Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab
16 July 2014 by denaihati
Assalamualaikum
dan Salam 1Dunia, memang naik darah aku bila tengok seorang gadis yang
menaiki kereta Peugeot dengan plate no CDM25 mengamuk macam kena
histeria hanya kereta baru tercalar sedikit. Mungkin dia tak menyangka
lagak samsengnya telah dirakam oleh seseorang dan menjadi trending di
sosial media. Ramai lagi pemandu lain yang terlibat kemalangan yang
lebih hebat dari ini tetapi tidak bertindak mengetuk-getuk kereta yang
melanggar.Aku sendiri ada pengalaman beberapa kali dilanggar dan melanggar kereta orang lain tapi tak lah nak mengamuk macam ini. Tak percaya baca kisah aku langgar kereta seseorang di entri “Malang tidak berbau“. Kita ada tuhan bila berlaku sesuatu mesti ada sebabnya. Paling teruk peristiwa ini berlaku di bulan Ramadhan ketika umat Islam dikehendaki bersabar dengan ujian tapi gadis ini meroyan macam tak puasa.
Daripada siasatan yang di keluarkan oleh sebuah blog Asamboi.my kereta Peugeot CDM25 di daftarkan atas nama syarikat Rangkaian Kerja Kahwin Sdn Bhd yang beralamat di Puchong.
Dalam dunia teknologi memang gadis ini tidak akan dapat lari. Di maklumkan facebook beliau sudah ditutup setelah diserang oleh mereka yang tidak berpuas hati. Anak kepada lelaki tua tersebut pun sudah memberi komen pedas di Facebook dan tidak mustahil ramai yang akan menyerang pejabat beliau.
Hamas buat lagu perang dalam bahasa Yahudi
AFP | Kemas kini: Julai 12, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 12, 2014 20:58 MYT)
Hamas meningkatkan perang psikologinya terhadap Israel
apabila memuat naik lagu semboyan perjuangannya dalam bahasa Hebrew,
lapor AFP.
Lagu asal bahasa Arab itu sudah lama jadi lagu tema pergerakan sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam.
Lagu dalam terjemahan bahasa Hebrew itu dimuatnaik ke saluran YouTube sayap tersebut.
Liriknya antara lain berbunyi: “Hancurkan semua Zionis ... bakar tentera dan pangkalan mereka.”
Israel membantai Gaza sejak Selasa lepas dan Hamas melancarkan roket sebagai serang balas. Serangan Hamas itu dilaporkan sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau oleh roketnya.
Lagu briged bersenjata Hamas itu juga memperolok-olok ketakutan orang Yahudi terhadap serangan roketnya.
"Mereka menggigil di ambang maut dan sembunyi di balik dinding. Hujani mereka dengan bedilan roket. Dunia mereka jadi cerita ngeri."
Tentera udara Israel pada Jumaat menembak jatuh tiga roket Hamas dekat Tel Aviv. Hamas dilaporkan mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di pinggir bandar raya itu.
Lapangan terbang itu ditutup semasa serangan tersebut tetapi kemudian dibuka semula.
Briged Al-Qassam turut mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan untuk tidak menggunakan lapangan terbang itu. -- Agensi

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hamas-buat-lagu-perang-dalam-bahasa-yahudi-39680?cp
Hijjaz terjemah lagu semangat pemuda Hamas
Syafique Shuib, Astro Awani | Kemas kini: Julai 15, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 15, 2014 15:40 MYT)
KUALA LUMPUR: Video klip kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza.
Video klip baharu itu dilancarkan ketika Gaza kini berhadapan dengan serangan udara Israel, di mana angka kematian telah mencecah 186.
Lagu asal adalah lagu tema Briged al-Qassam yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.
Video klip yang berdurasi 5 minit 34 saat menampilkan aksi-aksi kumpulan Al-Qassam dan perjuangan mereka untuk mempertahankan Palestin.

"Ia menceritakan tentang tentera Al-Qassam dan bagaimana mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis. Al-Quran menjadi perlembagaan mereka dan sebagai pahlawan Al-Qassam mereka harus menghafal Al-Quran. Secara amnya, ia tentang kekuatan tentera Al-Qassam," kata seorang anggota Hijjaz Ariffin Rahim kepada Astro AWANI.
Lagu berkenaan dimuatkan dalam album ‘Keranamu Baitul Maqdis’ di mana hasil jualan disalurkan kepada Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
"Kita lancarkan album ini tahun lepas di mana kita berjaya membeli dua atau tiga van ambulans di Syria. Dan apabila kita lihat situasi di Gaza ketika ini, kita melancarkan klip video terbaru ini untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli album ini dan semua kutipan akan disalurkan kepada Gaza.
"Kami pernah pergi ke Gaza bersama MAPIM. Kami sudah lihat situasi di sana dan kami ingin tahu apa yang boleh kami sumbangkan. Jadi kami menerbitkan album ini di mana orang ramai boleh mendapatkan album dan turut menyumbang kepada mereka di Gaza," katanya.
Ditanya jika klip video berkenaan untuk menggalakkan umat Islam di Malaysia untuk menjadi pejuang Al-Qassam, Ariffin berkata ia lebih kepada menggalakkan orang ramai untuk berjuang dengan apa yang mereka mampu.
"Kami mahu pendengar atau yang menonton video klip untuk mengambil roh (Al-Qassam) untuk berjuang. Sebagai umat Islam, kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis.
"Mungkin kita boleh membantu dengan mengorbankan harta benda kita dengan sedekah. Kedua, kita boleh korbankan diri kita dan masa kita dengan menjadi sukarelawan di sana. Soal kemenangan, kita serahkan kepada Allah tetapi apa yang penting adalah usaha kita dan kita membantu dengan ikhlas," akhiri Ariffin.
Sementara itu, menurut Facebook Page rasmi kumpulan Hijjaz, lagu berkenaan mendapat reaksi positif di Gaza.
“Alhamdulillah mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza.
“Kenalan Hijjaz di Gaza khususnya terkedu apabila mendengar lagu Al-Qassam ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza,” tulis Hijjaz di Facebook.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hijjaz-terjemah-lagu-semangat-pemuda-hamas-39851?cp
Kekejaman Adolf Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Satu Tindakan Tepat - Datuk Dr Asri
KUALA LUMPUR, 15 Julai: - "Perbuatan Adolf Hitler terhadap rakyat Yahudi mungkin satu tindakan tepat" - ujar Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis.
Datuk Dr Mohd Asri menyatakan pendapatnya itu dalam satu artikel yang diterbitkan dalam laman portal Astro Awani disertakan penjelasan mengapa dia berkata demikian.
Datuk Dr Mohd Asri menjelaskan,, dia telah membaca buku "The Holocaust" ketika di Jerman, sebuah buku yang ditulis oleh seorang Yahudi yang menentang perbuatan Hitler itu. Dr Asri berpendapat, Hitler memang kejam kerana bukan sahaja kaum Yahudi yang dibunuh, malah sesiapa sahaja yang menentang pemerintahannya.
Tapi persoalan yang diajukan oleh Dr Asri adalah mengapa kebencian Hitler kepada orang Yahudi terlampau tinggi sehingga menuduh merekalah yang menekan ekonomi orang jerman. Menurut Dr Asir, Hitler ada menulis dalam bukunya "Mein Kamph", bukan dia sebenarnya yang membuat kepercayaan tersebut tetapi beberapa lagi tokoh-tokoh lain turut mengatakan perkara yang sama, sehingga ada yang mengatakan Yahudi mengamalkan ilmu hitam.
Menyingkap sejarah Yahudi dengan Islam, Nabi Muhammad S.A.W pernah membenarkan kaum Yahudi tinggal di wilayah Khaibar yang penuh kemewahan, tetapi akhirnya mereka yang menjadi tali barut untuk menggulingkan kerajaan. Begitu juga dengan pada zaman pemerintahan khalifah Umar dimana bangsa yahudi diberikan kebebasan menganut agama mereka di Alia, Palestin, tetapi mereka mengkhianati Umar.
“Seperti yang saya katakan tadi secara am, bangsa Yahudi memang mempunyai rekod buruk. Tidak dapat dinafikan ada di antara mereka yang baik, tetapi rekod mereka sebagai satu bangsa adalah sangat buruk,” katanya. - SiakapKeli.com
Tuesday, 15 July 2014
(VIDEO AKSI) PEKERJA SALUN MEMUALKAN, TANGGUNG MALU AKSI DIRAKAM
Kuala Terengganu: Seorang pekerja salun rambut bukan saja menanggung kesakitan apabila dibelasah tanpa sebab, tetapi turut menanggung malu apabila aksinya dipukul dirakam dalam kejadian berhampiran sebuah salun rambut di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, Khamis lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah hari ketika remaja perempuan berusia 17 tahun berada di tempat kerjanya sebelum didatangi seorang perempuan yang memanggilnya supaya mengikutinya ke sebuah lorong kecil berhampiran kedai mangsa.
Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa akur dengan arahan wanita terbabit dan sebaik sampai di lokasi yang dimaksudnya, wanita terbabit menuduh mangsa menfitnahnya.
“Terkejut dengan tuduhan itu, mangsa menafikan dakwaan itu dan tindakan itu menyebabkan suspek naik angin sebelum memukul mangsa menggunakan topi keledar.
“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang lagi rakan suspek muncul sebelum tiba-tiba menyepak dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.
Sumber berkata, selain dibelasah, mangsa mendakwa seorang lagi rakan suspek turut merakam aksi dia dibelasah tanpa menghiraukan rayuan mangsa yang minta dilepaskan.
Katanya, selepas puas membelasah mangsa, semua suspek beredar meninggalkan mangsa yang sedang kesakitan.
“Sebelum beredar, suspek turut mengugut akan memukul mangsa lagi sambil mengingatkan perkara itu belum selesai lagi menyebabkan mangsa ketakutan,” katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, lima suspek berusia 18 hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu ditahan polis beberapa jam selepas laporan dibuat bagi membantu siasatan.
Adakah ini vidceonya????
Monday, July 15, 2013
Gadis Berusia 15 Tahun Dirogol Lepas Dipaksa Naik Motosikal
KUALA
TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam dalam
hidupnya apabila mendakwa dirogol teman lelakinya selepas dipaksa
menaiki motosikal tanpa kerelaan, dalam satu kejadian di sebuah rumah di
Kampung Jeram, Manir, di sini.
Kejadian
dipercayai berlaku kira-kira jam 1.25 petang pada April lalu ketika
mangsa yang berusia 15 tahun, berada di luar kawasan sekolahnya di Manir
sebelum dihampiri teman lelaki berusia 20-an.
Menurut sumber, mangsa ketika itu ingin pulang ke rumahnya, namun suspek memaksa mangsa agar ‘lepak’ sekejap di rumahnya.
“Mangsa
menolak pelawaan itu kerana mahu pulang segera ke rumah, namun tindakan
itu menyebabkan suspek mula naik angin apabila bertindak kasar menarik
tangan mangsa dengan kuat, bertujuan memaksa mengikutinya.
“Tindakan
suspek itu menyebabkan pinggang mangsa sakit dan bimbang kejadian lebih
buruk berlaku, mangsa terpaksa mengikut kehendak suspek dengan menaiki
motosikal tersebut tanpa kerelaannya,” katanya.
Sumber
berkata, sebaik tiba di rumah suspek, dia membawa mangsa masuk ke dalam
biliknya dan di situlah, mangsa mendakwa dirogol suspek.
“Sejurus kejadian, mangsa pulang ke rumahnya, tetapi tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan diapa-apakan suspek.
“Bagaimanapun
selepas hampir tiga bulan merahsiakan perbuatan keji suspek itu, mangsa
nekad membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, kelmarin. Susulan
laporan dibuat, suspek ditahan polis beberapa jam kemudian,” katanya.
Sementara
itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek ditahan reman
selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.
Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.
Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!
Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.
Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.
"Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.
Ditubuhkan awal tahun ini, FLAG menjadi nadi utama yang digerakkan penduduk dan operator pelancongan tempatan aktif mengadakan kempen kesedaran mengenai status Geopark tersebut.
Aktiviti terbaru mereka ‘Kempen Tidak Gunakan Plastik’ dijalankan sekitar bazaar Ramadan di Pekan Kuah pada hujung minggu lalu.
Phisol berkata, antara inisiatif lain yang akan diambil ialah merancang pemulihan semula Taman CHOGM di mana pemimpin seluruh negara Komanwel menanam pokok semasa mesyuarat bersejarah Ketua Negara Komanwel pada Oktober 1989.
Katanya, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju menjadi peneraju FLAG untuk membantu pemulihan Geopark dianggap penting.
Langkawi menerima "Kad Kuning" semasa semakan panel pakar Unesco pada 9 Oktober, 2011.
Status Geopark tersebut pada awalnya diperoleh pada 1 Jun, 2007 dan kemudian disambung sehingga 2015.
Difahamkan, pakar tersebut pada awalnya mahu memberikan "Kad Merah" kepada Langkawi.
Bagaimanapun, Penasihat Saintifik Malaysia bagi Langkawi Global Geopark, Prof Ibrahim Komoo membuat rayuan dan menyakinkan panel penambahbaikan boleh dilakukan dan akhirnya Unesco bertindak memberikan "Kad Kuning".
Keputusan panel tersebut dilakukan berdasarkan laporan pemeriksan dua pegawai rasmi yang melawat tapak tersebut pada Julai 2011.
Laporan tmendedahkan terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan Unesco.
Secara umumnya, ia termasuk kegagalan untuk melaksanakan langkah pemuliharaan geologi tempatan dan persekitaran, tidak mendidik dan menjaga penduduk tempatan dan orang asal, serta tidak memiliki amalan pelancongan mengikut garis panduan dalam mempromosikan budaya tempatan dan alam sekitar.
Terdapat juga kegagalan dalam pembangunan dan perancangan di mana ia tidak sepatutnya merosakkan alam sekitar dan komuniti.
Difahamkan, agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Langkawi adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang berada di bawah Kementerian Kewangan.
Ketika ini terdapat 100 geopark di seluruh 30 negara.
Status tersebut diberikan kepada tempat yang memiliki geologi istimewa dan ciri persekitaran yang unik.
Setiap status geopark perlu disemak semula setiap empat tahun sekali.
Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara.
Tidak seperti tapak Unesco lain, di mana hanya sebahagian wilayah diberi status tersebut, seluruh pulau Langkawi dan sekitarnya yang meliputi 478 km persegi diberikan status Geopark tunggal. – 15 Julai, 2014.
'Burung Ababil' buatan Al-Qassam mengejutkan Israel
Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.
Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!
Pulau peranginan terkenal negara, Langkawi dalam bahaya dan berdepan
risiko hilang status Geopark daripada Unesco selepas badan dunia itu
memberi amaran "Kad Kuning", susulan kegagalan pihak berkuasa mematuhi
amalan pemuliharaan dan mapan yang ditetapkan.
Kumpulan sivil, FLAG (Friend of Langkawi Geopark) bertindak mengambil
langkah memperbaiki keadaan tersebut sebelum Unesco melakukan
pemeriksaan pertengahan tahun depan.Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.
Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.
"Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.
Ditubuhkan awal tahun ini, FLAG menjadi nadi utama yang digerakkan penduduk dan operator pelancongan tempatan aktif mengadakan kempen kesedaran mengenai status Geopark tersebut.
Aktiviti terbaru mereka ‘Kempen Tidak Gunakan Plastik’ dijalankan sekitar bazaar Ramadan di Pekan Kuah pada hujung minggu lalu.
Phisol berkata, antara inisiatif lain yang akan diambil ialah merancang pemulihan semula Taman CHOGM di mana pemimpin seluruh negara Komanwel menanam pokok semasa mesyuarat bersejarah Ketua Negara Komanwel pada Oktober 1989.
Katanya, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju menjadi peneraju FLAG untuk membantu pemulihan Geopark dianggap penting.
Langkawi menerima "Kad Kuning" semasa semakan panel pakar Unesco pada 9 Oktober, 2011.
Status Geopark tersebut pada awalnya diperoleh pada 1 Jun, 2007 dan kemudian disambung sehingga 2015.
Difahamkan, pakar tersebut pada awalnya mahu memberikan "Kad Merah" kepada Langkawi.
Bagaimanapun, Penasihat Saintifik Malaysia bagi Langkawi Global Geopark, Prof Ibrahim Komoo membuat rayuan dan menyakinkan panel penambahbaikan boleh dilakukan dan akhirnya Unesco bertindak memberikan "Kad Kuning".
Keputusan panel tersebut dilakukan berdasarkan laporan pemeriksan dua pegawai rasmi yang melawat tapak tersebut pada Julai 2011.
Laporan tmendedahkan terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan Unesco.
Secara umumnya, ia termasuk kegagalan untuk melaksanakan langkah pemuliharaan geologi tempatan dan persekitaran, tidak mendidik dan menjaga penduduk tempatan dan orang asal, serta tidak memiliki amalan pelancongan mengikut garis panduan dalam mempromosikan budaya tempatan dan alam sekitar.
Terdapat juga kegagalan dalam pembangunan dan perancangan di mana ia tidak sepatutnya merosakkan alam sekitar dan komuniti.
Difahamkan, agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Langkawi adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang berada di bawah Kementerian Kewangan.
Ketika ini terdapat 100 geopark di seluruh 30 negara.
Status tersebut diberikan kepada tempat yang memiliki geologi istimewa dan ciri persekitaran yang unik.
Setiap status geopark perlu disemak semula setiap empat tahun sekali.
Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara.
Tidak seperti tapak Unesco lain, di mana hanya sebahagian wilayah diberi status tersebut, seluruh pulau Langkawi dan sekitarnya yang meliputi 478 km persegi diberikan status Geopark tunggal. – 15 Julai, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan