PUTRAJAYA, 18 Julai:

Sepupu penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan adalah antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam tadi.
Beliau berkata, sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal yang bertugas dalam pesawat itu.
Beliau mengakui terkejut ketika menerima berita mengenai nahas berkenaan melalui aplikasi Whatsapps daripada isterinya Arianie Mohd Abidin.
“Isteri saya ialah bekas kru kabin dan sesetengah rakannya menghantar SMS dan Whatsapp kepadanya (mengenai nahas). Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita.
“Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat hari ini.
Hattan berkata, turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka. Mereka sepatutnya ke Melbourne, Australia selepas transit di Kuala Lumpur.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada jam 6.10 pagi Jumaat.

Saturday, 19 July 2014


MALAPETAKA MH17 ... KERANA TIDAK MAU BERSENGKONGKOL DENGAN PENIPUAN SEORANG WARTAWAN TERNAMA RUSSIA TELAH LETAK JAWATAN SERTA MERTA.


Kerana dikatakan enggan bersengkongkol dengan penipuan dengan membuat hebahan dan laporan kononnya negara Ukraine dalang malapetakan MH17 yang ditembak jatuh dengan peluru berpandu maka seorang wartawan ternama Russia berprofil tinggi, Sarah Firth telah letak jawatan serta merta dari Russia Today.

Beliau tidak mau membabitkan diri dengan penipuan dengan membuat tuduhan palsu yang direka cipta.

Negara Russia dikatakan menekan beliau agar membuat liputan media yang hasil siasatan dan pemerhatian beliau negara Ukraine adalah dalang yang terlibat dalam satu konspirasi menembak jatuh MH17 dengan peluru berpandu.


A renowned reporter for Russia Today, resigned today in protest over their coverage of Malaysian Airlines Flight MH17 crash.

Sara Firth, a high profile reporter and foreign correspondent for the Kremlin-owned channel since 2009, announced her resignation on Twitter, writing: “I resigned from RT today. I have huge respect for many in the team, but I am for the truth,”

Reports indicate she had enough of the conspiracy theories that it was Ukraine behind the incident, something that does not have merit of facts.

“When it comes to covering a story and  if anyone asked me to alter or drop something, I’d be out. I wouldn’t think twice about it.

“We do work for Putin. We are asked on a daily basis, if not to totally ignore then, to obscure from the truth,” she tweeted, adding that they had to obey as they were “taking a paycheck”.

In her other tweets, it seemed she had finally reached the end of her tolerance for twisting facts, declaring that she has been doing it far too little lately “in an exercise in honesty”.

She then addressed her sceptics by stating the her account was not hacked.

According to the Guardian, Firth did not agree with Russia trying to blame Ukraine for the fate of MH17.

“When the story broke, you get the kick in your stomach when you’re going to get the facts and it’s this huge story.

“And I walked into the newsroom and they were running an eye-witness account of God-knows who, the person was blaming the Ukrainian government, and it is such a volatile situation”.

Firth said she had said in a 2012 interview if she ever had to withhold facts and not tell the truth, she would leave.

The level of disrespect for the facts, she claimed, bugged her.

“The thing is, once I made the decision, you have to be honest with yourself and it’s so difficult. Once you start telling the truth, it’s brutal”.

MH17 sah ditembak

Washington: Presiden Barack Obama mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari kawasan bawah kawalan pemberontak pro-Russia di Ukraine.
Katanya, ini bukan kali pertama pemberontak menembak jatuh pesawat di kawasan itu. “Kejadian ini adalah satu tragedi global. Pesawat Asia dimusnahkan di ruang udara Eropah dengan penumpang yang terdiri daripada rakyat pelbagai negara.

“Satu siasatan antarabangsa yang kredible perlu diadakan untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
FotoOBAMA. FOTO EPA

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, bukti temasuk imej satelit menunjukkan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu SA-11 dari timur Ukraine.

Katanya, tiga peristiwa berkaitan dikesan iaitu apabila peluru berpandu itu dilancar, waktu ia terkena pesawat dan apabila pesawat terhempas.

Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu.

Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat, 6.10 pagi (waktu Malaysia). - AP1:23AM - 19 Jul 2014

Jumaat, 18 Julai 2014


Rosmah hantar pesan pada Putin: Telefon Najib....Hebatnya Dia..!!!



Rosmah Mansor berpesan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tragedi MH17.

Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seorang kawannya yang rapat dengan Putin (kanan).

Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu.

Bagaimana pun, laporan Sin Chew itu tidak menyebut tempat kenyataan Rosmah itu dibuat.

Laporan Bernama menyebut Rosmah menghadiri satu acara Wanita Umno di Kuala Lumpur awal hari ini namun, agensi itu tidak menyebut tentang pesanan tersebut.

VIDEO Rakaman Perbualan Tembak Jatuh Pesawat MH17 Oleh Agensi Keselamatan Ukrain

VIDEO Rakaman Perbualan Tembak Jatuh Pesawat MH17 Oleh Agensi Keselamatan Ukraine | KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.


The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Berikut perbualan telefon tersebut:

  • Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).
  • Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?
  • Igor BezlerTelah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.
  • Vasili Geranin: Berapa minit lalu?
  • Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu
Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.
Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.
Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.
Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).
Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.
  • Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.
Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines  atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?
Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.
“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.
 

Warna Bendera Rusia Dan Jalur MAS Sama Punca MH17 Ditembak?


Ketika ini, salah satu teori yang sedang diperkatakan ialah pesawat MAS MH17 ditembak oleh tentera Ukraine yang tersilap faham dengan warna kapal MAS. Ini kerana, bendera musuh mereka, Rusia mempunyai jalur warna yang hampir sama dengan pesawat MAS. Seperti yang diketahui, bendera Rusia terdiri daripada jalur putih, biru dan merah.

Jika diperhatikan, kebanyakan peswat MAS juga mempunyai jalur yang sama. Namun, teori ini sukar untuk dibuktikan. Lagipun nama Malaysia jelas tertera di pesawat itu. Kalau ditembak atas dasar warna semata-mata, mungkin tukang tembak itu jenis buta huruf dan tak sekolah. Wujud dakwaan kapal terbang rasmi Presiden Rusia, Vladimir Putin juga hampir menyerupai kapak terbang MAS dan ia terbang melewati laluan yang sama dengan MH17. 

Setakat ini tidak diketahui pihak mana yang melakukan tembakan namun banyak jari bertumpu kepada pihak tentera Ukraine yang dikatakan menggunakan sistem peluru berpandu BUK bagi tujuan itu. Kebetulan, baru sehari lalu Kiev memasang sistem itu di Timur Ukraine. MH17 membawa 295 penumpang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Lapor newshub.

Mesej terakhir Wan Amran, Kapten pesawat MH17 sebelum terhempas

Mesej terakhir Wan Amran, Kapten pesawat MH17 sebelum terhempas - Kapten dan juruterbang pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin mengirimkan satu mesej terakhir menerusi aplikasi WhatsApp kepada isterinya sebelum berlepas dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut sepupu Wan Amran, 50, yang dikenali sebagai Ummi, kiriman mesej itu berbunyi "Nak naik dah jumpa esok" pada pukul 4.48 petang kelmarin (waktu Malaysia).

"Itu mesej terakhir beliau kepada isterinya, Mariam Yusof dan kami dimaklumkan bahawa tiada perkara pelik dan luar biasa yang berlaku padanya sebelum ini."


14 Foto ngeri dan kronologi pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine

Click Here
Foto ngeri dan kronologi pesawat MH17 terhempas - Selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, kini negara Malaysia digemparkan sekali lagi dengan tragedi yang menimpa pesawat MAS M17.

Ia dilaporkan terhempas di Timur Ukraine dan mengorbankan ratusan penumpang dan krew.

Menurut sumber, pesawat tersebut dilaporkan telah ditembak dengan peluru berpandu secara tidak sengaja oleh kumpulan pemberontak Ukraine kerana disangka MH17 ialah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

Terdahulu, seorang penumpang Belanda, Kor Pan, sempat mengambil gambar sebelum pesawat MH17 terhempas dan dimuatnaik di laman twitter dengan kapsyen "Jika ia hilang, beginilah rupanya."















Nahas MH17: Urutan masa nahas

KUALA LUMPUR: Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.

Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.

17 Julai (Khamis)

* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.

* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)

* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta."
- Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.

* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.


* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

Sidang tergempar Parlimen bincang isu MH17


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
A Beautiful Raya From Toyota With Amazing Rewards!


Beliau berkata sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.

Katanya Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

"Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehinggalah bukti-bukti sahih dapat disahkan," kata Perdana Menteri dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 malam ini.

Najib berkata beliau difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian itu dikuasai dan dikawal oleh pasukan pemberontak.

"Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan Malaysia menuntut pihak-pihak yang terbabit supaya menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyelamat sepanjang operasi ini dijalankan.

"Kedua, kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.

"Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17  ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan," katanya.

Najib berkata ketiga-tiga tuntutan itu telah beliau maklumkan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki Moon.

"Saya juga telah meminta Presiden Rusia Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut," katanya.

Najib turut mengajak rakyat Malaysia bersatu hati dan mengukuhkan semangat perpaduan demi menghadapi kejadian yang menyayatkan hati ini.

"Pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita demi menghadapi kejadian yang menyayatkan hati ini.

"Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya," kata Perdana Menteri.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

- Bernama







30 GAMBAR Terkini Pesawat MH17 Yang Musnah Ditembak

33 GAMBAR Terkini Pesawat MH17 Yang Musnah  | Tragis itulah yang boleh digambarkan nasib yang menimpa MH17, semua media telah mengeluarkan kenyataan yang Mas MH17 telah ditembak dan tersalah tembak, kalau ianya benar di tembak atau tersalah tembak siapakah dalangnya? berat sungguh nak menganggung ujian ni.. #pary4mh17 #MH17