Kereta perisai ragut nyawa
Kuala Kangsar: Dua anggota maut manakala dua lagi cedera apabila kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, 6.40 petang tadi.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.
"Seorang anggota tentera terbabit terkorban di tempat kejadian manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan sebelum seorang lagi mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Difahamkan, ketika kejadian kenderaan itu gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar konkrit pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di bahu kiri jalan.
Menurut sumber, dua anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarjan Bayong dan Kpl Fatanah Ismail manakala anggota yang cedera ialah pemandu kereta perisai dikenali sebagai L/kpl Fredy dan Kpl Sharifuddin Abdullah.
Friday, 4 July 2014
4 FOTO ... KERETA PERISAI TERBALIK 2 ANGGOTA TENTERA MAUT DAN 2 CEDERA PARAH.
Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Koperal dan Sarjan maut apabila kereta perisai tentera yang dinaiki bersama dua lagi anggota hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.46 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohd Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.
Dua lagi anggota dikenali Lans Koperal Freaddy Barlabas, 29, dan Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dilaporkan parah di beberapa bahagian badan dan sudah menerima rawatan di hospital sama.
Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah.
Keadaan itu menyebabkan, kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan.
Friday, 4 July 2014
SEORANG PENYANYI ROCK AKAN DIHERET KEMAHKAMAH AMPANG JUMAAT INI ATAS PERTUDUHAN MEMUKUL ISTERI SEHINGGA CEDERA PARAH SEKSYEN 325 KANUN KESEKSAAN.
Dapat info seorang penyanyi rock akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang pada Jumaat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul dengan parah isterinya.
SEKSYEN 325 Kanun Keseksaan (Hukuman dengan sengaja menyebabkan cedera parah) Sekiranya disabit kesalahan maka hukuman adalah penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.
Detik-Detik Pihak Bomba Pecahkan Simen Keluarkan Mayat Ahli Perniagaan (5 GAMBAR)
Detik-Detik Pihak Bomba Pecahkan Simen Keluarkan Mayat Ahli Perniagaan (5 GAMBAR)
Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.
Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu.
Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang.
"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.
"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.
Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian. -Harian Metro
Sumber Gambar: JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA melalui Facebook rasmi mereka berkongsi bagaimana proses memecahkan simen untuk mengeluarkan mayat seperti dibawah:
sumber
Thursday, 3 July 2014
APABILA TSKI ARAHKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) SEJAK 2008 DIAUDIT ... KEDENGARAN SUDAH ADA MACAI YANG MULA MEROYAN.
Sebaik
sahaja TSKI mengumumkan bahawa semua perbelanjaan peruntukan program
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2008 diaudit sudah mula
kedengaran macai-macai mula meroyan macam dapat penyakit sawan
Dapat
tahu ada kakitangan Pejabat ADUN, Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli
Parlimen yang ketar kepala lutut, tidak lalu makan, tidak nyenyak tidur
dan tidak larat bangun bersahur.
Kenapa boleh berperangai sedemikian
masih menjadi misteri .. tetapi apa jua kena tunggu laporan audit keluar
baru boleh buat kenyataan.
Nanti kita tengok .. siapa yang kenaaaaaa.
Selangor arah audit perbelanjaan peruntukan program MES
Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor
supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri,
Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau
penggunaan peruntukan kewangan bagi program-program kebajikan di bawah
Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Tujuan audit ini untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program-program kebajikan yang telah dijalankan sejak 2008.
Ia juga bagi memantau peruntukan yang telah dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan dan memastikan bantuan yang diberikan diterima oleh penerima yang benar-benar layak.
Kita menyeru semua ADUN, Pengawai Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menerima peruntukan untuk program-program kebajikan MES memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan kerja-kerja audit ini.
Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Cananglahnie Original shared Azman Daud Azmandaud's photo.
8 hrs ·
BETAPA INDAHNYA JIKALAU MALAYSIA NI
MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH
BARU KITA DAPAT TENGOK SIAPA BENAR DAN SIAPA YG SALAH.
MELAYU X SEMESTINYA ISLAM........
MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH
BARU KITA DAPAT TENGOK SIAPA BENAR DAN SIAPA YG SALAH.
MELAYU X SEMESTINYA ISLAM........
Fatwa murtad: Jamil Khir jangan kelirukan rakyat
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan
yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam berhubung tindakan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan kenyataan aktivis
politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad sebagai pemikiran yang kufur dan
murtad.
Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat
peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan
keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan
perlu pertimbangan semua pihak.
"Kita akui ada peruntukan yang
diberikan kepada sesebuah negeri, namun dalam fatwa ini ia amat berat
dan sepatutnya Jamil Khir tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh
mengelirukan orang Islam.
"Jamil Khir sepatutnya mengulas untuk
merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu,
fatwa Terengganu bahawa kenyataan sebagai pemikiran yang kufur dan
murtad tetapi negeri lain tidak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ahli
Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jamil Khir mengkaji semula
fatwa yang telah dikeluarkan Terengganu itu bagi mengelakkan kekeliruan.
"Ini
menjadi persoalan kepada agama Islam itu sendiri adakah terdapat
perbezaan dan kenapa fatwa perlu dikeluarkan secara berbeza terutama
soal murtad.
"Ia perlu diperincikan dan diselaraskan di semua negeri," ujarnya.
Kelmarin,
media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada mesyuarat
khas kali pertama 9 Mac lalu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan
Kassim pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan
murtad. - HARAKAHDAILY 3/7/2014
UMNO semakin celaka, rakyat semakin membara.
Muhamad Saad Shaari shared Teuku Zacharyah Iskandar's photo.
Fatwa murtad: Jamil Khir jangan kelirukan rakyat
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan
yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam berhubung tindakan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan kenyataan aktivis
politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad sebagai pemikiran yang kufur dan
murtad.
Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan perlu pertimbangan semua pihak.
"Kita akui ada peruntukan yang diberikan kepada sesebuah negeri, namun dalam fatwa ini ia amat berat dan sepatutnya Jamil Khir tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang Islam.
"Jamil Khir sepatutnya mengulas untuk merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu, fatwa Terengganu bahawa kenyataan sebagai pemikiran yang kufur dan murtad tetapi negeri lain tidak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jamil Khir mengkaji semula fatwa yang telah dikeluarkan Terengganu itu bagi mengelakkan kekeliruan.
"Ini menjadi persoalan kepada agama Islam itu sendiri adakah terdapat perbezaan dan kenapa fatwa perlu dikeluarkan secara berbeza terutama soal murtad.
"Ia perlu diperincikan dan diselaraskan di semua negeri," ujarnya.
Kelmarin, media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada mesyuarat khas kali pertama 9 Mac lalu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan Kassim pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. - HARAKAHDAILY 3/7/2014
Muhamad Saad Shaari shared Teuku Zacharyah Iskandar's photo.Jamil Khir sebelum itu berkata, fatwa tersebut merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata walaupun terdapat peruntukan yang diberi kuasa kepada sesebuah negeri dalam melaksanakan keputusan, namun fatwa murtad merupakan satu perkara yang berat dan perlu pertimbangan semua pihak.
"Kita akui ada peruntukan yang diberikan kepada sesebuah negeri, namun dalam fatwa ini ia amat berat dan sepatutnya Jamil Khir tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang Islam.
"Jamil Khir sepatutnya mengulas untuk merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu, fatwa Terengganu bahawa kenyataan sebagai pemikiran yang kufur dan murtad tetapi negeri lain tidak," jelasnya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jamil Khir mengkaji semula fatwa yang telah dikeluarkan Terengganu itu bagi mengelakkan kekeliruan.
"Ini menjadi persoalan kepada agama Islam itu sendiri adakah terdapat perbezaan dan kenapa fatwa perlu dikeluarkan secara berbeza terutama soal murtad.
"Ia perlu diperincikan dan diselaraskan di semua negeri," ujarnya.
Kelmarin, media melaporkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada mesyuarat khas kali pertama 9 Mac lalu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan Kassim pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. - HARAKAHDAILY 3/7/2014
UMNO semakin celaka, rakyat semakin membara.
5 hrs ·
Jika benar terdapat sebarang penipuan atau sebarang perancangan untuk menipu rakyat di dalam setiap Pilihanraya UMUM atau Pilihanraya Kecil yang sudah berlangsung mahu pun akan berlangsung di masa-masa hadapan.
Selepas membaca maka sama-samalah kita mengaminkannya..
Ingat janji Allah bahawa doa golongan yang teraniaya akan diangkat menembusi pintu-pintu langit dan terus ke Arsy Allah Azza Wajalla kerana doa golongan yang teraniaya tiada Hijab disisinya.
SILA SHARE
Aminm.. Amin..
Ya Rabbalalamin..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Cananglahnie Original and Mawar Kuning shared Roslin Ahmad's status update.
PERBICARAAN KES ALTANTUYA HANYA WAYANG - SURENDRAN
KALAU BUKAN C4, BOM APA?
SIVARASA - GAGAL BAWA SAKSI PENTING SATU KONSPIRASI?
DUNGUN
- Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk
sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di
celah lantai kayu tersebut.
Muhamad Saad Shaari shared Abi Nur's status update.
6 hrs ·
Abi Nur added 2 new photos.
Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di
Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan
Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.
Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.
"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.
Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.
Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.
Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan