Hamas henti serangan jika Israel penuhi syarat perdamaian
GAZA 15 Julai - Hamas hanya akan menamatkan pertempuran dengan Israel jika beberapa syarat daripada negara itu dipersetujui, namun setakat ini tiada usaha serius ke arah perdamaian."Perbincangan mengenai gencatan senjata memerlukan usaha serius yang belum dilakukan setakat ini," kata pegawai perundangan Hamas, Mushir al-Masri.
Masri berkata, Hamas hanya akan berbincang berdasarkan beberapa konsesi yang perlu dipersetujui Israel, termasuk menarik balik sekatan di Semenanjung Gaza, membuka semula sempadan Rafah di Mesir dan melepaskan banduan Palestin yang ditahan semula oleh Israel selepas ditukar untuk anggota tentera Israel Gilad Shalit.
"Gencatan senjata mesti berdasarkan syarat yang kami senaraikan dan permintaan yang berkurangan tidak akan diterima," kata Masri. - AFP
Tiga roket misteri dilancar dari Lebanon ke Israel
BAITULMUQADDIS 14 Julai - Kira-kira tiga serang roket dilancarkan dari selatan Lebanon ke wilayah Israel malam kelmarin sekali gus menjadikan ia serangan kedua dilancarkan dari negara Mediterraean itu sejak tentera Israel menyerang Palestin di Genting Gaza.Roket itu mendarat di Nahariya iaitu sebuah kawasan penduduk di tepi pantai iaitu 10 kilometer dari sempadan Lebanon.
Pihak berkuasa Lebanon dan kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggeledah kawasan tersebut namun masih tidak menemui kawasan pelancaran dan nama kumpulan militan yang bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.
Israel bagaimanapun bertindak-balas dengan menembak meriam ke dalam kawasan yang disyaki menjadi lokasi pelancaran di Zebqin dan Qulayleh.
Akhbar Lubnan Daily Star berkata, terdapat dua kem-kem pelarian Palestin di wilayah tersebut yang dipercayai menjadi lokasi tapak pelancaran roket berkenaan. Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Agensi
Serangan roket Gaza bunuh penduduk Israel buat kali pertama
BAITULMAQDIS: Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas
Gaza hari ini selepas Hamas menolak tawaran gencatan senjata dengan
menembak berpuluh roket di sempadan menyebabkan seorang penduduk Yahudi
terbunuh buat pertama kali.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran askarnya akan 'memperluas dan menggandakan' lagi serangannya udaranya ke atas Gaza selepas Hamas menolak pelan peletakan senjata yang disyorkan Mesir.
Kempen serangan Israel yang disambung semula itu menyebabkan dua
penduduk Gaza terbunuh, menjadikan jumlah angka korban yang memasuki
hari kelapan meningkat kepada 194, demikian menurut pegawai perubatan.
Penduduk Israel berkenaan maut dalam serangan roket di kawasan Israel berdekatan laluan sempadan Erez, demikian menurut tentera.
Briged Ezzedine al-Qassam Hamas mendakwa mereka bertanggungjawab menjalankan serangan di pintu sempadan Israel-Gaza itu.
Penduduk awam Israel berusia 38 tahun yang mati itu dikatakan sedang mengagihkan makanan kepada askar negara itu yang sedang bertugas di kawasan sempadan berkenaan, demikian lapor jurucakap Perkhidmatan Perubatan Israel.
Ia adalah kematian pertama di sebelah Israel selepas lebih 1,000 roket dan mortar dilepaskan ke arah kawasan penduduk Yahudi itu. Laporan juga menyebut empat penduduk Yahudi cedera parah.
Awal semalam, Kabinet Israel bersetuju untuk menerima cadangan Mesir mewujudkan gencatan senjata namun Hamas mendakwa pihaknya tidak dirujuk dan menolak pelan berkenaan.
Hamas juga enggan menghentikan serangannya terhadap Israel tanpa ada perjanjian menyeluruh yang jelas.
Sayap bersenjata pergerakan itu menyambung semula tembakan ke arah Israel selepas tempoh tamat syor gencatan jam 6 petang waktu tempatan.
Selepas jam 12 tengah malam pula, tentera Israel pula mengumumkan pihaknya menyambung semula serangan udara selepas mendakwa pejuang Hamas melepaskan 47 roket dari arah Gaza ke kawasannya. - AFP
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran askarnya akan 'memperluas dan menggandakan' lagi serangannya udaranya ke atas Gaza selepas Hamas menolak pelan peletakan senjata yang disyorkan Mesir.
Penduduk Israel berkenaan maut dalam serangan roket di kawasan Israel berdekatan laluan sempadan Erez, demikian menurut tentera.
Briged Ezzedine al-Qassam Hamas mendakwa mereka bertanggungjawab menjalankan serangan di pintu sempadan Israel-Gaza itu.
Penduduk awam Israel berusia 38 tahun yang mati itu dikatakan sedang mengagihkan makanan kepada askar negara itu yang sedang bertugas di kawasan sempadan berkenaan, demikian lapor jurucakap Perkhidmatan Perubatan Israel.
Ia adalah kematian pertama di sebelah Israel selepas lebih 1,000 roket dan mortar dilepaskan ke arah kawasan penduduk Yahudi itu. Laporan juga menyebut empat penduduk Yahudi cedera parah.
Awal semalam, Kabinet Israel bersetuju untuk menerima cadangan Mesir mewujudkan gencatan senjata namun Hamas mendakwa pihaknya tidak dirujuk dan menolak pelan berkenaan.
Hamas juga enggan menghentikan serangannya terhadap Israel tanpa ada perjanjian menyeluruh yang jelas.
Sayap bersenjata pergerakan itu menyambung semula tembakan ke arah Israel selepas tempoh tamat syor gencatan jam 6 petang waktu tempatan.
Selepas jam 12 tengah malam pula, tentera Israel pula mengumumkan pihaknya menyambung semula serangan udara selepas mendakwa pejuang Hamas melepaskan 47 roket dari arah Gaza ke kawasannya. - AFP
Wednesday, July 16, 2014
Perempuan Kurang Ajar Rupanya Puteri UMNO Pekan, Patutlah
Wajah Sebenar Gadis & Profile Gadis kurang ajar Peugeot 208 Plat CDM25 Yang Mengamuk Itu
Kejadian
kemalangan yang melibatkan seorang warga senior berbangsa cina yang
terlanggar kereta milik wanita melayu model Peugoet 208 Plat CDM 25
telah mencetuskan kekecohan di media sosial di mana ia menjadi isu
hangat serata Malaysia. Wanita itu kelihatan naik berang setelah
keretanya dilanggar di bahagian belakang oleh lelaki cina tersebut.
Wanita itu lantas mengamuk sambil memegang 'steering lock' dan
menghentam kereta wira milik lelaki cina itu berkali-kali sebagai tanda
amarahnya.
Siapa wanita ini CDM25 ini?
Wanita ini juga turut dikenali sebagai KIKI KAMARUDDIN
Ini adalah
beberapa maklumat yang aku dapat dari kajian di Media sosial. Aku dapat
tahu dari maklumat di facebook, wanita berkenaan telah deactive akaun
facebooknya lantaran insiden yang berlaku. Dari kajian di media sosial
juga mendapati wanita tersebut terlibat dengan sebuah syarikan Rangkaian
Kerja Kahwin dan kereta itu telah didaftarkan atas nama syarikat
tersebut.
p/s: hurm.
kesian jugak dekat dia ni. hopefully orang ramai boleh maafkan dia. dia
tak sengaja tu kot. walaupun aku rasa tindakan dia tu tak patut.
FACEBOOK : KERJA KAHWIN
INSTAGRAM : @KERJA_KAHWIN
WEBSITE : RANGKAIAN KERJA KAHWIN
Sumber: kaio.my
Gadis “Bertuala” Lepas Mandi Mangsa Ratahan Penyamun
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun bukan saja disamun, malah turut dirogol dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, 1 November lalu.
Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum
rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepasmerogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.
“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.
“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang,” katanya.
Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.
“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.
Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.
Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan
Setempat
Imam penjara
Kota Bharu: Seorang lelaki yang sedang popular dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran yang disiarkan dalam YouTube dikenali sebagai ‘Hafiz’ disahkan ditahan di Penjara Machang sejak akhir bulan lalu.
Lelaki berusia 20-an warganegara Myanmar itu menjadi popular kerana bacaan al-Quran dengan suara merdu yang disiarkan dalam video berdurasi 2 minit 29 saat.
Populariti lelaki itu menyebabkan pihak pengurusan melantiknya menjadi imam solat Tarawih di
penjara berkenaan.
Sumber Penjara Machang berkata, bacaan merdu dan penuh penghayatan itu menarik orang ramai untuk melihat video berkenaan.
“Dia adalah seorang hafiz yang menghafal 30 juzuk al-Quran dan seorang pelajar yang pintar.
“Sama ada dia menipu atau tidak, kami masih keliru apabila dia mendakwa semua dokumen perjalanan sah miliknya hilang. Dia amat sesuai menjadi imam kerana sangat bagus dalam bacaan al-Quran.
Bincang tawaran jadikan Muhammad anak angkat
Kuching: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad Jamaluddin sebagai anak angkat.
Muhammad, 16 yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi imam di penjara itu.
Siapa boleh bantu beri simen untuk makcik yang uzur ini?
Posted on Tuesday, July 15 @ 10:37:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang sukarelawan yang menggelarkan dirinya Ibu, yang bergiat aktif dalam NGO kemasyarakatan di Rembau. NGO yang digerakkan oleh Ibu ini tiada kaitan langsung dengan PAS atau Pakatan Rakyat, ia hanya sekadar NGO yang amat prihatin nasib keluarga daif, ibu tunggal, warga emas yang uzur serta lumpuh.
Ibu mempunyai senarai nama ramai mereka yang memerlukan, ada yang telah dibantu JKM, Baitul Mal dan ADUN, namun ianya masih tidak mencukupi tanpa bantuan orang ramai. Ibu bertanya samada ada yang sudi membantu seorang makcik tua yang uzur yang hanya memerlukan sedikit kerja simen lantai rumahnya untuk memudahkan pergerakan beliau.
Kepada
mereka yang ingin membantu makcik tua yang uzur ini atau membantu Ibu
untuk menghulurkan bantuan kepada ramai keluarga yang memerlukan
pelbagai bentuk bantuan di Rembau sila hubungi saya untuk saya beri
nombor telefon dan Whatsapp Ibu agar mereka yang ingin membantu dapat
menghubungi Ibu terus , tel saya 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com , PM FB : Rozmal (maaf tiada Whatsapp).
Atau
boleh masukkan ke akaun Maybank saya ROZMAL BIN MALAKAN 155126945930
untuk saya salurkan ke Ibu, harap SMS jumlah yang dimasukkan dan taip
mesej UNTUK IBU.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Tuesday, July 15 @ 10:37:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sijil halal roti ditarik balik
Posted on Tuesday, July 15 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.
Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.
Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.
Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.
Jaipk lawat kilang
Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.
Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.
“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.
Kilang diarah tutup
Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak mengikut piawaian.
Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.
Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tidak lagi beroperasi sehingga kini.
“Jika sesebuah premis itu terlibat dengan aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tidak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yang telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ini lawatan ke kilang bihun di Kampar juga telah dilakukan pihaknya.
“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu,” katanya.
Samsudin berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan juga piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.
Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu.
.....
SINAR HARIAN
8 Gambar Kilang Roti " Sunshine " di Ipoh yang amat meloyakan
Posted on Tuesday, July 15 @ 19:46:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.
Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.
Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.
Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk)
mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.
Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.
“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.
....
http://newsredapple.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan