Jumaat, 4 Julai 2014

BUKAN KL SAJA MALAH SELURUH NEGARA...DOSA TETAP DOSA....MAKSIAT TETAP MAKSIAT.....HARAM TETAP HARAM...KATA JAGA DAN MEMBELA AGAMA

Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan



Sukarelawan dapur jalanan mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan termasuk orang miskin dan gelandangan di ibu kota. Gambar fail The Malaysian Insider.Sukarelawan dapur jalanan mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan termasuk orang miskin dan gelandangan di ibu kota. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.
Asri berkata,  bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.
"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.
Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.
"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.
"Buktikanlah dakwaan ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambangkan kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan," katanya.
Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.
Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.
"Mengenai golongan tidak berumah ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka hendak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat beli-belah Lot 10," katanya. – 4 Julai, 2014.

 

5:00PM - 4 Jul 2014

P Pinang beri bonus setengah bulan gaji

Penjawat awam kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
  
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Georgetown hari ini.
  
"Pembayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.
  
-Bernama


 


Friday, 4 July 2014

PAS NAFI DSAI DAN TGHA BINCANG ISU MB SELANGOR DI IJN.



Pejabat Presiden PAS menafikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan pertukaran menteri besar Selangor sebagaimana yang dilaporkan sebuah laman web hari ini.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataannya berkata, perkataan Selangor dan MB langsung tidak disebut ketika Anwar melawat Hadi di Institut Jantung Negara (IJN).

"Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara kedua-dua pemimpin itu semasa lawatan ke IJN tempoh hari, malah perkataan 'Selangor' dan 'MB' pun tidak disebut langsung,” katanya.

Samsuri berkata demikian ketika mengulas laporan portal Freemalaysiatoday (FMT) hari ini yang melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diberhentikan sebagai menteri besar selepas raya Aidilfitri.

Menurut laporan itu, Hadi dikatakan akhirnya bersetuju dengan cadangan untuk menukar menteri besar Selangor itu.

Ia dikatakan dicapai dalam kunjungan Anwar melawat Hadi ketika beliau menerima rawatan di IJN,  baru-baru ini.

Laporan FMT berkata, Adun Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik menjadi menteri besar manakala Adun Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali akan dilantik sebagai timbalan menteri besar.

Pada 29 Jun lalu, pengendali laman Facebook Presiden PAS memuat naik sekeping gambar kunjungan Anwar dan Wan Azizah melawat Hadi di IJN.

Selain Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan PAS turut menziarahi presiden PAS berkenaan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Saman peminta sedekah: Peguam akan bela kami, kata mereka

 
 

Oh! Malaysaku Negara Islam, Nak Bersedekah Pun Kena Saman...

Ramai benar yang marah dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan lagi wargakota memberi sebarang jenis sumbangan kepada peminta sedekah dan dalam masa yang sama juga melarang kumpulan NGO Dapur Jalanan memberi makanan kepada golongan kutu rayau, fakir miskin dan gelandangan.

Alasan yang diberikan Tengku Adnan atau Ku Nan ialah untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada semua jenis peminta sedekah, kutu rayau dan gelandangan yang disifatkannya sebagai sampah yang mengotorkan imej bandaraya selama ini, selain kononnya program pemberian makanan itu menambah-kotorkan lagi persekitaran ibukota.

Menurutnya lagi, kerana adanya golongan yang murah hati inilah menyebabkan kewujudan golongan sampah itu sukar dihapuskan oleh kerajaan serta menyusahkan usaha membanteras kewujudan mereka. Serentak dengan itu, beliau mensyaratkan jika NGO Dapur Jalanan mahu meneruskan kegiatan memberi makan kepada gelandangan, ia haruslah dilakukan sejauh 2km dari pusat bandar yang dikenalpasti iaitu Kompleks Membeli-belah Lot 10.

Walaupun mungkin niat Ku Nan ini adalah baik tetapi beliau seolah-olah tiada hati perut dalam tindakannya. Ini kerana dalam usahanya membersihkan imej Kuala Lumpur, sampai beliau bukan saja tergamak menghalang orangramai daripada bersedekah dan memberi sumbangan, malah menguatkuasakan undang-undang agar tindakan saman serta-merta dikenakan kepada sesiapa yang menghulurkan sumbangan.


Lebih tidak masuk akal, arahan penguatkuasaan ini pula dilakukan di bulan Ramadan, bulan di mana salah satu kegiatan yang paling digalakkan ialah bersedekah dan membantu golongan yang susah.

Kalau sudah bersedekah pun jadi masalah dan dianggap salah, tidakkah ini juga bertentangan dengan Malaysia sebagai negara Islam yang dilaung dan dibangga-banggakan sebelum ini!

Bagi Ku Nan yang tinggal di kediaman mewah setinggi lima tingkat di Jalan Duta, beliau mungkin tidak cukup memahami derita golongan fakir dan gelandangan ini yang hidup berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Sebelum mahu dilarang golongan fakir, peminta sedekah, kutu rayau dan gelandangan di ibu kota daripada menerima sedekah atau sumbangan makanan daripada NGO Dapur Jalanan, Ku Nan patut bertanya, sudahkah kerajaan berbuat sesuatu untuk melindungi dan membantu mereka ini?

Jika kerajaan pun tidak berbuat apa-apa atau tidak mampu melakukah sesuatu, janganlah dihalang orangramai daripada mahu menghulurkan sumbangan dan memberi makanan. Kerajaan melalui DBKL sepatutnya bekerjasama dengan NGO terbabit seperti menyediakan kawasan khas, tong sampah dah kakitangan yang membersihkan kawasan selepas program pemberian makanan itu diadakan.

DBKL juga sepatutnya bersyukur kerana NGO Dapur Jalanan ini tidak meminta sumbangan daripada kerajaan pun untuk menyediakan pemberian makanan itu. Ianya adalah sumbangan orangramai yang bersimpati, ada perasaan dan hati perut terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Di mana-mana bandar besar pun, golongan gelandangan dan peminta sedekah ini tetap ada. Yang penting ialah bagaimana kerajaan menangani dan melindungi mereka ini, bukan cuba menyisihkannya terus dengan menghalang orangramai daripada memberikan sedekah dan menghulurkan bantuan.

Memang benar seperti kata Ku Nan jika orangramai mahu menghulurkan bantuan, mereka boleh berbuat demikian kepada masjid, kuil, gereja dan sebagainya tetapi sedarkah Ku Nan bahawa pilihan memberi sedekah ini berbagai-bagai dan ia umpama kita memilih kedai makan atau pakaian yang selesa untuk dipakai. Ia terpulang kepada pilihan masing-masing dan kerajaan tiada hak untuk menentukan ke mana sedekah seseorang itu harus disalurkan.

Ada orang yang banyak duit, tetapi suka makan di gerai dan ada juga orang yang tak berapa ada banyak duit tapi sering memilih makan di tempat yang mahal. Lain orang, lain selera dan keselesaannya. Begitu juga dalam hal bersedekah ini, selain ada yang menyumbang melalui masjid, kuil dan gereja, tentulah ada juga yang lebih selesa dapat bersedekah secara langsung dengan memberi wang atau makanan kepada golongan gelandangan ini.

Dalam hal ini, Menteri di JPM sendiri, Shahidan Kassim diketahui adalah penyumbang tetap makanan kepada golongan gelandangan yang berada di Chow Kit, Kuala Lumpur sejak sekian lama. Beliau bersama kenalan rapatnya melakukan bantuan itu secara konsisten sebagai amal jariah dan sedekahnya. Adakah beliau juga salah dan mahu disaman?

Ku Nan seharusnya sedar bahawa kewujudan kutu rayau, peminta sedekah dan gelandangan dengan kemurahan hati orangramai memberi sumbangan dan sedekah adalah dua aspek yang berbeza. Beliau seharusnya fokus kepada tugasnya untuk membersihkan golongan itu melalui peranannya sebagai menteri tetapi selagi golongan itu ada, beliau tidak seharusnya menegah pihak lain daripada menghulurkan sumbangan dan memberi bantuan.

Lainlah jika sekiranya kerajaan sudah menyediakan rumah perlindungan dan makanan untuk gelandangan ini tetapi masih ada NGO yang mahu berbuat demikian, barangkali ada logiknya jika larangan bersedekah dan memberi makanan itu dikuatkuasakan.

Carilah penyelesaian untuk membasmi golongan fakir, pengemis, kutu rayau dan gelandangan ini dengan mewujudkan rumah perlindungan yang secukupnya terlebih dahulu, kemudian barulah jika mahu dilaksanakan pelbagai peraturan dan larangan apa sekali pun.

Lagi pula, selain pengemis, kutu rayau dan gelandangan, banyak lagi aspek yang lebih merupakan sampah dan menjadi kekotoran sebenar kepada wajah ibukota ini. Jenayah, pelacuran, pengedaran dadah, hiburan malam, rumah urut dan segala macam titik-titik noda yang bercambah subur setiap hari di merata-mata Kuala Lumpur adalah sampah sebenar yang perlu dihapuskan terlebih dahulu.

Sempena bulan Ramadan yang masih awal lagi, didoakan semoga Ku Nan segera mendapat hidayah Allah dah tahu mana keutamaannya dalam menjalankan tugas sebagai menteri.

SH

Jumaat, 4 Julai 2014

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.
"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Selain Felixia, dua lagi selebriti yang turut berhijrah dengan mula bertudung adalah Fara Fauzana dan Neelofa.

"Dewan Muslimat PAS Malaysia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini.

"Alhamdulillah syukur. Inilah kecantikan dan ketenangan islam," kata Mastura lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru semua umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai platform mendidik diri untuk kembali kepada fitrah dan keluar daripada fitnah.

"Mudahan keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan ini dengan penuh rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka," katanya.

Jumaat, 4 Julai 2014

Bantu kami dengan beri pekerjaan - Gelandangan

KUALA LUMPUR: Gelandangan yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur enggan berpindah ke pusat perlindungan yang disediakan kerajaan kecuali sistem di pusat berkenaan ditambah baik.

Malah mereka lebih selesa hidup dalam keadaan serba kekurangan di kaki lima, di celah bangunan dan bawah jambatan berbanding hidup di pusat perlindungan.

Seorang gelandangan berkata, beliau menyedari kerajaan mahu membantu dan mengubah nasib mereka namun sistem perlindungan perlu diperbaiki terutama cara layanan.

Menurutnya, layanan yang diberikan begitu teruk selain dihina bagaikan sampah sehingga menyebabkan mereka tidak mahu tinggal di pusat perlindungan.

Beliau juga tidak mahu hidup terkurung di pusat perlindungan dan lebih selesa tidur di kaki lima apatah lagi mendapat tahu ramai gelandangan yang tinggal di situ sering dihina.

"Kami juga ada hati dan perasaan, jangan layan kami seperti itu. Jika benar kerajaan nak ubah hidup kami dan bantu, beri pekerjaan...biarlah usaha itu dilakukan bersungguh-sungguhdan bukan sekadar melepas batuk ditangga," kata Along dipetik Berita Harian.

Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawal keselamatan, akhirnya diberhentikan selepas status lampaunya diketahui.

Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menggubal undang-undang bagi menahan peminta sedekah serta mengenakan denda sekurang-kurangnya RM150 terhadap pemberi sedekah bagi mengekang amalan itu.

Terkini, kementerian itu menetapkan aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan tidak lagi dibenarkan di kawasan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks beli belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini.

Peraturan ini bagi membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, dan di jangka bermula dua minggu lagi.

Friday, 4 July 2014

KERAJAAN "DAP/PR" MELAKA SUDAH MELAMPAU .... KANDANG-KANDANG BABI USANG YANG AMAT MENJIJIKKAN DIBIARKAN BEROPERASI.



MASJID TANAH – Masih wujud ladang penternakan babi yang gagal mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri biarpun pemantauan dilakukan secara kerap pihak berwajib.

Tinjauan di pusat penternakan di Paya Mengkuang, semalam jelas menunjukkan kandang yang menempatkan hampir beribu ekor babi kelihatan begitu usang selain kolam kumbahan menjijikkan.

Tidak hairanlah apabila penduduk sekitar seringkali merungut berlakunya pencemaran cukup teruk khususnya di Sungai Tuang, selain terpaksa menghidu bau busuk gara-gara sikap penternak yang lebih mementingkan keuntungan.

Bagaimanapun, jabatan terlibat sudah menetapkan hanya 48,300 populasi babi dibenarkan diternak yang difahamkan untuk memenuhi pasaran di Melaka, Lembah Klang dan Singapura.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Azlan Enjah berkata, pihaknya kerap melakukan pemantauan sebagai memastikan bilangan babi tidak melebihi populasi dihadkan.

Menurutnya, menerusi Enakmen Baharu Penternakan Babi yang dijangka akan diwartakan pada tahun depan membolehkan tindakan tegas diambil terhadap penternak yang masih berdegil mematuhi syarat.

“Kita akan perbetulkan sebab sebelum ini tiada satu undang-undang yang kukuh, agak sukar untuk laksanakan penguatkuasaan.

“Saya harap undang-undang diluluskan kerajaan akan dapat dilaksanakan terutamanya kepada ladang-ladang tidak ikut spesifikasi, kita tidak beri lesen dan ladang akhirnya akan diarah tutup,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini jabatan tidak memberikan lesen secara rasmi tetapi penternakan hanya ditetapkan di Paya Mengkuang menerusi pengawasan dan pengetahuan pihak jabatan.

Jumaat, 4 Julai 2014

MOHON SETIAUSAHA AGUNG UMNO 'KU NAN' INSAF LEPAS BACA AYAT INI...


( 6 Gambar ) Kemalangan Maut Kereta Kebal ATM Di Lebuhraya Kuala Kangsar


Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar melibatkan konvoi aset tentera darat. Dilaporkan aset tentera darat tersebut sedang bergerak ke Asahan untuk latihan menembak.

Sebuah daripada kenderaan tersebut telah melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. Kemalangan tersebut meragut nyawa dua anggota Armor dan seorang Ketua Kenderaan. Ketua kenderaan yang dikenali sebagai Sarjan Bayong pula, telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anggota di dalam kenderaan bernama Korporal Patanah turut meninggal di tempat kejadian. Pemandu pula mengalami kecederaan parah. 3 orang anggota yang berada dalam kenderaan Condor di belakang, terselamat.

Insiden melibatkan sebuah kenderaan Sibmas yang merupakan sebuah kereta perisai di KM 232.6. Insiden dikatakan berlaku berpunca daripada kenderaan hilang kawalan dan melanggar kanan bahu lebuhraya dan terbalik ke kiri bahu lebuh raya.

Anggota-anggota yang terlibat adalah:

1. Lans Koperal Fredy - pemandu (cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangar)
2. Koperal Sharifuddin bin Abdullah - cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar
3. Sarjan Bayong - meninggal di tempat kejadian.
4. Koperal Fatanah bin Ismail - meninggal di hospital.

Al-Fatihah dan takziah untuk perajurit-perajurit negara yang terkorban itu.







sumber : orangni.blogspot.com

Tiada ulasan: