Jumaat, 11 Julai 2014

BAIKOT BARANGAN....BANTU DAN DOA UNTUK GAZA





Semoga info ini bermanfaat untuk semua, insyaAllah. Aminn. 
Selamat beribadah semua :)
Cagar bayi RM3,500 bayar 15 saman trafik
Posted on Thursday, July 10 @ 19:03:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"10 Julai 2014 Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800.

Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan isteri, K Kanagavalli, 31, membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu.

Kanagavalli berkata, dua hari selepas menyerahkan bayinya sebagai cagaran untuk pinjaman itu, dia ingin mengambil semula bayi berkenaan untuk dibawa menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti ditetapkan oleh pihak HRPB.

“Bagaimanapun, wanita itu enggan menyerahkan bayi kami dan sehingga kini, kami gagal mengesannya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

"

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
amkns
Posted on Thursday, July 10 @ 19:03:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Gaza: Khaled Meshaal gesa umat Islam tunjuk solidariti
Posted on Thursday, July 10 @ 20:22:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





GAZA: Hamas mengingatkan umat Islam tidak hanya berpeluk tubuh dengan sekadar melihat apa yang dilakukan tentera zionis Isreal kepada rakyat Palestin ketika ini.

Ketua Biro Politik Hamas Khaled Meshaal berkata, negara-negara Arab dan Islam khususnya Mesir digesa berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang dibunuh.

"Ramadan sentiasa menjadi bulan kemenangan kepada orang Islam.

"Ramadan 1973 menyaksikan hari kemenangan bagi rakyat Mesir dan tentera mereka ke atas Israel. Kami mahu sokongan anada," katanya dalam satu temubual di televisyen di Qatar, Doha.

Beliau turut menyalahkan negara Yahudi tersebut sebagai memulakan pencerobohan.

"Rakyat Palestin mempunyai hak untuk mempertahankan diri," kata Meshaal.

Sejak Isnin lalu, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Palestin dan menyebabkan lebih 53 syahid termasuk wanita dan kanak-kanak.

Aktivis mendakwa tentera rejim menggunakan senjata pemusnah yang dilarang pihak antarabangsa.

Meshaal berkata pihak pertahanan Palestin akan terus memikul tanggungjawab untuk mempertahankan tanah Palestin.

Pihaknya juga menolak sebarang genjatan senjata selagi Palestin tidak dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman Zionis Israel.

"Kami tidak mengancam sesiapa, tetapi kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri kita sendiri.

"Israel hanya boleh menyalahkan diri sendiri dan pemimpin mereka untuk mana-mana tindak balas berikutnya yang akan berlaku," tegas Meshaal.-hd


 Tindakan tegas perlu terhadap Bung Mokhtar, boleh jejas hubungan Malaysia-Jerman
Posted on Thursday, July 10 @ 20:28:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin memuji Nazi ketika perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Jerman dan Brazil yang disifatkan ‘menonjolkan kebodohan sendiri’.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata perbuatan itu bukan sahaja memalukan, bahkan boleh mengeruhkan hubungan antara Jerman dan Malaysia.

Tegasnya, tindakan serius perlu diambil terhadap perilaku buruk Bung Mokhtar supaya hubungan antara dua negara tidak terjejas.

“Kenyataan Bung Mokhtar itu tidak berapa bijak. Kita boleh nampak pemerintahan Najib Razak ini lemah apabila ahli parlimen atau menteri membuat perkara yang memalukan dan tidak sepatutnya,” katanya yang dipetik dari Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Kinabantangan itu, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendoakan pemimpin diktator Jerman, Adolf Hitler ‘panjang umur’ di laman Twitternya suusulan kemenangan 7-1 pasukan Jerman yang membelasah Brazil.

Bung Mokhtar sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontorversi termasuk di Dewan Rakyat selain bertikam lidah di Twitter.

Walaubagaimanapun, Bung Mokhtar memohon maaf menerusi akaun Twitterya selepas ditegur perdana menteri dalam satu kenyataan bertulis.-sk



TIADA JIHAD DI PALESTIN,RAKYAT PALESTIN MESTI KELUAR DARI BUMI PALESTIN - USTAZ MUDA UMNO

Written By canang on Khamis, 10 Julai 2014 | 7/10/2014 11:11:00 PTG


 

9:18PM - 10 Jul 2014

Adik PM jadi pengarah firma Halim Saad


Datuk Ahmad Johari Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif dalam syarikat dikuasai tokoh korporat Tan Sri Halim Saad, Sumatec Resources Bhd.

Halim menguasai kepentingan 25 peratus dalam firma tersebut manakala Johari memiliki 1.92 peratus saham kumpulan syarikat tersebut.

Ia secara kasar memberi jumlah 60,174,900 saham, yang dinilai pada harga semasa 31 sen memberi jumlah RM18.65 juta.

Selain Sumatec Resources, Ahmad Johari juga menjadi ahli lembag Ancom Bhd, Hong Leong Industries Bhd, Daiman Development Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd, Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, dan Daiman Golf Bhd.

KENALI ISIS FAHAMI IRAQ

Written By canang on Khamis, 10 Julai 2014 | 7/10/2014 10:02:00 PTG

Nama ISIS atau ISIL tetiba popular dan menjadi sebutan harian media apabila mereka didakwa menakluk Mosul pada 10 Jun 2014. ISIL (Islamic State in Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State in Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama Arabnya “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya Negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur.
Ia menjadi sangat menarik apabila kumpulan ISIS yang dikatakan tidak lebih dari 1000 anggota mampu menghalau keluar lebih 30,000 tentera Iraq yang dilatih oleh Amerika. Bahkan tentera Iraq dikatakan lari lintang-pukang meninggalkan senjata dan kenderaan tentera. Keanggotaan ISIS di seluruh Iraq pada akhir 2012 dianggarkan hanya 2500 orang.
Perkara ini menarik perhatian Perdana Menteri DS Najib sendiri apabila dalam ucapan beliau sempena 20 tahun UMNO Bahagian Cheras meminta ahli UMNO mencontohi keberanian ISIS “yang hanya 1300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, bahkan general Iraq lari ikut tIngkap di waktu malam”.
Lebih menghairankan, kumpulan ISIS yang dikatakan sedikit itu terus mara dengan pantasnya menguasai utara dan barat Iraq. Dalam masa seminggu mereka telah berada di sekitar Baghdad, hampir 400 km dari Mosul. CNN pada 18 Jun 2014 melaporkan pertempuran dengan ISIS berlaku di Baquba, 40 minit dari Baghdad.
Hampir semua media utama banyak memberi liputan kepada kejayaan ISIS `menguasai’ bandar-bandar Iraq diselang-seli dengan imej ISIs sebagai golongan pengganas yang kejam, memotong kepala dan anggota badan, membunuh orang awam tanpa sebab serta melaksanakan `undang-undang Islam yang ketat dan tidak berperikemanusi
aan’. Ringkasnya media menggambarkan bahawa Iraq kini sedang diancam oleh segolongan pengganas yang jahat.
Namun media terlupa atau seolah-oleh sengaja mengelak untuk menilai bagaimana mungkin ISIS mampu berbuat itu semua, itu pun jika ia benar dilakukan oleh ISIS. Atau logikkah untuk ISIS berbuat itu semua?
Media faham benar psiokologi masyarakat yang hanya mengambil tajuk besar (headlines) dan gambaran umum yang disogokkan. Masyarakat tidak begitu memberi perhatian kepada perkara detil.
Keadaan umat Islam diseluruh dunia yang ditindas, dizalimi bahkan dibunuh tanpa ada pembela pula menyebabkan wujudkan kekosongan dalam keberanian melawan musuh Islam. Umat Islam ketandusan `hero’. Sebab itu bilamana ada saja sesiapa atau segolongan yang berani melawan musuh Islam atas nama Islam, ramai umat Islam dengan mudah menyokong mereka tanpa mengenali siapakah `hero’ itu sebenarnya. Ini berlaku sejak kejayaan revolusi Iran. Iran tiba-tiba menjadi kiblat pejuang Islam sehinggalah mereka kenal siapakah Syiah sebenarnya. Begitu juga tidak kurang yang menyokong Saddam Hussin melawan Amerika dalam Perang Iraq Pertama dan Kedua. Dia menjadi hero kerana berani melawan Amerika walaupun dia sendiri seorang yang zalim terhadap rakyatnya. Kini konflik di Iraq begitu teruk dan bercelaru sehingga seolah-olah tiada harapan untuk umat Islam Iraq. Tiba-tiba nama `ISIS’ keluar sebagai pembebas dari kerajaan Syiah Maliki. Ramai yang terus menyokong tanpa mengenali siapakah ISIS.

Sejarah ISIS

Kebanyakkan analisa mengatakan ISIS berasal dari kumpulan `al Qaeda in Iraq’ (aQI) yang ditubuhkan setelah Amerika menakluk Iraq pada 2003. Diketuai oleh Abu Musab Al Zarqawi, yang berasal dari Jordan, aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika, cuba menggagalkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh aktivis kemanusiaan serta melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan Syiah di Iraq. Fahaman mereka yang keras langsung menolak Syiah sebagai kafir. Tindakan ekstrim ini menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat Iraq bahkan tidak dipersetujui oleh pimpinan Al Qaeda Global (aQG) termasuk Osama bin Laden sendiri. Hubungan aQI dengan aQG mulai renggang dan akhirnya diputuskan pada Februari 2014.
Zarqawi terbunuh dalam serangan udara Amerika pada Jun 2006 dan diganti oleh Abu Ayyub Al Masri yang kemudiannya menguna-pakai nama Islamic State of Iraq (ISI). Namun Abu Ayub pula terbunuh dalam operasi US-Iraq pada April 2010. Kepimpinan ISI diganti oleh Abu Bakar al Baghdadi yang kini menjadi ketua ISIS. Apabila krisis Syria bermula pada 2011 dan sempadan Syria-Iraq yang tidak terkawal akibat perang, ISI meluaskan cita-citanya ke Syria dan mula mengguna-pakai nama `Islamic State in Iraq and Syria’ (ISIS). Namun kemasukan ISIS ke Syria tidak dipersetujui oleh kumpulan Jabat An Nusra yang mewakili alQaeda Global di Syria. Kedegilan ISIS membawa kepada pertempuran antara kedua pihak dan menyebabkan ISIS semakin terasing di kalangan mujahidin Iraq dan Syria.

Penentangan ISIL dengan pejuang Iraq dan Syria

Perbuatan ISIL yang melakukan pembunuhan kejam dan tanpa pengadilan telah ditentang oleh gerakan pembebasan dan mujahidin Iraq yang lain seawal 2005. Anbar Salvation Council (ASC) yang merupakan gabungan 30 qabilah Sunni di daerah Al Anbar yang ditubuhkan pada tahun 2005 khusus untuk menentang keganasan aQI, kumpulan asal ISIS, telah mengistiharkan penentangan secara terbuka terhadap ISIS. Kerjasama antara tentera Amerika dan Iraq berjaya menekan aQI untuk sementara waktu sehingga mereka bangkit semula pada 2012 apabila tentera Amerika mula meninggalkan Iraq. Pada penghujung 2013, penduduk Al Anbar terutama di Ramadi dan Falujjah telah mengadakan protes aman terhadap kerajaan Iraq pimpinan Nuri al-Maliki yang dilihat menyebelahi golongan Syiah dan menganak-tirikan golongan Sunni. Persetujuan akhirnya dicapai untuk Tentera Iraq berundur dari Al Anbar dan menyerahkan kuasa kepada polis tempatan. Sebaik tentera Iraq berundur, ISIS tiba-tiba muncul mengambil kesempatan untuk menguasai Al-Anbar. Menurut pemimpin ASC Sheikh Hameed al-Hayes, lebih 8000 keluarga terpaksa lari dari Ramadi dan Falujjah akibat serangan ISIS.
aQI secara terbuka membunuh ulama’ Sunni yang berani mempersoalkan mereka. Antaranya Sheikh Hamza Abbas Al-Issawi, Mufti dan Pengerusi Majlis Ulama Falujjah dibunuh oleh aQI pada tahun 2005. Antara ulama’ lain yang menerima nasib yang sama adalah Sheikh Abdul Aleem al Sa’di Mufti Ramadi, Sheikh Shawkat al-Sa’ab, Sheikh Kamal al-Tikriti dan Sheikh Omar Sa’ed Horan. Seorang lagi ulama’ besar Iraq, Sheikh Mahdi al-Sumaidaie cedera parah dalam percubaan membunuh beliau pada Ogos 2012. Mufti Besar Sunni Iraq, Sheikh Khaled al-Mulla dalam wawancara al-Mayadeen TV pada 1 Julai 2014, dengan tegas mendakwa aQI atau ISIS telah membunuh lebih 300 ulama’ Sunni.
Umumnya ISIS mempunyai hubungan buruk dan ditentang oleh hampir ulama’, masyarakat dan semua kumpulan pembebasan Iraq samada yang berasaskan Islam, syiah, sekular, kabilah mahupun bekas anggota Baaths seperti Islamic Army of Iraq, HAMAS of Iraq, Brigade Revolusi 1920, Jamaa Ansar al-Sunnah, Tentera Mujahiddin dan Tentera al Mahdi.
Bukan sahaja di Iraq, ISIL juga menimbulkan kemarahan kumpulan pejuang di Syria. Percubaan ISIS untuk mengembangkan sayap ke Syria ditentang oleh semua kumpulan pejuang Syria, samada yang berasaskan Islam mahupun secular. Pada awal tahun 2014, kumpulan pejuang Syria telah bergabung melawan ISIS menyebabkan ISIS terpaksa berundur ke kubu kuat mereka di ar-Raqqah, utara Syria.
ISIS pernah mendakwa mereka telah bergabung dengan Jabat an-Nusra, kumpulan yang mewakili al Qaeda di Syria. Namun dinafikan oleh Jabat an Nusra. Dalam sepucuk surat yang dikeluarkan oleh al Jazerra, pemimpin al Qaeda Ayman al Zahawiri cuba mendamaikan antara 2 kumpulan itu tetapi tidak diendahkan oleh ISIS. Akhirnya pada Februari 2014, aQG secara terbuka mengisytiharkan ISIS bukan dari kalangan mereka. Ini berlaku hanya beberapa bulan sebelum ISIS didakwa kononya mempunyai kekuatan yang berjaya menawan Mosul sedangkan ISIS tinggal bersendirian.

Persoalannya ….

Situasi sebegini menimbulkan tanda-tanya bagaimana ISIS yang dianggap `budak jahat’ dan disisih oleh kumpulan pejuang Iraq dan Syria serta dibenci dan ditakuti oleh rakyat Iraq, tiba-tiba mempunyai kekuatan untuk menakluk utara Iraq dan mara dengan pantas ke Baghdad. Kejayaan seperti ini logiknya memerlukan tentera yang ramai dan terlatih serta mendapat sokongan penduduk tempatan.
Lebih menghairankan, ISIS yang kononnya ingin menegakkan Islam dan mendirikan Khilafah sering bertindak jauh luar dibatas-batas Islam dan kemanusiaan. Mana mungkin seorang yang ikhlas ingin melaksanakan Islam terpesong begitu jauh membunuh sewenang-wenangnya dan dengan cara yang kejam. Mana mungkin seorang pejuang Islam berakhlak seperti mereka. Perbuatan mereka bukan saja jauh dari sifat Islam bahkan memberi gambaran yang amat buruk kepada Islam dan pejuang-pejuang Islam.
Kalau begitu apakah niat mereka sebenarnya? Kenapa meraka menggunakan label Islam? Apakah yang mereka ingin capai? Atau siapakah ISIS sebenarnya?

Siapakah ISIS sebenarnya?

Tidakkah kita pelik apabila mengentahui kerajaan Basyar membeli bekalan eletrik daripada stesyen janakuasa yang dikendalikan ISIS ? Dengan wang itulah antara sumber ISIS untuk membiayai kegiatannya. Bukankah sepatutnya ISIS berperang dengan kerajaan Basyar jika benar mereka pejuang Islam dan membela rakyat? Akhbar New York Times (NYT) pada 11 Jun 2014 melaporkan ISIS terus mengeluarkan minyak dari telaga minyak yang mereka kuasai di timur Syria. Mereka juga menjual kembali eletrik kepada kerajaan Basyar dari stesyen janakuasa yang mereka tawan. Dalam laporan yang sama NYT juga memetik Sheikh Hasan, pemimpin Free Syria Army sebagai berkata “anggota mereka (ISIS) dibayar lebih tinggi, lebih terlatih bahkan persenjataan mereka lebih baik dari tentera Syria dan Iraq.” NYT terus melaporkan bahawa ISIS mengelak dari bertempur dengan tentera Basyar dan tentera Basyar seolah-olah sengaja membiarkan kumpulan ini dalam masa yang sama menumpukan peperangan terhadap kumpulan mujahiddin yang lain.
Ketua Biro politik Ikhwanul Muslimun Syria, Hassan Hasyimi dalam temubual dengan akhbar dalam talian al-Monitor pada 12 June 2014 mendakwa mereka mempunyai banyak bukti bahawa ISIS di Syria didokong oleh pihak keselamatan Syria dan Iran. Bahkan ISIS jarang bertempur dengan tentera Syria telah lebih banyak berperang dengan kumpulan mujahiddin yang lain. “Kami mengenali mereka. Mereka yang selama ini berada didalam tentera Syria tiba-tiba menyimpan janggut yang panjang dan menjadi ahli ISIS atau al-Nusra.” Kata Hassan. Yang pastinya bagi beliau “ …. apa yang mereka lakukan tiada kena-mengena dengan Islam, dari segi perbuatannya, ideologinya dan pemikiran mereka.”

Inikah Islam yang dibawa aQI / ISIS …….

Rekod penglibatan ISIS dalam keganasan sangat panjang. Bermula dari alQaeda in Iraq, kemudiannya Islamic State of Iraq dan seterusnya menjadi Islamic State in Iraq and Levant, sikap melampau ISIS dan keganasan mereka semakin jauh dari Islam. Samada dalam bentuk pengeboman kereta ditempat awam, pembunuhan tokoh dan ulama’, penculikan wanita dan aktivis kemanusiaan, hukuman tanpa bicara, pembunuhan kejam dengan memeotong kepala dan menembak mangsa yang tidak berdaya – senarai kekejaman mereka hampir tiada penghujung.
Pada 25 Oktober 2009, pengeboman di Baghdad membunuh 155 nyawa dan mencederakan lebih 720 orang. Pada 8 Disember sekali lagi Baghdad dibom membunuh 127 nyawa dan mencederakan 448 orang. ISIS, atau ketika itu ISI, mengaku bertanggungjawab.
ISIS juga tidak teragak-agak untuk membunuh sesiapa saja, termasuk ulama’, yang menentang mereka. ISIS dipercayai terlibat dalam serangan bom chlorine pada March 2007 yang membunuh 8 dan ratusan cedera di Fallujah dan Ramadi dimana pemimpin tempatannya menentang aQI. Sebulan sebelumnya satu letupan bom berhampiran sebiah masjid di Fallujah telah membunuh 35 orang. Imam di masjid tersebut diketahui menentang ISIL. ISIL juga didakwa membunuh pemimpin kumpulan mujahiddin lain yang mereka. Mereka juga dipercayai terlibat dalam serangan bom sebuah masjid di Baaquba yang membunuh 28 orang termasuk pemimpim kumpulan Hamas of Iraq dan 1920 Brigades. ISIL juga cuba melagakan antara golongan Sunni dan Syiah dengan menyerang tempat suci golongan Syiah.
Sebaik mengisytiharkan `Khilafah Islam’, satu sumber yang dipetik dari media Turki memetik seorag wakil ISIS, Abu Turab al Mugaddasi mengatakan mereka akan menakluk Arab Saudi dan akan memusnahkan Kaabah. Ini kerana mereka mendakwa umat Islam pergi ke Mekah untuk menyembah batu, bukannya Allah. Tidak sampai seminggu mendirikan `daulah’ mereka telah memusnahkan sekurang-kurangnya 4 maqam ulama’ Sunni yang didakwa sebagai sumber khurafat serta 6 masjid Syiah.
ISIS juga dalam tempuh peperangan terbaru ini dilaporkan telah mengeluarkan `fatwa’ meminta semua keluarga menyerahkan anak perempuan mereka kepada anggota ISIS untuk memberi khidmat sex. Arahan ini didapati didalam risalah-risalah yang ditemui di di Mosul dan Tikrit.

Kalau bukan ISIS, siapa kuasai utara Iraq sebenarnya ……

Pertubuhan Ulama Iraq (Association fo Muslim Scholars of Iraq – AMSI) dalam kenyataannya bertarikh 9 Julai 2014 mengambarkan kemenangan di Mosul adalah hasil dari kebangkitan rakyat dari pelbagai kumpulan penentang. Kemenangan tidak langsung ditujukan kepada ISIS sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media antarabangsa. Dalam kenyataan tersebut juga AMSI mengingatkan pejuang pembebasan Iraq untuk mengutamakan kemaafan daripada membalas dendam dan menjaga kemuliaan darah orang yang tidak berdosa. Sikap ini jelas bertentangan dengan amalan ISIS yang telalu mudah menjatuhkan hukuman mati kepada semua yang dilihat menentang mereka.
Sekali lagi dalam kenyataan mereka pada 12 Jun 2014, walaupun tidak menyebut nama ISIS, AMS secara lebih jelas menyatakan kemenangan terbaru ini adalah hasil pengorbanan seluruh rakyat Iraq dan tidak ada satu pihak yang boleh mendakwa ia adalah kemenangan mereka walau begitu yang cuba digambarkan oleh media antarabangsa.
Struan Stevenson, Presiden Deligasi Parlimen Eropah untuk Hubungan dengan Iraq menulis pada 16 Julai, 6 hari selepas kejatuhan Mosul “ Maliki dan penaungnya di Tehran mendakwa bahawa daerah-daerah Iraq telah jatuh ketangan pengganas ekstrim ISIS. Tetapi dakwaan ini adalah melucuka dan tidak masuk akal. Pembebasan 100,000 km persegi (¾ dari keluasan Semenanjung Malaysia) jajahan Iraq dengan yang diduduki beberapa juta rakyat dalam masa beberapa hari tidak mungkin dilakukan oleh kumpulan ekstrimis yang terpencil dengan tidak lebih beberapa ribu atau hanya beberapa ratus anggota ….. pelbagai petanda menunjukkan qabilah-qabilah Arab dan penduduk tempatan telah bangkit dengan kemarahan menentang Maliki.”
VICE News pula memetik temubual seorang penduduk, Sahib, 60, yang menafikan ISIS berada di Mosul. “Rakyat Iraq sendiri yang menguasai bandar ini, mereka yang menghalau keluar tentera Maliki …… Saya tidak melihat seorang orang asing pun, hanya orang Iraq. Ini adalah kebangkitan melawan kezaliman presiden (Maliki). Rakyat sudah bosan dengan beliau dan mereka tidak dapat bersabar lagi.”
Liputan berita oleh media utama seperti CNN, BBC dan alJazeera melaporkan dari wilayah yang dibebaskan seperti Nineveh dan Salahaddin, menunjukkan tidak berlakunya sebarang kekacauan dan pencerobohan hak terhadap penduduk tempatan. Keadaan ini berbeza jika dikuasai oleh kumpulan ektrimis yang selalunya melakukan pelbagai kekacauan dan ugutan.

Apakah agenda mereka ?

Sebab media antarabangsa cuba menggambarkan kemenangan ini adalah kemenangan satu puak yang esktrim (ISIS) adalah jelas; untuk menimbulkan kemarahan dunia kepada revolusi rakyat dan cuba merencatkannya. Apabila dunia melihat kebangkitan rakyat Iraq sebagai pengganas dan ektrimis, maka mudah saja untuk kuasa luar campur tangan dan membantu kerajaan Maliki menekan kebangkitan rakyat. Amerika dan Rusia telah menghantar kapal terbang pejuang untuk membantu tentera Maliki. Tentera elit Iran pula dilaporkan telah memasuki Iraq untuk sama-sama menyekat kebangkitan rakyat. Kerajaan Maliki cuba menggambarkan semua keganasan dan kezaliman berpunca dari ISIS dan semua umat Sunni adalah ISIS. Masyarakat dunia tidak akan membantah kerana mereka dilihat sebagai menentang kumpulan pengganas dan ektrimis.
Struan Stevenson juga melaporkan “ …. dakwaan ini bukanlah kerana salah-faham bahkan jelas mempunyai niat yang jahat. Atas nama menentang keganasan, Maliki dan regim Iran cuba membuat alasan untuk campurtangan Tentera al Quds dari Iran dan penaklukan Iraq oleh tentera Pengawal Republikan Iran. Pada masa yang sama mereka mahukan campurtangan tentera Amerika menyebelahi Maliki.”
Pada 12 Jun, Wall Street Jounal melaporkan 3 batalions tentera elit al Quds telah dihantar membantu tentera Iraq. Satu battalion telah telah menyertai pertempuran bersama tentera Iraq dan membantu menawan semula sebahagian besar bandar Tikrit pada hari Khamis. Manakala 2 batalion lagi ditugaskan mempertahankan Baghdad dan tempat suci Syiah di Karbala dan Najaf.

Pengisytiharan Khilafah Islam

ISIS berterusan melakukan perkara yang pelik dan tidak dapat diterima oleh umat Islam umumnya. Pada 29 Julai 2014 bersempena 1 Ramadhan 1435, ISIS telah mengisytiharkan berdirinya Khilafah Islam di kawasan yang dikuasai mereka dari timur Syria hingga ke utara Iraq. Namum sebahagian besar kawasan ini adalah padang-pasir dan tidak berpenghuni. Pemimpin ISIS, Abu Bakar Al-Baghdadi dilantik sebagai `khalifah’ mereka. Mereka juga mengeluarkan fatwa mewajibkan seluruh umat Islam di dunia melafazkan bai’ah (taat setia) kepada mereka. Pengistiharan kahlifah ini juga bererti semua jamaah Islam dan kumpulan mujahiddin hendaklah dibubarkan kerana semua umat Islam mesti berada dibawa satu khalifah.
Sebenarnya ini bukan perkara baru di Iraq. Pada tahun 2007, Abu Musab al Zarqawi, bekas pemimpin aQI yang ketika itu memimpin gerakan ‘Tauhid dan Jihad di Mesopotamia’ telah pernah mengisytiharkan penubuhan Negara Islam di Iraq.
Negara Islam memang menjadi idaman setiap muslim dan gerakan Islam. Tetapi pengisyiharan Negara Islam oleh kumpulan yang membawa imej penganas, pembunuh dan mempunyai rekod kemanusiaan yang buruk – hanya merosakkan agenda Negara Islam.
Pengisytiharan ini juga tidak membawa apa-apa kebaikan dan tidak menyelesaikan sebarang masalah umat Islam bahkan masyarakat dunia kini melihat Islam melalui kacamata `Negara Islam’ yang kasar, ekstrim, tanpa undang-undang dan tidak berperikemanusiaan. Perbuatan ini hanya memberi keuntungan dan menjadi hujah kepada mereka yang menentang Islam.
Persatuan Ulama Sedunia (International Union of Muslim Scholars - IUMS) yang dipengerusikan oleh Sheikh Yusuf Qardawi dalam kenyataan pada 4 Julai 2014 menolak pengistiharan tersebut sebagai tidak sah, tidak realistik dan tiada sandaran hukum Islam. IUMS memberi amaran perbuatan ini hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Iraq dan Syria. Khilafah Islam berdiri atas dasar persepakatan ummah bukan hanya dengan pengisytiharan golongan tertentu. ISIS juga dikecam kenara cuba merampas kejayan kebangkitan rakyat Iraq dengan mendakwa kemenangan milik mereka.
Persatuan Ulama’ Iraq (Association of Muslim Scholars in Iraq - AMSI) pula dalam kenyataan No 1003 bertarikh 1 Julai 2014 berkata, dalam keadaan Iraq sekarang, pengumuman seperti itu tidak memberi kebaikkan kepada Iraq dan perpaduan rakyatnya. Bahkan perbuatan seperti itu boleh dianggap cuba memecah-belahkan Iraq dan kepentingan rakyat.
Sheikh Abbas Shuman, seorang ulama al Azhar berkata “mereka yang bercakap tentang penubuhan Negara Islam itu sebenarnya pengganas. Khilafah Islam tidak ditegakkan secara paksaan. Menakluk sebuah negara dan membunuh separuh penduduknya …… ini bukan Negara Islam. Ini adalah keganasan.”
Pengisytiharan itu juga ditolak oleh pelbagai kumpulan mujahidin di Syria. Abu Maria al-Qahtani yang menjadi rujukan Jabat an Nusra dalam perundangan Islam mencatatkan didalam Twitternya tindakan ISIS adalah “semangat yang keterlaluan” dan “musibah kepada ummah”. Bahkan golongan salafi seperti gerakan Salafi Lebanon juga menolaknya. Pemimpin gerakan tersebut, Daii Islam al Shahhal berkata “Kami pun mahukan negara Islam, itu adalah asas kefahaman kami. Tetapi Negara Islam mesti tertegak atas beberapa kriteria dan kriteria tersebut belum dipenuhi.” Manakala Jamaah Islamiyah Lebanon mengecam pengumuman tersebut menganggapnya terkeluar dari landasan Islam. Bagi mereka ISIS merosakkan Islam dan dikeji oleh penduduk di Timur Tengah.
Sehingga artikel ini ditulis, alQaeda Global (aQG) masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap pengisytiharan ISIS, namun ia tentunya sukar diterima oleh aQG kerana ia bererti pemimpin aQG Ayman al Zawahiri pula terpaksa memberi taat-setia kepada ISIS.

Kesimpulan

Dalam meneliti fakta-fakta yang berlaku di Iraq dan Syria serta sebagai panduan memahami pergolakan Irqa-Syria dimasa akan datang, kita boleh mengambil beberapa kesimpulan :
1. ISIS mempunyai asal-usul dari al Qaeda in Iraq (aQI). Walaupun alQaeda sendiri sudah dianggap pelampau dan ekstrim, ISIS telah menjadi lebih ekstrim hinggakan alQaeda sendiri menjauhkab diri dari mereka.
2. Selain nama yang bersandar Islam, ISIS tidak menunjuk sebarang karakter perjuangan Islam dari segi akhlak, kefahaman, pendekatan syariat, kasih-sayang, adab di medan perang, teliti dalam menghukum dan sebagainya.
3. Penonjolan ISIS sebagai kumpulan yang terlampau ekstrim, hanya memberi keburukan kepada Islam amnya dan kepada perjuangan membebaskan Syria dan Iraq khususnya.
4. Strategi ISIS hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam di Syria dan Iraq. Imej militan ekstrim ISIS menjadi alasan untuk campurtangan kuasa asing seperti Amerika dan Rusia bahkan Iran dalam urusan Syria dan Iraq. Beralasankan menentang pengganas, mereka memasuki Iraq dan Syria; tetapi yang ditentang bukan pengganas bahkan revolusi rakyat.
5. ISIS ditolak oleh semua pihak, samada yang sepatutnya menjadi kawan apalagi lawan. Samada golongan Islam mahupun secular.
6. Kejayaan yg dinisbahkan kpd ISIS yang berlaku secara tiba-tiba dan begitu cepat menimbulkan pelbagai tanda-tanya; apakah kejayaan itu betul milik ISIS ataukah mereka memang sengaja diberi ‘laluan’ oleh pihak tertentu dan berkepentingan.
7. Kejayaan membebaskan utara dan barat Iraq terutama daerah Sunni Ninawa dan al Anbar bukan milik ISIS bahkan hasil kebangkitan rakyat Iraq terharap kerajaan Syiah Nuri Maliki. Protes besar-besaran terharap kerajaan Maliki telah bermula sejak akhir 2013 bukannya bermula dengan penaklukan Mosul pada Jun 2014.
8. Dakwaan bahawa ISIS ciptaan pihak luar yang sengaja ingin memburukkan Islam dan perjuangan rakyat atau sekurang-kurangnya telah diresapi oleh anasir jahat sukar ditolak kerana tindakan ISIS hanya merugikan Islam dan menguntungkan musuh Islam.

Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
J/kuasa Pembelaan Ummah
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor

Umpama Dalam NERAKA : Tubuh diratah empat lelak 2 jam

gambar hiasan

Kajang: Dua jam umpama dalam neraka. Itu nasib dialami seorang gadis apabila dia diperkosa empat lelaki secara bergilir-gilir di bilik hotel di Taming Jaya, di sini, hanya kerana termakan pujukan kenalannya untuk keluar makan bersama.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an sebaliknya dijadikan tawanan dan hamba seks sebelum berjaya diselamatkan anggota polis yang menyerbu hotel berkenaan pada pagi sama.

Sumber polis berkata, mangsa pada mulanya diajak keluar makan oleh seorang suspek berusia 23 tahun jam 2 pagi hari kejadian.

Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju untuk mengikut suspek yang juga kenalan baiknya.

“Sebaik selesai makan, mangsa meminta suspek menghantarnya pulang, namun lelaki terbabit memberi alasan ingin ke hotel berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengikut suspek. Malangnya tiga lelaki yang sedia menunggu di hotel itu mengheret mangsa masuk ke dalam bilik di tingkat dua hotel itu,” katanya. Sumber berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek cuba melawan, namun gagal sebelum diperkosa keempat-empat suspek secara bergilir-gilir.

“Sekitar jam 4 pagi, dua anggota polis melakukan rondaan cegah jenayah dikatakan terserempak tiga suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan di ruang lobi hotel,” katanya.

Menurut sumber, dua anggota polis itu bagaimanapun curiga apabila suspek tiba-tiba melarikan diri ketika dihampiri.

“Namun, tindakan pantas polis berjaya menemui suspek bersembunyi di tingkat dua hotel bersama seorang lagi rakannya. Hasil pemeriksaan, polis menemui mangsa dalam keadaan tidak terurus dan memberitahu diperkosa,” katanya.

Sumber itu berkata, polis menahan ketiga-tiga suspek sementara seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri dengan terjun melalui tingkap.

Kereta kebal Israel sudah kelihatan di sempadan Gaza, lagi 40,000 askar dipanggil



Gaza : Israel mengesahkan sedang melakukan persiapan bagi melancarkan serangan darat di Semenanjung Gaza.
Persediaan itu dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia mengadakan mesyuarat gempar membincangkan isu keganasan yang semakin meningkat di kawasan itu.
Presiden Israel Shimon Peres memberitahu CNN serangan boleh berlaku dalam masa terdekat.
"Jika pelancaran roket berterusan, kita tidak akan menolak kemungkinan serangan darat," katanya.
Kereta kebal Israel sudah kelihatan berkumpul di sempadan Gaza dan Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya.
Menurut penganalisa, tentera Israel yang memasuki Gaza berkemungkinan besar menghadapi senjata pembinasa kereta kebal oleh Hamas termasuk peluru Kornet yang diguna oleh Hezbollah ketika perang Lebanon 2006 selain bahan letupan buatan sendiri.
Kemungkinan juga anggota tentera Israel akan ditangkap bagi pertukaran tawanan perang.
Sekurangnya 74 warga Gaza terbunuh sejak Israel melancarkan Operasi ‘Protective Edge’ awal Selasa lalu untuk menghalang pelancaran roket.
Sehingga kini, tiada warga Israel yang maut.
Mesir juga telah membuka sempadannya di Rafah dan hospital di utara Sinai bersiap sedia merawat mangsa serangan itu, menurut agensi berita Mesir MENA.
Sementara itu, Ketua PBB Ban Ki-moon memberi amaran krisis ini boleh bertambah buruk dan menjadi tidak terkawal dalam sekelip mata dan berkata, risiko keganasan akan berleluasa menjadi semakin nyata. 
"Kawasan Gaza tidak mampu terlibat dalam satu lagi peperangan besar," katanya.
Ban sudah bercakap dengan Peres, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengenai krisis ini.
Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
krisis ini, malam ini.
Keganasan kali ini adalah yang paling buruk di Gaza sejak November 2012 dengan 750 serangan udara Israel dalam tempoh 48 jam. - AFP

Awasi pergerakan dan tindakan ISIS

ABU FIRDAUS | .
KEMUNCULAN kumpulan Negara Islam di Iraq dan al-Syam, ISIS, menggemparkan dunia. Ia perlu diambil perhatian berat bukan saja bagi kalangan dalam bidang keselamatan tetapi lebih-lebih lagi bagi orang Islam, khususnya gerakan Islam termasuk PAS sendiri.

Lebih-lebih lagi telah dilaporkan bahawa orang PAS sendiri juga terlibat. Ia perlu diambil perhatian bukan saja penyelewengan dari segi strategi ummah tetapi juga fiqh, malah aqidah.

Sikap mengambil perhatian berat ini perlu supaya semua pihak yang terlibat khususnya gerakan Islam termasuk PAS bersedia menghadapi gejala ini. Tanpa persediaan PAS akan gagal menghadapi gejala baharu ini dan sukar untuk membuart keputusan yang sebaik-baiknya.

Perhatian berat ini bukan saja perlu diambil oleh kumpulan-kumpulan pemikir yang menasihatti para pemimpin tetapi juga kalangan pemimpin akar umbi untuk memberi penerangan kepada ahli dan penyokong.

Pertamanya perlu diketahui apakah itu ISIS. Terdapat pelbagai sumber yang wajar untuk dijadikan rujukan mengenai ISIS. Tiga sumber utama maklumat ialah media arus utama. Sumber ini didominasi oleh Media Barat walaupun al-Jazeera dan al-Arabiya adalah sebahagian daripadanya.

Kedua, sumber media maya. Ini termasuklah media sosial, blog dan halaman web yang bukannya dari kalangan media arus utama. Sumber ketiga ialah kisah-kisah lisan yang diceritakan secara langsung oleh individu yang menyaksikan atau ada pengalaman dengan apa yang berlaku di Syria dan Iraq.

Bagi tulisan ini sumber yang disandarkan ialah dari media arus utama. Walaupun ia tidak lengkap tetapi ia lebih terurus dan berfokus berbanding jika hendak diambil kira semua sumber yang begitu banyak dan mengelirukan.

Jadi ISIS atau ISIL bermaksud Islamic State in Iraq and Syam/Levant. Ia merupakan terjemahan daripada nama rasminya mengandungi perkataan Syam. Maka Syam diterjemahkan kepada Levant. Levant bermaksud negara Syria dan Lubnan.

Istilah Levant digunakan semasa zaman penjajah lagi oleh Barat. Syam pula memang diKenali sebagai istilah yang meliputi Syria, Lubnan dan Iraq oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Baginda berniaga di Syam dan anak-anak Islam di seluruh dunia dan zaman yang mempelajari sirah mengenal di manakah Syam itu.

Malangnya Utusan Malaysia menterjemah ISIL sebagai Negara Islam Iraq dan Jajahanya. Levant dipanggil sebagai jajahan. Sesuatu yang tidak tepat. Walapun pada awal abad ke-20, Levant ini merupakan tanah jajahan Perancis dan Britain tetapi ia merujuk kepada wilayah yang orang Islam kenali sebagai Syam. (Gambar kiri: Tindakan ISIS yang membunuh tawanan tidak menepati nilai Islam dan fahaman Sunnah wal Jamaah).

Ketika tulisan ini disiapkan dua perkembangan mengenai ISIS telah berlaku. Pertamanya ISIS telah mengisytiharkan penubuhan khilafah di wilayah yang ditawannya. Ketua ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah yang juga merupakan ketua bagi semua umat Islam di dunia.

Majalah India Today melaporkan ISIS akan menakluki kota suci Mekah dan beroperasi dari sana. Kenyataan yang dilaporkan daripada seorang ahli kumpulan itu, Abu Turab al-Mugadassi menyatakan bahawa mereka akan memusnahkan Kaabah dan membunuh sesiapa saja yang menyembah Kaabah. India Today memetik laporan daripada sebuah media Turki.

Walaupun laporan ini perlu diteliti lebih lanjut tetapi sifat ISIS dapat difahami. Dari segi fikrah, ia bukan saja dari kalangan Sunnah wal Jamaah daripada segi yang dianggaP melampau tetapi juga mengambil fahaman yang berasal daripada Salafi dan Wahabi.

Fikrah mereka begitu melampau sehingga tentunya boleh dianggap terkeluar daripada fahaman dan semangat Sunnah wal Jamaah, Salafi malah Wahabi sekalipun. Al-Qaeda sendiri pun telah mengeluarkan kenyataan menentang ISIS. Begitu juga dengan kerajaan Arab Saudi turut menolak ISIS.

Sedangkan pada awalnya umum menyangka ISIS adalah sebahagian daripada al-Qaeda, atau cawangan kepada pertubuhan pengganas itu. Begitu juga ada tanggapan bahawa golongan yang menentang kerajaan Syria adalah ditaja antaranya oleh Arab Saudi yang mahu membendung pengaruh Syiah.

Peranan ISIS juga mulanya diingatkan sebagai sebahagian daripada usaha menentang Syiah dan melindungi orang Sunni.

Tetapi setelah menyaksikan kezaliman dan kekejaman daripada keganasan yang dilakukan oleh ISIS, maka banyak pihak tertanya-tanya siapakah dalang ISIS yang sebenarnya. Apatah lagi apabila al-Qaeda dan kerajaan Arab Saudi menolak mereka.

Ada pihak yang menyebut bahawa ISIS ini bersekongkol dengan rejim Bashar al-Assad. Ini kerana ISIS turut membunuh orang Sunni dan pada waktu sama tidak kelihatan bertempur menentang tentera Syria.

Sebaliknya mereka bertempur melawan kumpulan-kumpulan yang menentang Bashar, termasuklah kumpulan demokratik Tentera Syria Bebas (FSA), pasukan tentera yang memperjuangkan negara demokratik Syria dan ditaja oleh Amerika Syarikat. Sememangnya terdapat khabar bahawa dalam kalangan ISIS ini terdapat bekas komander tentera Syria daripada pasukan istana presiden sendiri.

Selain banyaknya pejuang asing yang menganggotai ISIS, termasuk dari Malaysia, kumpulan ini turut disertai oleh bekas tentera Saddam Hussein. Perlu diingat bahawa Saddam dan Hafez al-Assad, bapa Bashar adalah sefahaman iaitu Baathisme.

Walaupun kedua-dua pihak iaitu Syria dan Iraq pernah berkelahi hingga membawa kepada peperangan di mana Syria menyebelahi Iran dalam menentang Iraq tetapi Baathis mempunyai azam kuat terhadap nasionalisme Arab dan menentang fahaman gerakan Islam.

Namun, Baath Iraq berupaya untuk mengubah taktik dan trategi mereka bagi mencapai sesuatu objektif. Agama mudah untuk digunakan bagi mencapai matlamat politik. Saddam pernah menekankan soal agama apabila beliau meletakkan tulisan Allahu Akbar pada bendera Iraq.

Beliau juga pernah meletakkan gambarnya sedang berdoa di seluruh masjid di Iraq terutama di kawasan Syiah. Selain itu Saddam pernah cuba membina masjid yang dianggap paling besar dan indah di Baghdad.

Begitu juga menulis al-Quran dengan menggunakan darahnya. Maknanya beliau sanggup melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam tetapi sebenarnya ia tidak bersumberkan nilai atau semangat Islam.

Maka walaupun ISIS mendakwa dirinya sebagai berjihad malah antara pejuang-pejuangnya turut mempercayainya tetapi perbuatan ahli-ahlinya yang kejam seperti membunuh tawanan perang, membakar musuhnya dalam periuk besar, serta membunuh sesiapa saja yang dianggap kafir sudah tentu tidak mencermin nilai-nilai dan kehendak Islam.

Perbuatan kejam mereka inilah yang buat banyak orang Islam terfikir bahawa kemungkinan ISIS ini tajaan Yahudi atau Israel. Tumpuannya membunuh orang Islam sendiri dan sedikit pun tidak menghala senjata mereka ke arah Israel membuat orang tertanya-tanya siapakah musuh mereka.

Lebih-lebih lagi apabila ada kalangan mereka yang tergamak menyatakan mahu menakluki Mekah dan memusnahkan Kaabah. Mungkinkah di belakang ISIS ini adalah Yahudi dan Israel?

Tetapi pada sisi lain pula kemungkinannya mereka ini ialah orang Islam yang sudah amat terkeliru hingga sanggup melakukan perkara-perkara yang umumnya umat Islam pandang sebagai salah. Walaupun mereka menggunakan hujah-hujah agama tetapi fiqh yang mereka pegang dapat dipersoalkan.

Antaranya ialah membunuh orang bukan Islam. Juga membunuh tawanan perang. Malah membunuh orang awam yang menjadikan mereka pengganas juga tidak dapat diterima oleh Islam yang kebanyakan orang faham.

Maka pengisytiharan Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah hanya memburukkan nama orang Islam dan mazhab Sunnah wal Jamaah. Khilafah terakhir orang Islam ialah Khilafah Uthmaniah.

Setelah kejatuhan wilayah Uthmaniyah, muncul negara-negara orang Islam yang mempunyai pelbagai sistem termasuk republik, antaranya Turki, Syria, Iraq, Lubnan, Palestin, Jordan, Arab Saudi, Mesir dan lain-lain.

Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah terdapat usaha-usaha untuk mengembalikan institusi ini antara lain, ialah mereka  yang terlibat dengan gerakan Pan-Islamisme diketuai oleh Sultan Hamid dari Turki dan Jamaluddin Afghani dari Parsi.

Begitu juga di India, muncul gerakan Khilafat. Mereka semua boleh dianggap sebagai pelopor gerakan Islam. Walau bagaimanapun, mereka tidak keliru. Usaha mereka sememangnya berasaskan kepada keadaan politik semasa yang mencari pengganti Khilafah Uthmaniyah.

Tetapi apa yang dilakukan oleh ISIS adalah berbeza. Ia muncul di atas keruntuhan rejim Saddam Hussein pada tangan AS. Dengan Syria menghadapi pemberontakan. Setelah berjaya menumpaskan tentera-tentera pemberontak Syria dan menundukkan tentera Iraq, maka ISIS mengisytiharkan bahawa mereka menguasai satu wilayah yang meliputi Syria selatan dan Iraq utara.

Bagaimanakah umat Islam hendak menyokong ISIS yang mana mereka naik atas perbuatan kejam? Tambah pula mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai khalifah tanpa menghiraukan pemimpin-pemimpin Islam yang ada sedangkan dunia sekarang sudah ada peraturan mengenai cara-cara berkerajaan. - HARAKAHDAILY 10/7/2014
Islam Itu Indah's photo.

Untuk Renungan Bersama - Please Share

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

via Bibi Intan Suraya Murat
www.facebook.com/bibiintansuraya.murat
— with Aisyah Saad and 37 others.

Photo: Untuk Renungan Bersama - Please Share :)

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

via Bibi Intan Suraya Murat
www.facebook.com/bibiintansuraya.murat

Tiada ulasan: