SEGERA : Diplomat US salahkan Rusia Tembak Pesawat MH17
Kiev, Ukraine (CNN) - Seorang diplomat kanan Amerika Syarikat
menunding jari kepada pemberontak pro-Rusia dalam nahas yang melibatkan
pesawat MH17 di Ukraine.
Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Samantha Power memberitahu
mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB bahawa pesawat itu “mungkin dijatuhkan oleh peluru berpandu permukaan-ke-udara beroperasi dari lokasi yang dipegang oleh pemisah di timur Ukraine.”
Jika pemisah pro-Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat dengan
peluru berpandu, penyiasat tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Rusia
menawarkan bantuan untuk mengendalikan sistem itu, katanya.
Power juga berkata Rusia perlu mengambil langkah-langkah untuk meleraikan ketegangan di Ukraine.
“Rusia boleh menamatkan perang ini,” katanya. “Rusia mesti menamatkan peperangan ini.” -SiakapKeli.comKolah masjid ini berusia 662 tahun?
Ismail (berdiri) bersama jemaah Masjid Mukim Telaga Papan di tepi kolah yang berusia 662 tahun.
TELAGA PAPAN - Kolah berusia 662 tahun dikekalkan untuk kegunaan orang ramai mengambil wuduk di Masjid Mukim Telaga Papan sebagai simbol kesepakatan penduduk setempat dalam hal berkaitan agama.
Imam masjid berkenaan, Ismail Yaacob berkata, kolah yang dibina pada tahun 1352 yang masih berfungsi dengan baik itu dikekalkan sebagai bahan sejarah yang tidak ternilai.
Menurutnya, pihak masjid boleh membina kolah baharu tapi mengambil keputusan mengekalkannya supaya generasi muda mengetahui kerjasama penduduk di mukim tersebut dipupuk sejak beratus tahun lalu.
“Pada asalnya ia dibina di madrasah Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, antara 60 hingga 70 penduduk bekerjasama mengusungnya ke madrasah Kampung Gajah Mati, Semerak sejauh dua kilometer.
“Pada tahun 1967, penduduk mengusungnya ke Masjid Telaga Papan dan ia kekal di masjid ini sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, kolah itu terlalu berat kerana tapak konkritnya tebal dan ia masih kukuh serta tidak menunjukkan tanda ia akan rosak dalam masa terdekat.
Pada suatu ketika, jemaah masjid bekerjasama memasang jubin di sekeliling kolah untuk mencantikkannya.
“Saya mahu penduduk mengenang sejarah kolah ini kerana ia mungkin merupakan kolah paling lama yang masih ada dan digunakan di daerah ini.
“Saya juga mahu generasi hari ini membayangkan betapa bersemangat orang-orang terdahulu dalam perkara berkaitan agama sehingga sanggup mengusungnya,” katanya.
Katanya, kaedah mengusungnya sama seperti mengusung rumah iaitu dengan meletakkan kayu di bawahnya dan orang ramai mengusungnya beramai-ramai.
“Jarak dua kilometer terlalu jauh bagi masyarakat zaman dahulu kerana mereka terpaksa mengusungnya melalui kawasan hutan dan belukar, saya percaya ia tidak berlaku dalam masa sehari,” katanya. - Sinar Harian6:00PM - 18 Jul 20144:23PM - 18 Jul 201410:37PM - 18 Jul 2014
Najib terima panggilan Putin, Ban Ki Moon
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis
berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian,
dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima
panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline
(MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.
Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.
Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.
Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.
Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu.
Terdahulu, ketibaan Najib disambut warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
- Bernama

Ramai penyelidik HIV/Aids dipercayai naik MH17
Akhbar The Guardian melaporkan sekitar 100 penyokong dan
penyelidik HIV/Aids terkemuka di dunia mungkin antara penumpang MH17,
dan ia dianggap sebagai tamparan "dahsyat" kepada usaha-untuk menangani
penyakit itu.
Menurutnya, delegasi di sesi pleno yang diadakan menjelang persidangan Aids 2014, diberitahu bahawa pertukaran emel menunjukkan kira-kira 100 hadirin telah menempah penerbangan MH17 itu.
Tidak ada pengesahan rasmi mengenai jumlah penyelidik yang menaiki pesawat tersebut.
Menurut Interfax, militan Republik Rakyat Donetsk bersedia untuk mengumumkan gencatan senjata bagi membolehkan penyiasat dan anggota penyelamat MH17 pergi tempat nahas tersebut.

Calon PhD USM antara penumpang MH17
Calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang dalam perjalanan
pulang ke kampungnya di Muar Johor, adalah antara penumpang pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.
Mohd Ali Md Salim, 30, yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Universiti Erasmus Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di Kampung Jayor, Pagoh.
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata USM menzahirkan perasan sedih dan takziah serta duka cita yang teramat kepada keluarga Mohd Ali dan semua kru serta penumpang pesawat berkenaan.
"Kepada keluarga Mohd Ali, saya ingin rakamkan takziah dan kesedihan dari seluruh warga USM dan saya secara peribadi turut merasai kehilangan yang amat sangat apatah lagi Allahyarham adalah pelajar cemerlang dan calon pensyarah di universiti ini nanti.
"USM juga sedia membantu apa jua yang boleh untuk meringankan tanggungan keluarga Mohd Ali dan akan sentiasa menghubungi keluarganya yang tinggal di Kampung Payor untuk mengikuti perkembangan," katanya dalam kenyataan di Georgetown hari ini.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
Omar berkata Mohd Ali yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik itu sedang mengikuti pengajian di bawah skim Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA) Kementerian Pendidikan di bawah USM dan dijangka tamat pengajian pada 2015.
"Menurut kakaknya Nurzazila yang kami hubungi awal pagi tadi, adiknya ada menghubungi beliau pada Rabu dan bertanyakan sama ada ingin memesan apa-apa dari sana," katanya.
Beliau berkata Nurzazila bersama ibu bapa dan keluarganya kini berada di sebuah hotel di Putrajaya untuk mengikuti perkembangan mengenai Mohd Ali.
-Bernama

'Azrina nak balik beraya di kampung' - Ibu pramugari
Ibu mangsa, Habibah Ismail, 65, dari Kampung Kelumpang, Alor Mengkudu di sini berkata anak kedua daripada empat beradik itu menghubunginya minggu lepas.
Katanya, anggota keluarga mendapat berita mengenai tragedi itu daripada sanak saudara lain yang turut bekerja dengan syarikat penerbangan itu sejurus selepas kejadian tersebut berlaku.
Tinjauan di rumah itu mendapati suasana pilu menyelubungi keluarga itu dan mereka turut dikunjungi jiran yang memberi kata-kata semangat dan ucapan takziah atas tragedi yang menimpa mangsa.
Difahamkan Azrina yang bekerja dengan MAS sejak 20 tahun lepas telah berkeluarga dan mempunyai dua anak berusia tiga dan enam tahun.
Anggota keluarga Azrina bertolak ke ibu negara pada 10.45 pagi tadi bagi mendapatkan berita mengenai mangsa dengan lebih tepat daripada MAS.
Azrina adalah antara 15 anak kapal pesawat itu yang terputus hubungan kira-kira 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Ukraine dan Russia.
Pesawat itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.
- BERNAMA
Ini Dia Nama-nama Korban MH17 Asal Indonesia
Jumat, 18 Juli 2014 08:34 WIB
Pesawat Malaysia Airlines MH17 Ditembak jatuh di perbatasan Rusia dan Ukraina
TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA -- Malaysia Airline
akhirnya memberikan daftar nama-nama warga Indonesia yang ada di dalam
pesawat MH-17 yang jatuh dan diperkirakan ditembak di wilayah Ukraina,
Eropa Timur, Kamis (17/7/2014) lalu.
Ada 12 orang WNI yang berada dalam pesawat tersebut saat jatuh. Pesawat Boeing 777 tersebut memuat sebanyak 280 orang penumpang dengan 15 orang kru.
Berikut daftar nama penumpang yang memiliki paspor Indonesia:
1. Hadiono Gunawan/pria
2. Yodricunda Theistiasih/wanita
3. Ketut Wiartini/wanita
4. Yuli Hastini/wanita
5. Vickline Kurniati Kardia/wanita
6. Supartini/wanita
7. Hendry/pria
8. Gerda Leliana Lahenda/wanita
9. Werther Smallenburg/pria
10. Jane M Hadi Soetjipto/wanita
11. Wayan Sujana/pria
12. Clarice Yelena Huizen/bayi

Berita Terkait: Malaysia Airlines Ditembak
Sebelum MH17, Pesawat Presiden Rusia Lewati Jalur yang Sama
Sebuah fakta mengejutkan disampaikan oleh kantor berita swasta Rusia, Interfax. Interfax menyebutkan pesawat kepresidenan Rusia melewati jalur yang sama dengan Pesawat Presiden Rusia
Keterangan tersebut disampaikan Interfax mengutip pernyataan dari sumber dekat pemerintah Rusia. Menurut sumber yang dirahasiakan tersebut banyak kesamaan dari MH17 dan pesawat Presiden Rusia.
"Saya katakan pesawat Putin dan MH17 ada di jalur yang sama, Presiden Rusia ada di jalur itu pada pukul 16.21 waktu Moskow dan MH17 ada di situ pada 15.44," sebut sumber tersebut, dikutip dari RT, Jumat (18/7/2014).
"Kontur kedua pesawat sangat mirip, pada jarak cukup dekat mereka telihat identik," tambah sumber tersebut.
Belum diketahui apa motif dari sumber tersebut mengungkapkan fakta ini. Namun, setelah MH17 jatuh Rusia dan Ukraina saling tuding mengenai siapa yang patut disalahkan. okezone.com
Pasutri Ini Selamat dari Kecelakaan Pesawat MH17
Sebuah keluarga asal Inggris berhasil selamat dari kecelakaan pesawat MH17 yang terjadi pada 18 Juli. Padahal, seluruh penumpang di dalam pesawat itu tewas di tempat.
Hal tersebut dikarenakan pasangan suami-istri ini tidak dapat kursi di dalam pesawat. Awalnya Barry dan Izzy Sim berencana melakukan perjalanan ke Kuala Lumpur bersama bayinya, tetapi mereka diberi tahu oleh staf di Bandara Schiphol, Amsterdam, bahwa kursi pesawat sudah terisi penuh dan akhirnya keduanya memutuskan untuk naik pesawat berikutnya.
Izzy mengatakan bahwa kejadian ini sangat mengejutkan. Dia percaya Tuhan masih menyelamatkannya dan keluarganya untuk beralih ke penerbangan berikutnya yang hanya beberapa jam sebelum MH17 ditembak jatuh dalam sebuah aksi terorisme.
Mereka dijadwalkan untuk naik pesawat Boeing 777 yang meninggalkan Bandara Schiphol saat makan siang hari ini. Hanya beberapa jam kemudian terdengar kabar pesawat MH17 meledak di wilayah timur Ukraina karena serangan roket kelompok pemberontak pro-Rusia.
“Ketika pertama kali saya mendengar berita ini seperti jantung Anda berhenti sejenak dan saya tersadar kalau Tuhan menjaga saya dan keluarga saya untuk tidak naik penerbangan tersebut,” ujar Barry, seperti dikutip Daily Mail, Jumat (18/7/2014).
Pasutri yang sering memakai jasa Malaysia Airlines ini mengatakan bahwa mereka sangat senang tidak jadi terbang dengan pesawat MH17.
MH17 bertolak dari Bandara Schiphol pada Kamis 17 Juli 2014, pukul 00.15 waktu setempat. Saat itu pesawat MH17 terbang di atas wilayah konflik. Banyak spekulasi yang muncul ketika pesawat komersil harus terbang di daerah zona perang.
Beberapa pengamat mengklaim pesawat MH17 mengambil jalan pintas melewati daerah tersebut untuk menghemat bahan bakar.
Pemerintah Belanda telah menyatakan bahwa korban tewas terdiri dari sembilan warga Inggris, 154 warga Belanda, 27 warga Australia, dan 41 lainnya masih belum dikonfirmasi kewarganegaraannya.
Perlu diketahui, pada April 2014, Organisasi Penerbangan Sipil Internasional menyarankan seluruh pesawat komersil untuk mempertimbangkan alternatif rute karena kemungkinan adanya risiko serius bagi keselamatan penerbangan sipil internasional.
Tetapi, banyak penerbangan yang terus menggunakan rute konflik itu karena jalurnya lebih dekat dan murah. okezone.com
Friday, 18 July 2014
#PrayForMH17 Spekulasi Pakar Pensenjataan Yang Mampu Menembak Jatuh & Video Tragedi #MH17
Pesawat
Malaysia Airlines MH17 yang membawa 295 penumpang beserta anak kapal
yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, dipercayai
ditembak oleh peluru berpandu.
Menurut laporan
agensi-agensi berita, pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.
Penasihat
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko dalam Facebooknya
berkata, pesawat itu dipercayai ditembak ketika terbang pada ketinggian
10,000 meter. di ruang udara negara itu.
Malaysia
Airlines dalam Twitter mengesahkan kali terakhir pesawatnya MH17 dari
Amsterdam itu dapat dikesan ketika ia berada di ruang udara Ukraine.
Berdasar sejarah tregedi ini bukan kali pertama berlaku rujuk pautan ini #MH17 Sejarah Pesawat-pesawat yang ditembak jatuh.
Spekulasi awal
kemalangan Penerbangan Malaysia Airlines MH17 lebih berkisar kepada
kemungkinan ditembak jatuh ketika pesawat melalui kawasan timur Ukraine.
Setakat ini,
pegawai-pegawai Ukraine mendakwa kumpulan pemisah pro-Rusia, atau
mungkin Rusia sendiri, merupakan pihak yang bertanggungjawap menembak
jatuh dua pesawat Ukraine sebelum ini.
Seorang pegawai
Ukraine juga memberitahu, kononnya ada puak pemisah telah menembak
pesawat lain disebelum tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh.
Persoalannya
pensenjataan apakah yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat komersial
Malaysia, yang sedang bergerak pada ketinggian 33,000 kaki, seperti yang
dicatatkan oleh penerbangan tapak pengesanan Flightaware.com?
Menurut pendapat pakar, Para pemberontak dan kumpulan pemisah biasanya hanya mempunyai senjata seperti pelancar roket di bahu?
"Pada
ketinggian pelayaran biasa pesawat penumpang awam akan terkeluar dari
julat jenis dikendalikan sistem pertahanan mudah alih yang kita lihat
berkembang di tangan para pemberontak di timur Ukraine," kata
penganalisis Pertahanan IHS Jane Nick de Larrinaga dalam e -mel.
Manakala
pelancar roket di bahu, kalau jenis yang terbaikpun hanya boleh mencapai
15,000 kaki, kata seorang penganalisis dari pesara Tentera Udara
Klonel Rick Francona,
"Ini menunjukkan peluru berpandu permukaan-ke-udara atau peluru berpandu udara-ke-udara dan saya rasa peluru berpandu permukaan-ke-udara mungkin terkaan terbaik sekarang," katanya.
Seorang
penasihat Interior Ukraine Kementerian mendakwa, Mungkin sistem peluru
berpandu yang dikendalikan oleh kuasa Rusia dan Ukraine, telah digunakan
untuk menembak jatuh pesawat MH17.
Manakala
menurut bersara Brig. Kej Kevin Ryan, pengarah Projek Pertahanan dan
Perisikan di Pusat Belfer Sains dan Hal Ehwal Antarabangsa. "Kemungkinan
Sistem peluru berpandu, yang dikenali sebagai SA-11 di Amerika
Syarikat, juga dikendalikan oleh kedua-dua angkatan Rusia dan Ukraine,
terbabit"
"Malah
kemampuan pensenjataan itu mampu menembak jatuh lebih daripada satu
pesawat pada satu masa, diketinggian tersebut" katanya.
Kemungkinan
lain termasuklah senjata buatan Russia S-200 peluru berpandu yang
dikendalikan oleh tentera Ukraine, dan juga Rusia S-300 dan S-400 peluru
berpandu. Senjata-senjata yang wujud diakhir-akhir ini adalah
persenjataan Rusia seperti peluru berpandu bateri pertahanan Amerika
Syarikat Patriot.
Apa yang
dilihatan sekarang, pihak yang bertanggungjawap mungkin terdiri daripada
kumpulan pemisah pro-Rusia yang mungkin telah mendapat senjata kawalan
yang canggih dan telah dipergunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat.
The Buk dan
lain-lain permukaan-ke-udara peluru berpandu adalah senjata yang
kompleks yang memerlukan latihan yang banyak, sistem kawalan yang
canggih, pelbagai kenderaan dan satu pasukan besar dan mahir untuk
beroperasi.
"Ia memerlukan banyak latihan dan pelbagai penyelarasan komplek," katanya.
Yang membuat
saya terfikir bagaimana jika kapal terbang itu benar-benar telah
ditembak jatuh, kerana ini melibatkan pasukan tentera profesional,
bergantunglag kepada situasi sama ada dengan sengaja atau secara tidak
sengaja.
Post by Sukan Star TV.
GAMBAR GAMBAR MH17 YANG JATUH TERHEMPAS DI SEMPADAN UKRAINE
Masyallah.
Tengah malam tadi kita semua dikejutkan dengan berita yang cukup
menyedihkan hati semua rakyat Malaysia terutamanya apabila Malaysia
Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan
berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine.
Menurut sumber dari Berita Harian jumlah yang terkorban adalah 298 orang yang terdiri 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Dalam satu kenyataan media, MAS turut memberi senarai warganegara
penumpang dengan paling ramai warga Belanda iaitu 154 orang diikuti
Malaysia 45 (termasuk 15 kru dan 2 bayi).
Ya
Allah. Satu satu ujian yang Dia berikan. Tatkala umat Islam sedang
menjalani ibadah puasa, kita diuji sebegini hebat. Saya sebagai rakyat
Malaysia mengucapkan salam takziah buat semua mangsa dan keluarga
mangsa. Hentikan sebarang andaian dan spekulasi. Hentikan menuding jari
ke mana mana pihak terutamanya MAS kerana apa juga yang terjadi adalah
ketentuanNya. Siapa kita untuk menghalang.
Semoga kita semua muhasabah diri atas apa jua yang berlaku.
Al-Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan