Angka korban serangan Israel meningkat 83 ASAP menjulang tinggi ke udara susulan bedilan bom tentera Israel ke atas Gaza, yang boleh dilihat dari sempadan Israel-Gaza, hari ini. Tentera Israel berterusan melancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza dengan mensasarkan beberapa tempat strategik pejuang Hamas. Serangan yang memasuki hari keempat itu menyaksikan berpuluh rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. - Foto AP
GAZA CITY: Bedilan bertubi-tubi tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat hari ini menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang dengan semalam sahaja mencecah 32 orang terkorban.

Kebanyakan yang terkorban dalam tempoh 24 lalu adalah di Khan Yunis, di selatan Gaza apabila Israel melancarkan serangan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Serangan itu mengenai sebuah kafe ketika peminat bola sepak menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Holland.

Sembilan orang maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi cedera.

Beberapa jam kemudian, pesawat perang Israel membedil dua rumah di bandar itu, menyebabkan empat wanita dan empat kanak-kanak terbunuh.

Satu lagi serangan membunuh seorang lelaki berusia 19 tahun dan ayahnya berusia 75 tahun.

Di tengah Gaza, seorang lelaki maut dalam serangan udara terhadap sebuah kem pelarian di Nusseirat.
Di Zeitun, timur Gaza City, serangan roket membunuh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal pada lewat petang. - AFP

Kenali Komander Elit Hamas.. Briged Al-Qassam

http://muslimeen-united.blogspot.com | .

Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ". Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13.

Manakala Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.. 'Mengapakah saya tidak Syahid?
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Kami akan pertahan walaupun dengan nyawa - Haniyeh

HARAKAHDAILY | .
GAZA: Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan berganjak dari tanah air sendiri dan akan mempertahankannya sekalipun dengan nyawa dan darah.

"Kami bangga dengan jati diri yang tinggi rakyat Palestin, kami menghormati mereka yang telah syahid dan kami bangga dengan pertahanan kami yang telah berjaya mengelirukan musuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pencerobohan Israel akan gagal dan rakyat Palestin akan menang tanpa mengira apa yang berlaku sekalipun.

"Untuk musuh, saya ingin berkata, hentikan jenayah perang anda terhadap rakyat kami.

"Kamu Israel telah memulakan ini dan pencerobohan ini perlu dihentikan, kami hanya mempertahankan diri dan tanah kami," kata Haniyeh.

Sejak serangan udara dimulakan Isrel Selasa lalu, seramai 86 rakyat Palestin gugur syahid manakala lebih 550 cedera.

Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, serangan agresif itu turut memusnahkan sepenuhnya hampir 200 buah kediaman manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

Pada waktu ini Israel telah bersiap sedia membuat serangan darat dengan menempatkan 40,000 tentera mereka dengan kelengkapan jentera pemusnah berat di sempada Gaza. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

SINGAPURA SEDIH ISRAEL DIBEDIL

Written By canang on Jumaat, 11 Julai 2014 | 7/11/2014 10:07:00 PTG

SINGAPURA SEDIH ISRAEL DIBEDIL
Disaat ribuan rakyat Palestine di bunuh Tentera Yahudi, jutaan rakyat Palestine dinafikan hak, "TV Singapura" dengan penuh bangga, bersedih dengan sedikit tindak balas peluang Palestine. Walaupun sebahagian besar rakyat mereka menentang tindakan ganas Rejim Zionis, pendirian Kerajaan Singapura menyokong Yahudi dan membelakangkan penduduk Islam dinegara itu amat memalukan. Sebarkan "print screen" ini. Biar seluruh rakyat Malaysia sedar siapa Kerajaan Singapura sebenarnya - Air Times9:53PM - 11 Jul 2014

Dr M: PM tak kuat jika tak mampu tolak TPPA


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat, seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepempimpinan yang kuat.

"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?

"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.

"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang kuat,” katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.

Mahathir bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk "TPPA: Malaysia is not for sale" yang diterbitkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ditanya sekiranya beliau berpendapat Najib mempunyai kempimpinan yang kuat, Mahathir berkata: “Saya tidak tahu”.

"Sebab semuanya bergantung kepada ujian atau cabaran yang dihadapi dan bagaimana beliau menghadapinya,” katanya.

Mahathir menegaskan, perjanjian itu sepatutnya terus dibatalkan.

"Pertama, mengapa (TPPA) dibuat secara rahsia jika ia bukan untuk menipu rakyat?

"Saya rasa ciri kepemimpinan yang baik adalah kemampuan untuk menolak apa yang tidak baik bagi negara ini,” katanya.

Dalam ucapannya terdahulu mengenai TPPA, Mahathir berulang kali merujuk kepada kenyataan Najib mengenai keperluan bagi kemimpinan yang kukuh.

Katanya, negara ini mampu berkembang maju tanpa bergantung kepada perjanjian perdagangan bebas sebelum ini.

Ustaz Azhar Idrus dedah punca wanita hilang dara

Pendakwah bebas terkenal di Malaysia, Ustaz Azhar Idrus memang terkenal dengan perwatakan ceria, mencuit hati dan cara penyampaian ceramah yang bersahaja.

Beberapa tahun lalu, nama Ustaz Azhar Idrus pernah menjadi satu fenomena hebat di serata masjid yang dihadirinya sehingga beliau pernah digelar sebagai pendakwah golongan muda paling diminati malah turut membuatkan ramai golongan remaja ingin mendekatinya.


Lebih menarik, Ustaz Azhar Idrus juga aktif menjawab pertanyaan orang ramai di laman facebook peribadinya dengan bentuk jawapan yang ringkas namun tepat.

Pada suatu ketika, beliau pernah ditanya tentang kaum wanita yang hilang dara semestinya telah berzina. Bagaimanapun, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa berzina bukan satu-satunya punca utama wanita hilang dara kerana ada punca lain yang perlu diketahui.

Sumber

Syarat nak masuk Bridget Al Qasam!!!!!

Written By canang on Jumaat, 11 Julai 2014 | 7/11/2014 10:47:00 PTG