Ahad, 20 Julai 2014

WANITA KOREA RUPANYA....BAJU TU BELI DI INDIA

Sunday, 20 July 2014

KETUA POLIS NEGARA SAHKAN WANITA YANG PAKAI BAJU KELAWAR ADA AYAT AL-QURAN ADALAH SEORANG WARGA KOREA DAN BELI BAJU BERKENAAN DI INDIA.


Sehari dua ini ada macai yang cuba nak menjadi hero cuba ambil kesempatan main api perkauman kononnya ada seorang wanita Cina memakai baju kelawar tertulis ayat-ayat Al-Quran.

Ada yang sampai cabar para wira keyboard untuk terjah perempuan itu sampai kerumah sepertimana yang dialami Kiki Kamaruddin @ Kak Long CDM 25.

Akhirnya KPN sendiri melalui akaun twitternya berkicau dengan ayat .. @PDRM dah mula siasat kes 'makcik' tu . Dia Korean, baru sampai sini, beli baju  tu di India. Biar kita siasat lanjut. Seamua bersabar lah.

Akhirnya yang cuba nak api-apikan isu ini amat kecewa sekali .. Jelas jangan terlalu gopoh dan gelojoh kalau tujuan dan nawaitu itu sekadar mau mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara .. cuba nak menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam hal ini PDRM juga harus siasat para penggiat siber yang cuba melakukan khianat dengan menyebarkan kabar dan kisah palsu yang diputar belit demi kerakusan rasis yang tiada sempadan dan kenal dan hormat undang-undang dan perlembagaan negara.

Tahniah kepada PDRM dan KPN kerana bertindak tenang, tegas dan pantas dalam menangani isu ini.


Saturday, 19 July 2014

MALAPETAKA MH17 ... KERAJAAN RUSSIA KANTOI SUNTING MAKLUMAT MH17 DI WIKIPEDIA.



Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.

Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.

Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.

Laporan bertajuk ‘Russian government edits Wikipedia on flight MH17’ itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.

Pengguna tersebut menambah “Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine” bagi menggantikan ayat asal iaitu “Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.”.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

PERANGAI KERAJAAN RUSSIA NI MACAM SERUPA JER DENGAN SATU KERAJAAN TU .. TAPI KERAJAAN APA EK??????

Friday, 18 July 2014

Teori Kenapa #MH17 Ditembak Akibat Salah Sangka Pesawat Presiden Russia???


Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.
putin
Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil
Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.
IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.
“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft – 15:44 Moscow time,” – Menurut sumber berkenaan.
Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.
putin2
Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan “surface-to-air” missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.
MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.
Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.
Menjadi persoalan utama kepada kita semua,
MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???
mas11111
Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.
Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.
Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.
Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.
Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.Sekian laporan daripada Brado Kapak.3:19PM - 19 Jul 2014

Wan Azizah dijangka ambil alih jawatan MB S'gor

PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Jika Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang mengisi tampuk menteri besar, beliau adalah di antara dua pemimpin wanita PKR yang memegang jawatan exco negeri dalam kerajaan Selangor.

Selain Wan Azizah, penyandang timbalan presiden Azmin Ali juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Mekah.


Pendedahan mengejut Dora Shahila, pramugari MH17 mengenai tragedi pesawat bakal ditembak

Pendedahan mengejut Dora Shahila, pramugari MH17 mengenai tragedi pesawat bakal ditembak - Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa yang akan berlaku kepada dirinya tentang kapal terbang ditembak sejak sebulan dahulu lagi.
"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak." 

"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan."

Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370. Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama."


Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine.

"Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia. Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy."

Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin.

"Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat."

Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya.

"Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita."

Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab.

“Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman.”

Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya.

"Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya."

Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu.

“Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, ‘Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga."

Menurut Darlina, walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. Kredit penuh kepada Sinar Harian.


Agenda Tersembunyi Di Sebalik Nahas Pesawat MH17

 
pesawat mh17

Agenda Tersembunyi Di Sebalik Nahas Pesawat MH17 | Ketika ini, satu dunia sedang melihat siri kekejaman Israel di Palestin dan kebanyakan negara di dunia mula melancarkan protes, demonstrasi dan boikot secara besar-besaran.
Dengan tidak semena-mena, pesawat Malaysia Airlines MH17 pula dijadikan kambing hitam baru selepas peristiwa MH370 yang masih mnjadi misteri sehingga kini.
Pesawat MH17 yang didakwa telah ditembak dengan peluru berpandu dan terhempas di bumi Ukraine yang sedang bergolak menjadikan keadaan atau krisis semakin sulit dan bakal merumitkan lagi proses damai.
Puak pemisah dan Russia saling menuding jari mencari siapa dan kenapa, bagaimana dan mengapa? Maka, masyarakat dunia pun beralih ke MH17 sedangkan di Gaza, serangan dilakukan bertali-arus oleh pihak Zionis.
Penduduk Islam di Palestin dibantai setiap hari.Episod duka umat islam Gaza akan berterusan kerana MH17 bakal mengambil alih ruang utama di dada akhbar dan media.
Itulah agenda illuminiti, freemason, yahudi laknatullah. Jalan ceritanya berbeza tetapi matlamat tetap sama.

MH17: Pelakon tempatan, suami dan anak antara mangsa nahas

Shuba2
INGATKAH lagi anda dengan pasangan anak-beranak, Jaya dan Shuba yang menjadi peserta untuk program realiti Mari Menari musim pertama terbitan Astro kira-kira empat tahun lalu?
Rupa-rupanya, Shuba yang juga seorang pelakon adalah antara 298 mangsa yang terlibat dalam insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu.
Lebih menyedihkan, suami dan anaknya yang dikenali sebagai Paul Goes dan Kaela juga turut bersama-sama Shuba dalam pesawat itu.



Mengimbas kariernya, dia pernah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam pementasan Fourplay, Charley’s Auntie and Hungry for Hope.
Shuba bersama suami dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana sebelum berlakunya tragedi itu, lapor Mynewshub.

Artis Bermimpi Meninggal Dunia, Dikafankan, Akhirnya Menjadi Realiti


Kematian itu memang pasti. Tidak lambat atau mahupun cepat sesaat. Namun begitu, bilakah kita akan mati itu hanya akan meninggal persoalan untuk kita. HM difahamkan seorang artis yang dikenali sebagai Aden, merupakan vokalis kumpulan nasyid dari Indonesia telah memuat baik satu tweet tentang mimpinya yang dalam keadaan meninggal dunia, malah turut dikafankan.



Takdir Allah SWT, mimpinya menjadi kenyataan selepas beberapa hari.

Vokalis kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia pada 30 Disember 2013.

Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.

Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Sebelum ini juga Aden pernah berkolaborasi bersama Inteam dengan terbitnya album yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.


HM ucapkan takziah dan Semoga Allahyarham Aden ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman…

Wa Allahu'alam..

Tiada ulasan: