Selasa, 15 Julai 2014

LAWAK SERTA HAIRAN BIN PELIK....DALAM MEREKA MENAFI RASULLULLAH SAW TAPI MEREKA PERCAYA DAN YAKIN HADIS RASULLULLAH SAW





7:31PM - 15 Jul 2014

Sultan S'gor: Khalid Samad biadap pada beta


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dan kecewa dengan kenyataan ahli parlimen PAS Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang, laporan Utusan Online.

Baginda dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid (kanan) mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.

"Keyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," baginda dilaporkan sebagai bertitah.

Utusan melaporkan, baginda sebagai bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan turut menghadiri majlis itu.

Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa pemimpin PAS Selangor dilaporkan mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.



SEMAKIN BANYAK POHON GHORQOD DITANAM ISRAEL

POHON GHORQOD PELINDUNG ISRAEL
LIHAT BETAPA BANYAK POKOK GHORQOD YANG SEDANG MELINDUNGI ISRAEL | Tentera Israel tidak hanya menggunakan teknologi canggih seperti sistem anti peluru berpandu Iron Dome untuk menghadapi serangan roket dari Jalur Gaza. Mereka juga menggunakan cara yang lebih tradisional seperti menanam pokok.
Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.
“Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau,” ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz
Tentera Israel sendiri menyatakan saat ini penduduk di sekitar sempadan dapat hidup lebih aman sejak diadakannya gencatan senjata dengan Hamas. Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Jalur Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” (Tonggak Pertahanan) November lalu.
Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada saat awal-awal penubuhan negara Zionis tersebut, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera pasukan Arab yang berperang dengannya.
POHON GHORQOD PELINDUNG YAHUDI
POHON GHORQOD PELINDUNG YAHUDI
POHON GHORQOD PELINDUNG YAHUDI
Ramalan Rasulullah
Rasulullah saw 14 abad yang lalu pernah meramalkan dalam hadis Bukhari dan Muslim kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod pada peperangan melawan muslim.
Teks hadis itu berbunyi: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi ”
Israel pun sudah sejak lama menggalakkan penanaman pohon Ghorqod berdalih reboisasi. Inikah tanda kebenaran ramalan Rasulullah?
Wallahua’lam bish-showab. Hadis-hadis ramalan memang banyak bermuatan kiasan. Yang jelas, Rasulullah tidak berkata berdasarkan hawa nafsunya.

4 lagi ditahan bantu siasatan kematian model Estonia

BERNAMA | .
JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.

Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini, katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak Ahad hingga hari ini, polis telah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.

Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.
 
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999. – Bernama

8 hrs ·


Restoran McDonalds Di KB Mall Lengang Kerana Diboikot?

Serangan ke atas Palestin yang meragut hampir 200 nyawa pada hari ini membangkitkan kemarahan orang ramai. Ramai yang mula memboikot barang-barang yang berasal di Israel.
Antara barang yang diboikot adalah McDonalds. McDonalds sememangnya terkenal dengan kaitannya dengan Israel dan dikhabarkan menjadi antara penyumbang dana ke Israel.
Heboh di Facebook mengenai satu gambar yang dikongsi oleh pengguna di Kota Bharu yang menunjukkan restoran tersebut yang berada di KB Mall mula lengang tanpa pelanggan walaupun pada jam 9 malam.8:13PM - 15 Jul 2014

'Baik bawa kayu kalau senjata tak boleh guna'

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya pasukan keselamatan negara tidak boleh menggunakan senjata untuk menembak penceroboh, maka lebih baik mereka membawa kayu bagi mempertahankan negara, rakyat dan pasukan keselamatan.

Dengan nada menyindir, pemimpin politik veteran dan NGO pendesak Melayu itu menegaskan kerajaan tidak perlu lagi menghabiskan duit rakyat untuk membeli jika tidak boleh digunakan dengan sewajarnya.

"Logik akal, kalau pihak keselamatan bawa senjata, tapi tidak boleh guna bila jumpa musuh, maka lebih baik bawa 'kayu' sajalah.

"Tak payah habis duit rakyat beli apa jua senjata kalau tidak boleh guna. Ia seolah-olah membiarkan pasukan keselamatan dibunuh dulu oleh penceroboh.

"Apa-apa pun peraturan, apatah lagi menjaga kedaulatan negara, pentingkan dulu keselamatan pasukan keselamatan," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Ibrahim menyokong hasrat Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang memohon kebenaran kerajaan supaya pasukan keselamatan menembak individu atau penceroboh yang memasuki perairan Sabah demi keselamatan negara, rakyat dan anggota keselamatan.

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia itu demi maruah, keselamatan dan kedaulatan negara.

"PERKASA menggesa kerajaan dan perdana menteri benarkan hasrat TLDM (itu) untuk (pasukan keselamatan) tembak penceroboh," kata Ibrahim.

Anda Tahu Maksud Lampu Putar di Kedai Gunting Rambut? (6 Gambar)



Korang sume tahu takk apa mksud tiang berwarna merah, biru, putih yg berputar di hdpan kedai gunting rambut ??
Sbenarnya, tiang tuw ad trademarknye yg tersendiri. sy pon xtw betul ke takk,, mitos ke lagenda,, sejarah ke tokok tambah tapi yg sy tahu sy nak sharekan menda yg sy tahu kpd u ollz n pandai2 lar korang nilai sndiri cerita dia yeerr *_*

 
Pada zaman prtgahan, bkan hnya RambuT yg boleh dgunting dkedai "BarberShop" tapi jugakk mampu mnjlankan pmmbedahan kecil spt mncabut gigi, dan mnyedut darah mnggunakan Lintah (dulu-dulu kbiasaanya proses mnydut darah dlakukan bgi tjuan prubatan)..
 
 
 
Penguasa Perancis meletakkan dua tahap prubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yg ada di BarberShop)
 
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dbenarkan untuk mmpunyai pekerja sndiri serta boleh mndalami ilmu bedah pro di fakulti kedoktoran di Paris University.
 
 


Ambroise Pare yg mrupakan tokoh bedah moden yg juga ahli bedah kerajaan Perancis sbenarnya brmula sebagai tukang bedah Barber Shop..
 
Pada mulanya, pggunaan tiang lampu brwrna putih dgn wrna merah dan biru yg bputar melilit adalah satu kbiasaan bgi tukang pnyedut darah mnjemur kain pembalut (bandage) yg tlh dgunakan srta brlumuran darah di depan kedai mereka.
 
Lalu pembalut trsebut terbang ditiup angin shingga bputar melilit tiang dan mnimbulkan variasi warna merah putih.. Lama kelamaan kebiasaan itu mnjadi trademark di setiap Barber Shop skaligus mnjadi tanda pmberitahuan kpd orang rmai bhwa tmpat itu adlah klinik Barber Shop..
 
 
 
Seiring dengan brjalannya waktu, pmandangan itu mbuatkan sbhagian org mrsa mnjijikkn, maka dbuatlah tiang puith yg dicatkan wrna merah dan biru sbagai pengganti pembalut trsebut itu tadi..
 
 

Tiang wrna putih mggambarkan wrnapembalut, merah pula lggambarkan aliran darah mnkala biru sbgai urat / pmbuluh vena tmpat darah dsedut.. Bulatan di atas tiang pulakk mggambarkan bekas untuk mnyimpan lintah sementara bulatan dibawah adlah bekas untuk menampung darah.. Tapi pd wktu tuw modelnya masih lagi statik (tidak brgerak ..)
 
1950an : Amerika tlh mghasilkan model yg lebih smpurna iaitu yg boleh brgerak smntara bekas di atas tiang dgantikan dgn bola.. Ktika itu pmakaiannya bkan lagi untuk klinik sedut darah ttapi hanya untuk kadia gunting rambut shja,...
 
1950-1967 : Dari hnya satu prusahaan shj, tlh trjual sbanyak 50,000 buah tanda tiang Barber Shop ini, seiring dgn prcambahan Barber Shop di Amerika maka pd tahun 1996 telah trjual kira-kira 70,000 buah tiang tanda..
 
 
Namun shingga tahun 1996 pnjualannya telah mrosot teruk kerana ada praturan yg mmbataskan pggunaan tiang ini dgn alasan boleh memeningkan kepala jika trlalu bnyak di pinggir jln serta bolah mngganggu tumpuan para pmandu..
 
Walau yg demikian, model tiang ini telah mrebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia sepakat bhwa model ini adalah sbagai tanda yg mnunjukkan ia adlah tempat Barber Shop...
 
Lastly, kalau toang bputar means kdai tuw bukakk,, n lw bh=rhnti kdai tuw tutup la of coz..

Sumber

Isu MB S’gor: Jangan beri peluru hidup

 kepada BN

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor digesa untuk tidak menonjolkan perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan teknikal knock out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang, lapor Selangor Kini.

Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.

Oleh itu, ujarnya kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.

“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Yunus yang juga Adun Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

Katanya, keadaan itu akan memberikan stigma negatif kepada rakyat yang meletakkan harapan tinggi kepada PR dalam usaha membela perjuangan rakyat yang sejak dahulu dinafikan BN.

“Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki PR Selangor selama ini.

“Tidakkah disedari oleh kepimpinan PR Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat yang akan menyamakan kepimpinan kini tidak ubah seperti BN yang cukup suka berbalah dengan agenda perebutan jawatan?” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Langat.

Menurutnya, rakyat Selangor perlu diyakinkan bahawa polisi dan agenda PR di dalam mengutamakan rakyat adalah sangat jelas dan tidak berubah.

“Tampuk kepimpinan boleh berubah tetapi agenda mengagihkan keuntungan dan laba kerajaan negeri kepada rakyat Selangor tetap akan berterusan,” tegasnya.

15 Julai 2014

ISU MB SELANGOR PUAK HANTU RAYA

 JE BISING DITAMBAH OLEH ASTRO!!!

Mesyuarat Sekretariat PR tidak bangkit isu MB

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membangkitkan soal calon pengganti kedudukan dan jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek menyangkal keras laporan beberapa rencana media mengenai dakwaan sedemikian.

“Isu Menteri Besar Selangor termasuk isu calon pengganti tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

“Perkara tersebut telah diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk dibincangkan,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali turut membuat kenyataan yang sama dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berlangsung.

Menurutnya, keputusan akhir mengenai isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kita mengharapkan sebelum raya akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden, dan mungkin salah satu isu yang akan dibincangkan adalah isu MB Selangor," kata Mustafa selepas mesyuarat berlangsung, semalam.

Malah Mustafa menegaskan apa-apa perkara khususnya berhubung kemelut itu mestilah bersama-sama dibincangkan dan diputuskan melalui Majlis Presiden. ~Sinarharian

Halimah: “Mungkin ada sedikit ribut dalam cangkir, itu biasa”


Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 JULAI: PAS Pusat masih belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat tekanan daripada sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata PAS Selangor masih lagi menunggu keputusan pimpinan tertinggi parti itu berhubung perkara berkenaan.



Beliau berkata, kerajaan Selangor sedia ada masih berfungsi seperti biasa waalupun pelbagai spekulasi timbul berkenaan jawatan Abdul Khalid.

“Kita serahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan tetapi kerajaan Selangor sedia ada masih berfungsi seperti biasa, mungkin adalah sedikit ribut dalam cangkir tetapi itu biasalah.

“PAS Pusat sudah memanggil Badan Perhubungan Selangor untuk mendengar penerangan berkenaan perkara ini dan sekarang dalam proses keputusan,” katanya ketika mengulas pendirian PAS berhubung jawatan tertinggi pemimpin negeri itu.

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar kini menerima tekanan daripada pihak tertentu apabila terdapat gesaan terbuka supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan yang disandangnya.



Terbaru, Abdul Khalid didakwa akan menyertai parti Islam itu selepas gambarnya sedang mengadakan perbincangan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimuat naik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Abdul Khalid dan beliau menegaskan turut bergambar bersama beberapa pemimpin daripada pelbagai parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan: