KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap

Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.

Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila  senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.

Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar ‘penakut’ dan ‘bodoh’.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas.

“Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang.

“Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, “katanya.


Gerakan bawah tanah

Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad.

“Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan,” katanya.

Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit  bagi  memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir .

Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa.

Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin.

Menurut laporan itu,  semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel.

“Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri,” memetik laporan itu.


Bukan kerugian besar

Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan.

Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing.

“Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang.

“Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu.

“Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul,” katanya.


Ajaran Hizbullah

Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza.

Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan.

Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat.

“Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu.

Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi perdah berlaku dalam sejarah peperangan Israel.

Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet.


Strategi Hamas menjadi

Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari.

“Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan,” katanya.

Taktik yang digelar ‘subterranean warfare’ ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas .

Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu.

“Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami,” katanya.

Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka.

Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka.

Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang.

Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat.

Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza.

(26 Gambar) Inilah pulau paling berhantu di dunia


Pulau Hashima Jepun - Kebanyakan Tempat paling menakutkan di Bumi | Hashima, juga dikenali sebagai Gunkajima atau Pulau Battleship kerana bentuknya, adalah sebuah pulau terbiar satu jam perjalanan dari pelabuhan Nagasaki di Jepun. 


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Mitsubishi membeli pulau itu pada tahun 1890 untuk menggunakannya sebagai asas untuk kemudahan perlombongan arang batu di bawah air. Di sana, mereka membina bangunan konkrit pertama Jepun (9 cerita tinggi) pada tahun 1917 untuk menampung pekerja. Dalam dekad yang berikut, Hashima menjadi tempat yang paling padat dengan penduduk di dunia, dengan penduduk lebih 5,200 orang, atau 83,500 orang setiap kilometer persegi seluruh pulau. 

Semasa Perang China-Jepun Kedua, antara 1943 dan 1945, kerajaan Jepun dan Mitsubishi diangkut tahanan Korea dan Cina ke pulau pada kapal-kapal milik Mitsubishi dikenali sebagai "hellships," dan kemudian memaksa mereka untuk mengendalikan kerja-kerja yang paling berbahaya di arang batu lombong. Beratus-ratus atau beribu-ribu tahanan mati ke untuk keadaan hidup yang buruk dan kemalangan perlombongan arang batu. 

Akhirnya, orang tawanan telah dibebaskan pada tahun 1945 apabila bom atom berjabat tingkap blok pangsapuri di pulau itu. Pulau ini ditutup pada tahun 1974 akibat daripada penurunan dalam industri arang batu pada tahun-tahun sebelumnya. 

Sejak itu, ia telah meninggalkan ditinggalkan sebelum ia dibuka semula untuk perjalanan sekali lagi pada tahun 2009. Hashima juga dipaparkan dalam 2012 James Bond filem, Skyfall. Hari ini, proses yang sedang dijalankan untuk menetapkan pulau itu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Berikut adalah 25 gambar menakutkan Ghost Island Jepun.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
5
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
7
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
Source: Deserted Places