Isnin, 14 Julai 2014

SENANG2 DAPAT PINJAMAN....ADA APA2 KE

3:45PM - 14 Jul 2014

Pinjaman Deepak didakwa cecah RM215 juta


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa baki pinjaman berjangka saudagar karpet Deepak Jaikishan kepada Bank Rakyat tidak hanya berjumlah RM32 juta sahaja tetapi mencecah sekitar RM215 juta melalui dua lagi perjanjian.

Beliau yang juga MP Pokok Sena mendakwa Deepak gagal untuk menjelaskan ketiga-tiga pinjaman itu yang dibuat melalui syarikat miliknya dan/atau berkaitan dengannya serta melibatkan beliau sendiri.

"Berdasarkan maklumat hasil penyiasatan yang saya lakukan, baki keseluruhan kedua-dua pinjaman tersebut yang perlu dibayar berserta dengan baki pinjaman RM32 juta (jumlah asal RM40 juta) yang dinyatakan di atas adalah sebanyak sekitar RM215 juta,” dakwa Mahfuz.

Beliau membangkitkan perkara itu dalam suratnya kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak, yang memohon penjelasan berhubung baki pinjaman RM32 juta melibatkan Deepak dan/atau syarikat berkaitan dengannya.

Jika maklumat yang didedahkannya benar, Mahfuz berkata ia menimbulkan lebih banyak persoalan tentang "layanan istimewa" Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu.

"Apakah tindakan selanjutnya yang diambil Bank Rakyat untuk mendapatkan kembali baki pinjaman yang masih tertunggak bagi ketiga-tiga pinjaman ini?" soal Mahfuz sambil berharap bank itu dapat memberi penjelasan segera.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Deepak berhubung dakwaan itu.

Sebelum ini, Mahfuz menuntut Bank Rakyat menjelaskan dakwaan campur tangan politik dalam isu pembayaran balik pinjaman sebanyak RM40 juta oleh Deepak dan alasan bank dan kerajaan berkairan pinjaman diluluskan dan pembayaran balik tanpa faedah.

Sementara Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula dilapor menegaskan bank itu tidak sesekali memberi pinjaman tanpa faedah kepada "mana-mana individu istimewa" termasuk Deepak.

Dihadiahkan bubur lambuk

Sebelum itu, Mahfuz bersama dua lagi pegawainya hadir ke bangunan Bank Rakyat di Jalan Travers, di ibu negara bagi menyerahkan surat memohon penjelasan berhubung pinjaman Deepak daripada Mustafha.

Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah menyerahkan surat itu kepada Naib Presiden Kanan Bank Rakyat (Pemasaran dan Kamunikasi) Saliman Zainal di lobi ibu pejabat itu kira-kira jam 2.30 petang ini.

Selepas berbincang beberapa minit, Saliman bermurah hati membalas kunjungan Mahfuz dengan menghadiahkan bubur lambuk kepada pemimpin PAS itu dan petugas media.

"Hari ini rezeki saya," kata yang juga ketua whip MP PAS, sambil senyum dan bersalaman dengan Saliman.

Senarai kadar harga baru lesen memandu Class D & B2

Umum mengetahui kadar harga bagi pengambilan lesen memandu Class D & B2 akan dinaikkan dalam masa terdekat atas beberapa alasan utama iaitu penambahbaikan institut-institut memandu di seluruh Malaysia, kenaikan harga minyak petrol dan rancangan menukar jenis kereta kepada model Viva.

Khabar angin tentang kenaikan harga lesen memandu itu kini disahkan benar apabila akademi-akademi memandu telah mengeluarkan satu jadual harga terbaru seperti yang anda boleh perhatikan di bawah. Memang agak mengejutkan kerana kenaikan tersebut mencecah sehingga 50 peratus berbanding harga terdahulu.



Bekas guru pernah kahwin 25 kali ditangkap khalwat

Khalwat33Kuala Terengganu – Seorang bekas guru yang mempunyai 25 bekas isteri, 18 anak, 48 cucu dan empat cicit dihukum denda RM2,400 selepas didapati bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Tertuduh, Alias Salleh, 78, dari Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini, yang kini mempunyai seorang isteri turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, tertuduh menjelaskan denda berkenaan.
Bersalah khalwat
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah melakukan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.


Alias didakwa berkhalwat dengan seorang tukang cuci yang juga isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, jam 5 pagi pada 10 Mei lalu, lapor Berita Harian.

Rakyat Malaysia Yang Paling Digeruni di Teluk Guantanamo

Mereka bukan sahaja rakyat Malaysia yang ditahan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sejak lapan tahun lalu, malahan kedua-duanya digeruni di pusat itu.

Mohamad Nazir Lep, yang dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin, turut dipanggil Yazid Zubair, dikategorikan sebagai pengganas “amat berbahaya” dan antara 14 ‘tahanan berharga’ di pusat itu.
(Dari kiri) Mohamad Nazir, Mohd Farik dan Hambali
Menurut dokumen yang diperoleh daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), mereka tidak dibenarkan untuk pembebasan segera dan nasib mereka belum dapat dipastikan.
Kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan pada 2003 apabila Mohamad Nazir, 38, ditahan di Thailand dan Mohd Farik, 39, di Kemboja.
Mereka kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.
Sumber risikan AS percaya bahawa mereka merupakan sebahagian daripada rancangan berani mati melibatkan pesawat komersial yang dirampas dalam gelombangan serangan kedua selepas kejadian 11 September 2001.
Mohamad Nazir, yang menghadiri sekolah latihan penerbangan, merupakan seorang tahanan yang merancang untuk mengendalikan rampasan pesawat.
Dia turut merancang serangan terhadap kedutaan AS, termasuk melakukan perpindahan wang dan senjata kepada anggota kumpulan radikal lain.
Mohd Farik pula didakwa sebagai anggota kanan kepada JI dan al-Qaeda.
Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, yang turut dirujuk sebagai Guantanamo atau Gitmo, merupakan penjara tentera AS di sebuah pangkalan tentera laut yang menghadap Teluk Guantanamo di Cuba.
Ditubuhkan pada 2002, pusat tahanan itu disifatkan amat berbahaya, dan menempatkan tahanan dari Afghanistan, Iraq, Afrika dan Asia Tenggara.
Menurut seorang jurucakap Kedutaan AS di sini, “kedua-dua rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo telah dirujuk sebagai berpotensi untuk pendakwaan.”
Pegawai itu berkata, sehingga pertuduhan dikenakan terhadap mereka, kes mereka boleh dikaji semula oleh Lembaga Penilaian Berkala.
“Lembaga itu akan menentukan sama ada penahanan mereka perlu diteruskan bagi melindungi ancaman terhadap Amerika Syarikat,” tambah pegawai itu.
Pakar Kriminologi USM, Profesor Madya Dr P. Sundramoorthy berkata, tiada petunjuk bahawa kedua-dua mereka akan dibebaskan kerana AS masih melihat mereka sebagai individu berbahaya dengan kemungkinan akan kembali menyertai dalam militan sekiranya dibebaskan.
“Ia akan menjadi penahanan yang panjang buat mereka,” tambahnya.
Difahamkan kedua-dua mereka dibenarkan untuk menghantar surat termasuk gambar, yang akan diperiksa terlebih dahulu, kepada ahli keluarga menerusi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.
Dipercayai kedua-dua rakyat Malaysia itu boleh memberikan maklumat berguna kepada AS mengenai kumpulan radikal dan operasinya.
Dikatakan mereka disoal siasat oleh Agensi Perisikan Jenayah (CIA) di sebuah kawasan yang tidak diketahui, sebelum dihantar ke Guantanamo.
Laporan menyatakan bahawa Mohamad Nazir dan Mohd Farik disoal siasat di Pulau Diego Garcia, yang merupakan pusat operasi CIA di kawasan terpencil di Lautan Hindi.
Selain mereka, seorang rakyat Indonesia, Hambali, 50, yang pernah memiliki taraf permaustatin tetap, turut ditahan di Teluk Guantanamo.
Hambali atau Riduan Isamuddin, merupakan seorang anggota Jemaah Islamiyyah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Osama bin Laden dan dikatakan sebagai orang kanannya di Asia Tenggara.
Hambali terlibat dalam kejadian bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.
Isterinya, yang merupakan rakyat Malaysia juga seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). ~  Mstar

Roket Briged Al-Qassam dilengkapi teknologi anti Iron Dome

http://detikislam.blogspot.com | .

Roket-Roket Brigade Al-Qassam Dilengkapi Teknologi Anti Iron Dome

Brigade al-Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, mendedahkan pihaknya telah melengkapi sebahagian dari roket-roket yang ditembakkan ke Tel Aviv dengan teknologi baru.
"Si tem pertahanan kami membuatkan Iron Dome mereka tidak boleh mengesannya sehingga roket-roket mampu melepasi anti peluru berpandu Israel itu."

Sebelumnya, Sabtu malam, (12/7/2014) Brigade al-Qassam kembali melakukan serangan peluru berpandu ke bandar Tel Aviv dan kawasan pinggir selatan bandar dengan menggunakan roket jenis J80.

"Pukul 21.00, kami telah melepaskan 3 roket tahap pertama untuk jenis J80 dan dua buah roket ditembakkan para pukul 21.05 ke arah Beit Yam. Sistem pertahanan peluru berpandu dan radar mereka tidak mampu mengesan kedua-duanya kerana telah dilengkapi dengan teknologi yang kami sematkan sehingga tepat pada sasaran. "

Brigade al-Qassam menambah, empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini telah dilancarkan pada pukul 21.08 ke wilayah tengah Tel Aviv. Sistem Iron Dome berusaha untuk menghalangnya, namun salah sebuah peluru berpandu Iron Dome meletup di atas Ashkelon yang menyebabkan kecederaan.

Brigade al-Qassam menyatakan bahawa empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini dilancarkan pada pukul 21.12 ke arah utara Tel Aviv.

Dalam kenyataan Brigade al-Qassam berkata, selain sasaran tembakkan roket ini, yang paling penting adalah untuk membuktikan kepada Israel bahawa Brigade al-Qassam terus berkembang kemampuannya dan akan membuatkan Israel kalah.

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | ra/islampos/pip
(Roket-Roket Brigade Al-Qassam Ternyata Dilengkapi Teknologi Pengacau)

Pas Kawasan Lenggong Perak added a new photo.
8 hrs ·
LikeLike · ·

Kasihan! Dihamili Hingga Melahirkan, Artis Ini Belum Juga Dinikahi

Sudah jatuh tertimpa tangga. Peribahasa itu sepertinya pas dengan nasib artis pendatang baru satu ini. Dia adalah bintang iklan, Megumi Goto. Dara berusia 19 tahun itu mengaku dihamili oleh aktor Fajar Gomez.

Namun parahnya, dirinya belum dinikahi oleh Fajar hingga melahirkan seorang bayi perempuan pada Januari 2013 lalu. Merasa ditelantarkan, Megumi akhirnya bereaksi.

Melalui Devi Yanti sang pengacara, bintang iklan provider 'Flexi' itu pun akhirnya buka suara soal penderitaannya selama ini.

"Megumi memang punya hubungan dengan Fajar sampai akhirnya mereka berhubungan intim sehingga Megumi hamil. Namun hingga dia melahirkan, Fajar juga belum menikahinya," ungkap Devi kepada detikHOT.

Megumui Goto dan Anaknya



(megumi dan bayinya)


Devi menjelaskan, kliennya memang sempat berpacaran beberapa bulan dengan Fajar. Namun Fajar yang dikenal sebagai bintang sinetron dan FTV itu menelantarkan Megumi hingga kini. "Sampai sekarang belum ada tanggung jawabnya," tuding Devi.

Megumi diketahui merupakan model dan pernah membintangi beberapa iklan provider dan produk kosmetik. Sementara Fajar merupakan aktor dan pernah membintangi film berjudul 'Puber'.

Foto Megumi Goto dan Fajar Gomez

Wajahnya juga kerap wara-wiri di banyak judul FTV dan sinetron. 'Oh Ternyata' dan 'Go Go Girls' Trans TV merupakan judul-judul sinetron yang ia bintangi.

Monday, 14 July 2014


KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN KUTUK PEGUAM NEGARA DAN PDRM.



Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafli mendakwa dirinya mangsa pendakwaan terpilih selepas disiasat polis kerana ugutan bakar bangunan DAP pada Mei lalu.

Razlan berkata pihak polis dan peguam negara perlu adil dan pertikaikan tindakan yang diambil ke atasnya, tetapi tidak kepada mereka yang terlibat dalam demonstrasi Bersih 2.0.

"Muka 20 individu sudah dikeluarkan dalam media. Kami kenal setengah daripada mereka. Jangan kata tidak dapat cari mereka. Apa jadi dengan kes itu?" soal Razlan.

Razlan bercakap kepada The Malaysian Insider di luar balai polis Wangsa Maju di mana beliau dan lima lagi disoal-siasat polis kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi di ibu pejabat DAP pada 22 Mei.

Mereka disiasat kerana melakukan ugutan jenayah.

Razlan mendakwa demonstrasi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam seperti demonstrasi Bersih 2.0 lalu, walaupun mengancam untuk membakar bangunan DAP ketika insiden tersebut.

"Kami mahu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berlaku adil. Jangan memilih," katanya.

Razlan mengetuai sekumpulan ahli Pemuda Umno yang berhimpun di luar bangunan DAP bagi membantah kenyataan "Umno Celaka" oleh Adun Seri Delima RSN Rayer dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Razlan juga mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP dengan berkata: "Kalau mereka boleh katakan kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini?"

Pengikutnya juga mengikut sama merosakkan harta benda awam, seperti papan tanda parti.

Beliau juga menggesa supaya pihak berkuasa tidak takut dan tunduk kepada pembangkang, malah menyifatkan tiada keadilan dalam kes membabitkan Rayer.

"Beliau (Rayer) sepatutnya didakwa, tetapi lihat apa yang berlaku? Kenalah adil. Jangan memilih bulu kerana beliau dari pihak pembangkang, atau tidak, kita sekarang boleh keluarkan kata hasutan ke atas kaum lain dan parti secara terbuka," soal Razlan.

Terkini: Inilah Punca Sebenar Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Majlis Bersanding

Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi pengantin perempuan yang meninggal dunia 3 jam sebelum majlis persandingan telah dicabut nyawanya oleh ‘benda’ yang dihantar pengamal ilmu sihir (black magic). Tapi bukan itu yang berlaku sebenarnya. Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.
Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.
Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.
Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.
Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang ‘suram’, sebelum mengetahui berita kematian tersebut.
Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.
Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.

“Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.
“Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.
“Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.
“Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri,” katanya.
Sumber: Kongsionline

Gaza: Israel musnahkan 21 masjid, 36 buah 

sekolah

HARAKAHDAILY | .

GAZA: Pesawat perang Israel bukan sahaja mensasarkan kediaman orang awam di semenanjung Gaza, malah juga bangunan-bangunan strategik untuk dimusnahkan.

Setakat pagi ini, 21 masjid, 36 sekolah, enam hospital serta 233 buah rumah telah dimusnahkan dalam serangan yang masuk hari kelapan hari ini.

Pagi ini pesawat Israel mengebom masjid Al-Nour di bandar Gaza tengah Deir el-Balah, yang turut merosakkan rumah-rumah kediaman sekitarnya.

Jet Israel juga turut memusnahkan sebuah bangunan kerajaan serta ladang di selatan semenanjung Gaza termasuk Rafah dan Khan Yunis.

Pada Sabtu lalu, Israel turut mengebom masjid Farouq ketika hampir waktu subuh dikala umat Islam Palestin sedang bersahur.

Pada Jumaat pula, pesawat perang Israel mensasarkan kawasan sekitar masjid Dar al-Salam, yang menyebabkan seorang warga Palestin cedera ketika sedang berjalan pulang ke rumah selepas solat Tarawih.

Beberapa hari lalu pula, 4 orang terbunuh dan 5 yang lain cedera dalam satu serangan udara Israel ke atas masjid Anwar Aziz di Jabaliya.

Setiausaha Kementerian Wakaf Dr Hassan Sifi berkata serangan Israel jelas bersifat perkauman dan mahu membunuh penduduk Gaza.

"Kebencian Israel memuncak apabila mereka mengebom tanah perkuburan, masjid dan tempat-tempat ibadat, terutama masjid al-Farouq di Nusairat dan Anwar Aziz di wilayah utara".

"Ini secara terang-terangan melanggar undang-undang Allah dan konvensyen antarabangsa," katanya.

Sehingga kini, seramai 172 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas semenanjung Gaza sejak Isnin manakala 1260 lagi cedera. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia bakal 

jadi jutawan

http://addindeen.blogspot.com | .
 
Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi kebankrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada sihirnya menghilang semburan sepakan percuma.
Buih yang boleh di gunakan untuk '10 ela dan akan terhapus selepas 60 saat - dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun sedang dipertimbangkan oleh pihak majikan Liga Perdana Inggeris.
Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo baru-baru ini.
Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa  "14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini. 
Itulah tuah Hanie sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya jutawan kerana ciptaannya ini akan digunakan di seluruh dunia. ~mirror

Dakwah di facebook dorong Chee Thor peluk 

Islam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketika facebook mula diragui ramai, sesetengah pula melabelnya sebagai agenda musuh Islam, Soh Chee Thor sebaliknya mula mendekati Islam melalui medium itu, lapor Selangor Kini.

Betapa tidak, beliau kerap berkongsi kata-kata hikmah yang dipetiknya dari pelbagai halaman facebook (fanpage) termasuk sebahagian halaman dakwah Islam.

Beliau kerap berbuat demikian ketika berasa 'kehilangan' atau 'teraba-raba' di saat mendepani rintangan kehidupan yang pelbagai.

Sejak itu, Chee Thor berasa tenang berbuat demikian – berkongsi rasa dan pengetahuan serta amalan kebaikan bersama insan lain tanpa mengira kaum atau agama.

Kekerapan itu menyebabkan sebahagian kenalan di facebook menyangka beliau seorang muslim.

Hakikatnya, beliau pernah menganut dua agama berbeza sedari kecil hingga dewasa sebelum menganggap dirinya sebagai mirip kepada 'free thinker'.

Selain itu, keberadaan ramai kenalan Islam ketika saat susah dan senang, mendorong Chee Thor yang mengajar di sebuah sekolah di Klang, menyenangi agama itu.

“Tak sampai tengok awak masuk neraka (kerana bukan Islam). Awak orang baik-baik.”

Kata-kata dari beberapa rakannya meresap dan begitu terkesan di hati ibu tunggal yang memiliki dua anak itu.

Hati Chee Thor mula berdetik untuk menganut Islam tetapi beliau memberi ruang pada diri sendiri untuk menghayati, belajar perihal Islam kerana tidak mahu terburu-buru keputusan.

Perlahan-lahan beliau juga mula melakukan rutin ibadat Islam sekalipun belum melafaz syahadah termasuk berpuasa pada Ramadan sejak empat tahun lalu.

Malah, beliau berpuasa penuh tahun lalu dan menyertai solat Tarawih beberapa kali.

“Tak susah pun berpuasa,” katanya sambil tersenyum apabila ditanya saat-saat melalui pengalaman itu.

Selain itu, beliau memiliki rakan mualaf yang kini menetap di Johor untuk dijadi rujukan sekaligus menguatkan tekadnya untuk menjadi seorang muslim.

“Dia juga pernah mendoakan saya untuk masuk Islam ketika mengerjakan ibadah haji di Mekah. Barangkali berkat doanya, akhirnya saya menganut Islam,” katanya.

Chee Thor, 47, melafaz kalimah syahadah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dengan menggunakan nama Zuyyin Alisha.

Kini, Alisha sudah hafaz bacaan al-Fatihah kecuali beberapa sebutan yang kurang tepat, selain wuduk dan solat selepas bersungguh-sungguh mempelajari ibadah Islam.

Beliau bernekad untuk mendalami Islam sebaik-baiknya dengan mengikuti kelas Iqra anjuran Abim Outreach yang bertanggungjawab membawanya kepada agama itu.

Monday, 14 July 2014


KENYATAAN EXCO AGAMA SELANGOR ISU TSKI HADIR DI MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN NAJIB DI MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM YANG BAKAL BUAT MACAI-MACAI MEROYAN.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong Shah Alam yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menerima titah cadangan Sultan Selangor sendiri.

Exco Agama Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata Sultan Selangor turut mencadangkan Masjid Tengku Ampuan Jemaah dijadikan lokasi majlis bagi menggantikan lokasi awal yang dicadangkan sebelumnya iaitu Masjid Jamek Raja Tun Uda di Seksyen 16, Shah Alam.

Sallehen berkata, hal itu berikutan Sultan Selangor sentiasa mahu hubungan baik dan kerjasama secara profesional antara Kerajaan Negeri dan Pusat terus terjalin dalam memastikan pelbagai manfaat yang mampu diperoleh kerajaan serta rakyat Selangor.

“Kebetulan apabila semua dah setuju, Tuanku pula menawarkan supaya program itu dibuat di Masjid Bukit Jelutong iaitu sebuah Masjid DiRaja dan masjid baginda sendiri.

“Di pihak Kerajaan Negeri, Tuanku juga mencadangkan Menteri Besar dan Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir hadir. Tidak ada kena mengena dengan jerat Umno, pro-Umno atau sebagainya seperti yang didakwa dalam akhbar.

“Dalam majlis itu, kita tidak benarkan sebarang ucapan Perdana Menteri seperti tahun lepas tetapi kedatangan beliau untuk berbuka puasa kita raikan. Sebagai Perdana Menteri tentu tidak patut kita tolak terus kedatangan beliau dan Tuanku sendiri menitahkan ada hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Pusat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau berkata, baginda menawarkan Masjid Tengku Ampuan Jemaah bagi melancarkan lagi majlis kerana terdapat beberapa kerja baik pulih kebocoran sedang dijalankan dan kawasan parkir yang terhad di Masjid Jamek Raja Tun Uda.

Ketika menyentuh kronologi persiapan sebelum majlis itu diadakan, Sallehen berkata, pihaknya terlebih dahulu memanggil semua yang terbabit daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak pengurusan masjid sendiri bagi mengambilalih hak mengendalikan majlis dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bahaya Tak Tutup Aurat Dari Kajian Sains


Bahaya Tak Tutup Aurat Dari Kajian Sains | Rasulullah bersabda, "Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda," Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)


Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat.

Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser.

Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da'wahi oleh Rasulullah.

Tentang hal ini Allah berfirman: "Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur'an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih" (Surah Al-Anfaal: 32) Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser.

Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat.
Sumber Asal : Here
Katanya,langkah itu diambil bagi mengelakkan acara tahunan itu dicemari ucapan mengkritik Kerajaan Negeri oleh Perdana Menteri seperti yang berlaku dalam majlis berbuka puasa tahun lepas.

“Tahun lepas Perdana Menteri ada hadir Majlis Berbuka Puasa di Selangor. Ketika itu, beliau mengambil kesempatan mengkritik Kerajaan Negeri yang ketika itu pengurusan masjid berurusan terus dengan ICU tanpa melalui JAIS.

“Dalam majlis itu, Perdana Menteri datang berucap dan saya mendapat laporan daripada orang ramai yang hadir ketika itu termasuk pegawai JAIS sendiri, ucapannya agak memberi pandangan negatif kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam premis Kerajaan Negeri dan JAIS.

“Oleh kerana itu, saya panggil satu mesyuarat dan kita putuskan tidak menolak kehadiran Perdana Menteri untuk berbuka puasa tetapi premis itu adalah milik kita, yang mana kita tuan rumah. Jadi, kita yang patut mengendalikan majlis itu dan ICU hanya boleh beri peruntukan,” katanya.

Selepas ICU bersetuju menyerahkan hak mengendalikan program kepada Exco Kerajaan Negeri, beliau mengarahkan pengurusan masjid mengendalikan perjalanan majlis tanpa ada sebarang ucapan dalam atur cara majlis.

Monday, July 14, 2014


Patutlah Lanun yang dikejar TLDM di Sabah semuanya bolos....


Kalau permohonan TLDM ini tidak diluluskan kerajaan.. Hantarlah seluruh Armada TLDM ke Sabah.. lanun-lanun yang ada tu dijamin tak akan gentar langsung..

Ianya umpama singa yang tak ada gigi.. sekadar boleh mengaum untuk menakutkan tapi tak mampu nak mengigit untuk mencederakan..

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan. “

Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja. “

Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian.

Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli lapor RakyatNews

Tiada ulasan: