Friday, July 18, 2014
Zionis Mula Serangan Darat Ke Atas Gaza
GAZA: Dalam keadaan tumpuan dunia kepada insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine, Zionis hari ini mengambil kesempatan memulakan serangan darat besar-besaran ke atas Gaza.
Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas genjatan lima jam pada Khamis sebagai tempoh bertenang bagi tujuan penyaluran misi kemanusiaan ke Gaza.
Bedilan meriam dari darat ini turut diikuti denngan serangan tentera laut yang sudahpun dilancarkan di sepanjang sempadan Gaza.
Sejak seminggu lalu, Israel telah menempatkan puluhan ribu askarnya siap dengan jentera pemusnah berat di sempadan Gaza, dalam persediaan melancarkan serangan darat.
Menurut laporan, serangan darat dimulakan di utara Gaza dengan tembakan meriam serta bom berkuasa tinggi yang menghancurkan terowong-terowong di sana.
Sehingga pagi ini, jumlah syahid di Gaza meningkat kepada 240 orang manakala 1,770 lagi dilaporkan cedera. - HARAKAHDAILY5:39AM - 19 Jul 2014
Kampung Ukraine dihujani mayat
Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus
kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di
Ukraine.
Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines
penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi
tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan
kerajaan.
A Beautiful Raya From Toyota With Amazing Rewards! |
"Saya
dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian,
objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di
hadapan rumanya.
"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung
saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila
ditembusi oleh mayat tersebut.
Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat
bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari
Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.
Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu
masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan
mengambilnya”.
Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.
Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh
di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan
Rusia.
Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira
satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh
dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan
itu.
Petugas
penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang
kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih
antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.
Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.
Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak
lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu.
Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut
dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.
Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan
kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun
terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian
plastik.
- Reuters
- Reuters
Jangan sebar kandungan, gambar mangsa pesawat MH17 - SKMM
Posted on Saturday, July 19 @ 08:46:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan kandungan mahupun gambar mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis.
Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi juga meminta orang ramai supaya tidak berkongsi, meletakkan pautan atau memaparkan kandungan menyayat hati itu dalam laman-laman sosial.
"Kami ingin mengingatkan orang ramai supaya menghormati jasad mereka yangkehilangan nyawa serta anggota keluarga waris dalam tragedi MH17 semalam.
"Kami semua turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa," katanya dalam laman Facebook SKMM hari ini.
Pesawat MAS itu yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.-bernama/sh

Kisah Benar di Sarawak, "Dia Nak Berbuka Puasa"
Seorang
pengguna Facebook, Zaidi Anwar berkongsikan status menarik melalui akaun
Facebooknya. Status yang begitu tulus dan ikhlas itu dikongsikan agar
mereka yang anti dengan negeri Sarawak dapat membuka mata dan minda
mereka yang terlalu negatif dan kotor selama ini.
Berikut status Zaidi Anwari:
Sorry to say this is Sarawakian. Just to share a story.
2 days ago, I went to one of restaurant menjual makanan segera to
have my berbuka puasa. Jam menunjuk pukul 6.30 petang. Barisan panjang.
Di hadapan saya terdapat satu keluarga berbangsa Iban juga sedang berbaris dalam lima orang. Terus mak dia bertanyakan saya.
"Awak melayu kah?"
Saya jawab, "Ya saya melayu"
Lalu dia memberitahu anak-anaknya, "berik sidak laut keduluk, sidaknya puasa".
(Bagi dia dulu, dia nak berbuka puasa)
Saya terasa sangat tersentuh dengan perempuan iban tersebut dan tanpa
rasa malu memberitahu dia semoga Tuhan menjaga kakak dan seluruh
keluarga kakak. Dia cuma tersenyum dan memberi laluan.
Kita renung bersama, itulah Sarawak Bumi Kenyalang.
Kalaulah semua orang Malaysia bersikap bertolak ansur seperti ini,
alangkah bahagianya hidup. Memang tidak dinafikan, orang Sabah dan
Sarawak, baik-baik orangnya.
Di Sarawak, orang yang bukan beragama Islam sangat memahami orang yang
beragama Islam. Sebab itulah My Media Hub tegaskan, jika ingin melihat
amalan 1 Malaysia yang sebenarnya, datanglah ke 2 negeri Borneo ini.
Tahap toleransi mereka sangat tinggi. - My Media Hub
Penghormatan terakhir rakyat Ukraine kepada mangsa nahas kapal terbang Malaysia
Posted on Saturday, July 19 @ 08:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Lautan bunga, mainan dan lilin tumbuh setiap detik berhampiran kedutaan Belanda dan Malaysia di Kyiv sebagai tanda rakyat Ukraine meratapi mangsa nahas kapal terbang 17 Julai.
Pesawat Malaysia Airlines terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang telah ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Satu pertiga daripada mangsa adalah kanak-kanak, menurut Pesuruhjaya Parlimen Ukraine bagi Hak Asasi Manusia Valeria Lutkovska. "Saya datang ke sini kerana kesedihan. Saya terbang banyak, dan saya hanya tidak faham mengapa orang-orang yang baik terbunuh dalam pesawat," Volodymyr Nevdakha penduduk asal Kyiv berkata beliau mula menyusun mawar merah gelap berdekatan dengan Dinding Kedutaan Malaysia di waktu pagi pada 18 Julai.
Kakitangan kedutaan asing di Kyiv berkata mereka tidak menyangka bahawa rakyat biasa Ukraine begitu tersentuh hati. "Kedutaan Kerajaan Belanda di Ukraine terharu dengan empati yang ditunjukkan oleh rakyat Ukraine," kata kenyataan di laman web kedutaan berbunyi. Terdapat 145 rakyat Belanda yang meninggal dunia dalam nahas kapal terbang itu.
Mohd Azhor Mahat, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, berkata diplomat Malaysia kagum dengan simpati yang ditunjukkan oleh rakyat Ukraine. "Kami amat terharu tanda simpati rakyat Ukraine yang ditunjukkan kepada kami bermula sejak malam tadi," Mahat memberitahu Kyiv Post. "Kami mahu siasatan antarabangsa yang jujur dan bebas untuk mencari siapa yang bersalah dalam tragedi itu. Sesiapa yang bersalah mereka patut dihukum. "
Walau bagaimanapun Nevdakha menggelak daripada membuat sebarang tuduhan dan akan menunggu hasil siasatan rasmi.
Namun begitu ramai rakyat Ukraine yakin bahawa pemberontak yang disokong Kremlin menembak jatuh pesawat tersebut. "Rusia dan [Presiden Rusia Vladimir] Putin bersalah dalam tragedi itu," kata Nataliya Parfeniuk yang datang ke kedutaan Belanda di Kyiv hari ini. "Jika Putin tidak menaja pengganas, peristiwa seperti ini akan berlaku."
Petro Borovyk Kyiv berkongsi pandangan yang sama. Lelaki itu memanggil Rusia sebagai "Paksi kejahatan" dan menyalahkan Rusia diatas malapetaka berlaku. "Eropah telah mengatasi salah satu kejahatan - (Adolf) Hitler, dan kini EU bekerjasama dengan kejahatan yang lain - (Vladimir) Putin," kata Borovyk.
kyivpost.com

Terima kasih Tuan Guru Abdul Raof Bin Nurin atas pencerahan
Abdul Raof Bin Nurin added 2 new photos.
Tabur
Bunga di Kubur adalah dari amalan Islam, diamalkan muslimin sedunia,
dan maktub dalam teks muktabar fikah mazhab . Kalau bukan dari amalan
Islam, kenapa wujud dalam fatwa Ilmu
Fekah sudah sebegitu lama ?. 2 buah kitab yang jadi rujukan utama
para penuntut dan ulama dibidang fekah mazhab Shafie.
pertama : I'anatutthoolobin juzuk 2 mukasurat 119.
kedua: Kasful Litham, juzuk 1 , mukasurat 82.
kedua: Kasful Litham, juzuk 1 , mukasurat 82.
8:12AM - 19 Jul 2014
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Kumpulan bersenjata halang pemerhati ke lokasi nahas MH17
Kumpulan lelaki bersenjata menghalang pemerhati daripada Pertubuhan bagi
Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) daripada meninjau lokasi di
mana pesawat MH17 terhempas di kawasan yang dikuasai pemberontak di
timur Ukraine, kata badan pemantau hak dan keselamatan itu.
Menyifatkan pelakuan mereka sebagai "kurang sopan dan tidak profesional", seorang jurucakap OSCE berkata beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu kelihatan seolah-olah mabuk manakala yang lain tidak membenarkan pasukannya seramai kira-kira 25 pemerhati melihat bangkai pesawat Boeing 777 itu.
"Kami menjangkakan diberi akses penuh, itu cara kita bekerja," Michael Bociurkiw dalam satu sidang akhbar.
"Malangnya tugas itu telah menjadi sukar. Apabila tiba di tapak nahas... kami berdepan dengan anggota bersenjata yang berkelakuan kurang sopan dan tidak profesional. Ada di antara mereka yang kelihatan sedikit mabuk. "
Beliau menafikan pemberontak pro-Rusia melepaskan
tembakan ke arah kumpulan pemerhati OSCE, tetapi berkata seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke udara, seperti mahu menakut-nakutkan sesetengah orang awam.
Terdahulu, pengerusi majlis tetap OSCE itu, Thomas Greminger, memberitahu Reuters bahawa kumpulan pemerhati itu tidak mendapat akses ke tapak nahas dan para penyiasat hanya menunggu di di sana kira-kira 75 minit sebelum kembali ke Donetsk.
Amerika Syarikat berkata ia "memandang berat" cara pemerhati OSCE itu dilayan.
"Mereka yang mengatakan akan mengambil bahagian atau mengalu-alukan penyiasatan ini, perlu memberi akses penuh dan jelasnya, kita dapati keadaannya tidak begitu apabila individu-individu terbabit berada di sana untuk 75 minit," kata jurucakap Jabatan Negara AS Jen Psaki dalam taklimat di Washington.
Amerika Syarikat mahu melihat satu "penyiasatan antarabangsa yang berwibawa," sambil menambah kerajaan AS telah menawarkan untuk menghantar kakitangan dan sumber-sumber daripada Lembaga Keselamatan dan Pengangkutan Negara dan Biro Penyiasatan Persekutuan.

Warna Kegemaran Rasulullah SAW
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Selama ini kita mungkin hanya mengetahui bahawa warna hijau menjadi kegemaran Nabi Muhammad ﷺ,
sebagaimana tanggapan dan momokan sesetengah pihak bahawa hanya warna
tersebut sahaja yang beridentitikan Islamik atau digemari Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ tidak pernah menetap dan menentukan sebarang warna untuk dipakai umatnya. Sebenarnya Baginda ﷺ turut menyukai warna hitam, putih (baidha’), kelabu dan pelbagai warna lain dalam urusan biasa.
Selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : “Yang amat disukai oleh Nabi ﷺ ialah warna putih.”
Ketika beribadat Rasulullah ﷺ juga suka berpakaian putih, dan dalam urusan rasmi Baginda sering memakai pakaian hitam bagi menunjukkan kerendahan diri.
.
1. Daripada Ja’far bin Amr bin Huraits r.a., dia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.”
.
2. Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi ﷺ memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”
.
3. Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah hijau.”
.
4. Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”
.
5. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi ﷺ keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna kelabu.”
.
6. Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah ﷺ berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”
.
7. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad ﷺ pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, kelabu dan warna campuran.
.
8. Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi ﷺ menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”
.
.
Semoga dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama…
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمْ
.
Petikan oleh; shafiqolbu
.
.
Azman Daud Azmandaud added 4 new photos — with Mujahiddin Bolzan and 19 others.
UMNO LEBIH BANYAK KEBURUKAN DARI KEBAIKAN.....
KALAU MENTERI YG SOKONG UMNO...MENTERI SETAN
KALAU OSTAZ YG SOKONG UMNO ...OSTAZ SETAN
KALAU MUFTI YG SOKONG UMNO ,,,,MUFTI SETAN
X KIRA SAPA SAPA...
KATA ALFAZIL USTAZ AZHAR IDRUS
KALAU MENTERI YG SOKONG UMNO...MENTERI SETAN
KALAU OSTAZ YG SOKONG UMNO ...OSTAZ SETAN
KALAU MUFTI YG SOKONG UMNO ,,,,MUFTI SETAN
X KIRA SAPA SAPA...
KATA ALFAZIL USTAZ AZHAR IDRUS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan