Kesilapan kerap Muslim lakukan di Ramadhan
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya: "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya: "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).
Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan:-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut:-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya: "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sohih)
Senyum
Menziarah Tok Guru di internet
MEMANG terkilan tidak dapat menziarahi tok-tok guru
terutama dua tok guru yang terpenting dalam PAS yang uzur sekarang iaitu
Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden Datuk Haji Abdul Hadi
Awang.
Saya tidak dapat hadir sendiri untuk bersalam dengan mereka, hanya saya dapat menziarahinya melalui laman sosial di internet.
Ketika Ustaz Hadi terlantar di hospital Istanbul saya dapati melalui internet kawan-kawan terdekat menziarahinya di wad di Istanbul. Terlalu jauh bagi saya untuk terbang ke sana bagi menziarahinya sendiri. Tidak cukup kemudahan saya untuk ke sana.
Dari jauh saya doakan agar pemimpin itu segera sembuh dan pulang menyambung tugasnya seperti biasa. Dengan harapan itu saya dengan izin Allah, moga-moga dapat menziarahinya.
Apabila beliau pulang ke tanah air, orang lain juga mendahului menziarahinya. Saya hanya dapat mengikuti beritanya diziarahi mereka melalui internet.
Saya jauh juga dengannya. Ketika beliau pulang saya tiada dalam negeri. Saya sudah berada di England, di Birmingham menyambut cucu baru yang kedua ibu bapanya tiada pengalaman mengurus anak.
Ketika menunggu kelahiran itulah saya membuka internet melihat orang-orang utama negara mengunjunginya di IJN. Saya tatap gambar wajahnya. Dapatlah dirasakan saya berada di wad di Istanbul dulunya dan IJN selepas itu. Tetapi mana sama dengan melihatnya sendiri.
Saya tidak dapat tangguh pemergian keluar itu kerana tiket sudah ditempah lima bulan dulu. Ketika saya berangkat itu, beliau pun belum berangkat pulang. Berselisih di udara pun tidak. Sesudah seminggu saya di perantauan baru saya lihat beliau diziarahi para sahabat.
Dua hari sebelum berangkat tersebar berita Tok Guru Nik Aziz tenat. Saya diberiahu, orang sudah baca Yasin. Orang-orang Kuala lumpur sudah berangkat, tidak sempat menunggu siang, takut tidak dapat berjumpanya lagi.
Saya tidak boleh ke mana-mana lagi sebab waktu berangkat sudah terlalu dekat. Yang saya dapat buat ialah menunggu berita selanjutnya.
Kurang daripada 24 jam berada di Birmingham saya menerima SMS, Ustaz Abu Baka Chik maut kemalangan jalan raya, menyusul tragedi Karpal Singh lebih dua bulan lalu.
Atas semua perkembangan itu saya beri reaksi Inna lillahi wainna ilaihrajiun.
Akhir-akhir ini ramai orang yang dekat di hati termasuk pemimpin penting PAS uzur di wad dan ada yang mendahului kita. Ada yang saya sempat ziarahi ada yang tidak. Selaluinya Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat yang memaklumkan tentang keuzuran dan kematian rakan-rakan. Apabila dia hendak menziarahi sesiapa, jika dia teringat, dia bawa saya sama.
Yang terbaharu dia membawa saya menziarahi Datuk Ismail Kamus yang hospital itu akhir-akhir ini jadi rumahnya yang kedua. Semasa saya di wadnya, dia antara ingat dan tidak orang menziarahinya. Dia tidak kenal saya jika saya tidak beritahu siapa saya. Setelah mengangguk ingatkan saya, dia lena semula. Saya pun minta maaf atas segalanya seperti biasa adab orang menziarahi orang uzur, takut itulah pertemuan terakhir.
Apabila saya menziarahi sesiapa di hospital atau di rumah masing-masing ingat saya dulu ialah kematian. Bukan memikirkan kematian itu orang diziarahi mesti mati, tetapi dengan mengingat kematian itu saya dapat mengingatkan tentang kematian saya. Jika saya tidak ziarahi orang sakit, saya tidak ingatkan tentang kematian saya.
Seminggu selepas menziarahi Datuk Ismail Kamus, saya jumpa dia di acara solat jenazah di sebuah masjid. Dia ucap terima kasih kerana menziarahinya. Belumlah tentu orang diziarahi itu mati dulu dari kita.
Banyak yang uzur terutama yang jauh tidak sempat saya ziarahi. Banyak kelemahan saya yang saya tidak sempat ziarahi. Kalau pun saya tidak keuzuran, saya tidak boleh pergi sendiri. Mesti ada yang bawa. Anak-anak semua bekerja, perlukan notis awal untuk tinggalkan pejabat. Tiga kali saya beri notis pada anak-anak untuk menziarahi Ustaz Azizan.
Orang PAS ramai, tetapi saya pesan supaya utamakan kerja parti dulu, jika lapang barulah bawa saya ke hospital. Kita kena tahu, semua orang PAS sentiasa sibuk dengan tugas parti masing-masing. Utamakan tugas itu daripada menzirahi saya atau membawa saya menziarahi orang lain.
Apapun saya harap akan dapat ziarah dua tok guru utama itu bukan melalui internet, tapi dapat bersalam dan bertutur dengan mereka. Almarhum Azizi Haji Abdullah (gambar) pernah tulis biar dia mati dulu dari saya. Saya pun kata, biar saya mati dulu daripada dua tok guru itu. - HARAKAHDAILY 3/7/2014
Alhamdulillah...
hari ini adalah merupakan kelahiran semula model pakaian muslimah,
Felixia Yeap atau nama akhir Islamnya (Rania). Dia akan memeluk Islam di
sebuah masjid yang dirahsiakan tanpa liputan media.
Bagi anda yang ingin mengetahui sejarah kehidupan Rania, jom baca artikel yang ditulisnya sendiri ini.
PERNYATAAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman saman mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Teras.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan bahawa saman kepada pemberi tidak perlu kerana masih banyak mekanisma lain yang boleh digunakan.
Menurut beliau, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183) boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan ramainya peminta sedekah.
Yang berikut kenyataan penuh Teras.
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) memberi perhatian kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan .
Kami menyambut pihak berkuasa yang berusaha untuk mengatasi isu mengemis dan gelandangan di Ibu kota. Namun dengan cara menyaman pemberi sedekah adalah menyalahi semangat membantu yang digalakkan oleh Islam.
Adalah tidak sesuai orang yang mahu membantu disaman, padahal bukan suatu kesalahan untuk bersimpati dengan pengemis yang benar-benar susah.
Kami terima hakikat bahawa mengemis tidak harus dibiarkan kerana sepatutnya budaya yang tidak sihat ini tidak boleh dibenarkan berleluasa dalam masyarakat. Sepatutnya punca budaya ini berleluasa di negara ini harus diteliti dan penyelesaian yang lebih berkesan perlu dirangka.
Adalah pelik untuk memperundangkan orang yang mahu menghulur bantuan tiba-tiba dihulur surat saman. Ini bukan suatu peraturan yang bijak. Mengendalikan isu pengemis memang sukar. Lantaran telah menjadi ciri dalam mana-mana kota atau bandar akan ada pengemis terutama ditempat pengunjung yang ramai dikota.
Membenterasnya harus menumpu kepada punca dan masyarakat tahu bagaimana melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak agar pengemis tidak berleluasa di kawasan yang didapati ramai pengemis .
Pihak berkuasa perlu menimbangkan kaedah yang lain untuk membenteras gejala mengemis. Punca mengemis bukan disebabkan kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang suka memberi tetapi ialah kerana wujudnya keadaan yang tidak dikawal sehingga pengemis berleluasa.
Tidak dinafikan adanya gelaja mengemis dalam kalangan rakyat tempatan dan asing yang semakin meningkat dewasa ini .
Setahu kami pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.
Institusi yang sedia ada seperti pihak kebajikan masyarakat dan zakat juga seharusnya digembleng bersama untuk mengatasi gejala mengemis dalam masyarakat.
Sepatutnya Menteri Wilayah menggunakan pendekatan bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk mengatasi isu mengemis di kota raya.
Kami melihat mekanisme yang sedia ada perlu digunapakai dan tidak perlu mewujudkan peraturan baru untuk menyaman orang yang memberi sedekah kepada pengemis.
Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial.
Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.
Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Soalnya sejauhmana pihak berkuasa tersebut melaksanakan penguatkuasaan. Ini yang perlu diberi tumpuan dan dikemaskan. – HARAKAHDAILY 3/7/2014

Coretan Sayu Felixia Yeap Di Hari Kelahiran Semula
Bagi anda yang ingin mengetahui sejarah kehidupan Rania, jom baca artikel yang ditulisnya sendiri ini.
Tiada media dibenar buat liputan lafaz dua khalimah syahadah Felixia
pada 03-07-2014 11:07
SHAH ALAM: Tiada mana-mana media
dibenarkan membuat liputan pengislaman bekas model Playboy Bunny,
Felixia Yeap, yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Ini bagi memastikan semua media dilayan sama rata selain mahu
mengelakkan sebarang kontroversi sepanjang majlis melafaz dua khalimah
syahadah itu berlangsung.
"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun
untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada
semua. Terima kasih kerana memahami," ujarnya, dipetik daripada laman
sosial Facebooknya.
Dalam pada itu, Felixia juga menafikan berita yang tersebar berkenaan lokasi pengislamannya itu.
"Kepada sesiapa yang menyebarkan rumor bahawa saya mengucap di Hidayah Centre Melawati, ini Ramadan.
"Sekurang-kurangnya, jangan sebarkan pembohongan," katanya.
Felixia sebelum ini menceritakan detik-detik penghijrahannya ke arah agama Islam.
Ujarnya, beliau pada awalnya diminta memperagakan pakaian muslimah untuk sesi fotografi.
Ketika memakai pakaian itu, beliau terasa lebih selesa, selamat (terlindung) dan berasa dihormati.
Tatkala itulah beliau yang fasih berbahasa melayu itu mula tertarik
dengan Islam dan juga sedang memahami tentang agama Islam.
Dalam perkembangan yang sama, Felixia dikhabarkan sudah ada perancangan membuat perniagaan fesyen busana muslimahnya sendiri.
Terdahulu, tindakannya memilih memakai pakaian muslimah memandangkan
Felixia masih belum memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi
daripada orang ramai dan ada yang menyokong malah ada juga segelintir
pihak yang sangsi dengan tindakannya itu.
Bersedekah pun boleh kena saman?
PERNYATAAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman saman mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Teras.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan bahawa saman kepada pemberi tidak perlu kerana masih banyak mekanisma lain yang boleh digunakan.
Menurut beliau, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183) boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan ramainya peminta sedekah.
Yang berikut kenyataan penuh Teras.
TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) memberi perhatian kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketatkan .
Kami menyambut pihak berkuasa yang berusaha untuk mengatasi isu mengemis dan gelandangan di Ibu kota. Namun dengan cara menyaman pemberi sedekah adalah menyalahi semangat membantu yang digalakkan oleh Islam.
Adalah tidak sesuai orang yang mahu membantu disaman, padahal bukan suatu kesalahan untuk bersimpati dengan pengemis yang benar-benar susah.
Kami terima hakikat bahawa mengemis tidak harus dibiarkan kerana sepatutnya budaya yang tidak sihat ini tidak boleh dibenarkan berleluasa dalam masyarakat. Sepatutnya punca budaya ini berleluasa di negara ini harus diteliti dan penyelesaian yang lebih berkesan perlu dirangka.
Adalah pelik untuk memperundangkan orang yang mahu menghulur bantuan tiba-tiba dihulur surat saman. Ini bukan suatu peraturan yang bijak. Mengendalikan isu pengemis memang sukar. Lantaran telah menjadi ciri dalam mana-mana kota atau bandar akan ada pengemis terutama ditempat pengunjung yang ramai dikota.
Membenterasnya harus menumpu kepada punca dan masyarakat tahu bagaimana melaporkan kepada pihak yang berkuasa untuk bertindak agar pengemis tidak berleluasa di kawasan yang didapati ramai pengemis .
Pihak berkuasa perlu menimbangkan kaedah yang lain untuk membenteras gejala mengemis. Punca mengemis bukan disebabkan kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang suka memberi tetapi ialah kerana wujudnya keadaan yang tidak dikawal sehingga pengemis berleluasa.
Tidak dinafikan adanya gelaja mengemis dalam kalangan rakyat tempatan dan asing yang semakin meningkat dewasa ini .
Setahu kami pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ada melaksanakan operasi menyelamat pengemis dari semasa ke semasa berdasarkan Akta Orang Papa 1977 (Akta 183). Operasi ini diadakan secara kerjasama padu di antara agensi penguatkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri/Daerah.
Institusi yang sedia ada seperti pihak kebajikan masyarakat dan zakat juga seharusnya digembleng bersama untuk mengatasi gejala mengemis dalam masyarakat.
Sepatutnya Menteri Wilayah menggunakan pendekatan bekerjasama dengan agensi yang berkenaan untuk mengatasi isu mengemis di kota raya.
Kami melihat mekanisme yang sedia ada perlu digunapakai dan tidak perlu mewujudkan peraturan baru untuk menyaman orang yang memberi sedekah kepada pengemis.
Melalui operasi menyelamat yang dijalankan, pengemis dan kutu rayau akan ditahan sementara selama sebulan mengikut seksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977 bagi menjalankan siasatan serta menyediakan laporan sosial.
Sekiranya terbukti seseorang itu adalah pengemis atau kutu rayau, maka majistret boleh mengeluarkan perintah masuk ke pusat pemulihan selama tiga tahun untuk pemulihan di Desa Bina Diri, Jerantut, Pahang (lelaki) atau Desa Bina Diri Mersing, Johor (lelaki dan wanita) mengikut seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977.
Manakala bagi pengemis warga asing, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Soalnya sejauhmana pihak berkuasa tersebut melaksanakan penguatkuasaan. Ini yang perlu diberi tumpuan dan dikemaskan. – HARAKAHDAILY 3/7/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan