Masjid Taqwa TTDI Amal Kasta Untuk Majlis Berbuka Puasa
Posted by katak on July 14th, 2014
Masjid Taqwa TTDI Amal Kasta Untuk Majlis Berbuka Puasa | Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapat sistem kasta di dalam berbuka di sesetengah masjid elit di Kuala Lumpur. Ada hidangan untuk golongan elit dan ahli jawatankuasa masjid.
Nampaknya roh Ramadan itu tidak memberi apa-apa kesan pada jiwa penyombong dan bongkak. Ramadan tidak berupaya menjadikan mereka Muslim sejati seperti Nabi Muhammad dan para sahabat.
Namun, pihak masjid telah tampil memberikan penjelasan menerusi laman Facebook berkaitan perkara yang terjadi ini.
Baru kutahu kenapa ramai budak mati tersedak dalam penjagaan di nusery.
Written By canang on Selasa, 15 Julai 2014 | 7/15/2014 12:41:00 PG
2:23PM - 14 Jul 2014
Kumpulan ingatkan bahaya formasi tanah MRT
Walaupun mendapan besar di ibu negara baru-baru ini bukan disebabkan
pembinaan sistem Transit Aliran Massa (MRT), persoalan keselamatan
projek mega bagi menghubungkan Kajang-Sungai Buloh itu tetap
menggusarkan orang ramai.
Persoalan keselamatan itu muncul kembali rentetan insiden lain seperti kejatuhan cerucuk logam di Pusat Bandar Damansara di ibu negara dan paip pecah di Mutiara Damansara, di Petaling Jaya.
Perkumpulan longgar pemantau projek itu, MRT Watch hari ini membangkitkan berhubung kerja-kerja menggali terowong 9.5 kilometer yang melingkari di bawah pusat ibu kota yang didakwanya berisiko.
Lebih-lebih lagi, menurut kumpulan itu, pakar berpendapat, tugas itu berdepan kesukaran dan bahaya kerana tanahnya didakwa daripada formasi Bukit Kenny (struktur batu pejal dan berpasir), yang kurang stabil.
“Tidak dapat dibayangkan kiranya tragedi ngeri berlaku kepada pembinaan terowong di tengah-tengah ibu kota ini,” kata MRT Watch.
Dalam kejadian awal bulan ini itu, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.
Dalam kenyataannya hari ini, MRT Watch juga berkata, penggalian juga kemudiannya akan berdepan Formasi Batu Kapur, yang didakwa berdekatan dengan stesen Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri.
Manakala selatan Maluri pula dikatakan berada dalam formasi tanah lebih kompleks – terdapat air banyak dalam tanah dan tidak begitu stabil.
Semua itu, kata kumpulan itu, pastinya menjadi kombinasi menggerunkan bagi warga lembah Klang, terutamanya pengguna jalan raya.
“Projek sebegini rumit memerlukan kepimpinan yang berkebolehan serta berkemahiran tinggi dengan kredibiliti yang jitu untuk memastikan perlaksanaan yang berkesan,” kata MRT Watch.
MRT Watch, yang menjalankan kempen pemantauan itu memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan “rakyat biasa Malaysia yang mahukan pelaksanaan projek MRT secara bertanggungjawab”.
Malaysiakini sudah menghubungi pihak MRT dan masih menunggu reaksi daripada pihak tersebut.
Persoalan keselamatan itu muncul kembali rentetan insiden lain seperti kejatuhan cerucuk logam di Pusat Bandar Damansara di ibu negara dan paip pecah di Mutiara Damansara, di Petaling Jaya.
Perkumpulan longgar pemantau projek itu, MRT Watch hari ini membangkitkan berhubung kerja-kerja menggali terowong 9.5 kilometer yang melingkari di bawah pusat ibu kota yang didakwanya berisiko.
Lebih-lebih lagi, menurut kumpulan itu, pakar berpendapat, tugas itu berdepan kesukaran dan bahaya kerana tanahnya didakwa daripada formasi Bukit Kenny (struktur batu pejal dan berpasir), yang kurang stabil.
“Tidak dapat dibayangkan kiranya tragedi ngeri berlaku kepada pembinaan terowong di tengah-tengah ibu kota ini,” kata MRT Watch.
Dalam kejadian awal bulan ini itu, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.
Dalam kenyataannya hari ini, MRT Watch juga berkata, penggalian juga kemudiannya akan berdepan Formasi Batu Kapur, yang didakwa berdekatan dengan stesen Bukit Bintang, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri.
Manakala selatan Maluri pula dikatakan berada dalam formasi tanah lebih kompleks – terdapat air banyak dalam tanah dan tidak begitu stabil.
Semua itu, kata kumpulan itu, pastinya menjadi kombinasi menggerunkan bagi warga lembah Klang, terutamanya pengguna jalan raya.
“Projek sebegini rumit memerlukan kepimpinan yang berkebolehan serta berkemahiran tinggi dengan kredibiliti yang jitu untuk memastikan perlaksanaan yang berkesan,” kata MRT Watch.
MRT Watch, yang menjalankan kempen pemantauan itu memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan “rakyat biasa Malaysia yang mahukan pelaksanaan projek MRT secara bertanggungjawab”.
Malaysiakini sudah menghubungi pihak MRT dan masih menunggu reaksi daripada pihak tersebut.
TLDM Mohon Lepas Tembakan (Shoot on Sight) Pada Penceroboh
LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.
Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.
“Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan untuk keselamatan perairan negara di Pantai Timur Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pencerobohan terbaharu di Semporna, Sabah yang mengakibatkan seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.
Dalam kejadian Sabtu lepas, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakia Aleip, 26.
Beliau berkata, penceroboh tidak takut dengan pihak berkuasa kerana mereka tahu pasukan itu hanya memberi amaran supaya berhenti dan tidak akan melepaskan tembakan.
“Kalau kita bagi amaran berhenti, mereka tidak akan berbuat demikian dan akan sentiasa berjaya melepaskan diri, oleh itu perkara ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.
Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada yang baharu iaitu Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid yang bersara wajib. – BERNAMA
Mahkamah malukan Shafee Abdullah apabila diarah tanggal jubah
Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.
Peguam yang mewakili dirinya dikehendaki oleh tradisi guaman menanggalkan jubahnya.
Insiden itu berlaku selepas Shafee menyerahkan permohonan meminta Datuk Mah Weng Kwai, salah satu tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diijadualkan mendengar kes itu menarik diri.
Ini kerana Mah merupakan bekas presiden Majlis Peguam dan anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.
Dua lagi hakim adalah Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
"Adakah anda berjubah?" soal Mah kepada Shafee, yang tidak sedar beliau memakai jubah meneruskan hujahnya.
Shafee berkata, beliau meminta Mahn mengundurkan diri kerana Majlis Peguam dituduh melakukan "pendakwaan terpilih" terhadap peguam yang dikenakan tindakan tatatertib.
"Yang Arif, mungkin tidak selesa mendengar rayuan ini kerana pernah menjadi pengerusi Majlis Peguam dan anggota lembaga," katanya.
Mah kemudiannya bersetuju mengundurkan diri daripada mendengar kes Shafee.
Rayuan itu akan didengar pada 14 Oktober oleh satu panel baru.
Pada 10 Januari, Shafee gagal mengetepikan keputusan lembaga yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan beliau setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.
Zaleha berkata, mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji Shafee dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat dibenarkan Akta Profesion Guaman.
"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.
"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.
Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Akta Profesion Guaman dan mengenakan denda RM5,000.
Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 November 2012, Shafee mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 September 2010 bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu temu bual dengan The Star.
Dua artikel berkenaan yang bertajuk “Counsel rests his case” dan “Keeping within the letter of the law”, tersiar pada 27 September 2009.
Lembaga itu mendapati beliau membuat publisiti tentang diri dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001. – 14 Julai, 2014.
shared Dunia Lelaki Maskulin's photo.
Dunia Lelaki Maskulin with Ahmad Faizal and 18 others
SubhanAllah...Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Jangan berhenti berdoa ye sahabat..
Allahu Akbar!!!
Monday, 14 July 2014
SERANGAN GAZA OLEH ISRAEL LAKNATULLAH ... REAKSI ANTARA NEGARA MALAYSIA YANG MENGAKU KONONNYA NEGARA ISLAM CONTOH DENGAN NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM.
Biar gambar jadi tatapan untuk bahan bicara .. celikkan mata dan cuitkan minda ... lihat, fikir dan nilai apabila isu Gaza yang diserang secara zalim dan ganas oleh Israel bagaimana negara rakyat luar bukan Islam bertindak dan memberikan respon berbanding dengan negara kita yang diterajui oleh UMNO berketuakan Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Monday, 14 July 2014
BENARKAH MAJLIS BERBUKA PUASA DI SETENGAH MASJID ELIT KUALA LUMPUR AMALKAN SISTEM KASTA?????
Di sesetengah masjid elit di Kuala Lumpur, terdapat sistem kasta di dalam berbuka. Ada hidangan untuk golongan elit yang kaya dan ajk masjid. Rakyat jelata tidak boleh hampir dan jika ada yang cuba dekati akan dihalau...
Malang lagi para asatizah dan imam yang juga turut bersama di meja Dato, Dato Seri, Tan Sri, Pak Ungku dan bagai title dan pangkat itu pun meredhai sistem jahiliyah tersebut.
Nampak gayanya ruh Ramadan itu tiada kesannya di jiwa penyombong dan bongkak. Ramadan tidak berupaya menjadikan mereka Muslim sejati seumpama Nabi Muhammad dan sahabat sahabat yang walaupun ada yang kaya tetapi tidak malu duduk bersama golongan miskin dan ahli Suffah yang fakir.
Kisah Benar: Anak buah saya dihalau dari menghampiri meja golongan elit sewaktu berbuka puasa di masjid Taqwa, TTDI, KL. Harap asatizah yang mengajar di masjid tersebut dapat mentarbiyyah ajk-ajk dan orang-orang kaya masjid tersebut agar menghayati sifat TAQWA dan kesamarataan yang Islam anjurkan. Janganlah mereka rosakkan amalan berpuasa dengan keegoan dan kesombongan pangkat, harta dan gelaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan