kepada pendedahan sumber itu, Hamid memberitahu The Malaysian Insider beliau mungkin tersalah faham mengenai jawatankuasa itu yang meminta beliau menjadi sebahagian daripadanya, tetapi menegaskan sebab menolak pelantikan itu adalah sama seperti dinyatakan sebelum ini.

Apabila ditanya mengenai dakwaan beliau menolak jawatan pengerusi JKMPKA kerana tidak ada faedah, Hamid berkata, beliau hanya bertanya sama ada terdapat faedah, dan tidak menuntutnya.

"Bagaimanapun, itu bukan sebab saya menolak jawatan itu. Sebab saya menolak adalah berdasarkan kepada apa yang saya katakan sebelum ini," Hamid memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temubual telefon semalam.

Sementara itu, Vincent Wong, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, mengesahkan Hamid tidak pernah ditawarkan menjadi pada panel MPPN.

Beliau juga mengesahkan Hamid ditawarkan menjadi pengerusi JKMPKA tetapi menolaknya.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu menyatakan sebab penolakan Hamid daripada jawatan pengerusi.

"Tun Hamid ditawarkan pada November tahun lalu memandagkan Datuk Azman Amin Hassan, pengerusi JKMPKA, bersara pada September, tetapi beliau (Hamid) menolak tawaran itu dan menyatakan sebab-sebab di dalam surat tetapi saya tidak mahu menyentuh soal itu," kata Wong.

Azman memegang dua jawatan pada masa itu – Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan juga pengerusi JKMPKA sehingga beliau bersara pada September.

Gandesan Letchumanan adalah ketua pengarah Jabatan Perpaduan Negara manakala Prof Datin Dr Azizan Baharuddin dilantik menjadi pengerusi JKMPKA bulan lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan MPPN pada 25 November 2013 yang ditugas merumuskan Rangka Tindakan Perpaduan Negara dalam tempoh dua tahun.

Seramai 30 anggota panel MPPN dilantik yang diketuai Tan Sri Samsuddin Osman;  Ahli Parlimen Parit Buntar PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee; aktivis Datin Paduka Marina Mahathir dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Berikutan kenyataan bekas ketua hakim, MPPN mengecam Hamid kerana mengkritik badan tanpa memahami peranan dan fungsinya dengan betul.

Ahli MPPN Mujahid, Saifuddin dan Lim berkata dalam satu kenyataan ia tidak pernah diperkenalkan sebagi puak pembangkang walaupun tidak semua ahli adalah daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

"MPPN ditubuhkan kerajaan dan pelantikan setiap anggota dan pengerusi itu dilakukan mengikut kriteria tertentu.

"Kita semua bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat yang jelas dan kita tidak berminat dalam orientasi politik rakan-rakan kami," kata mereka dalam satu kenyataan sebagai respons kepada  Hamid.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan juga mengecam bekas ketua hakim itu dan berkata pandangan berat sebelah atau diskriminasi dinyatakan oleh hakim walaupun selepas persaraan, mencerminkan unsur negatif kepada badan kehakiman dan melemahkan persepsi orang ramai terhadap kebebasan mereka.

Beliau berkata, serangan Hamid mengenai MPPN yang memohon menyatukan semua rakyat Malaysia adalah malang, sambil menambah mereka yang benar-benar percaya dalam perpaduan Malaysia akan memberi MPPN peluang tetapi mereka yang memperjuangkan hak bagi hanya satu komuniti tidak akan menghargai tugasnya. ~tmi

Wednesday, 9 July 2014


UCAPAN BAJET TAHUN LALU OLEH ADUN KOTA ANGGERIK MENYEBABKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TSKI TELAH MELULUSKAN RM27 JUTA UNTUK NAIK TARAF MASJID NEGERI SHAH ALAM.


Tahun lepas dalam sidang DUN Negeri Selangor ketika ucapan bajet ADUN Kota Anggerik YB Dr Hj Yaakob Sapari telah memohon agar Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sekian banyak dana untuk menaik taraf Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang pada pandangan dan pemerhatian beliau sudah usang terutamanya dibahagian bumbungnya, memandangkan masjid berkenaan merupakan mercu tanda Bandar Raya Shah Alam.

Syukur alhamdulillah, nampaknya kerajaan negeri Selangor pimpinan TSKI amat perihatin akan permintaan tersebut dan wajar diberikan peruntukan awal sebanyak RM27 juta
Peruntukan terbabit merangkumi pembinaan menara masjid, kawasan sekitar dan pembaikan struktur bangunan serta ruang dalaman.

Kerajaan negeri berpendapat mahu masyarakat selesa dengan keadaan masjid dan menganggap seperti berada di rumah bagi meneruskan pelbagai program bagi mengimarahkan masjid.

Tahniah Omak Kau ucapkan kepada ADUN Kota Anggerik atas daya usaha dan inisiatifnya membangkit isu ini dalam sidang DUN dan jutaan terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Selangor kerana meluluskannya.

Jadi jelaslah TSKI pemimpin yang mendengar dan mendahulukan kepentingan rakyat.
KETUA PEMUDA UMNO PERLIS LAGAK SAMSENG - MAJLIS PERBANDARAN KANGAR (MPK)
KETUA PEMUDA UMNO PERLIS DITAHAN POLIS
Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menumbuk muka seorang peniaga di bazar Ramadan Arau.
MPK bagaimanapun menafikannya.Menurut versi Syed Atif, tumbukan itu dilayangkan apabila peniaga yang kecewa barangnya diangkut bertempik menggelar penguatkuasa sebagai “kejam dan tidak bertimbang rasa”.
Penguatkuasa itu dikatakan datang ke bazar Ramadan pada Ahad untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak membayar sewa tapak.Selepas tumbukan itu, Syed Atif mendakwa, orang ramai yang marah kemudian melontar kenderaan MPK dengan tembikai.
Syed Atif berkata, beliau meminta pegawai MPK itu supaya menggunakan budi bicara kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dijadual melawat bazar itu.Dihubungi Malaysiakini hari ini, jurucakap MPK berkata, kejadian itu tidak pun berlaku.
“Pegawai kami tak ada menumbuk siapa-siapa."Dia buat tohmahan ini untuk tunjuk kuasa dia dan kejantanan dia sebagai ketua Pemuda Umno Perlis,” katanya.Menurut jurucakap yang enggan dinamakan itu, Syed Atif sebenarnya yang memulakan pertelingkahan itu.Jurucakap itu juga mendakwa pemimpin Umno itu sebenarnya cuba membuat provokasi dengan mengeluarkan tembikai itu daripada trak MPK.
Ekoran itu dakwanya orang ramai menendang trak sehingga menyebabkan kerosakan.Jurucakap itu juga menjelaskan, tindakan merampas barang-barang peniaga itu juga diambil setelah mengeluarkan amaran empat hari sebelum itu.
Berhubung lawatan Shahidan, jurucakap itu berkata, pegawai mereka tidak tahu bahawa bekas menteri besar itu akan datang.Akibat kejadian itu, Syed Ali ditahan apabila beliau pergi ke ibu pejabat polis daerah di Arau untuk kenyataannya dirakamkan.Beliau dituduh mengganggu tugas penjawat awam
ADMIN :
Admin pecaya pada pegawai penguatkuasa MPK tu. Mereka tidak akan sesuka hati menumbuk orang awam. sebaliknya pemuda umno perlis and the geng lah yang belagak samseng.
Nasib baik perkara ini berlaku dinegeri diperintah ketuanan umno, jika berlaku diselangor atau pulau pinang, tv3 dan media regime zionis umno akan melaporkan "perniaga melayu ditindas"
Isu ini akan jadi isu perkauman. Cina DAP tindas melayu. Melayu dihina. Melayu diperlekeh blaa blaa blaa.. nasib baik benda nih berlaku Di negeri ketuanan umno menipu.
Mana slogan malays help malays ? Kah kah kah kah
Hidupp umnooo hidupp meloyooo!!!! Kih3x
‪#‎LikeJeneralYakuzaOgawaFBpages‬
-AP-
LikeLike · · · 1043034
dah lama tak bertemu...bertambah cantik nya....
Alhamdulilah hidayah milik Allah,kak Mah bila lg?

Datuk Siti Nurhaliza Buat Pendedahan Mengejut


 
Datuk Siti Nurhaliza

Datuk Siti Nurhaliza Buat Pendedahan Mengejut | Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah tampil bagi membuat satu pendedahan mengejut mengenai wanita bertudung dan ianya pasti menjadi satu tamparan hebat kepada rakan-rakan artis yang masih kekal dengan imej seksi masing-masing.
Apakah yang cuba didedahkan oleh isteri kepada Datuk K itu sehingga ia menjadi viral di laman sosial? Bagi wanita di luar sana, pasti korang mesti baca kata-kata menarik Datuk Siti Nurhaliza di bawah sebagai peringatan diri.
Datuk Siti Nurhaliza Buat Pendedahan Mengejut

Syarat Keanggotaan Brigade Al Qassam | Kenali Brigade Al Qassam | Pemuda Perindu Syahid

Syarat Keanggotaan Brigade Al Qassam | Kenali Brigade Al Qassam | Pemuda Perindu Syahid


Kenali Brigade Al Qassam 




Sheikh Izzuddin al Qassam

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis. 

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984. 

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam. 

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar. 

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.


"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya. 

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang



















Syarat Keanggotaan Brigade Al Qassam

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH 

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. 

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. 

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana! 

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir! 

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Pemuda Perindu Syahid



Wednesday, 9 July 2014


RUPA-RUPANYA DALAM SENYAP-SENYAP UTUSAN SUDAH MEMBUAT KENYATAAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN TSKI KERANA MEMFITNAH SATU ARTIKEL BERTAJUK: " JUAL ASET PKNS: SULTAN SELANGOR MURKA?.


Rupa-rupanya lidah biawak rasmi UMNO Utusan telah menyiarkan diakhbarnya KENYATAAN MAAF kerana memfitnah PKNS pimpinan TSKI pada tahun 2012 atas tajuk berita “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?”

KENYATAAN MAAF berbunyi:-

SATU artikel telah diterbitkan di muka surat 11 akhbar Utusan Malaysia pada 31 Oktober 2012 iaitu .“Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?”

Utusan Malaysia berasa kesal atas penerbitan artikel tersebut yang telah menjejaskan imej PKNS.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik sepenuhnya artikel bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” tersebut.



Tindakan melutut mohon maaf itu terpaksa dibuat setelah TSKI apada hari yang sama memberitahu satu dunia bahawa kerajaan pimpinan bel;iau tidak akan bertolak ansur dalam isu fitnah ini dan akan saman Utusan.

Berikut ialah kenyataan TSKI ketika itu. .. Ini dinamakan pemimpin cakap serupa bikin dan bikin serupa cakap .. Bukannya jenis pemimpin cakap besar berdegar-degar tapi habuk sedikit pun tarak.

Salute dan Syabas kepada TSKI dan keseluruhan kepimpinan kerjaan Selangor.

SHAH ALAM 31 OKT 2012 : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Sehubungan itu juga, Kerajaan Negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

“Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu.

“Apalagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

Laporan akhbar berkenaan menyebut Kerajaan Negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta).

Tiada ulasan: