Rabu, 30 Julai 2014

ORANG KUAT AGAMA TAK SALAM PUNYA...YANG TAK KUAT PEGANGAN AGAMA BUKAN SAJA SALAM....PELUK PUN BOLEH...TENGOK JE DRAMA2 KITA

Bank di Bukit Sentosa Dibom Sekumpulan Penjenayah


Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai dibom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.
"Siasatan awal polis mendapati dua bom dipasang di kawasan kaunter pengeluaran wang yang mana salah satu bom itu telah meletup manakala satu lagi tidak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Katanya, bagaimanapun wang tunai di mesin ATM terbabit dipercayai tidak dilarikan penjen



Roslan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kumpulan suspek.
Sumber: myMetro online

Thursday, January 30, 2014

Israel Guna Tentera MESIR Hapuskan Ikhwanul Muslimin dan Hamas


adraeeJurucakap militer Israel, Avichay Adraee, menyatakan dalam akaun Twitter rasmi miliknya bahawa kehancuran organisasi Ikhwanul Muslimin di Mesir mesti dimanfaatkan sebesar-besarnya oleh Israel  ditengah ketidakpedulian bangsa Arab terhadap Ikhwan.

Adraee menuliskan dalam ruangan rasminya “Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Hamas kini mengalami goncangan, melemahnya kekuatan Ikhwanul Muslimin di wilayah Timur Tengah merupakan peluang terbesar bagi Israel.”

Dia menambahkan “kemungkinan Israel untuk lakukan serangan militer seperti masa lalu bukanlah solusi, kerana isu perbatasan dapat mencetuskan perang kedua negara .”

Adraee mengatakan “Ketua intelijen telah mengidentifikasi tiga peluang di depan Israel, mengurangi kekuatan kelompok militan Islam, melemahkan Ikhwanul Muslimin, dan mendongkrak kekuatan moderat seperti Arab Saudi dan negara-negara Teluk .” sumber

Terkini!! Kenyataan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam

Written By canang on Rabu, 30 Julai 2014 | 7/30/2014 09:51:00 PG

Kenyataan rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam

Serangan Hendap Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas kem Tentera Nahal Oz berjaya membunuh 10 orang askar penjajah.

Pada jam 18:45 petang hari Isnin 9 orang komando unit khas Briged Izzuddin Al-Qassam ditugaskan menyerang kem Nahal Oz di Timur Hayyu Syujaiyyah dari barisan belakang. Serangan dimulakan dengan meletupkan sebuah menara besar yang memuatkan tentera Israel dan membunuh semua di dalamnya.

Percubaan skuad pasukan untuk menculik seorang askar penjajah tidak berjaya memandangkan keadaan lokasi dan suasana yang tidak mengizinkan, tetapi skuad berjaya memperoleh sebuah senjata milik seorang tentera jenis Tavor yang digunakan skuad elit tentera Israel bernombor 43852290X95.

Selepas serangan yang mengorbankan 10 orang tentera skuad berjaya pulang dengan selamat dan kembali ke kem.

Sesungguhnya Briged Izzuddin ingin menegaskan bahawa operasi yang berjaya ini adalah pembalasan buat tentera penjajah yang masih tidak berhenti membunuh rakyat Gaza yang tidak berdosa. Briged Izzuddin ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk tekanan tidak akan mematahkan semangat juang kami untuk menuntut tuntutan kami(kebebasan) dan kami menyediakan masih banyak kejutan untuk tentera penjajah yang berjiwa kalah.

Ini janji kami buat bangsa kami,

Menuju kemenangan yang tertangguh,
Jihad itu sama ada kemenangan atau mati syahid.

Briged Izzuddin Al-Qassam
1 Syawal 1435 Hijrah
28/07/2014

Terjemah beserta olahan oleh
Tim Terjemah Aman Palestin

Monday, July 28, 2014

MESIR Bantu Israel Musnahkan Terowong2 PALESTIN

Tentara junta Mesir mengatakan pada HARI Ahad (27/7/2014) bahAwa mereka telah menghancurkan 13 terowong lainnya yang menghubungkan Semenanjung Sinai ke Jalur Gaza, siar Ma’an. Penghancuran itu akan berpotensi memperburuk situasi ekonomi dan kemanusiaan di Jalur Gaza yang terkepung, yang telah mengalami penurunan besar dalam standard hidup sejak presiden diktator Mesir Abdul Fattah As-Sisi meluncurkan kempen untuk menghancurkan terowong-terowong Gaza musim panas lalu.

 Selama lapan tahun sejak zionis “Israel” memgenakan sekatan ekonomi di Jalur Gaza dengan dalih kemenangan Hamas dalam pilihanraya, terowong-terowong itu telah menjadi akses penyelamat utama yang menghubungkan 1.7 juta rakyat Gaza ke dunia luar.

Sejak musim panas lalu, Kaherah telah mengirim pasukan ke semenanjung itu untuk menghadapi penentangan yang meningkat sejak penggulingan presiden yang terpilih secara demokratik, Muhammad Mursi tahun lalu, dan operasi itu melibatkan penghancuran terowong-terowong ini.

Kelompok pejuang Palestin, Hamas, yang merupakan kekuatan utama di Gaza, dilaporkan menggunakan terowong-terowong itu untuk menyeludupkan senjata, makanan dan wang ke Jalur Gaza yang disekat.

Penjajah “Israel” telah melancarkan serangan militer di Gaza sejak 8 Julai lalu, dan melancarkan serangan darat pada 17 Julai yang juga bertujuan menghancurkan jaringan terowong di Jalur Gaza. Serangan itu telah membunuh lebih dari 1.000 warga Palestin, sebahagian besar dari mereka adalah warga awam.

Hubungan antara Hamas dan Kaherah telah memburuk sejak tentera Mesir menggulingkan Mursi pada 3 Julai 2013 lalu. Hamas merupakan afiliasi dari Ikhwanul Muslimin Mursi. Kaherah juga menuduh Hamas terlibat dalam serangan militan di dalam wilayah Mesir, yang telah bertambah jumlahnya sejak Mursi digulingkan. Baik Hamas mahupun Ikhwanul Muslimin telah membantah hubungan apapun dengan serangan-serangan yang telah diakui oleh keompok-kelompok jihad. Kelompok-kelompok jihad itu mengatakan bahawa serangan penentangan mereka merupakan pembalasan atas tindakan brutal polis terhadap kaum muslimin yang merupakan para pendukung Mursi. Tindakan brutal tersebut telah menyebabkan lebih dari 1.400 orang terbunuh dalam serangan terhadap para penunjuk perasaan dan dalam huru-hara di jalanan. - sumber
7:55PM - 29 Jul 2014

Azizulhasni hasrat lelong pingat untuk kerja amal

Jaguh pecut berbasikal negara Mohd Azizulhasni Awang berhasrat mahu melelongkan pingat gangsa acara keirin yang dimenanginya pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow untuk didermakan kepada badan-badan kebajikan.
  
Mohd Azizulhasni mengakui sudah tiba masanya beliau kembali berbakti kepada masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berjaya dalam sukan berbasikal.
  
"Selepas selesai Sukan Asia di Korea Selatan pada September nanti, saya harap ada pihak tampil membantu saya untuk buat lelong pingat ini.
  
"Bagi saya ramai pihak membantu dalam meningkatkan karier saya seperti kerajaan, penaja dan juga media.
  
"Kini saya mahu berbakti kepada masyarakat, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan tidak kira bangsa dan agama," katanya kepada pemberita di Glasgow, Scotland hari ini.
  
Atlet dari Terengganu itu meraih pingat gangsa pada Ahad di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow di sini.
  
-Bernama
Julai 2014

Gempar " Orang Minyak " di tangkap di Melaka pada pagi raya

Mengikut laporan akhbar China Press orang ramai di sekitar Dataran Pahlawan Melaka di gempar kan dengan " Orang Minyak " yang berjaya di tangkap oleh orang ramai.

Seorang lelaki yang tidak dikenali identitinya berjaya di tangkap, lelaki tersebut yang badan nya berlumuran minyak hitam mengemparkan orang ramai.

Orang minyak ini cuba untuk mengusik orang ramai, khasnya perempuan di sekitar tempat kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh beberapa pengawal keselamatan.

Orang minyak tersebut dikatakan agak kuat dan cuba melarikan diri, Pengawal Keselamatan turut mendapati satu botol yang berwarna hitam dengan lelaki terbabit.

Lelaki terbabit di tangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut, sememangnya kejadian ini mengejutkan orang ramai pada pagi hari raya. Credit China PressPOLIMIK MB SELANGOR SIRI KE -7
JIKA BERLAKU PEMBUBARAN DUN SELANGOR OLEH TAN SERI KHALID IBRAHIM..
Tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melainkan adanya calon dari parti bebas.
Pertembungan kali ini sama ada BN menentang PKR atau DAP juga antara PAS menentang calon melayu PKR.
BN pasti akan meletakkan calon di kawasan selamat bagi menentang sama ada calon dari PKR atau DAP.
Di kawasan majoriti melayu PAS akan berebut kerusi dgn UMNO bagi menentang calon melayu dari PKR.
PAS tidak akan dapat bertanding utk kesemua kawasan yg pernah menangi pada PRU 13 yg lalu kerana UMNO juga mahukan kawasan tersebut.
Jika di kawasan yg majoritinya seimbang bukan melayu tetap akan mengundi calon sama ada dari PKR atau DAP.
Bangsa Cina yang sebelum ini mengundi PAS pada PRU 13 yg lalu tidak akan mengundi calon PAS semula kerana mereka telah dikhianati oleh PAS.
Seperkara lagi PAS harus sedar sentimen rakyat menolak UMNO bukan mudah utk dipadamkan.
Sedarlah kebanyakkan kerusi yg dimenangi oleh PAS di Selangor adalah atas tiket pengundi cina.
Jika PAS keluar dari PR.
DAP tetap berdiri teguh di Belakang Wan Azizah Presiden PKR dan tidak akan berlaku pertindihan kerusi di antara PKR dan DAP sebagai mana yg PAS pernah lakukan ke atas calon PKR di 2 Dun Selangor pada PRU 13 yg lalu..
Pertembungan kali ni tetap berlaku seperti PRU 13 yang lalu cuma bezanya pada PRU 13 PR menentang BN pada Kali ini PR menentang ( BN + PAS ).
* Selamat berjuang wahai rakan2 ku usah kita patah semangat dalam menghadapi golongan pengkhinat ( puak2 UG ) yang TAMAK dan MABOK KUASA ini..
* Jika ini berlaku Natijahnya Imej Islam yg dilaung-laungkan oleh PAS selama ini akan tercalar di mata bukan islam.
NOTE :
Mampukah Para Ulama serta ahli PAS yang lainnnya dicemuh serta disorak oleh anak muda sebagai " PENGKHIANAT "? Admin tidak mampu membayangkan jika situasi tersebut berlaku..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Wednesday, 30 July 2014

ZAID IBRAHIM BERKATA UMAT ISLAM MUNDUR SEBAB HARAMKAN LELAKI DAN PEREMPUAN BERSALAMAN ... BETUL KE???

Heboh kini satu tweet dari akaun kepunyaan Zaid Ibrahim berbunyi .. Bersalam lelaki perempuan haram. Patut lah umat Islam mundur .

Betul ke apa yang dinyatakan ini? .. Adakah ini akaun twitter sebenar Zaid Ibrahim? Jika benar maka penjelasan terperinci harus diberikan mengapa boleh beliau berkata sedemikian .. Jika bukan maka perlu beliau buat laporan polis kerana ada pihak lain berniat jahat mau menjatuhkan nama baiknya dengan serangan fitnah jahat ini kerana tweet ini sudah pun mulai tersebar dialam maya.


Menyentuh wanita bukan mahram; bersalam, tepuk bahu, jentik telinga, apatah lagi memegang, memeluk dan sebagainya, ia merupakan perbuatan yang haram. Tidak kira kita bersalam dengan pemimpin atau orang bawahan, rakyat bersalam dengan pemimpin, pemimpin bersalam dengan rakyat.

Perkara ini perlu difahami, ia datang dari syariat. Ia adalah perkara agama. Ia bukan perkara di mana jika masuk parti A boleh salam, masuk parti B tidak boleh salam. Ia bukan sekejap boleh dan sekejap tidak boleh. Ini adalah perkara agama dan ia mesti dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan.

Ini bukan jumud dan ini bukan ekstrim, tetapi ini adalah prinsip Islam.

Pertama, kerana dalilnya jelas.

Dalam hadis Aisyah RA, diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim,
قَالَتْ عَائِشَةُ فَمَنْ أَقَرَّ بِهَذَا مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ فَقَدْ أَقَرَّ بِالْمِحْنَةِ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَقْرَرْنَ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِهِنَّ قَالَ لَهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « انْطَلِقْنَ فَقَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». وَلاَ وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ. غَيْرَ أَنَّهُ يُبَايِعُهُنَّ بِالْكَلاَمِ – قَالَتْ عَائِشَةُ – وَاللَّهِ مَا أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَلَى النِّسَاءِ قَطُّ إِلاَّ بِمَا أَمَرَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَمَا مَسَّتْ كَفُّ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَفَّ امْرَأَةٍ قَطُّ وَكَانَ يَقُولُ لَهُنَّ إِذَا أَخَذَ عَلَيْهِنَّ « قَدْ بَايَعْتُكُنَّ ». كَلاَمًا. “Aisyah berkata, “Siapa saja wanita mukminah yang mengikrarkan hal ini, maka ia telah diuji.” Rasulullah SAW sendiri berkata ketika para wanita mukminah mengikrarkan yang demikian, “Kalian boleh pergi kerana aku sudah membai’at kalian”. Namun demi Allah, beliau sama sekali tidak pernah menyentuh tangan seorang wanita pun. Beliau hanya membaiat para wanita dengan ucapan beliau. ‘Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidaklah pernah menyentuh wanita sama sekali sebagaimana yang Allah perintahkan. Tangan beliau tidaklah pernah menyentuh tangan mereka.  Ketika baiat, beliau hanya membaiat dengan berkata, “Aku telah membaiat kalian dengan perkataan.”
Bahkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas RA dengan sanad yang sahih, sabda Nabi SAW,
إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ، إِنَّمَا قَوْلِي لـِمِائَةِ امْرَأَةٍ كَقَوْلِي لِامْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ “Sesungguhnya aku tidak sama sekali berjabat tangan dengan kaum wanita. Hanyalah ucapanku kepada seratus wanita seperti ucapanku kepada seorang wanita.” (riwayat Mali, An-Nasa-i dalam ‘Isyratun Nisa` dari As-Sunan Al-Kubra, At-Tirmidzi, dll. Lihat Ash-Shahihah no. 529)
Begitu juga kata Nabi SAW,
لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ “Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)
Pada hari ini ramai di kalangan umat Islam mengambil mudah hal ini. Itu tiga hadis yang saya bawakan dan banyak lagi hadis-hadis yang lain dan saya tidak bermaksud untuk menceritakan kesemuanya.

Kedua, perempuan itu aurat.

Di dalam hadis Nabi SAW memerintahkan kita menundukkan mata dan pandangan. Kalau mata pun dilarang melihat, apatah lagi memegang. Dalam hadis yang masyhur, Jarir bin ‘Abdillah mengatakan,
سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku.” (riwayat Muslim no. 2159)
Itu adalah asal hukumnya, jika melihat pun dilarang oleh Nabi, apatah lagi memegang.

Ketiga, tutup pintu dan jalan yang boleh membawa kepada kerosakan.

Ada di kalangan kita yang memberi alasan, aku bersalam dengan orang yang sudah tua, aku tidak ada apa-apa perasaan terhadapnya. Itu perasaan kita. Bagaimana dengan perasaan pihak yang satu lagi. Kita tidak boleh menganggap orang lain perasaannya sama dengan perasaan kita.

Pernah dengar atau tidak kes rogol nenek yang berusia lebih 70 tahun? Berlaku atau tidak? Perkara ini berlaku. Jadi Islam menyuruh umatnya menutup jalan-jalan dan ruang-ruang yang boleh membawa kepada kerosakan, dengan itu tidak boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tidak kira sepupu, atau tinggal bersama sejak kecil seperti adik beradik, adik ipar atau sebagainya. Hukum tidak ditetapkan seperti itu.

Malah sepupu dan adik ipar sebenarnya lebih bahaya. Kata Nabi SAW,
الْحَمْوُ الْمَوْتُ
 “Al-Hamwu adalah maut.” (riwayat al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani rhm dalam Fathul Bari menukilkan ucapan al-Imam an-Nawawi rhm berkata bahawa ahli bahasa sepakat bahwa al-hamwu adalah kerabat-kerabat suami, seperti ayah, pakcik, saudara lelaki, ipar, sepupu dan semisalnya.

Sebab apa demikian adalah apabila berlaku sesuatu isu contohnya adik ipar berkenan dengan abang ipar, bukan sahaja dari sudut hukum ianya jadi haram, bahkan dari sudut hubungan kekeluargaan akan rosak. Apa kata adik kepada abangnya jika hal sedemikian terjadi? Ia akan jadi isu besar dan memecah belahkan hubungan kekeluargaan.

Sebab itu Islam mengambil langkah berhati-hati dengan mengingatkan bahaya ipar sebagai maut, kerana mata dan perasaan manusia sangat bahaya. Kalau selalu melihat dan memandang, yang tidak elok akan kelihatan cantik, dan sebagainya.

Itu perkara dan hujah asas yang dibawa oleh Asy-Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi. Adapun perkara keempat beliau turut menyebutkan dalam perbincangan yang panjang, iaitu hadis-hadis Ummu Sulaim dan juga hadis Ummu Haram di mana hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam 13 tempat di dalam kitab Sahihnya secara ringkas.

Hadis tersebut berkaitan Nabi SAW masuk ke dalam rumah Ummu Haram dan duduk dan tertidur di ribaannya sambil dia mencari kutu di kepala Nabi SAW. Ini antara hadis yang para ulama bahaskan dengan panjang.

Antara yang mengulasnya adalah Imam An-Nawawi, Ibn Hajar Al-Asqalani, mereka meletakkan pelbagai pendekatan dan mereka mengkritik pendekatan orang yang mengatakan ini khusus untuk Nabi SAW kerana mereka mengatakan Ummu Haram bukan mahram Nabi SAW.

Sedangkan Imam An-Nawawi, Ibnu Abdil Barr, Ibn Hajar Al-Asqalani, dan juga ilmuwan Islam yang datang sesudahnya bersependapat bahawasanya Ummu Haram ada hubungan kekeluargaan dengan Nabi SAW iaitu hubungan susuan. Telah menjadi kebiasaan masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai ibu susuan.

Buktinya adalah para sahabat Nabi dan yang datang setelahnya tidak pernah mempersoalkan atau bertanya tentang perbuatan Nabi SAW. Tidak ada seorang pun sahabat Nabi yang bertanya mengapa Nabi masuk ke rumah wanita yang bukan mahram. Dan tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat dan ulama-ulama salaf setelah itu yang mengatakan perbuatan itu khusus untuk Nabi SAW.

Orang munafiq pada zaman Nabi SAW sentiasa mencari ruang untuk menjatuhkan Nabi SAW. Lihat apa yang mereka buat kepada Aisyah ketika Aisyah di dalam perjalanan bersama dengan seorang sahabat Nabi SAW, padahal mereka bukan berjalan sekali. Pun orang munafiq menuduhnya sebagai penzina.

Apatah lagi kalau Nabi SAW masuk ke rumah wanita yang bukan mahram. Ini peluang terbesar golongan munafiq untuk menuduh Nabi. Tetapi mereka tidak menggunakannya, bererti mereka telah mengetahui bahawa Nabi SAW ada hubungan susuan dengannya.

Jadi hadis itu tidak boleh digunapakai untuk mengharuskan lelaki dan wanita bukan mahram memandang atau menyentuh antara satu sama lain. Ini sama sekali tidak betul dan tidak benar kepada sesiapa pun.

Kenapa orang mendiamkan isu ini? Kerana ada pemimpin parti masing-masing yang melakukannya, maka tidak ada siapa yang berani bersuara tentangnya. Ini adalah hukum Islam dan kita bercakap di atas Islam bukan kerana kepentingan parti masing-masing. Ia adalah perbuatan yang haram dan sesiapa yang melakukannya harus memikirkannya kembali.

Elakkan dari bersalaman antara lelaki dan perempuan tidak kira siapa yang menghulurkan tangan terlebih dahulu. Dan tidak salah jika kita menolak dengan beradab dan bersopan. Kalian adalah generasi wasathiyah sekiranya kalian dapat mengelakkan perkara-perkara seperti itu. Pilihlah jalan yang paling selamat. copy& paste

Tiada ulasan: