Rabu, 2 Julai 2014

MASING2 ADA KEPENTINGAN DIRI

Tuesday, 1 July 2014

FAEKAH HUSIN BELASAH LUMAT LUNYAI KETUA AMK KERANA DESAKAN AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.



Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.

Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid.

Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?

Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.

Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG

Desak Redzuan letak jawatan, transformasi Najib satu pembohongan, kata PAS

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan satu pembohongan semata-mata berikutan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman diminta melepaskan jawatan.  Gambar fail  The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan satu pembohongan semata-mata berikutan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman diminta melepaskan jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014. PAS hari ini mendakwa Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan satu pembohongan selepas ahli akademik yang berwibawa diminta melepaskan jawatan.
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata dengan pengguguran Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai dekan dan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), ia memperlihatkan kerajaan tidak berlapang dada dengan kajian ahli akademik.
"Dengan mengambil tindakan ke atas Prof Redzuan, jelas menunjukkan bahawa janji pelaksanaan transformasi politik yang dilaungkan Perdana Menteri untuk memberi ruang kebebasan bersuara yang lebih luas kepada rakyat, adalah suatu pembohongan semata-mata.
"Kerajaan hari ini tidak boleh berkompromi dengan sebarang kritikan daripada parti pembangkang dan sudah sampai ke tahap tidak boleh berlapang dada atas hasil kajian yang dijalankan oleh ahli akademik non-partisan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin menafikan wujudnya tekanan politik daripada Kementerian Pendidikan sehingga menyebabkan peletakan jawatan Redzuan.
Katanya, keputusan menggugurkan Redzuan dibuat selepas mengambil kira kepentingan universiti dan tidak ada kaitan dengan sebarang tekanan daripada pihak luar.
"Keputusan diambil selepas UM mengambil kira tempoh persaraan Redzuan pada tahun depan dan memberikan peluang kepada timbalannya, Dr Amir Saifude Ghazali menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai pengarah badan kajian bebas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahfuz berkata campur tangan politik sempit kepartian di dalam hal ehwal akademik dan pengurusan universiti adalah perbuatan yang amat jijik kerana ia bukan sahaja menzalimi individu, bahkan mencemarkan reputasi insititusi pendidikan terulung di negara ini.
Katanya, dalam kedudukan UM dan universiti di negara ini semakin merudum, tidak dapat dibayangkan apakah yang menguasai pemikiran penggubal dasar, pegawai kementerian dan pentadbir universiti.
"Rupa-rupanya ‘langkah’ pertama yang diambil kerajaan ialah dengan tidak menyambung perkhidmatan seorang tokoh akademik yang berwibawa!
"Bagi pihak PAS, saya mendesak agar Redzuan dikembalikan jawatannya sebagai Pengarah UMcedel dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
"Perdana menteri wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata kerajaan perlu bersifat lebih terbuka dengan keputusan yang dijalankan Redzuan kerana kajian lain boleh dijalankan bagi menidakkan keputusan UMcedel.
Katanya, rakyat perlu segera bangkit bagi membantah keputusan pengguguran Redzuan dari UM bagi mengelak kejadian sama berulang lagi.
"Dalam dunia akademik, apa jua dapatan di dalam sesuatu kajian itu adalah terbuka untuk dicabar dan dinilai semula.
Jika tidak berpuas hati dengan dapatan UMcedel, Umno dan BN boleh mengemukakan kajian balas untuk dinilai secara akademik," katanya.
Mahfuz berkata Najib perlu bertanggungjawab memberi penjelasan pengguguran Redzuan daripada UM dan berhenti menghukum atas kajian yang dilakukannya.
"Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja. Politik sempit dan sikap balas dendam yang diamalkan hingga memangsakan tokoh dan institusi yang memberi sumbangan kepada negara harus dihentikan demi masa depan negara yang lebih gemilang," katanya. – 1 Julai, 2014.

[Pelakon] Kerana Terpaksa Aku Relakan SEKS DALAM HOTEL..!!!





Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel
ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.

“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini.

“Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya. 5:54AM - 2 Jul 2014

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
  
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
  
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
  
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
  
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempatkerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam tadi.
  
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  
Di majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya.
  
- Bernama
6:42PM - 1 Jul 2014

Rogol anak: Bapa dihukum penjara, sebatan

Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.

Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada  akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin.

- Bernama

Kanak-kanak maut dikelar bapa saudara dengan parang restoran

Kanak-kanak maut dikelar bapa saudara dengan parang restoran
Lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar - Foto Bernama
TELUPID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah. Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.

Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.

"Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari  keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan, katanya kepada Bernama.

Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian  telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.

Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kanak-kanak-maut-dikelar-bapa-saudara-dengan-parang-restoran-38811?cp

Tiada ulasan: