Saturday, 5 July 2014
PENDERITAAN RAKYAT YANG BERJAYA DISOROKKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT JELATA OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 ... RAKYAT MERSING MENDERITA AKIBAT CATUAN AIR MELEBEHI 4 BULAN.
Ketika ada penduduk Selangor merungut kerana ketiadaan air sambal menyalahkan kepimpinan kerajaan negeri baru-baru ini, rupa-rupanya seluruh penduduk Mersing kesal kerana nasib serupa yang menyusahkan kehidupan mereka telah berlarutan sejak empat bulan lalu namun tiada pihak yang ambil peduli.
"Air dicatu selang sehari sejak empat bulan lalu di seluruh daerah Mersing. Rakyat telah membuat aduan dengan pelbagai pihak tetapi masing-masing hanya memberi jawapan sedang diusahakan.
"Sampai bila masalah ketiadaan air akan berlarutan di tempat kami? Janganlah nampak penderitaan rakyat di Selagor sahaja sehinggakan segala penderitaan yang kami tanggung selama empat bulan ini langsung tiada penyelesaian,” kata seorang suri rumah, Aishah Saidin dari kampung Air Merah.
Sambil menyifatkan masalah yang ditanggung rakyat Mersing sebagai satu seksaan, Aishah turut melahirkan rasa kesal kerana semua perumahan yang diduduki kakitangan kerajaan tidak terganggu dengan masalah ketiadaan air.
"Mereka tidak akan tahu kesusahan yang kami tanggung kerana kediaman mereka semuanya tiada masalah air. Ini bukan cerita rekaan tetapi satu kenyataan kerana ada juga saudara mara kami yang tinggal di kuarters kerajaan.
"Mereka dengan bangganya bercerita masalah air tidak pernah dilalui tetapi tahu betapa kami yang tinggal di rumah sendiri telah sekian lama menjadi mangsa ketiadaan air. Apakah ini wajar berlaku?" soal Aishah.
Lebih teruk lagi kata ibu kepada lima anak ini, khabar terbaharu yang sampai adalah catuan air akan dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri nanti sebagai satu langkah penyelesaian sementara keadaan kembali pulih.
"Sepatutnya, masalah ini telah lama diberi perhatian. Cadangan mencatu air pada Hari Raya hanya akan memburukkan keadaan di samping menyusahkan rakyat Mersing.
"Masalah air di Selangor terus menutup membutakan mata pihak berwajib di Mersing. Masyarakat hanya nampak negeri pembangkang tidak bijak menangani masalah rakyat sedangkan kami di bawah negeri pentadbiran kerajaan sebenarnya lebih teruk keadaannya," kata Aishah. - MalaysiaGazette
Anak Sharifah Aini minta semua pihak halalkan segala kesilapan ibunya
ANAK tunggal Allahyarhamah, Aliff
Omar (tengah), mengimamkan solat jenazah keatas ibunya, Biduanita
negara, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, yang
meninggal dunia akibat penyakit fibrosis paru-paru awal pagi tadi, di
Masjid AtTaqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. - Foto Mohamad
Shahril Badri Saali
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada arwah ibu," katanya ketika ditemui selepas selesai pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, hari ini.
Beliau yang sedang melanjutkan pengajian Madinah berkata, beliau kebetulan sedang bercuti tiga bulan.
Saturday, 5 July 2014
BEBERAPA KEPING GAMBAR SUASANA PENGEBUMIAN BIDUANITA NEGARA DATO' SHARIFAH AINI.
Pemergian Biduanita Negara Allahyarham Dato' Sharifah Aini sememangnya satu kehilangan yang amat besar buat industri hiburan tanahair. Tiada siapa menyangka kejadian mengejut itu berlaku memandangkan Biduanita Negara itu dilaporkan stabil oleh doktor pakar sebelum ini.
Apapun, semuanya tinggal kenangan dan jenazah Dato' Sharifah Aini telah pun selamat tiba di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dari Hospital Pakar Damansara untuk dimandi dan dikafankan. Selanjutnya akan disembayangkan pula.
Difahamkan, upacara pengebumian jenazah allahyarham akan dilangsungkan selepas waktu Zohor nanti di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar upacara solat dan pengebumian jenazah Datao' Sharifah Aini yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.
7 Gambar Terakhir P Ramlee Sebelum Meninggal Dunia
By PrivaTE | 6:56 PM
Walaupun Allahyarham sudah lama meninggalkan kita tetapi karyanya tetap segar di ingatan. Kali ini kami nak berkongsi gambar
kenangan saat-saat terakhir alayarham P. Ramlee sebelum meninggal
dunia. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Saya dipecat sebelum tamat kontrak bukan letak jawatan, kata Prof Redzuan
Redzuan dalam kenyataannya tiga hari lalu berkata, jawatan beliau sebagai Pengarah UMcedel tidak disambung kerana beliau akan bersara tahun depan tidak benar kerana kontraknya akan tamat hujung tahun ini.
Redzuan berkata, beliau menerima surat pelantikan sebagai Pengarah UMcedel pada 28 Disember 2013 bagi tempoh 2 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.
"Kontrak saya sebagai Pengarah UMcedel tamat hujung tahun ini. Saya belum bersara lagi (waktu itu).
"Pada 30 Mac 2014, saya terima surat bahawa jawatan saya digantikan dengan Dr Amer (Saifude Ghazali)," kata Redzuan kepada The Malaysian Insider.
Profesor Redzuan berkata dalam kenyataan rasmi UM dua hari lalu, "Alasan yang diberikan adalah sebab saya akan bersara tahun depan. Tetapi jawatan (Pengarah UMcedel) tamat pada 31 Disember 2014, saya belum bersara lagi."
Ketika ditanya apakah beliau ditekan untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Redzuan menjawab, "Saya tidak tahu hendak mentafsir ia daripada maklumat di atas."
Katanya, sebagai kakitangan kerajaan, kuasa melantik mutlak di bawah pengurusan UM.
"Orang lain dilantik dan saya ditamatkan khidmat. Saya tidak pasti apa kategorinya," kata beliau.
Ketika ditanya The Malaysian Insider, "Jadi bukannya Profesor meletakkan jawatan kerana ditekan sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?" Redzuan menjawab:
"Isunya mengapa jawatan ditamatkan? Takkanlah menteri hendak keluarkan surat suruh letak jawatan berserta alasan dan maklumatnya sekali."
Awal Julai baru-baru ini, Redzuan juga tidak dilanjutkan khidmatnya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) walaupun dilaporkan mendapat undian tertinggi di kalangan kakitangan akademik fakulti itu untuk terus menjawat jawatan itu.
Bagaimanapun, Redzuan berkata, beliau akan terus memberikan khidmatnya termasuk kepada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) walaupun tidak lagi menjadi pengarah di situ jika diperlukan.
"Saya akan terus memberikan khidmat kepada UMcedel jika diperlukan, walaupun bukan sebagai pengarah," kata Redzuan kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Redzuan mendapat tekanan politik daripada Kementerian Pendidikan sehingga terpaksa meletakkan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel April lalu.
Ia hanya dipecahkan oleh media dua bulan kemudian apabila Redzuan tidak lagi disambung khidmatnya sebagai Dekan FSSS.
Perkara ini kemudiannya disahkan oleh bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider.
Saifuddin berkata, beliau tahu mengenai campur tangan kementerian berhubung jawatan Redzuan di pusat penyelidikan itu sejak kira-kira dua bulan lalu.
"Saya tahu perkara ini sejak awal. Saya tahu Prof Redzuan dipanggil oleh pengurusan universiti dan beliau dimaklumkan Kementerian Pendidikan tidak begitu gembira dengan beliau dan diminta meletakkan jawatan," kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno dan juga Timbalan Menteri Pendidikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Saifuddin berkata, beliau kemudian mendapatkan pengesahan daripada naib canselor UM mengenai hal itu.
"Sepanjang pengetahuan saya, naib canselor dihubungi seseorang daripada kementerian dan mesejnya adalah Redzuan tidak perlu terus memegang jawatan pengarah UMcedel," katanya.
Dekan FSSS
Redzuan sepatutnya dikekalkan sebagai Dekan FSSS selepas penggal lalu tamat Jun lepas, kerana beliau dikatakan mendapat undi tertinggi untuk terus memegang jawatan itu.
Namun pihak pengurusan UM mengambil keputusan untuk menukar Redzuan dengan alasan beliau akan bersara tahun depan selepas mencecah umur 60 tahun.
Padahal isu akan bersara tahun depan tidak berbangkit ketika pengundian dibuat untuk memegang jawatan itu.
"Saya yakin beliau mendapat lebih 100 undi daripada kira-kira 140 kakitangan akademik yang ada," kata sumber akademik universiti itu kepada The Malaysian Insider di samping mempertikaikan mengapa jumlah undi tidak pernah diisytiharkan.
Namun, kata sumber itu, nasib baik pihak pengurusan universiti memilih timbalan kepada Redzuan, iaitu Profesor Md Sidin untuk menggantikan beliau, kerana fakulti itu mempunyai sejarah mengenai orang yang mereka tidak suka dipilih.
"Lima tahun lalu universiti memilih seorang pensyarah yang disukai kakitangan... kecoh ketika itu," katanya.
Redzuan dikatakan berjaya membawa FSSS ke aras terbaik apabila ia menjadi fakulti kedua selepas perubatan berdasarkan jumlah pelajarnya yang mendapat pekerjaaan selepas tamat belajar.
Sumber itu yakin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tan Sri Arshad Ayub turut memainkan peranan dalam menekan pihak pengurusan universiti agar menekan Redzuan.
"UM seperti cawangan Umno sahaja bagi Arshad," kata sumber itu.
"Saya difahamkan, semasa Profesor Ghauth Jasmon menjadi Naib Canselor dahulu, Arshad pernah menekan agar Prof Redzuan tidak menjaga UMcedel, tetapi Ghauth tidak layan," kata sumber itu, kerana bagi Ghauth, universiti perlu bebas daripada campur tangan politik pihak luar dan Ghauth berani mempertahankan prinsip itu.
Ghauth menjadi Naib Canselor UM sehingga penghujung 2013 sebelum diambilalih oleh Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.
Sumber itu juga bersetuju dengan laporan sebelum ini bahawa rakan Redzuan dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Datuk Zaini Ujang yang kini Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, mungkin turut terlibat.
"Saya rasa bukan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin terlibat secara langsung. Saya lebih percaya Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh yang terlibat," kata sumber itu.
Namun, Arshad ketika dihubungi menafikan dakwaan beliau terlibat menekan Redzuan agar meletakkan jawatan.
"Saya tidak terlibat dalam menekan universiti agar Profesor Redzuan meletakkan jawatan dan tidak juga semasa Tan Sri Ghauth Jasmon ataupun bila-bila masa.
"Mengatakan saya jadikan UM umpama cawangan Umno tidak benar dan tidak wajar sama sekali (dakwaan itu)," katanya. – 5 Julai, 2014.5:37AM - 5 Jul 2014
Sharifah Aini meninggal dunia
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi ini di
Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham berusia 61 tahun.
Sharifah Aini yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru, lapor Astro Awani.
Menurutnya, Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.
Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.
Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Menurut laporan itu, Sharifah Aini merakamkan 93 album termasuk tujuh album Inggeris. Antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.
Beliau juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.
Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.
3:37PM - 5 Jul 2014
Bila dah malu dan kisahnya menjadi viral maka meloncatlah Ketua Pemuda UMNO Kluang menafikan sekeras-kerasnya beberapa melaon yang berlagak samseng taik kucing kering halang YB-YB DAP memasuki Bazar Ramadhan di Kluang tempoh hari kerana tiada surat kebenaran.
Baginya tindak tanduk dan akhlak yang ditunjukkan oleh melaon-melaon itu bukannya akhlak seorang ahli Pemuda UMNO Kluang tetapi akhlak individu walaupun dia ahli UMNO.
Heloooo .. Lu mau tipu siapa weh!!!!
Sebab itu Omak Kau sarankan jangan ketawa kuat sangat sebab takut Ketua Pemuda UMNO Kluang dengar ... nanti dia rasa malu pula sebab percubaan dia nak tutup perangai dajal ahlinya tidak menjadi malahan dilihat sebagai taktik dan cara nak memperbodohkan rakyat dengan alasan semborono.

Anak Dato' Sharifah Aini Sendiri Yang Imamkan Solat Jenazah, Bertuah Arwah Mempunyai Anak Soleh
Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya, biduanita negara
Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, di Masjid AT Taqwa, Taman
Tun, KL.
Aliff Omar, turut mengiringi jenazah ibu tersayang sehingga ke liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sekitar 12.10 tengah hari
Amat beruntung dan bertuah nasib Kak Pah dapat anak yang soleh .. Sejuk perut Allahyarhamah mengandungkannya.
Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Al Fatihah..
NGO lapor polis kes dakwaan hina Nabi
Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) hari ini
membuat laporan polis terhadap seorang anggota Parti Reformasi Negeri
(Star) kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta
agama Islam.
Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Concerns, Sainuri Yahmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10.30 pagi terhadap anggota parti berkenaan, David Orok.
"Kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab ini adalah serius dan sengaja dibuat untuk membangkitkan kemarahan umat Islam selain kekecohan dan perpecahan kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
David juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu.
Sainuri berkata beliau mewakili gabungan itu dan umat Islam meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Putatan turut membuat laporan polis berhubung insiden sama.
Ketuanya Ir Shahelmey Yahya berkata tindakan David itu dikhuatiri akan mencetus perbalahan antara masyarakat berlainan kaum dan agama.
- Bernama

SEMPENA BULAN PUASA, MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT .... KETUA PEMUDA UMNO KLUANG NAFIKAN MELAON-MELAON YANG HALANG YB-YB DAP MEMASUKI BAZAR RAMADHAN KLUANG ADALAH AHLINYA.
Bila dah malu dan kisahnya menjadi viral maka meloncatlah Ketua Pemuda UMNO Kluang menafikan sekeras-kerasnya beberapa melaon yang berlagak samseng taik kucing kering halang YB-YB DAP memasuki Bazar Ramadhan di Kluang tempoh hari kerana tiada surat kebenaran.
Baginya tindak tanduk dan akhlak yang ditunjukkan oleh melaon-melaon itu bukannya akhlak seorang ahli Pemuda UMNO Kluang tetapi akhlak individu walaupun dia ahli UMNO.
Heloooo .. Lu mau tipu siapa weh!!!!
Sebab itu Omak Kau sarankan jangan ketawa kuat sangat sebab takut Ketua Pemuda UMNO Kluang dengar ... nanti dia rasa malu pula sebab percubaan dia nak tutup perangai dajal ahlinya tidak menjadi malahan dilihat sebagai taktik dan cara nak memperbodohkan rakyat dengan alasan semborono.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan