Posted on Friday, July 25 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Subky Latif
SAYA tidak berapa tahu atas apa yang dikatakan skandal Bank Rakyat dan Deepak, saudagar permaidani yang lebih setahun kecoh dikatakan berbalah dengan isteri Perdana Menteri atas isu penyiasat persendirian Bala dan Altantuya.
Kecoh itu menyebabkan Deepak terkenal dan selepas Bala meninggal, kecohnya dengan orang kenamaan itu hilang.
Tiba-tiba namanya timbul semula kerana mendapat kemudahan pinjaman yang tidak terhingga daripada Bank Rakyat – dekat ratus juta.
Kisahnya meletup semula kerana ada masalah tentang pembayaran hutang yang banyak itu hingga Bank Rakyat hendak mengambil tindakan undang-undang. Biasalah bagi bank, bertindak demikian kepada pelanggannya.
Cara mana dia senang dapat pinjaman banyak itu belum lagi dikisahkan oleh sesiapa. Ada skandalkah atau tidak, tiada siapa ketahui. Kisah ini jadi skandal apabila menteri yang berkuasa atas bank itu campur tangan tentang cara bank untuk mendapatkan balik hutang itu. Dikatakan dihantarnya surat supaya jangan gunakan undang-undang tapi selesaikan dengan bayar ansur tiap-tiap bulan selama 10 tahun.
Pengerusi bank, Tan Sri Sabaruddin Chik tolak campur tangan itu dan cara penyelesaian oleh pelanggan. Kata Mhfuz Omar, ada lagi surat dari menteri supaya setuju dengan cadangan pelanggan, menjelaskannya melalui cek yang disebutkan jumlah tetap yang bertanda tangan tiap-tiap bulan selama 10 tahun.
Berikutnya, pengerusi bank itu ditamatkan perkhidmatannya dan cadangan pelanggan diterima.
Demikianlah persekitaran kisah yang dikatakan skandal itu yang kini menjadi isu panas melibatkan Deepak, menteri dan Bank Rakyat yang saya ada sikit saham.
Apabila ia dikatakan skandal, maka timbullah keraguan tentang keselamatan pinjaman dan macam mana pemberian pinjaman dan sebagainya.
Ia mengingatkan saya kepada kisah anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong kira-kira Dr. Mahathir baru jadi Perdana Menteri dulu. Seorang saudagar di Hong Kong dengan begitu mudah dapat pinjaman jika tidak silap lebih dua bilion.
Benda itu jadi pecah kerana seorang pegawai Bank Bumiputera dari Kuala Lumpur yang ditugas di syarikat kewangan di Hong Kong itu didapati terbunuh.
Banyak mana duit yang dipinjamkan itu payah hendak dibayangkan, tetapi kalau wang kertas RM10 digantung pada tali seperti poster pilihan raya, maka panjangnya boleh sejauh dari Kuala Lumpur ke Australia dan disambung semula dari Australia ke Kuala Lumpur mungkin banyak lagi yang belum digantung.
Kata Dr. Mahathir atas skandal itu pada masa itu kira-kira, ia bukan kesalahan dari segi jenayah tetapi kesalahan dari segi moral.
Dilakukanlah siasatan atas pembunuhan itu dan cara pemberian hutang yang begitu banyak dan mudah. Tindakan undang-undang dikenakan. Jika saya tidak silap saudagar yang bertuah itu ditahan.
Apa pun, beberapa orang penting dari dunia kewangan dari Bank Bumiputera dikenakan tindakan undang-undang antaranya Lorence Othman yang sangat berpengaruh dalam kalangan kerajaan dan usahawan. Saya tidak ingat tindakan yang dikenakan kepadanya. Tetapi dia kena tindakan.
Ada yang lari ke Paris. Saya tidak ingat namanya. Tetapi saya tahu dia orang baik. Saya tidak ingat apakah dia dikenakan tindakan. Lama selepas skandal di Hong Kong itu tidak diingat orang, saya terjumpa dia di Kuala Lumpur. Kami bertegur sapa. Saya kata kepadanya, ‘Lama kita tidak jumpa.’ Dia pun bertanya khabar.
Skandal di Bank Rakyat ini tidak sehebat skandal di Hong Kong itu kerana tiada pembunuhan, tetapi kelecehannya adalah sama, orang suka menjadikan bank sebagai lubuk untk mengaut untung secara tidak bermoral. Dengan pengajaran di Hong Kong itu, tidak wajar skandal beruang lagi.-hd
Kotak Hitam Nahas Pesawat TransAsia Airways Ditemui
Posted on Friday, July 25 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Seorang penyiasat sedang membuat pemeriksaan di lokasi nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di Pulau Penghu, Taiwan. Foto XINHUA
MAGONG (Taiwan): Kotak hitam milik pesawat Taiwan yang terhempas di Magong pada Rabu sehingga mengorbankan 48 orang ditemui, kata kumpulan penyelamat pada Khamis.
Pasukan itu menjumpai dua kotak hitam iaitu perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan, yang akan membantu mendapatkan jawapan punca nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas Magong di Pulau Penghu, Taiwan berikutan cuaca buruk.
Hanya 10 orang yang terselamat dalam nahas itu.
Pesawat ATR 72-500 membawa seramai 54 penumpang dan empat anak kapal itu terhempas di kawasan perumahan di Magong dalam penerbangannya dari Kaohsiung di barat daya Taiwan, yang turut mengakibatkan lima orang awam terbunuh di tempat kejadian.
Pesawat GE222 berkenaan cuba untuk mendarat buat kali kedua selepas cubaan pertama gagal berikutan hujan lebat dan ribut petir yang disebabkan Taufan Matmo yang melanda Taiwan.
Kumpulan penyiasat sedang menyiasat punca nahas termasuk bagaimana pesawat itu dibenarkan melakukan penerbangan ketika cuaca buruk.-AFP/mstar
Perisikan AS : Rusia Tidak melakukannya. "Foto satelite AS tidak Menyokong
Posted on Friday, July 25 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Reaksi petugas ketika mengangkut mayat-mayat mangsa.
Pembohongan Obama lebih busuk lagi dari mayat-mayat mangsa MH17
Dr Paul Craig Roberts bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS dan Editor Bersekutu dalam Wall Street Journal telah mendedahkan pembohongan rejim Obama mengenai tragedi pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang jatuh pada 17 Julai lalu.
Selepas beberapa hari menuduh dan menyalahkan Rusia yang menjatuhkan pesawat Malaysia itu, kini dengan Rumah Putih telah terpaksa membenarkan pegawai-pegawai risikan US memberitahu pemberita bahawa tidak ada bukti penglibatan kerajaan Russia.
Ini bermakna, Russia adalah benar sebagaimana akuannya selama ini, bahawa ianya tidak terlibat dengan tragedi tersebut.
Jika White House mempunyai sebarang bukti penglibatan Rusia, tentu ia telah heboh dikeluarkan beberapa hari yang lalu.
Jelas sekali, foto satelit Amerika Syarikat tidak menyokong pembohongan rejim Obama.
Anda boleh membacanya disini
alhusseyn51.blogspot.com
Selepas TransAsia Airways, Kini Air Algerie Terhempas Kerana Cuaca Buruk
Posted on Friday, July 25 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas di Niger kerana cuaca buruk
Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, selepas insiden malang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17, hari ini pesawat milik Air Algerie AH5017 disahkankan ?terhempas di Niger selepas terbang melalui ribut kuat.
Stesen televisyen Algeria Elnahar mengesahkan pesawat itu terhempas kerana cuaca buruk.
Pesawat itu terhempas selepas melalui bandaraya Niger dan dianggarkan kesemua116 orang penumpang terbunuh.
Penerbangan itu dikatakan ditemui berhampiran Niamey, ibu negara Niger.
Pesawat berkenaan berlepas dari bandaraya Burkinan, Ouagadougou dan terputus hubungan dengan stesen kawalan ketika melalui ruang udara Mali dan dikatakan satu jam perjalanan dari sempadan Algeria.
Pesawat malang itu dijadualkan mendarat di destinasinya kira-kira jam 5.10 waktu tempatan tetapi tiada komunikasi dengan pusat kawalan, walaupun cuba dihubungi pegawai selama enam jam selepas ia melakukan lencongan.
Terdapat enam anak kapal, kebanyakannya warga Sepanyol, dan 110 penumpang, yang terdiri daripada warga Perancis. –TMI
KES SEMALAM
Ribut Akibat Taufan Matmo Dipercayai Punca Nahas Pesawat Taiwan
TAIPEI: Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, menurut syarikat penerbangan berkenaan.
Nahas pesawat dalam penerbangan dari Kaohsiung di selatan Taiwan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan.
Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan kru itu terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan yang terletak antara negara itu dengan China, malam Rabu.
“Mengikut apa yang kami faham setakat ini, kejadian itu berlaku akibat cuaca buruk yang dipengaruhi taufan berkenaan," kata wakil TransAsia, Phoebe Lu.
Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan.
Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat.
Biro Kajicuaca Pusat Taiwan memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China. -mstar
ULASAN GB
Berbeza dengan tragedi MH370 & MH17, kedua-dua nahas di atas adalah kerana faktor cuaca. Kehilangan MH370 sehingga kini belum dapat dikesan, manakala MH17 pula ditembak jatuh di Ukraine.-greenboc
Tentera Israel dipecat kerana takut Al-Qassam
KUALA LUMPUR: Media Zionis semalam melaporkan pihak tentera rejim itu terpaksa memecat anggota tenteranya ekoran enggan menyertai serangan ke atas Gaza kerana takut terbunuh di tangan pejuang Palestin.
TV10 Israel melaporkan, puluhan anggota tentera rejim menolak untuk menaiki kenderaan perang untuk memasuki Gaza.
Nama anggota-anggota itu juga disenarai hitam dari menjadi askar untuk seumur hidup.
Sehingga semalam, lebih 30 askar rejim Zionis maut berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam ketika mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza.
Beberapa sumber juga menyebut, tentera Zionis sangat taku apabila berhadapan serangan hendap Al-Qassam sehingga ada yang terpaksa menembak kaki sendiri supaya cedera dan dibawa keluar dari kawasan perperangan.
Mereka juga dilaporkan mengakui kehebatan anggota Al-Qassam sehingga mendakwa bukan berperang dengan manusia tetapi seperti berperang dengan hantu yang datang secara tiba-tiba dan kemudian hilang.
Pada sabtu lalu enam anggota tentera Israel maut setelah kenderaan tentera yang dinaiki mereka berjaya ditembak Al-Qassam di kawasan Timur Tuffah, Gaza Timur.
Sumber Israel sebelum ini mengakui kenderaan perisai jenis M113 yang digunakan mereka menyerang Gaza, tidak selamat jika diserang dengan roket jenis RPG terbaru. - HARAKAHDAILY 24/7/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan