Khamis, 17 Julai 2014

BILA MANUSIA BERFIKIRAN TERBALIK...YANG SAMSENG/MELAMPAU NAMPAK WIRA DAN HEBAT

Thursday, 17 July 2014


EDISI DUNIA SUDAH TERBALIK!!! .. PEMBULI JALAN RAYA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA OLEH ERA FM & ERA TV DAN BUKAN MANGSA BULI????


Orang yang diklasifikasikan oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai pembuli jalanraya telah diberikan layanan cukup amat teristimewa oleh ERA FM & ERA TV apabila Kak Long CDM 25 pembuli jalan raya yang menghentak kereta mangsa dengan pengunci stereng sambil mengherdik dengan kata-kata kasar dan caci nista rasis sambil meminta RM2,000 dijemput pihak stesen radio tersebut kestudio untuk memberikan penjelasan mengenai peristiwa biadap melampaunya yang berlaku di depan UTC, Kuantan, Isnin lalu dimana klip videonya kini menjadi viral satu dunia.

Sepatutnya mangsa yang dijemput bukannya penjenayah????

Apa sudah jadi ni???? Mengapa stesen radio swasta ini bersungguh-sungguh back up pembuli jalan raya ini??? Bagaimana nasib yang kena buli dan maki hamun sampai taruma???

Apa tujuan dan matlamat yang mau dilakukan oleh stesen radio TV Era Fm dan Era TV ini?????

Apakah mau mewujudkan suatu precedent yang pembuli dibela dan angkat sebagai wira?????? ... Apa sumbangan besar pembuli jalan raya ini kepada masyarakat dan negara sehingga dilihat mendapat layanan mengalahkan VVIP??? .. Apakah ini merupakan suatu tekanan secara halus tidak langsung kepada pihak berkuasa agar tiada sebarang tindakan diambil keatas Kak Long CDM 25 kerana melakukan kesalahan jenayah terhadap warga emas????

Mohon penjelasan yang menyakinkan demi pencerahan dan kebenaran dari pihak yang berkenaan...Perlu respon segera.

Thursday, 17 July 2014


KENYATAAN DARI BIRO SOSIAL ETIKA PEMUDA UMNO MALAYSIA MENERIMA BANYAK SUNGGUH KUTUKAN DAN MAKI HAMUN DARI MACAI-MACAI UMNO.


Jangan nak berlagak menjadi hero .... Gulam ini bukannya Melayu mana dia tahu tahu pasal bangsa Melayu ... Mengapa bersungguh-sungguh mempertahankan Apek Cina tu ... hanya Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Setiausaha Pemuda dan Pengerusi Biro sahaja yang boleh membuat kenyataan ..
Kata-kata mencarut nista dengan bahasa cukup kasar jangan ceritalah ... sendiri boleh agak dan teka apakah ayat-ayat tersebut sebab bukan kalian  tidak biasa dengan ayat-ayat biadap tidak beretika dari macai-macai UMNO.

Itulah antara ayat-ayat yang Omak Kau terbaca apabila Timbalan Pengerusi Biro Sosial Etika Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat kenyataan rasmi mengenai pendirian biro berkenaan mengenai gelagat Kak Long CDM 25 mengamuk sakan memaki hamun dan menghentak kereta seorang warga emas berbangsa Cina apabila berlakunya sedikit pergeseran di UTC Kuantan Isnin lalu dimana klip video kejadian berkenaan telah dimuat naik di Youtube dan laman sosial menyebabkan menjadi viral dan rakyat menjadi berang dan bengang.

Walaupun Omak Kau bersongsang anutan dalam politik namun tindakan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Biro Sosial Etika Pemuda UMNO Malaysia harus diberikan pujian dan disokong walaupun agak ganjil dan amat kurang berlaku sedemikin dipihak UMNO jika membabitkan pertelingkahan kaum dinegara ini.

Nampaknya jika Pemuda UMNO Malaysia mengambil langkah bersikap beretika dalam gelagat dan tindakan ianya bukanlah suatu yang digemari dan mendapat sokongan padu dari majoriti macai-macai UMNO dialam siber ini.

Budaya mulia menegur kesilapan dan kebiadapan dilakukan tidak mendapat kredit alasannya ialah fahaman rasisi tidak bertempat cukup tebal menyelimut jiwa macai-macai ini.

Apa-apa pun Omak Kau mengucapkan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Biro Sosial Etika Pemuda UMNO Malaysia kerana berani ambil risiko untuk berganjak dan berhijrah dari budaya pemikiran primitif yang sekian lama menjadi anutan dan pegangan Pemuda UMNO.. . Semoga perubahan drastik ini akan kekal dalam perjuangan UMNO.

11:42PM - 16 Jul 2014

Raja Muda Johor jadi jutawan di usia 30 tahun


Kebimbangan ke atas projek Forest City – projek tambakan laut untuk menghasilkan pulau sebesar separuh saiz Putrajaya di Selat Johor – masih belum reda, namun dua lagi projek kini  dalam perancangan.

Malaysiakini pada hari Isnin lalu melaporkan mengenai penglibatan Sultan Johor dalam projek Forest City, namun anaknya, Raja Muda Tunku Ismail Idris, juga menunjukkan kepintaran berniaga dengan dua projek tanah tambakan itu, yang kedua-duanya dijalankan oleh Benalec Holdings Bhd.

Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.

Dalam satu pengumuman pada September tahun lalu oleh firma
Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.

Ia timbul selepas beliau menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta (RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki pegangan 30 peratus.

Jualan tanah itu sahaja menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.

Individu dalam senarai ke-50 dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan nilai harta sebanyak RM220 juta.

Menurut pengumuman kepada SGX, 70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura, Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.

Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.

"Ia terletak di kawasan mengadap laut, hanya beberap ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin baru Johor, yang memeri kemudahan kepada warga Singapura untuk mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.

Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.

Pada Mac, adik kepada Tunku Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21
menandatangani memorandum persefahaman dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.

Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing akan dibatalkan lesennya.

Di Johor, Tunku Ismail memiliki kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.
9:23AM - 17 Jul 2014

Penambakan laut, pasir dan syarikat keluarga diraja


LAPORAN KHAS Dengan lebih daripada 3,000 hektar kawasan menjalani penambakan laut di selatan Johor dan beribu-ribu lagi hektar dalam perancangan, pasir menjadi satu komoditi yang semakin panas.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 6 Julai lalu, mendedahkan bahawa sejumlah 3,237.48 hektar
kawasan di negeri ini - kira-kira separuh keluasan Putrajaya - sedang ditambak.

Beliau mengumumkan bayaran 30 sen akan dikenakan bagi setiap satu kaki persegi tanah tebus guna untuk membantu nelayan yang terjejas oleh kerja-kerja tersebut, yang menghasilkan pendapatan sejumlah RM104 juta.

Kawasan baru di Selat Johor itu ditambak dengan pasir yang diambil daripada kawasan daratan atau dari dasar laut di tempat lain.
                     
Peningkatan permintaan untuk pasir dijangka memberi manfaat
kepada syarikat-syarikat pembekal pasir dan begitu juga dengan keluarga diraja Johor.

Perniagaan pengambilan pasir yang membabitkan keluarga diraja itu dilakukan melalui Mados Sdn Bhd, satu nama yang jarang disebut dalam akhbar tetapi sudah biasa di kalangan masyarakat perniagaan di Johor.

Kali terakhir nama syarikat itu muncul dalam media adalah dalam akhbar The Star pada tahun lepas apabila ketulan batu kuari ia dilaporkan miliknya, menimpa kawasan perindustrian Bandar Seri Alam dekat Johor Bahru, mengorbankan seorang pekerja Nepal, mencederakan 11 orang dan merosakkan kira 20 kenderaan.

Menurut carian Malaysiakini di Suruhanjaya Syarikat Malaysia minggu lalu, Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Sultan Ismail, memegang 99.95 peratus saham dalam Mados Sdn Bhd dengan pemegang saham yang lain terdiri daripada isteri kedua baginda dan sembilan daripada 10 anak baginda daripada dua perkahwinan.

Tujuh daripada anak-anak baginda juga disenaraikan sebagai pengarah, termasuk Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail.

Sultan Iskandar mangkat pada tahun 2010. Maklumat mengenai syarikat tersebut kali terakhir dikemaskini pada Oktober 2013.

Dokumen mahkamah

Dalam satu memo pada 2002 oleh Mados Sdn Bhd yang dilihat oleh Malaysiakini, syarikat itu mengesahkan ia adalah pemegang konsesi untuk mengorek pasir laut di dua kawasan - di Ramunia Shoal PTD 2346 dan Kukup PTD 2923.

Dokumen itu adalah subjek kes mahkamah pada 2012
mahkamah di mana 24 nelayan telah menyaman Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Dialog E&C Sdn Bhd dan kerajaan negeri Johor.

Mereka mendakwa pembinaan terminal petroleum laut dalam bebas di luar pantai Pengerang telah memusnahkan kehidupan mereka. Nelayan berkenaan kalah kes tersebut di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Walaupun Mados tidak menjadi pihak dalam saman itu, mahkamah menyentuh syarikat itu kerana ia telah dibangkitkan sebagai isu sampingan, di mana nelayan mendakwa mereka dihalang daripada memasuki PTD 2346 dan PTD 2923 kerana kerja-kerja pengorekan oleh syarikat berkenaan.

"Saya mendapati bahawa keterangan yang dikemukakan menunjukkan bahawa aktiviti pengambilan pasir laut telah dijalankan menurut konsesi pasir yang sah yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor untuk Mados," kata Pesuruhjaya Kehakiman Teo Say Eng dalam penghakiman bertulisnya bertarikh 11 Disember tahun lepas.

Menurutnya, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa aktiviti Mados mengorek pasir itu melanggar undang-undang.

Menurut transkrip prosiding mahkamah, penolong pentadbir tanah Kota Tinggi juga mengesahkan Mados pada tahun 2011 menerima lanjutan tempoh lima tahun untuk lesen operasi sementara bagi mengeluarkan pasir di sana.

Diluluskan tanpa EIA

Satu gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti di PTD 2346, lokasi konsesi Mados , boleh didapati di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Laporan itu tidak menyebut nama tetapi berkata kerajaan Johor pada tahun 2009 melanjutkan lesen operasi sementara syarikat konsesi, untuk mengeluarkan pasir di kawasan itu, walaupun tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh agensi-agensi persekutuan.

Laporan itu berkata pihak Audit mendapati aktiviti pengambilan pasir laut di PTD2346, Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi di kawasan 22,265 hektar tidak mendapat sokongan Jabatan Perikanan Johor.

The Kota Tinggi Pejabat Tanah juga, tambahnya, telah menetapkan syarat untuk pengeluar pasir mengemukakan EIA [penilaian kesan alam sekitar] sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar.

Menurutnya, permohonan pengeluar itu untuk memperbaharui lesen operasi sementara untuk mengeluarkan pasir telah diluluskan dalam mesyuarat exco pada Februari 2009 melalui ringkasan mesyuarat Bil 615/2009.

"Bagaimanapun, setakat ini, tiada EIA dibentangkan untuk kelulusan," kata laporan Ketua Audit Negara itu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa PTD2346 adalah zon
menangkap ikan dan memberi amaran bahawa aktiviti pengeluaran pasir boleh memudaratkan.

Menurutnya, apabila pengambilan pasir dijalankan di dasar laut, lumpurnya akan menyebabkan pencemaran air dan menjejaskan kehidupan ekosistem marin, manakala lumpur yang terkumpul di sepanjang pantai juga akan menyebabkan pencemaran di tepi laut.

Laporan itu menambah bahawa temubual dengan 20 nelayan di Teluk Ramunia mendapati hasil tangkapan mereka telah terjejas kerana habitat ikan telah diganggu dan peralatan nelayan sering rosak dan dipenuhi dengan lumpur.

Syarikat itu mendapat perhatian bulan lalu selepas Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim membangkitkan tentang aktiviti Mados dalam surat terbukanya kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin.

9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal

Written By canang on Khamis, 17 Julai 2014 | 7/17/2014 12:00:00 PTG

9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal
Bagaimana tentera zionis meratap kematian…
Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.
Apa tidaknya ?
1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009. 2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam
3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...
Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam
4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka. Ingatilah firman Allah swt : اﻟْﻤَﺎﻛِﺮِﻳﻦَ ُ ﺧَﻴْﺮ ُ وَاﻟﻠّﻪ ُ اﻟﻠّﻪ َ وَﻣَﻜَﺮ ْ وَﻣَﻜَﺮُوا -
Surah al-Imran ayat 54
“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”
Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar…. Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin11:53AM - 17 Jul 2014

Gencatan senjata 5 jam di Gaza hari ini


Israel dan Hamas akan mengadakan gencatan senjata lima jam bagi membolehkan pasukan bantuan kemanusiaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memasuki Semenanjung Gaza.

PBB pada Rabu meminta Israel menghentikan serangan selepas serangan udara terhadap wilayah-wilayah kecil terus berpotensi mewujudkan krisis kemanusiaan yang besar, seorang pegawai PPB dipetik sebagai memberitahu Al Jazeera.

Israel memutuskan menghentikan operasi dan serangan antara jam 01:00 (0700 GMT) dan 15:00 (1200 GMT) manakala Hamas pula antara 10:00 am (0700 GMT) pada hari ini.

Sekurang-kurangnya 223 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,600 tercedera dalam dalam pengeboman sembilan hari Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Hospital di sana sudah kekurangan bekalan ubat-ubatan dan Palang Merah memberi amaran kekurangan bekalan air serius.

Pengeboman terbaru berlaku setelah cadangan gencatan senjata yang dikemukakan Mesir gagal.

Israel: Hamas akan bayar harga mahal

Kerajaan negara itu meminta Israel dan Hamas menghentikan serangan pada pagi Selasa dan menghantar wakil masing-masing ke Kaherah untuk membincangkan syaratnya.

Kabinet Israel bersetuju tetapi Hamas yang mendakwa tidak pernah dimaklumkan berhubung cadangan itu menolaknya dalam “bentuk yang sedia ada”.

Jet Israel terus membedil Gaza pada petang Selasa selepas enam jam aman. Pejuang di Gaza melancarkan lebih 60 roket ke Israel pada Rabu.

Seorang rakyat Israel terbunuh akibat serangan itu, korban pernah di pihak negara itu selepas peperangan meletus pada 8 Julai lalu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa Hamas akan membayar harga yang tinggi dengan menolak rancangan gencatan senjata Mesir.

Pada Rabu, akaun Twitter Netanyahu menggunakan perkhidmatan berbayar “promoted tweets” bagi mendapatkan sokongan untuk kempen di Gaza.

YAHUDI BANGSA YANG DILAKNAT ALLAH



Saya sedang berehat di dalam wad HUSM pada masa sekarang atas nasihat doktor. Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini. Sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.



Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh Allah SWT. Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat Al-Quran. Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan Allah SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam Surah Fatihah. Selepas kita diwajibkan memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, Allah SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai. Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.



Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri. Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini. Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.



Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain. Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Juteru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.



Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak Allah SWT. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran : Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Surah Al-Maidah, ayat 18)



Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi. Berdoalah dan hulurkan bantuan. Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat. Jangan ada yang menyinsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.



Ramadhan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT. Saya penuh yakin Insya-Allah, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan Allah SWT.



Sekian, wassalam.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Bertarikh : 19 Ramadhan 1435H bersamaan 17 Julai 2014M

MP Yahudi keluar kenyataan kontroversi mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh

MP Yahudi keluar kenyataan kontroversi mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh
Ayelet Shaked (foto) berkata semua ibu kepada rakyat Palestin harus dibunuh di dalam konflik Israel dan Gaza.

KUALA LUMPUR:
Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.
Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.

“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.

Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.

“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.

Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mp-yahudi-keluar-kenyataan-kontroversi-mahu-semua-kaum-ibu-rakyat-palestin-dibunuh-40009?cp

Video: Salam Kosong Kosong dari Kiki di Studio Era


Sebelum ini kita sudah melihat yang Kiki telahpun memohon maaf dalam video bersama Pak Nil. Tidak cukup dengan itu dia juga telah dijemput oleh ERA FM juga untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Uncle Sim dalam .
Menurut laporan Era, Uncle Sim tidak dapat menghadiri temubual bersama di Studio kerana berada jauh di Kuantan.
Maka hari ini Kiki telah ke Studio Era untuk keudarakan permohonan maaf beliau. Dalam rakaman itu menunjukkan yang beliau sedang dalam perbualan bersama Uncle Sim. Bagaimanapun beliau telah dimaafkan dengan tenang oleh Uncle tersebut. Akhir kata oleh Kiki, beliau mengucapkan salam kosong-kosong.

Ikuti rakaman permohonan maaf Kiki terhadap Uncle sim di Studio Era di bawah. ─ SiakapKeli.com

Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin


 
http://katakcomel.my/wp-content/uploads/2014/07/Siti-Nurhaliza.jpg

Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin | Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza telah dikatakan mengutuk rakyat Palestin pada saat mereka kini sedang bertarung nyawa menentang kekejaman rejim zionis Israel.
Namun, apabila diselidiki rupa-rupanya memang terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar menggunakan nama Siti Nurhaliza di laman Facebook dan berkongsi status yang menghina dan mengutuk rakyat Palestin.
Datuk Siti Nurhaliza Kutuk Rakyat Palestin
Siti Nurhaliza telah menjelaskan menerusi akaun Instagram miliknya bahawa dia mengecam serta tidak akan menghalalkan tindakan individu terbabit.
“Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.
Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini,” katanya.12:00PM - 17 Jul 2014

Sebar gambar dan butiran peribadi wanita mengamuk adalah haram - Ustaz Zaharuddin

Sebar gambar dan butiran peribadi wanita mengamuk adalah haram - Ustaz Zaharuddin
ZAHARUDDIN: Berdosa menyebarkan gambar dan butiran peribadi seseorang kerana ianya mengaibkan.
KUALA LUMPUR: Menyebarkan gambar dan butiran peribadi wanita yang terlibat dalam pelanggaran kecil di Kuantan tempoh hari adalah haram kerana ianya mengaibkan seseorang.

Pendakwah bebas, Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam posting terbaru pada laman Facebooknya menjelaskan bahawa jika keaiban itu tidak melibatkan kebaikan awam maka tidak boleh disebarkan di khalayak awam.

“Namun, jika melibatkan urusan pentadbiran awam dan kepentingan mereka, maka barulah akan wujudnya keharusan iaitu bagi tujuan menyekat kezaliman ke atas kepentingan ramai,” katanya.

Tambahnya lagi, memanglah wanita itu bersalah namun seseorang itu sentiasa mempunyai ruang untuk memohon kemaafan atas kesalahan yang dillakukan tetapi segala penyebaran luas dan membuat gambar lucu wanita berkenaan adalah berdosa dan pasti akan merosak Ramadan si para pengutuk dan penyebar.

“Apakah penyakit yang melanda manusia sehingga seolah tiada langsung kewarasan memikirkan kesan jangka panjang terhadap wanita itu dan keluarganya,”.

Isu pelanggaran tersebut memang kecil namun melihat respon dan reaksi negatif awam terhadap kes tersebut, itu yang besar dan lebih membimbangkan berbanding tindakan agresif individu wanita itu dalam kesnya.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng kereta dan cuba bersemuka dengan pesara kerajaan tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti  “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Meskipun begitu, pesara yang dikenali sebagai ‘Uncle Sim’ itu tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah memaafkan wanita berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memandang serius perkara itu berkata wanita itu akan dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan seperti pembuli jalan raya dan kini kertas siasatan terhadap tindakannya itu telah dibuka.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sebar-gambar-dan-butiran-peribadi-wanita-mengamuk-adalah-haram-ustaz-zaharuddin-40022?cp

Selepas Zahid komen, klip video Al-Qassam meletup

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selepas mendapat komen daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ terus mendapat perhatian ramai.

Al-Qassam adalah merujuk kepada Briged Izzuddin Al-Qassam iaitu kumpulan sayap kanan Hamas, Palestin yang berjihad mempertahan tanah air mereka daripada penceroboh rejim Zionis Israel.

Zahid semalam berkata klip video berdurasi 5 minir 34 saat nyanyian kumpulan nasyid popular itu tidak ada hubung kait dengan jihad dan hanya satu nasyid yang berunsur keagamaan.

Klip video tersebut dimuat naik di Youtube sejak 13 Julai lalu oleh HIJJAZ CHANNEL yang kemudian turut disalin oleh pemilik akaun CaliphTV.

Ia semakin mendapat perhatian ekoran serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang sehingga hari ini telah mengorbankan 224 warga Palestin yang rata-ratanya adalah orang awam yang terdiri daripada warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Versi asal nasyeed Al-Qassam adalah dalam Bahasa Arab dan merupakan lagu rasmi briged Al-Qassam dalam memberi semangat kepada mereka mempertahankan tanah Palestin.

Kumpulan Hijjaz kemudian menterjemah lagu tersebut sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Setakat berita ini ditulis, klip video lagu nasyed ini mencatat 103,960 penonton pada akaun CaliphTV, manakala 67,805 penonton pada akaun HIJJAZ CHANNEL.

Bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk tontonan dalam akaun Facebook yang juga mula mendapat perhatian ketika ini. - HARAKAHDAILY 17/7/2014





 


Kassim Ahmad gagal usaha batal tuduhan JAWI


Mahkamah Rayuan hari ini tidak membenarkan permohonan penangguhan oleh Kassim Ahmad bagi menghentikan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya atas tuduhan mempersendakan Islam.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Md Raus Sharif berkata panel hakim sebulat suara tidak membenarkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ia tidak ada bidangkuasa untuk mendengar semakan kehakiman berhubung tindakan JAWI terhadap Kassim yang berusia 81 tahun.

Bagaimanapun, Hakim Md Raus membenarkan pendengaran rayuan itu pada 24 Julai.

Dua lagi panel hakim ialah Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki.

Kassim berusaha untuk membatalkan tuduhan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Pada mulanya, kes Kassim telah ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah Tinggi Syariah kini telah menetapkan 20-22 Oktober untuk perbicaraan terhadap atas tiga tuduhan.

1 ulasan:

Expert Funding berkata...


Hello Pelanggan,
Pembiayaan Pakar Adalah penyelesaian pembiayaan yang pasti yang menawarkan semua jenis Perniagaan Besar/kecil dan pinjaman peribadi daripada $5,000 hingga 250,000 atau lebih dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2% tanpa penalti pembayaran balik awal atau lewat, kelulusan 24 jam.

Tawaran istimewa
Sila hubungi kami hari ini
melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com