Sunday, 20 July 2014
Patutlah MH17 Guna Ruang Udara Ukraine.. Ini Puncanya
Ketika pelbagai pihak
menyalahkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) kerana mengambil laluan
di atas kawasan pergolakan di timur Ukraine, media Jerman melaporkan
penerbangan Singapura (SIA) melalui kawasan itu lebih banyak kali
berbanding MAS.
SIA
melalui kawasan Donetsk yang dikuasai pemberontak Ukraine itu sebanyak
75 kali berbanding MAS yang hanya melaluinya sebanyak 48 kali, lapor Der
Spiegel.
Majalah berita itu melaporkan
penerbangan Rusia Aeroflot melaluinya sebanyak 86 kali sepanjang tujuh
hari lalu, Ukraine International Airlines 62 kali manakala syarikat
penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa, 56 kali.
Penerbangan itu direkodkan dalam
masa tujuh hari lalu dalam radius 150 batu dari bandar industri
Ukraine."Dari segi ranking syarikat penerbangan, MAS berada di tempat
kelima iaitu 48 penerbangan... data menunjukkan Donetsk mempunyai trafik
udara yang sibuk," kata Spiegel Online.
"Sama ada serangan (terhadap
MH17) adalah satu perbuatan rawak atau kesilapan, ia boleh juga berlaku
kepada pesawat pelbagai syarikat penerbangan antarabangsa yang
lain."MH17 terbang di paras 10,060m – 300m di atas ruang udara larangan –
di timur Ukraine apabila ia ditembak jatuh dan membunuh semua 298 orang
di atas kapal.
UK Daily Mail melaporkan,
walaupun MH17 terbang di ruang udara yang tidak ada larangan, namun
syarikat penerbangan diberi amaran tentang potensi bahaya di kawasan
itu.Putrajaya, bagaimanapun, mempertahankan laluan penerbangan yang
diambil oleh MH17, berkata Malaysia tidak pernah dimaklumkan oleh
mana-mana pihak bahawa ia tidak selamat.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Liow Tiong Lai berkata syarikat penerbangan komersil dari 15 negara Asia
Pasifik juga menggunakan laluan penerbangan yang sama.
MAS dalam satu kenyataan semalam
berkata, MH17 meminta untuk terbang di 10,600m lebih dari ruang udara
Ukraine, tetapi sebaliknya diarahkan pusat kawalan trafik udara di
negara itu untuk terbang di 10,060m.
"Sebelum kemalangan itu, pihak
berkuasa Ukraine hanya mengehadkan ruang udara sehingga 9,700m, mengikut
Eurocontrol," tulis Spiegel Online."Pada ketinggian yang lebih tinggi,
bagaimanapun, tidak ada sekatan ke atas trafik udara awam.
"Hanya selepas tragedi berlaku
ke atas MH17, ruang udara itu disekat sepenuhnya."Jurucakap dari
Lufthansa, Thomas Jachnow, memberitahu Spiegel Online syarikat
penerbangan itu kerap terbang di timur Ukraine sehingga Khamis.Pada hari
Khamis, selepas MH17 ditembak jatuh, empat penerbangan Lufthansa
ditukar laluannya, kata Jachnow.
Semasa sidang akhbar semalam,
media asing dan tempatan menekan Liow mengapa MH17 mengambil laluan
penerbangan di zon konflik itu, dan adakah Malaysia sedia untuk memikul
tanggungjawab untuk MH17 ketika mengambil laluan itu.
"Malaysia Airlines menggunakan
laluan itu banyak kali, bertahun-tahun dan inilah sebab mengapa MH17
mengambil laluan penerbangan itu," kata Liow.
Liow menolak tanggapan bahawa
MAS cuba menjimatkan kos bahan api dengan mengambil laluan itu dengan
berkata 15 daripada 16 syarikat penerbangan Asia Pasifik masih
menggunakan laluan tersebut. ~tmi
HATI-HATI BELI TELEFON DI PLAZA LOW YAT | Tidak dinafikan, ramai yang teruja apabila ingin membeli telefon baru. Disini kami dedahkan apa yang telah berlaku kepada rakan-rakan kita semasa membeli telefon di plaza Low Yat.
-
-
HATI-HATI BELI TELEFON DI PLAZA LOW YAT
Diharapkan dengan pendedahan ini, kita semua akan berhati-hati apabila beli telefon di Plaza Low Yat.
PETALING JAYA - Berita memeranjatkan apabila penyampai radio Sinar FM iaitu Najman Mohamed telah dipecat daripada stesen radio itu berkuatkuasa 11 Julai lalu.
Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya.
“Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu.
“Mereka hanya memberi alasan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang dalam stesen itu sedangkan sudah 10 tahun saya bersama Sinar FM,” katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Najman berkata rakan-rakan seangkatannya juga terkejut dengan perkara tersebut dan dia kini sedang mencari punca kenapa pihak pengurusan stesen radio itu bertindak sedemikian.
“Setakat ini , ada beberapa rakan yang memberikan cadangan untuk saya cari sebab saya diberhentikan. Kalau boleh saya akan usahakan sebelum sambutan Aidilfitri ini.
“Tidak kisahlah apa hasilnya nanti, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapatkan semula pekerjaan saya.
“Saya pun tidak pasti adakah perlu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Seharusnya pihak pengurusan berbincang dahulu dengan saya sekiranya reputasi kerja saya tidak mencapai piawaian yang ditentukan,” ujarnya.
Sementara itu, Najman menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini mungkin mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun berasa risau kerana isterinya kini sedang hamil dua bulan.
“Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Mungkin Tuhan beri rezeki anak, Dia tarik rezeki lain. Mujurlah saya dan isteri ada pendapatan lain dengan menjalani perniagaan secara kecil-kecilan,” tuturnya.
Najman memulakan karier separuh masa sebagai penyampai radio di stesen Best 104 FM pada tahun 1989 dan diserap sebagai penyampai tetap pada 1991.
Setelah berkhidmat lebih kurang lapan tahun, Najman telah ke saluran radio Era FM dan kemudian dipindahkan ke Sinar FM pada tahun 2004.
Najman mengendalikan segmen Senandung Malam (8 malam hingga 12 tengah malam) bersama deejay Jamal Jamaluddin.
Sementara itu Pengurus Saluran Sinar FM, Rizal Sahimy yang dihubungi mStar Online> tidak dapat memberi jawapan berhubung perkara itu.
Kenapa Khairy sertai demo Anti Israel di London tidak di KL?
Posted on Sunday, July 20 @ 15:19:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kenapa Khairy merelakan dirinya menjadi 'Beruk' di London?
Sebelum itu.. untuk makluman semua 'Beruk' itu adalah ayat yang digunakan Khairy untuk peserta-peserta demo di negara kita suatu masa lalu.. jadi aku pinjam ayat dia..
KJ Ketua Pemuda London?
...Malam tadi Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memuat naik gambarnya bersama ribuan orangramai di Kota London menyertai perhimpunan menyokong Gaza dan mengecam Israel.
Beliau dilaporkan dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komanwel dah sementara singgah di kota London, kebetulan ada perhimpunan tersebut yang diadakan menuju ke keduataan Israel, lalu beliau dikhabarkan mengambil kesempatan turut sama menyertainya.
Memanglah sekali imbas, tindakan KJ itu sesuatu yang boleh dipuji dan membanggakan.
Barangkali tidak ramai rakyat Malaysia, apatah lagi bertaraf menteri jika tiba di kota yang serta gemerlapan seperti London sanggup meluangkan masa menyertai perhimpunan seperti ini.
Mungkin pemimpin lain lebih gemar menghabiskan masa berjalan-jalan, membeli-belah atau menikmati panaroma indahnya kota tersebut, atau setidak-tidaknya berehat di bilik hotel saja daripada menyertai perhimpunan anti Israel itu.
Tambahan pula ketika ini cuacanya sedang panas - kalau tak ikut serta perhimpunan ini pun tiada siapa nak marah atau mengurangkan markah politik di tanahair.
Namun, nampaknya berlainan dengan KJ. Beliau tetap meluangkan masa menghadiri perhimpunan anti Israel serta masih tidak lupa tanggungjawabnya sebagai seorang muslim.
Tetapi di dalam negara, apakah yang dilakukan oleh KJ dan Pemuda UMNO untuk menyuarakan bantahan mengenai serangan Israel di Gaza?
Pemuda UMNO yang diketuainya hanya mengadakan demonstrasi anti Israel di hadapan bangunan UMNO saja, bukannya di hadapan Kedutaan Amerika sebagai tanda bantahan terhadap keganasan yang sudah berulang kali dilakukan oleh Israel terhadap umat Islam di Gaza dan Palestin.
Tindakan Pemuda UMNO menjerit-jerit menghentam Israel di hadapan bangunan sendiri itu dianggap aksi paling lemah oleh pergerakan itu berbanding jika diadakan di hadapan Kedutaan Amerika yang merupakan penaja utama dan sekutu paling rapat dengan Israel itu.
Perhimpunan itu pula hanya diketuai oleh naibnya, Khairul Azwan Harun bersama hanya kira-kira 200 anggota Pemuda UMNO saja.
KJ langsung tidak menyertai perhimpunan itu dan wajahnya tidak kelihatan sama-sekali, mungkin sibuk dengan tugas lain agaknya.
Lebih dari itu, ketika diminta mengulas mengenai pemulauan produk-produk yang ada kaitan dengah Israel atau Yahudi pula, KJ turut menyatakan kurang setujunya dengan tindakan itu atas alasan tidak semua barangan itu didatangkan daripada negara zalim tersebut, malah ia mungkin di keluarkan di kilang di negara ini yang pekerjanya adalah rakyat tempatan.
Beliau kemudian memberi contoh mengenai produk Nestle yang walaupun ada kaitan dengan Yahudi tetapi barangannya dikeluarkan di kilang yang terdapat di Rembau, Negeri Sembilan.
Pendirian KJ mengenai pemulauan produk yang ada kaitan dengan Israel atau Yahudi ini jelas berbeza dengan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyokong sebarang usaha ke arah itu, malah mencadangkan agar usaha itu sentiasa dipertingkatkan ke seluruh dunia bagi menghasilkan kesan yang lebih baik menekan kuasa jahat tersebut.
Dan ketika Pas mengadakan demonstrasi anti Israel di hadapan Kedutaan Amerika, Jumaat lalu yang turut disertai oleh ribuan umat Islam, malang juga kerana KJ tidak pula mengarahkan ahli-ahli Pemuda untuk turut serta.
Seharusnya demi kepentingan umat Islam di Palestin dan Gaza, KJ dapat mengenepikan soal politik dan mengarahkan ahli-ahli Pemuda untuk turut serta dalam perhimpunan anjuran Pas itu.
Sila sambung bacaan anda di (SINI)
AnakSgDerhaka
KJ Sempat Menyertai Perarakan Sokong Palestin Di London
Posted on Sunday, July 20 @ 15:13:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Berikut adalah status yang dikongsikan oleh Kahiry Jamaluddin di Facebooknya yang mana beliau sempat menyertai perarakan Sokong Palestin di London.
Dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komawel, sempat singgah kota London. Kebetulan hari ini di London ada perarakan besar untuk menyokong Gaza dan mengecam Israel.
Saya juga telah menyertai perarakan tersebut yang terdiri dari ribuan orang pelbagai bangsa dan agama. Kami cuba menuju ke kedutaan Israel tetapi jalan ke situ ditutup oleh polis London. Peserta semua telah berhenti berhampiran kedutaan tersebut di High Street Kensington dan mendengar ucapan dari para aktivis.
Walaupun cuaca panas, semua peserta begitu bersemangat membawa mesej Free Palestine! Saya cukup kagum dengan masyarakat UK yang mana tak kira Muslim atau non-Muslim membanjiri jalanraya kota London. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat bukan hanya isu umat Islam.
Pengalaman puasa di sini pula merupakan pengalaman baru. Sebab saya berada dalam pesawat semalam, saya berhenti makan pada jam 12 tengah malam waktu UK. Buka puasa pula jam 9 malam. Bermakna saya akan berpuasa 21 jam hari ini.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang tidak dapat dilupa kerana dapat juga berjalan bersama warga London bersolidariti untuk Gaza! - SiakapKeli.com
MH17: Mayat dibiar di tepi jalan, pemberontak halang kerja menyelamat
Posted on Sunday, July 20 @ 14:59:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
PEKERJA menyelamat hanya memasukan mayat mangsa MH17 ke dalam plastik hitam dan diletakkan di tepi jalan.
TIGA hari selepas pesawat MH17 dengan 295 penumpang dan anak kapal yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di tembak jatuh di Ukraine, anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk pasukan penyiasat dari Malaysia masih belum dapat ke lokasi kejadian.
Malah, berdasarkan laporan media asing, kawasan yang sepatutnya di kawal ketat itu boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja termasuk pendudukan kampung dan orang ramai yang lalu untuk mengambil gambar dan melihat dari dekat kawasan tragedi yang mengorbang semua 295 orang dalam pesawat malang itu.
Lebih teruk ada yang bertindak menggeladah bagasi mangsa dan mengambil barang berharga termasuk kad kredit.
Pekerja-pekerja penyelamat yang tidak diketahui dari mana datangnya perlahan-lahan mengalihkan mayat dari kawasan pesawat jatuh dan memasukkan ke dalam beg plastik hitam, tetapi kemudiannya hanya dibawa dan diletakkan di tepi jalan di kampung Grabovo.
Apa akan jadi kepada mayat itu sekarang? Apa akan jadi kepada mangsa, kepada anak-anak kecil, adik-beradik, anak-beranak, suami-isteri yang terkorban dalam kejadian itu? Bagaimana pula perasaan keluarga mangsa di seluruh dunia apabila melihat gambar-gambar mayat mangsa MH17 di dalam beg plastik hitam seperti itu yang hanya diletakkan di tepi jalan?
Menurut laporan agensi berita asing, situasi di Grabovo mengelirukan. Lelaki-lelaki bersenjata tiba dengan satu deretan kereta kemudiannya berlalu pergi, termasuk sebuah kereta yang dicat dengan warna biru dan kuning bendera Ukraine, dipercayai daripada bahagian kecemasan kerajaan Ukraine. Semua mereka bersenjata.
Namun, tidak ada siapa berbuat apa-apa dengan mayat-mayat mangsa. Tidak ada bunyi siren ambulans seperti apa yang biasa kita lihat dan dengar jika berlaku mala petaka seperti itu.
"Kamu sekarang berada dalam kawasan perang, jadi jangan risau dengan lelaki yang bersenjata," kata salah seorang pemberontak sambil memberitahu mayat-mayat mangsa mungkin akan dibawa ke rumah mayat di Snezhnoe atau Donetsk. Tetapi dia sendiri tidak pasti.
Ada juga dakwaan daripada pihak Ukraine bahawa beberapa mayat telah hilang. Ketika sebahagian besar mayat ditutuk dengan plastik hitam, terdapat anggota badan mangsa yang dikaut dan dimasukkan ke dalam guni sahaja.
Cuaca musim panas Ukraine pula menyebabkan mayat cepat mereput yang menyebabakan kawasan itu berbau busuk yang menurut para wartawan yang sudah tiba di sana sudah tidak tertanggung untuk menghidu.
Sumber Kementerian Luar Ukraine berkata, mayat akan dibawa ke bandar Karkiv di timur negara itu untuk bedah siasat, dan berjanji akan mewujudkan pusat maklumat dan menyediakan kemudahan penginapan percuma untuk sanak saudara mangsa.
Tetapi jika dilihat kepada senario di tempat kejadian, perkara itu tidak mungkin akan berlaku, tidak ada tanda-tanda pihak pemberontak akan memberi kebenaran secara meluas untuk masuk ke kawasan itu.
Para wartawan asing yang tiba ke lokasi itu tidak dibenarkan oleh pemberontak, dan pergerakan mereka sentiasa di kawal oleh orang yang bersenjata. - Agensi
malaysiagazette
Kumpulan bersenjata halang pemerhati ke lokasi nahas MH17
Posted on Sunday, July 20 @ 14:38:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kumpulan lelaki bersenjata menghalang pemerhati daripada Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) daripada meninjau lokasi di mana pesawat MH17 terhempas di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, kata badan pemantau hak dan keselamatan itu.
Menyifatkan pelakuan mereka sebagai "kurang sopan dan tidak profesional", seorang jurucakap OSCE berkata beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu kelihatan seolah-olah mabuk manakala yang lain tidak membenarkan pasukannya seramai kira-kira 25 pemerhati melihat bangkai pesawat Boeing 777 itu.
"Kami menjangkakan diberi akses penuh, itu cara kita bekerja," Michael Bociurkiw dalam satu sidang akhbar.
"Malangnya tugas itu telah menjadi sukar. Apabila tiba di tapak nahas... kami berdepan dengan anggota bersenjata yang berkelakuan kurang sopan dan tidak profesional. Ada di antara mereka yang kelihatan sedikit mabuk. "
Beliau menafikan pemberontak pro-Rusia melepaskan
tembakan ke arah kumpulan pemerhati OSCE, tetapi berkata seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke udara, seperti mahu menakut-nakutkan sesetengah orang awam.
Terdahulu, pengerusi majlis tetap OSCE itu, Thomas Greminger, memberitahu Reuters bahawa kumpulan pemerhati itu tidak mendapat akses ke tapak nahas dan para penyiasat hanya menunggu di di sana kira-kira 75 minit sebelum kembali ke Donetsk.
Amerika Syarikat berkata ia "memandang berat" cara pemerhati OSCE itu dilayan.
"Mereka yang mengatakan akan mengambil bahagian atau mengalu-alukan penyiasatan ini, perlu memberi akses penuh dan jelasnya, kita dapati keadaannya tidak begitu apabila individu-individu terbabit berada di sana untuk 75 minit," kata jurucakap Jabatan Negara AS Jen Psaki dalam taklimat di Washington.
Amerika Syarikat mahu melihat satu "penyiasatan antarabangsa yang berwibawa," sambil menambah kerajaan AS telah menawarkan untuk menghantar kakitangan dan sumber-sumber daripada Lembaga Keselamatan dan Pengangkutan Negara dan Biro Penyiasatan Persekutuan.-mk
MH17: PM Belanda Beri Amaran Putin Punya 'Peluang Terakhir' Bantu Mangsa
Posted on Sunday, July 20 @ 14:53:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Reuters
AMSTERDAM: Presiden Rusia Vladimir Putin mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan beliau serius mahu membantu penyelamat mencari mayat-mayat mangsa kemalangan pesawat penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Belanda Mark Rutte (gambar), Sabtu.
Lebih daripada separuh penumpang di atas kapal yang terhempas berhampiran sebuah kampung di timur Ukraine, adalah rakyat Belanda, dan gambar-gambar barangan peribadi dan pasport bertaburan, dikenalpasti milik penumpang Belanda digeledah di lokasi kemalangan telah mengejutkan rakyat Belanda.
"Saya terkejut dengan gambar-gambar yang menunjukkan kelakuan yang benar-benar 'tidak menghormati' di kawasan tragis ini. Ia memualkan," kata Mark Rutte, merujuk kepada dakwaan bahawa mayat-mayat penumpang, termasuk 193 daripada negaranya, telah diseret dan dibiarkan reput di tempat kejadian.
"Dia mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan dia memang bermaksud untuk membantu," kata Rutte mengenai Putin, beberapa minit selepas perbualan dengan pemimpin Rusia itu yang disifatkan sebagai perbualan 'penuh perasaan'.
Tambahnya, pemimpin Jerman, Britain dan Australia turut berkongsi pandangan beliau.
Menteri Luar Frans Timmermans, yang berada di Kiev dengan pasukan pakar-pakar forensik Belanda cuba untuk mendapat akses selamat di lokasi kemalangan dengan berkata akses setakat ini adalah terlalu terhad bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mengenal pasti mangsa dan membawa mereka pulang.
Sebuah akhbar Belanda mencetak gambar komander pemberontak yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat Boeing 777 di muka depan dengan tajuk utama 'Pembunuh-pembunuh'.
Akhbar harian De Telegraaf menggesa kerajaan Belanda untuk memikirkan semula dasar kekangan ke arah Rusia.
"Kerajaan mesti menjelaskan kepada dunia bahawa kita berada di pihak kita dengan kemarahan," kata akhbar itu.
Disebabkan tanda-tanda risiko yang ditunjukkan untuk mengakses bangkai pesawat, Malaysia Airlines yang sebelum ini telah berjanji untuk membawa saudara-mara mangsa ke lokasi kemalangan, memberitahu televisyen nasional ia tidak dapat lagi berbuat demikian kerana ia tidak dapat menjamin keselamatan saudara-mara mangsa.-mstar

Deejay Sinar FM, Najman dipecat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan