Friday, 18 July 2014
TRAGEDI MH17 ... GAMBAR 6 BERANAK YANG MENAIKI PESAWAT MH17 TERSEBAR.
Beberapa rakaman gambar 6 sekeluarga yang ingin pulang ke Malaysia setelah duduk di Kazakhtan selama 2 tahun disahkan antara 298 penumpang malang MH17 kini tersebar dialam siber.
Terkini : VIDEO News dari Channel Rusia dan Kotak Hitam MH17 Telah Dijumpai
In
Dalam Negara
//
Terkini VIDEO di bawah ini
“Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal,” kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.
Seorang pemberontak pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei berkata, dia nampak dari balkoni rumahnya melihat kapal terbang turun dari ketinggian yang besar dan kemudian mendengar dua letupan.
Bagaimanapun, dia menafikan pemberontak menembak pesawat berkenaan.
Sumber www.siakapkeli.com
Friday, 18 July 2014
TRAGEDI MH17 ... JURUTERBANG HASRAT TUNAI HAJI BULAN DEPAN BERSAMA KAKAKNYA.
Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.
Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakan ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas.
"Dia menyatakan hendak menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakan ada kelainan dari nada suaranya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam tadi.
"Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yang memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit," katanya.
Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akan menimpa bapa saudaranya kerana dalam pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu.
"Dia sangat rapat dengan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam," katanya. Amaluddin mengakui hubungannya dengan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi.
Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Russia, semalam.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.
Friday, 18 July 2014
KOMANDER DONETSK PEOPLE'S ARMY DENGAN MEGAH MENGAKU MENEMBAK JATUH PESAWAT MH17.
Russian-backed separatist leader Igor Girkin (who also goes by the name of Strelkov) has claimed credit for shooting down Malaysia Airlines MH17.
The plane went down over eastern Ukraine near the border of Russia. It took off from Amsterdam and was headed to Kuala Lumpur.
“The plane has just been taken down somewhere around Torez (Donetsk Oblast). It lays there behind the Progress mine. We did warn you – do not fly in ‘our sky,’” he said through his account on VK, the Russian version of Facebook.
The Progress mine refers to the mining town of about 80,000 people.
“And here is the video proving another ‘bird’ falling down. The bird went down behind the slagheap, not in the residential district. So no peaceful people injured. There is also information about another plane shot,” he added.
Stelkov and his group, the Donetsk People’s Army, apparently mistook the plane for a Ukrainian army plane.
The Donetsk People’s Republic had boasted on June 29 that they took over a Ukrainian military base that had Buk ground-to-air missiles, but wouldn’t say how many, reported the Kyiv Post.
The Buk missiles can travel up to 25 kilometers (15 miles), three times the altitude MH17 was flying.
Other sources are reporting that the rebels are denying that they are responsible. ”This could happen only if it was a fighter jet or a surface-to-air missile (that shot it down),” one rebel, who gave his name as Sergei, told Reuters, adding that the rebels don’t have weapons capable of shooting down a plane at such a height.
But Anton Gerashchenko, an advisor at Ukraine’s Ministry of Internal Affairs, says that he caught a photograph on the ground just minutes after the Buk missile was fired.
Strelkov, the leader of the Donetsk People’s Army, works for the Russian military agency GRU, according to BBC, citing the Ukrainian security service. Russian media says that he is a retired officer of the Russian Federal Security Service. He was born in 1970 and is a registered citizen of Moscow. He has been active in the region for decades.
His group has combat experience fighting for the Russian armed forces in Chechnya, Central Asia, Yugoslavia, Iraq, and Syria, he told Russia’s Komsomolskaya Pravda newspaper. He himself took part in conflicts in Yugoslavia.
“He is also said to be a military enthusiast who specializes in historical re-enactment and staged recreations of battles,” it reported.
A Girkin Facebook group, which appears to be filled with fans of the commander, has the following slogan: “We have defeated the nazis, we will defeat the neo-nazis.”
In it, group members post stories about Strelkov’s recent success in Ukraine.
Berikut kenyataan yang sudah dialih bahasakan.
Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army mengaku kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkut tentera di tempat terhempasnya pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang menjurus kepada andaian bahawa mereka tersalah tembak.
Pemimpin kumpulan pemberontak itu, Igor Girkin yang juga dikenali sebagai Strelkov berkata, pesawat itu berjaya dijatuhkan.
"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine.
"Kami memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di 'ruang udara kami'," katanya melalui akaun VK, Facebook versi Rusia.
Progress Mine adalah pekan perlombongan yang didiami 80,000 penduduk, lapor media.
"Dan ini adalah bukti, 'seekor lagi burung' jatuh. Burung ini jatuh di belakang slagheap, bukannya kawasan perumahan. Jadi orang ramai tidak tercedera. Ada juga maklumat satu lagi pesawat ditembak," tambahnya.
Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.
Donetsk People's Republic dengan bangganya memaklumkan pada 29 Jun lalu mereka mengambilalih satu kem tentera Ukraine dan mempunyai Buk, iaitu peluru berpandu darat ke udara, tetapi tidak memberitahu jumlahnya, lapor Kyiv Post.
Peluru berpandu Buk boleh pergi sejauh 25 kilometer, tiga kali ganda ketinggian MH17 yang sedang terbang.
Namun sumber lain berkata, pemberontak itu menafikan mereka bertanggungjawab.
"Ia boleh berlaku hanya melalui pesawat tempur atau peluru berpandu darat ke udara (yang menembaknya)," kata seorang pemberontak yang memberi nama Sergei kepada Reuters.
Beliau menambah, mereka tidak mempunyai senjata yang mampu menembak pesawat yang terbang setinggi itu.
Namun Anton Gerashenko, penasihat Kementerian Dalam Negeri berkata berjaya merakamkan gambar peluru berpandu Buk seminit selepas ia dilancarkan.
Friday, 18 July 2014
TRAGEDI MH17 ... SEBUAH KELUARGA YANG KEHILANGAN ANAK DAN MENANTU DALAM PENERBANGAN MH370, TURUT KEHILANGAN 2 LAGI DALAM TRAGEDI MH17
Suatu tragedi telah melanda sebuah keluarga di Australia dua kali berturut-turut yang berkaitan dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang telah kehilangan empat ahli keluarganya melalui penerbangan-penerbangan MH370 dan MH17.
Irene dan George Burrows, dari Bileola, Queensland, masih berkabung akan kematian dan kehilangan anak mereka Rodney dan isterinya Mary selepas pesawat yang mereka naiki MH370 telah hilang tanpa kesan di Lautan Hindi Selatan pada bulan Mac lalu, dan kini perlu menambah kesedihan kerana cucu tirinya Maree Rizk dan suaminya Albert adalah diantara 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Pasangan itu dalam perjalanan pulang dari bercuti di Eropah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan