Rabu, 9 Julai 2014

DOA SENJATA ORANG MUKMIN SERTA DOA ORANG DIZALIM JUGA MUSTAJAB....BULAN RAMADAN MUSTAJAB BERDOA SIANG DAN MALAM....MAKA BERDOALAH...'YA ALLAH BALASLAH SEGALA MUSUH2 ISLAM SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN MEREKA ...YA ALLAH MEREKA SANGAT MELAMPAU...SEDANGKAN KAMI TERSANGAT LEMAH DAN TAK BERDAYA'....DOALAH DALAM HATI KETIKA SUJUD...KERANA MASA ITU KITA BENAR2 DEKAT DENGAN ALLAH SWT....YAKINLAH

Kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh Rendahkan Martabat Ahli Akademik - ABIM
Posted on Wednesday, July 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan 2, Datuk Seri Idris Jusoh yang menafikan penglibatan pihak Kementerian Pendidikan dalam pemecatan jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM). Profesor Dato' Dr. Mohamad Redzuan Othman dan mengaitkannya dengan penglibatan PR adalah amat dikesali. Ia disiarkan menerusi BERNAMA pada 7 Julai 2014.

Kenyataan yang demikian sifatnya seolah-olah mengatakan Tan Sri Prof. Dr Ghauth Jasmon bekas Naib Canselor UM berbohong. Begitu juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Saifudin Abdullah yang mendakwa mendapat pengesahan dari Naib Canselor UM sendiri Prof Dato' Dr Mohd Amin Jalaludin wujud pertemuan diantara beliau dengan pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia adalah satu dakwaan yang tidak benar. Sebagai seorang yang diamanahkan untuk menjaga kredibiliti institusi pendidikan dinegara ini kenyataan tersebut amat sukar diterima.

Ia memperbodohkan Tan Sri Ghauth Jasmon yang bertindak mempertahankan autonomi universiti dan kebebasan akademik. Adakah tindakan Tan Sri Ghauth Jasmon mempertahankan UMCEDEL sebagai sebahagian daripada maruah UM tidak mendapat penghargaan dan pengiktirafan KPM sendiri? Sebagaimana yang dicatatkan usaha mempertahankan UMCEDEL adalah bagi merealisasikan impian menyenaraikan UM sebagai salah satu dari 100 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2015.

Langkah mengaitkan isu kebebasan akademik ini dengan persaingan politik BN-PR adalah satu cubaan memesongkan perhatian dari pokok persoalan iaitu kebebasan akademik. Apabila beliau mengaitkan dengan pemecatan bekas NC UNISEL beliau seolah-olah cuba merendahkan martabat ahli akademik dengan dakwaan seolah-olah mereka ini mengejarkan pangkat dan jawatan serta cuba memperbesar-besarkan perkara yang kecil. Kenyataan ini jelas merendahkan kakitangan akademik UM dan mahasiswa UM yang berjuang hanya untuk kelibat peribadi tertentu untuk terus memegang jawatan pentadbiran di UM.

Maka dengan ini ABIM menyarankan agar beliau dapat belajar dari bekas Menteri Pelajaran dan mantan TPM, Tan Sri Musa Hitam yang tenang mencadangkan satu siasatan bagi meraikan segala dakwaan tanpa merendahkan sesiapa pun. ABIM sekali lagi menegaskan tiada desakan untuk jawatan dekan dan Pengarah UMCEDEL dikembalikan kepada Prof Dato' Dr. Mohamad Redzuan Othman, tetapi rasa bimbang terhadap sikap yang cuba menafikan kebenaran yang terpapar dari episod pemecatan dan disahkan oleh kenyataan Menteri yang memperbodoh dan tidak memahami latar kemelut yang terjadi.

Jika perkara menyekat kebebasan akademik yang berteraskan kebenaran berterusan maka tiada makna pendidikan kelas dunia seperti diuar-uarkan. Antara matlamat pendidikan adalah melahirkan warga yang akur dengan kebenaran dan jujur dengan kehidupan.

AMIDI ABD MANAN,
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
(8 Julai 2014)

abim.org.my

Tuesday, 8 July 2014


KETUA PEMUDA UMNO PERLIS DITAHAN PIHAK POLIS KERANA KESALAHAN MENGHALANG PENJAWAT AWAM PEGAWAI PENGUATKUASA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR MENJALANKAN, TUGAS SEKSYEN 186 KANUN KESEKSAAN DAN KINI DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS.



ARAU - Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Arau Saiful Nizam Othman dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang semalam selepas pergi ke sana setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar mereka mengganggu penjawat awam menjalankan tugas di Bazar Ramadan di sini, Ahad lepas.

Syed Atif berkata: "Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan di sini, petang tadi.

Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Anak itu amanah. Berat tu nak jawab kat akhirat nnti
BAPA PUKUL ANAK HINGGA MATI DIREMAN POLIS : Kedaifan hidup mungkin punca rasa tertekan
Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”
Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.
Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.
“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.

8:34AM - 9 Jul 2014

Ketua Pemuda Umno Perlis dibebas dengan jaminan polis

Ketua Pemuda Umno Perlis Syed Atif Syed Abu Bakar dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Arau Saiful Nizam Othman dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
  
Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau petang semalam selepas pergi ke sana setelah mendapat tahu mereka dicari polis berhubung dakwaan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Kangar mereka mengganggu penjawat awam menjalankan tugas di Bazar Ramadan di Arau  Ahad lepas.
  
Syed Atif berkata:"Saya terus ditahan di IPD Arau sebaik menyerah diri namun akan memberi kerjasama penuh kepada polis yang menjalankan siasatan."
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dibebaskan petang semalam.

Sementara itu, peguam Jamil Mohamed Shafie yang mewakili Syed Atif dan Saiful Nizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Doa Buat Umat Islam Di Gaza, Syria, Myanmar, Xinjiang, Kashmir, Bangladesh...
Posted on Wednesday, July 09 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan



Doa Buat Umat Islam Di Gaza, Syria, Myanmar, Xinjiang, Kashmir, Bangladesh, Sri Lanka Dan Seluruh Dunia



Umat Islam di seluruh pelusuk dunia dibunuh, disiksa, ditindas, kampung halaman dimusnahkan, dibakar, dirampas. Tiada apa sangat yang mampu kita lakukan.

Bukanlah kerana musuh-musuh Islam itu terlalu kuat, tetapi kerana umat ini terlalu lemah.

Benar sabda nabi s.a.w di dalam hadis sahih riwayat Imam Ahmad:

يوشك أن تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة علي قصعتها…قالو: أمن قلة نحن يومئذ يا رسول الله؟ قال: ”إنكم يومئذ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة من صدور أعدائكم وليقذفن في قلوبكم الوهن” قالو وما الوهن يا رسول الله؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت

Bermaksud: Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada ketika itu ya Rasulullah?".

Rasulullah bersabda: "Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari musuh-musuh kamu. dan Allah akan melemparkan di dalam hati kamu penyakit al-wahan".

Sahabat bertanya: "Apakah itu al-Wahan ya Rasulullah?". Rasulullah bersabda: "Cintakan dunia dan takutkan mati"

Moga-moga kita dijauhkan dari penyakit al-wahan ini. Di bulan mulia ini semoga Allah memberi kekuatan kepada saudara kami di Gaza, Syria, Myanmar, Xinjiang, Kashmir, Bangladesh, Sri Lanka, dan di seluruh dunia.

‪#‎ syria‬ ‪#‎ xinjiang‬ ‪#‎ bangladesh‬ ‪#‎ gazaunderattack‬ ‪#‎ savethechildrenofsyria‬ ‪#‎ srilanka‬

‪#‎ r4biaplatform‬ ‪#‎ r4bia‬ ‪#‎ malaysia4rabia‬

Facebook ABIM


Kenali Bangsa Uyghur Dan Kenali Kerajaan Komunis China
Posted on Wednesday, July 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan





1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat uyghur di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.

2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka?Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?

3. Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan-larangan ibadah yang lain seperti larangan memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi.

4. Tahukah tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?

5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina. Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.

6. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.

7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.

8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).

9. Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.

10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol.

11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.

12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.

13. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. hakikatnya lebih teruk dari Palestin.

14. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.

15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih Zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.

16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.

17. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.

18. Oleh itu, di bulan yang mulia ini perbanyakkan doa-doa kita bagi seluruh umat agar Allah memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan.


Article: Chinese Uyghurs defy Ramadan ban - Chinese Uyghurs defy Ramadan ban-aljazeera.com

Facebook Muslimat PAS Segambut

Seorang Wartawan Menemubual Militan Warga Malaysia. Beliau Memberikan Pendedahan Yang Eksklusif

Written By canang on Selasa, 8 Julai 2014 | 7/08/2014 10:49:00 PTG

Kumpulan di sebalik serangan militan dan pengebom berani mati di Syria menarik minat lebih ramai pejuang asing termasuk rakyat Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.
“Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan,” kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yang sebelum ini terlibat dalam perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.
Walaupun terdapat laporan yang mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.
ahmad-salman-2
Ahmad Salman menganggap dirinya sebagai seorang ‘pejuang jihad bebas, dan mendakwa dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana jaringan pengganas di Malaysia atau di luar negara.
“Saya tidak begitu kenal dengan Isil atau kumpulan mujahiddeen lain. Saya tidak ingin terlibat dalam perjuangan mereka. Saya tahu kaedah perjuangan mereka adakalanya agak melampau dan saya tidak bersetuju dengan mereka,” katanya ketika ditemubual melalui Facebook.
Ahmad Salman, bersama dengan Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, adalah sebahagian daripada pejuang jihad dari Malaysia yang berjuang di luar negara.
Sebelum ini Lotfi memberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian daripada rangkaian Isil namun berkata berada di Syria semata-mata untuk berjuang “di jalan Allah” dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.
Kedua-dua mereka merupakan pengguna aktif Facebook dan sentiasa mengemaskini aktiviti-aktiviti mereka di laman sosial itu.
Posting mereka mendapat perhatain ramai rakyat Malaysia yang berkongsi idea yang sama.
Ditanya bagaimana rakyat Malaysia di sana menghadapi bulan Ramadan, Ahmad Salman berkata mereka tidak merasa penat walaupun terpaksa berperang.
“Syukurlah, kita tidak berasa letih atau dahaga walaupun berpuasa 16 jam sehari di bawah suhu sehingga 40°C,” katanya.
Ahmad Salman, yang dilahirkan di Parit Buntar adalah salah salah seorang daripada anggaran seramai 100 pejuang jihad Malaysia di Syria.
ahmad-salman-3
Ahmad Salman percaya dia ‘menjawab panggilan dari Allah’ untuk mempertahankan Islam terhadap kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuhnya.
Menurutnya, mereka tidak berniat untuk mengganas atau membunuh orang yang tidak bersalah tetapi berada di sana semata-mata untuk mempertahankan saudara sesama Islam yang sedang ditindas oleh angkatan tentera Presiden Syria, Bashar Assad.
“Niat saya adalah untuk mempertahankan saudara Muslim yang sedang diseksa, dirogol dan disembelih. Saya bukan di sini untuk mengganas dan membunuh tetapi untuk melindungi agama saya terhadap kecaman secara berleluasa dari musuh,” katanya.
Katanya jalan yang dipilih itu membawanya lebih dekat kepada Tuhan.
“Kehidupan saya di sini (di Syria) adalah luar biasa. Saya berasa lebih dekat dengan Allah. Apabila kembali ke Malaysia, saya mudah terpengaruh untuk melakukan dosa, mengabaikan solat dan tidak membaca Al-Quran,” katanya.
Ahmad Salman berkata dia sebelum ini pernah mengembara ke Myanmar untuk membantu umamt Islam Rohingya.
Dia juga pernah cuba memasuki Palestin namun mendapati sukar untuk melepasi sempadan Lubnan.
“Saya mengembara ke 11 buah negara Islam yang lain sebelum sampai ke Syria.
“Akhirnya saya ditakdirkan untuk berada di Syria. Kebanyakan kumpulan mujahiddeen juga berpangkalan di sini,” katanya.
SUMBER: mStar Online

Brazil kalah kerana doa orang ini?

MUSLEH SAKIR | .
TAHNIAH Jerman, takziah Brazil! Itulah hakikat pahit yang terpaksa diterima Brazil apabila kalah 1 – 7 kepada Jerman dalam perlawan separuh akhir Piala Dunia Fifa.
Sebagai peminat setia Jerman, tentulah saya gembira pasukan kesukaan saya menang. Namun jumlah gol yang diperoleh itu amat memeranjatkan apatah lagi berdepan dengan pasukan hebat seperti Brazil. Saya percaya seluruh dunia juga terkejut dengan kemenangan besar Jerman ini!
Dari suatu sudut yang lain, ingin saya sentuh isu besar yang cuba disorokkan di bawah “karpet” iaitu isu gelandangan dan golongan miskin di Brazil.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa hampir setiap hari sepanjang berlangsungnya Piala Dunia Fifa ini ada tunjuk perasaan. Penganjuran ini mendapat tentangan sebahagian rakyat Brazil khususnya golongan gelandangan dan miskin. Maklumlah, untuk menjayakan kejohanan ini berapa banyak rumah rakyat miskin dirobohkan dan dihalau ke kawasan lain, dengan alasan tidak mahu mencemarkan imej tuan rumah.
Mereka bukan tidak menyukai pasukan Brazil dan tidak cintakan sukan nombor satu dunia ini, tetapi mahu kerajaan lebih mengutamakan mereka berbanding berhabis dunia menganjurkan kejohanan besar ini.
Benar, kerajaan Brazil mungkin memberi alasan bahawa penganjuran ini akan membawa hasil berbilion ringgit dan duit itu boleh digunakan kembali untuk rakyat. Namun, realiti tidak begitu!
Seperti biasa, akhirnya golongan gelandangan dan miskin ini tetap dengan kemiskinan mereka dan hasil daripada keuntungan kejohanan ini entah ke mana.
Ingatlah, kejohanan Piala Dunia Fifa kali ini berlangsung atas kesedihan, kesusahan dan air mata rakyat yang susah dan miskin. Kemenangan dan keuntungan berbilion ringgit tidak ada maknanya bagi mereka! Adakah akibat doa orang miskin yang teraniaya ini Brazil kalah?

Wednesday, 9 July 2014


Sah!! Khalid Ibrahim Akan Letak Jawatan MB Selangor


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.


Menurut sumber, tempoh itu dikatakan selepas mengambil kira program-program sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang sudah dirancang lebih awal.

"Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang," katanya.

Dalam pada itu sumber itu menambah, pada masa kini, dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baru.

Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Abdul Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, ini katanya;

"DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau."

Pada Isnin, Abdul Khalid Ibrahim menafikan akan meletakkan jawatan dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp sejak malam Ahad.

Abdul Khalid turut meminta mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin tentang perletakan jawatannya supaya segera menghentikannya.

Menteri Besar ke-14 Selangor itu dikatakan bakal melepaskan jawatannya dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS negeri.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah kajang' merupakan usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.

Terkini, Abdul Khalid gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti baru-baru ini. ~awani8:41AM - 9 Jul 20148:17AM - 9 Jul 2014

Jerman benam impian Piala Dunia Brazil 7-1


Dalam satu kekalahan yang memalukan, Jerman menjaringkan tujuh gol untuk membenamkan impian negara tuan rumah Brazil untuk memenangi Piala Dunia untuk kali keenam.

Keputusan 7-1 itu adalah yang paling mengejutkan dan
merupakan kekalahan pertama Brazil di tempat sendiri dalam 64 perlawanan ksejak tahun 1975.

Jerman akan bertemu Argentina atau Belanda pada perlawanan akhir di Rio de Janeiro selepas prestasi luar biasanya di mana penyerang Miroslav Klose menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu dengan menjaringkan 16 gol dalam Piala Dunia.

"Kami bermula dengan cemerlang," kata Klose dalam temuramah televisyen. "Kami seiya sekata., anda dapat melihatnya ketika kami berlatih. Kami bergerak sebagai satu unit dan itulah yang kami pamerkan di padang hari ini."

Satu-satunya gola sagu hati untuk Brazil ialah melalui jaringan Oscar pada minit-minit terakhir.

"Saya mahu membuat rakyat kami gembira," kata pemain pertahanan Brazil David Luiz. "Malangnya, kami tak mampu. Saya minta maaf, saya minta maaf kepada semua rakyat Brazil".

MB nafi sasar orang Azmin dalam MBI



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan tanggapan wujud “tujuan politik” dalam langkah terbaru untuk mengkaji semula kedudukan pengerusi dan ahli lembaga anak syarikat milik kerajaan Selangor.


Ketika ditanya, menteri besar menafikan bahawa ia mensasarkan para pengikut pencabar terdekatnya bagi jawatan itu, Azmin Ali.


Khalid berkata, ia sebaliknya bertujuan untuk menyingkirkan individu “tidak baik” dalam syarikat bawah Perbadanan Menteri Besar yang tidak menunjukkan pencapaian cemerlang.
"Kita hanya buang yang tidak baik, bukan yang baik,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang akhbar di majlis berbuka puasa bersama media di Subang Jaya malam tadi.
Ditanya lanjut, Khalid juga berkata langkah tersebut tidak melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana syarikat tersebut ditubuhkan mengikut peruntukan undang-undang berbeza.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya langkah itu mensasarkan saki baki para pengikut kepada Azmin Ali dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Nasib yang menimpa Azmin sendiri kini masih belum jelas selepas timbalan presiden PKR itu mendakwa dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dilaporkan berkata, MBI akan melakukan kajian dan meneliti pencapaian anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan itu dengan tujuan membuat penambahbaikan.

Katanya, ia termasuk mengkaji semula kedudukan pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi di semua anak syarikat milik penuh kerajaan Selangor yang diletakkan di bawah MBI.

Sementara itu Khalid turut ditanya mengenai desas-desus bahawa Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor akan membuat undi tidak percaya ke atas beliau.
Khalid berkata, beliau tidak kisah dengan cakap-cakap seperti itu kerana tindakan tersebut sememangnya berhak dilakukan oleh ahli Dewan, namun enggan membuat sebarang spekulasi lanjut.
"Ya, (saya) tidak kisah. Ia sudah ada dalam peruntukan (undang-undang). Apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan itu," kata beliau.

Tiada ulasan: