Amuk kereta kena langgar: Digi mahu bayar kos baik pulih kereta kedua-duanya
Astro Awani | Kemas kini: Julai 16, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 16, 2014 14:52 MYT)
KUALA LUMPUR: Digi Telecommunications telah
menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas
yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video
insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman
sosial.
Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.
Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.
Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.
Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/amuk-kereta-kena-langgar-digi-mahu-bayar-kos-baik-pulih-kereta-kedua-duanya-39948?cp
10:10PM - 16 Jul 2014
Bekas siswa maut kes terjun dari tingkat 4
Seorang bekas pelajar universiti tempatan yang menghadapi masalah mental
maut selepas terjun dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar
di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata ketika kejadian, Alif Alexandre Faizal Weber, 26, kelihatan bersama ibunya sebelum bertindak terjun di pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.
"Menurut dua saksi kejadian yang merupakan kakitangan pusat itu, mereka cuba membantu ibu si mati untuk menahan Alif daripada terjun tetapi gagal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Muhammad Azlee berkata lelaki itu mempunyai masalah mental sejak setahun lepas dan masih dalam rawatan.
"Alif juga berhenti belajar pada tahun kedua kerana masalah mental. Si mati tidak bekerja dan sentiasa menghabiskan masa dengan bersenam sambil diiringi ibu," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
- Bernama

Ziana Nekad Bertudung Selamanya, Bukan Pada Ramadan Sahaja
16/07/2014
Dilihat : 10982
“Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa. Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini.
“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.
“Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut (berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah,” tutur Ziana yang tidak lekang memanjatkan syukur kerana diberikan peluang yang begitu berharga di bulan mulia ini.
Inilah jawapan penyanyi dan pelakon terkenal Ziana Zain mengenai keputusannya untuk mengenakan hijab sebagai penampilan terbarunya.
Berita mengenai Ziana bertudung mula dimainkan media baru-baru ini tetapi ketika itu dia tidak memberikan sebarag komen cuma memberitahu, dia memang bertudung setiap kali menjelang Ramadan.
Namun 15 Julai bersamaan 17 Ramadan iaitu hari Nuzul al-Quran, diva pujaan ramai itu mengakui penampilannya di rakaman MeleTOP Raya merupakan imej terbaru Ziana Zain.
Dihubungi sebentar tadi menerusi panggilan telefon, Ziana atau nama penuhnya Siti Roziana Zain, tenang bercerita mengenai hijrahnya pada Ramadan ini adalah sebuah hadiah kemenangan dan juga kurniaan yang amat besar buat dirinya.
Bagi Ziana, ia adalah berkat dan doa dari insan yang menyayanginya selama ini telah dimakbulkan Allah SWT.
Ditanya tentang karier seninya, Ziana masih aktif seperti biasa cuma penampilannya kini akan cuba dijaga sebaiknya.
Uncle Sim enggan ambil tindakan undang-undang terhadap wanita
Astro Awani | Kemas kini: Julai 16, 2014
(Diterbitkan pada: Julai 16, 2014 19:26 MYT)
KUALA LUMPUR: Ketika seluruh masyarakat termasuk pemimpin atasan polis mahu supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap wanita yang bertindak membulinya dalam kejadian di parkir kenderaan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, Isnin lalu.
Namun lelaki warga tua menjadi mangsa bertindak sebaliknya dengan berjanji tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
Pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, memutuskan untuk tidak membuat laporan berhubung kejadian itu sebaliknya memaafkan 'pembulinya' dan sudah berjanji untuk tidak mengambil sebarang tindakan susulan.
Walaupun dia dan isterinya masih trauma dengan kejadian itu, keputusannya untuk tidak mengambil tindakan itu adalah berdasarkan kepada ajaran agamanya yang meminta seseorang itu tidak berbalas dendam serta menyusahkan orang lain.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang.
Menceritakan semula kejadian itu, Siak Heong yang memandu kenderaan jenis Toyota Corolla, berkata dia dalam perjalanan pulang selepas berurusan di syarikat insurans berhampiran dan mengambil isterinya di bangunan UTC.
Katanya, ketika itu jalan sesak dan tidak sedar melanggar kenderaan lain sebelum secara tiba-tiba wanita itu terus memarahi termasuk mencaci dengan perkataan kesat.
Kejadian Siak Heong dibuli oleh seorang wanita dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan video berdurasi 2.33 minit yang dimuat naik di laman sosial seperti FB, Twitter dan juga Youtube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.
Sementara itu, usaha untuk menghubungi wanita berusia 30 tahun yang terbabit dalam kejadian itu gagal apabila panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.
Difahamkan, wanita yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu akan memberikan keterangannya di IPD Kuantan hari ini kerana berada di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi berkata polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah selepas laporan dibuat.
Katanya, pada mulanya kes itu hanya membabitkan kesalahan trafik tetapi disiasat atas aspek lain selepas video kejadian membuli itu tersebar di laman sosial.

Wednesday, 16 July 2014
2 GAMBAR KERETA PEUGEOT 208 CDM 25 DI TUTUP DENGAN PENYIDAI KAIN SETELAH MENJADI TERKENAL INSIDEN PAW RM2,000 KERANA TERGESEL SIKIT.
Punyalah malu Kak Long CDM 25 sekarang ini .. parkir kereta pun sampai lindung dengan penyidai kain tidak mau orang ramai nampak.
Tapi rakyat lagi cerdik .. dia rakam gambar dari sudut tepi .. Mana mau lari ah!!!!!!
YOU CAN RUN BUT YOU CANNOT HIDE ... Kamu boleh lari tapi kamu tidak boleh sembunyikan diri.
Rabu, 16 Julai 2014
Mangsa serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 204 orang
GAZA: Serangan terbaru Israel ke atas Gaza
pada awal Rabu telah menyebabkan beberapa orang awam terbunuh,
menjadikan jumlah mangsa bedilan rejim Zionis meningkat kepada 204.
Dua terbunuh dalam serangan terbaru di selatan bandar Rafah manakala seorang lagi terbunuh dalam satu serangan berasingan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memberitahu AFP, satu lagi serangan dilancarkan tidak lama selepas itu di Rafah dan meragut nyawa seorang lelaki manakala serangan di rumah Mohammed al-Arjani di selatan bandar Khan Yunis telah menyebabkan anak lelakinya, Abdullah, 19, terbunuh.
Selang sejam, sebuah kereta kebal melepaskan tembakan dari dalam Israel ke bahagian timur Khan Yunis sekaligus meragut nyawa seorang penduduk, menurut Qudra.
Siri serangan yang dilancarkan Israel pada pagi Rabu disasarkan ke rumah-rumah milik para pegawai kanan Hamas termasuk Mahmud al-Azhar di mana tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Hari ini masuk hari kesembilan Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan yang didakwa untuk memintas serangan roket yang dilancarkan oleh Hamas.
Sehingga kini, Israel telah melancarkan sekitar 1,500 roket ke arah Semenanjung Gaza sejak serangan dimulakan pada 8 Julai lalu.
Israel mencatatkan kematian pertama penduduknya berhampiran jejambat Erez, lokasi di mana tentera Israel ditempatkan.
Empat warga Israel turut dilaporkan cedera.
Bedilan roket-roket Israel hingga kini telah menyebabkan 1,500 orang cedera dan lebih tiga perempat mangsa yang maut terdiri daripada orang awam.
PBB pada Isnin juga memberitahu lebih satu perempat daripada yang terbunuh ialah kanak-kanak.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa memberi amaran akan ‘mempertingkatkan dan memperbesarkan’ serangan setelah Hamas enggan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Mesir.

Empat penyokong Morsi mati dalam tahanan
KAHERAH: Empat penyokong Dr Mohammad Morsi -Presiden Mesir yang digulingkan- maut dalam tahanan tiga hari lalu didakwa diseksa dalam penjara.
Mereka yang terbunuh adalah Mahmoud Saad al-Din, Syed Mohamed, Hani Essawi dan Ashraf Shahin yang maut dalam tahanan di balai polis berasingan.
Ketua Kumpulan Hak Asasi Al-Karama, Ahmed Mafrah berkata kesemua penyokong Morsi yang meninggal tersebut mati dalam keadaan 'misteri'.
"Dua daripada tahanan dibunuh mempunyai tanda-tanda penyeksaan pada badan mereka," kata Mafrah.
Manakala seorang lagi, telah meninggal dunia di Alexandria selepas dinafikan hak untuk menerima rawatan Hepatitis C.
Mafrah mendakwa kematian berlaku adalah akibat kecuaian perubatan dan penyeksaan melampau dalam tahanan tentera Mesir.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Mesir Abu Bakr Abdel-Kareem, bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan berkata semua yang mati itu adalah akibat penyakit yang dihadapi.
"Orang yang mati dalam balai polis Qasr al-Nil mempunyai penyakit jantung, manakala orang yang meninggal dunia di Balai Polis Imbaba menghidap diabetis.
"Abu Bakr Abdel-Kareem, Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk hak asasi manusia, memberitahu Agensi Anadolu.
"Orang yang mati dalam balai polis dibarat Kaherah adalah akibat keracunan darah, manakala keempat - yang meninggal dunia di Alexandria - mempunyai ascites di dalam badan, " kata Abu Bakr.
Umum mengetahui, pihak berkuasa Mesir yang disokong tentera Mesir telah menjalankan tindakan keras ke atas penyokong Morsi dan Ikhwanul Muslimin sejak penyingkiran Morsi Julai tahun lalu.
Beribu-ribu penyokong Morsi kini ditahan termasuk pimpinan tinggi gerakan Ikhwanul Muslimin. - HARAKAHDAILY 16/7/2014
5:51PM - 16 Jul 2014
Kajiselidik: Melayu rasa M'sia tak bersedia untuk hudud
Satu kaji selidik menunjukkan bahawa 58 peratus responden Melayu
berasakan negara ini tidak bersedia untuk pelaksanaan hudud, walaupun 71
peratus daripada mereka menyatakan sokongan terhadap undang-undang
jenayah Islam itu.
Bagi orang Cina dan India pula, peratusannya ialah masing-masing 59 peratus dan 61 peratus.
Kaji selidik yang dijalankan pada bulan April oleh Merdeka Center itu, membabitkan penyertaan 1,009 pengundi daripada semua kaum.
Berhubung sokongan kepada hudud, kaji selidik itu mendapati majoriti kecil (53 peratus) daripada responden menyatakan mereka menyokong hudud.
Bilangan itu, menurut Merdeka Center, terdiri daripada 71 peratus
responden Melayu dan masing-masing 26 peratus responden Cina dan India.
Menurutnya, 20 peratus responden Melayu tidak menyokong pelaksanaan hudud, dengan masing-masing 65 peratus dan 69 peratus responden Cina dan India.
Kaji selidik itu menunjukkan pengundi Melayu di bawah umur 30 tahun paling ramai menyokong hudud, iaitu 83 peratus, berbanding golongan umur yang lebih tua, konsisten dengan penemuan Merdeka Center sebelum ini dalam satu kajian pada 2011 mengenai sentimen belia Islam.
Kaji selidik itu juga mendapati hanya 25 peratus daripada jumlah responden dan 30 peratus daripada responden Melayu percaya bahawa negara ini sudah bersedia untuk hudud dilaksanakan pada masa ini.
Ia juga menunjukkan bahawa berdasarkan apa yang responden anggap sebagai "keupayaan institusi kehakiman dan keupayaan agensi-agensi penguatkuasa", hanya 32 peratus percaya bahawa hudud boleh dilaksanakan dengan adil pada masa ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan