Isnin, 21 Julai 2014

YANG HILANG...YANG DITEMBAK DAN TERHEMPAS..BERPERANG..BERJIHAD..ADA LAGI LEKA DENGAN MAKSIAT








26 peluru berpandu Al-Qassam berjaya tembusi Israel

HARAKAHDAILY | .
JURUSALEM: Sekurang-kurangnya 26 peluru berpandu telah meletup jatuh di kawasan Israel selepas dilancar sayap kanan Hamas, Briged Al-Qassam dari Semenanjung Gaza semalam.

Media Israel menyebut, bedilan roket tersebut bagaimanapun tidak mengorbankan nyawa penduduk negara penceroboh itu setakat ini.

Lebih daripada sembilan roket dilancarkan dari Gaza ke Ashkelon, Netivot dan Beer Sheba di kawasan Israel.

Saluran TV1 Israel sebelum ini melaporkan bahawa sepuluh roket telah ditembak ke selatan Ashkelon Israel.

Tiga roket jatuh di kawasan tidak berpenduduk berhampiran Beer Sheba, kata ketua polis Israel Micky Rosenfeld yang menulis pada akaun Twitter beliau.

Akhbar harian Israel Yedioth Ahronoth melaporkan sebelum ini bahawa tiga roket dilepaskan ke Negev selatan, manakala sebuah roket jatuh di bandar Ovakim selatan.

Kesemua roket-roket itu dilancarkan Al-Qassam sebagai tindak balas mereka terhadap operasi tentera rejim ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu.

Sehingga hari ini, lebih 425 penduduk Gaza gugur syahid dibunuh kejam tentera rejim zionis itu manakala 3,008 yang lain cedera. - HARAKAHDAILY 21/7/2014

 





















Isteri Ezany dilarikan

Izany
Kuala Lumpur – Pelakon dan juga usahawan, Ezany membuat laporan polis mendakwa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, 32, dilarikan seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu.
Dia yang nama sebenarnya Mohd Zani@Zohiri Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang, dekat sini, semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Ezany mendakwa kira-kira jam 4.30 pagi hari kejadian, dia bangun untuk bersahur di kediamannya di Seri Kembangan dan mendapati isterinya sudah tiada.

Menurutnya, isterinya dipercayai keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.
“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ezany berkata, bimbang keselamatan isterinya yang masih tidak pulang ke rumah sehingga semalam dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan membuat laporan polis, lapor Hmetro.

Tiada ulasan: