Selasa, 8 Julai 2014

ELOK TERUS PADA ASNAF...TAKUT LAMBAT.....ATAU TAK SAMPAI....KALAU SAMPAI PUN TAK MENYELURUH.....JANGAN AMBIK ZAKAT MUDAH SIAP IKLAN....ASNAF2 PULA SUSAH NAK DAPAT









Ahli Parlimen DAP diludah ketika edar kurma di bazar ramadhan

http://www.amenoworld.net | .

Siang tadi.

MP Kluang dari parti DAP, Liew Chin Tong sekali lagi ke bazar ramadhan Kluang. Berikut yang dia kemaskini di laman twitternya.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Mati dalam bulan Ramadan selamat dari soal kubur?

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL | .
Soalan;

Assalamualaikum ustaz! Di sini saya ingin bertanya, betul ke, saya dengar seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadan akan terlepas daripada soal kubur sehingga hari kiamat. Pohon penjelasan ustaz.

Jawapan;

Bismillah. Orang yang mendakwanya perlu membawa dalil syarak (al-quran atau hadis). Setakat ini dalam pencarian saya belum menemui hadis yang menyebutnya. Ada hadis menyebutkan; "Sesiapa yg berpuasa kerana Allah, lalu dia mati ketika sedang berpuasa, akan masuk syurga" (Musnad Ahmad: 23324, soheh). Hadis ini menyebutkan kelebihan mati ketika puasa. Jika seorang itu mati dalam bulan Ramadan ketika sedang berpuasa dia masuk dalam hadis ini. Adapun kelebihan mati dalam bulan Ramadan sahaja (tanpa kaitan dengan puasa), belum menemui hadis tentangnya. Wallahu a'lam.

//ilmudanulamak.blogspot.com
Azlan Sunil (Bornfighter):
KENALI SIAPA UYGHUR.. DAN KENALI KERAJAAN KOMUNIS CHINA...
1. Ramai yang telah berkongsi kisah masyarakat uyghur di Xinjiang yang dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Ramai yang beremosi dengan menzahirkan perasan marah, sedih, geram dan berbagai-bagai lagi.
2. Tapi hakikatnya tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Uyghur? Kalau tuan puan jumpa Uyghur di depan mata mahukah tuan puan tolong mereka?Kalau kami sedang lindungi mereka daripada kezaliman kerajaan China mahukah tuan puan bantu kami membantu mereka dari dizalimi?
3. Isu Uyghur bukan isu baru. Bukan baru tahun ini mereka dilarang berpuasa, tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan-larangan ibadah yang lain seperti larangan memakai hijab bagi wanita, larangan bersolat dan berbagai-bagai lagi.
4. Tahukah tuan puan bahawa sebenarnya kaum Uyghur itu bukanlah etnik Cina? dan Xinjiang itu sebenarnya bukanlah sebahagian daripada China?
5. Hakikatnya bangsa Uyghur itu ialah satu bangsa tersendiri dan istimewa tiada kaitan keturunan dengan bangsa Cina. Rupa paras mereka tiada langsung rupa paras orang Cina. Rupa mereka hampir kepada rupa orang Turki dan mereka berbahasa bahasa Turki bukannya berbahasa Cina.
6. Tetapi kenapa pula Xinjiang dan China? Sebenarnya nama asal Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki. Orang Turki mereka berasal daripada sini iaitu Turkistan. Sehingga ke hari ini mereka masih berkongsi bahasa yang sama, agama yang sama dan budaya yang sama , selain wajah mereka juga hampir sama.
7. Turkistan adalah sebuah wilayah Islam, penduduknya ialah bangsa Uyghur beragama Islam, dan beramal dengan Islam. Turkistan telah dijajah oleh China sejak sekian lama. Namun tahun 1955 Parti Komunis China telah secara rasmi menukar nama Turkistan Timur kepada Xinjiang (bermaksud the "new territory" iaitu wilayah baru). Hakikatnya Turkistan itu berbeza dengan China, mereka punya bahasa sendiri, budaya sendiri, malah mereka mempunyai perlembagaan negara sendiri dan bendera sendiri. Bendera mereka berwarna biru sama seperti Turki yang berbendera merah.
8. Mulai tahun itu IDENTITI ISLAM dihilangkan. Nama negara Turkistan Timur ditukar kepada Xinjiang, manakala nama penduduk turut ditukar (cth Salahuddin kepada Shalayiding).
9. Mulai tahun itu juga penindasan demi penindasan dialami mereka. .Identiti Islam dilarang ditonjolkan seperti dilarang menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung bagi perempuan, Ajaran Islam tidak dibenarkan diamalkan di sesetangah tempat seperti dilarang solat, dilarang berpuasa, semua itu dilarang dan diharamkan.
10. Kaum Uyghur turut ditangkap tanpa sebab, dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh. selain kaum wanita pula dirogol.
11. Rekod kerajaan China terhadap Uyghur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.
12. Nasib penduduk Uyghur pula lebih malang berbanding penduduk Palestin. Palestin hanya tinggal Gaza yang sekangkang kera, sedangkan Uygur sudah tidak bernegara. Turkistan pula sudah hilang dari peta dunia.
13. Kerana itu Orang Uyghur ini diibaratkan sebagai Palestin di Asia. hakikatnya lebih teruk dari Palestin.
14. Selain daripada penindasan demi penindasan, pembersihan etnik juga sedang dilakukan. Kaum Han dimasukkan beramai-ramai ke dalam Xinjiang bagi mengurangkan majoriti kaum Uyghur selain membunuh kaum Uyghur.
15. Zalimnya kerajaan komunis China ini lebih Zalim daripada kaum Zionis. Bezanya kezaliman Komunis China terhadap Uyghur tidak diketahui pihak antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan komunis China dengan menyekat access media seperti facebook, Youtube dan internet.
16. Malah mengikut rekod hak asasi manusia di peringkat antarabangsa juga menunjukkan bahawa kezaliman kerajaan komunis China berada di tempat pertama diikuti oleh Zionis Israel, kemudian Amerika Syarikat.
17. Maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam seluruh dunia mendedahkan situasi sebenar masyarakat Uyghur yang ditindas, diseksa, dirogol dan dibunuh di sebuah negara mereka yang dirompak Komunis bernama Xinjiang.
18. Oleh itu, di bulan yang mulia ini perbanyakkan doa-doa kita bagi seluruh umat agar Allah memelihara mereka dan memberikan keamanan buat mereka selain memberikan ketabahan dan kekuatan kepada mereka menghadapi tekanan, cabaran dan rintangan dr pihak komunis china.
Article: Chinese Uyghurs defy Ramadan ban - Chinese Uyghurs defy Ramadan ban
http://www.aljazeera.com/indepth/features/2014/07
[06/07 11:37 PM] +60 10-932 1307:
Untuk memahami baca novel Wail China. Terbitan PEMERAM Mesir
LikeLike · ·

KERABAT DIRAJA JOHOR MASUK BILIK PEGAWAI POLIS dan pukul Pengadu yang sedang membuat memberi keterangan tentang Aduannya. HEBAT YA!!!

Written By canang on Isnin, 7 Julai 2014 | 7/07/2014 11:50:00 PTG

KERABAT DIRAJA JOHOR MASUK BILIK PEGAWAI POLIS dan pukul Pengadu yang sedang membuat memberi keterangan tentang Aduannya. HEBAT YA!!! . Rakyat ingat nak berlindung di Balai Polis dari Kerabat Diraja tetapi HAMPA....Pegawai Kelu dan melihat....setelah dipukul barulah nak hentikan.
Apabila, public buat "bising" maka barulah tindakan diambil.....namun kesudahan kes akan berakhir dengan "tidak memuaskan hati" kerana PASTI ada "TANGAN-TANGAN GHAIB" YANG MEMBANTU. Inilah Istana Johor....Dulu...Kini...dan Selamanya, Ianya akan berterusan selagi yang diberi Amanah Rakyat dan Amanah Allah BELUM berjaya "menggeraskan" telur-telur mereka.
Nasib Rakyat.....hanya satu ketentuan Kelas kedua selepas Golongan "Gangster Taik Kucing" Istana ini.
Bacalah link di bawah dan kenangkanlah nasib rakyat wahai Wakil wakil Rakyat ku.baca lagi
http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2007%2f10%2f26%2fnation%2f20071026195816&sec=nation

Pasangan Mabuk Ini Lakukan Seks Di Khalayak Umum


 
Pasangan Mabuk Ini Lakukan Seks Di Khalayak Umum

Pasangan Mabuk Ini Lakukan Seks Di Khalayak Umum | Apabila nafsu sudah menguasai diri maka perasaan malu pasangan kekasih ini seolah-olah tidak wujud sehingga sanggup melakukan hubungan seks pada waktu siang di tempat yang menjadi tumpuan orang awam yang lalu lalang di situ.
Mereka memuaskan nafsu selama 15 minit tanpa mempedulikan orang ramai. Sebaik sahaja tamat adegan seks itu, kedua-duanya kemudian bangun dan ketawa seperti tidak berlaku apa-apa.
Aksi seks yang memualkan itu telah berjaya dirakam oleh seorang lelaki iaitu Aleksey Douhov yang kemudiannya memuatnaik dalam laman sosial.
Sebaik sahaja rakaman seks itu tersebar luas, Ahli Parlimen di kawasan tersebut terus mengamuk dan meminta polis mengesan pasangan tersebut.

Monday, 7 July 2014


8 FOTO PESAWAT AIR ASIA TERGELINCIR DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BRUNEI KETIKA SEDANG MELAKUKAN PENDARATAN.



Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi.

Memetik laporan sebuah portal, kejadian tersebut telah disahkan oleh AirAsia.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, insiden membabitkan Penerbangan AK 278 kira-kira 4 petang dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Menurut kenyataan itu lagi,  semua penumpang dan kru pesawat berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Semasa kejadian terdapat seramai 102 penumpang dan tujuh kru di dalam pesawat.

AirAsia menambah, kakitangannya di lapangan terbang tersebut sedang melakukan apa yang perlu bagi membantu semua penumpang terlibat.

Pada masa sama, pihaknya turut bekerja sama dengan semua pihak berkuasa bagi mengenalpasti apakan punca kejadian berkenaan.

AirAsia juga akan memaklumkan maklumat terkini mengenai kejadian berkenaan jika perlu.

Sunday, July 6, 2014

Kesian rakyat Mersing.. dah empat bulan menderita air dicatu tapi TV3 tak laporkan pun...


Memang beruntung nasib rakyat Selangor jika hendak dibandingkan dengan rakyat Johor di daerah Mersing ini..

Masaalah mereka sama iaitu kekurangan bekalan air bersih hingga menyebabkan bekalannya dicatu hingga menyusahkan kehidupan seharian mereka..

Bezanya ialah masaalah yang menimpa rakyat Selangor itu boleh dikatakan setiap minggu mendapat liputan dari TV3 dan berbagai media yang ditunggang kerajaan..

Tetapi rakyat Johor di daerah Mersing ini pula masaalah air yang menimpa mereka seolah-olah cuba disorokkan oleh kebanyakkan media tunggangan kerajaan..

Rasanya adalah lebih baik dalam PRU yang akan datang rakyat Johor menukar kerajaan negeri yang ada supaya masaalah mereka segera mendapat perhatian Kerajaan Pusat...

Laporan berkaitan...

Ketika penduduk Selangor merungut kerana ketiadaan air sambal menyalahkan kepimpinan kerajaan negeri baru-baru ini, rupa-rupanya seluruh penduduk Mersing kesal kerana nasib serupa yang menyusahkan kehidupan mereka telah berlarutan sejak empat bulan lalu namun tiada pihak yang ambil peduli.

"Air dicatu selang sehari sejak empat bulan lalu di seluruh daerah Mersing. Rakyat telah membuat aduan dengan pelbagai pihak tetapi masing-masing hanya memberi jawapan sedang diusahakan.

"Sampai bila masalah ketiadaan air akan berlarutan di tempat kami? Janganlah nampak penderitaan rakyat di Selagor sahaja sehinggakan segala penderitaan yang kami tanggung selama empat bulan ini langsung tiada penyelesaian,” kata seorang suri rumah, Aishah Saidin dari kampung Air Merah.

Sambil menyifatkan masalah yang ditanggung rakyat Mersing sebagai satu seksaan, Aishah turut melahirkan rasa kesal kerana semua perumahan yang diduduki kakitangan kerajaan tidak terganggu dengan masalah ketiadaan air.

"Mereka tidak akan tahu kesusahan yang kami tanggung kerana kediaman mereka semuanya tiada masalah air. Ini bukan cerita rekaan tetapi satu kenyataan kerana ada juga saudara mara kami yang tinggal di kuarters kerajaan.

"Mereka dengan bangganya bercerita masalah air tidak pernah dilalui tetapi tahu betapa kami yang tinggal di rumah sendiri telah sekian lama menjadi mangsa ketiadaan air. Apakah ini wajar berlaku?" soal Aishah.

Lebih teruk lagi kata ibu kepada lima anak ini, khabar terbaharu yang sampai adalah catuan air akan dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri nanti sebagai satu langkah penyelesaian sementara keadaan kembali pulih.

"Sepatutnya, masalah ini telah lama diberi perhatian. Cadangan mencatu air pada Hari Raya hanya akan memburukkan keadaan di samping menyusahkan rakyat Mersing.

"Masalah air di Selangor terus menutup membutakan mata pihak berwajib di Mersing. Masyarakat hanya nampak negeri pembangkang tidak bijak menangani masalah rakyat sedangkan kami di bawah negeri pentadbiran kerajaan sebenarnya lebih teruk keadaannya," kata Aishah. - MalaysiaGazette

 4:14PM - 7 Jul 2014

Seruan berzakat langsung pada asnaf


Salam Sejahtera, Pluralism Malaysia menyeru semua orang Islam agar tidak lagi membayar zakat fitrah mereka melalui pusat zakat yang bernaung di bawah majlis agama.

Pemboikotan ini adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada pusat zakat yang selama ini tidak melayan pemohon bantuan zakat dengan baik dan mesra malah ada yang terus dipinggirkan tanpa dapat merasai bantuan zakat.

Pemerintahan di zaman Khalifah dalam Islam memastikan rakyat dibantu terlebih dahulu menggunakan duit zakat yang dikutip kerajaan dan bukannya memberikan peruntukan kepada program-program yang tidak membantu fakir miskin.

Oleh itu, Team Pluralism Malaysia mengajak semua masyarakat Muslim agar terus membayar zakat kepada asnaf tanpa melalui pusat zakat yang bernaung bawah majlis agama negeri.

Adalah lebih baik membayar terus kepada asnaf dengan mencari sendiri golongan yang miskin dan fakir di sekeliling kita yang terdekat.

Ribuan warga tidak berumah dan orang miskin yang mengemis dan merempat sering kita perhatikan.

Dan ini adalah satu bukti bahawa pusat zakat gagal memainkan peranannya dalam mencari golongan ini serta membantu mereka.



KHALID MOHD ISMATH koordinator Team Pluralism Malaysia.
 

Tiada ulasan: