Lelaki rogol wanita  hamil minta maaf
Bachok: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dirogol lima lelaki bergilir-gilir di sebuah sawah padi di Kampung Kuau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan ke rumah rakan perempuannya di Kampung Tangok, sebelum keluar membonceng motosikal bersama adik perempuan rakannya bagi membeli makanan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun, mengandung anak kedua manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur.


Bonceng motosikal

Katanya, mangsa mendakwa dia dan adik rakannya sedang membonceng motosikal sebelum didatangi kekasih adik rakannya bersama dua lelaki.

“Adik rakan mangsa dipaksa membonceng motosikal bersama teman lelakinya, manakala mangsa dipaksa mengikuti dua lelaki itu ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi Kampung Kuau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, di sini.
Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan bersama dua lelaki itu dan cuba mahu menelefon seseorang untuk mengambilnya.

Abdul Hamid berkata, berang dengan tindakan mangsa, seorang daripada lelaki itu menelefon tiga lagi rakannya dan mereka merogol mangsa secara bergilir-gilir.


Suspek mohon maaf

“Mangsa kemudian dihantar ke rumah rakannya di Tangok oleh seorang suspek jam 4.30 pagi, malah suspek dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tawang.

Katanya, polis kini sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

'Burung Ababil' buatan Al-Qassam mengejutkan Israel

http://penburukonline.blogspot.com | .

Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.

Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!







 

Tuesday, 15 July 2014


4 FOTO MURSYIDUL AM PAS, TGNA SEDANG MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM) KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN.


Moga Allah SWT kurniakan kesihatan,kesembuhan, dan dipermudahkan segala urusan.

Malaysia Jangan Bagi Muka Kepada Kenderaan Asing!


Singapura bertindak akan menaikkan caj VEP pada Ogos ini. (Gambar hiasan)
SHAH ALAM - Cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya Malaysia mengenakan caj permit kemasukan kenderaan (VEP) asing kepada kereta berdaftar di Singapura disambut baik rakyat Malaysia, seperti yang dapat dilihat melalui perbincangan di media sosial.
Kebanyakan pengguna menganggap ia langkah tepat selepas kerajaan sekian lama membenarkan kenderaan asing memasuki negara ini secara percuma dan ramai juga yang mencadangkan supaya jumlah caj dinaikkan lebih tinggi daripada RM100 yang dicadangkan Pemuda Umno Johor, kelmarin.
Malah, ramai juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap kerajaan menganaktirikan rakyat sendiri dengan mengenakan pelbagai bayaran dan menarik semula pelbagai subsidi, namun tidak mengenakan bayaran setimpal kepada orang luar.
Seorang perunding komunikasi Faisal Nazrin Zainuddin, 30, berkata, kebanyakan kereta dari Singapura diketahui memasuki negara ini untuk mengisi petrol dan membeli barangan yang kebanyakannya menerima subsidi kerajaan.
"Memang ada had (pembelian petrol) tetapi dari segi penguatkuasaan, saya rasa tidak menyeluruh. Ini (caj VEP) satu lagi sumber pendapatan (negara)," katanya.
Beliau turut mempersoalkan kelonggaran ketara kepada pesalah trafik Singapura.
"Saya banyak kali terserempak dengan kenderaan Singapura memandu sangat laju di lebuh raya. Polis kita mencari pesalah trafik Malaysia sehingga ke rumah, pejabat tetapi kenapa undang-undang itu seolah-olah tidak dikenakan kepada orang luar?," soalnya.
Sementara itu, peguam Siti Nurzafirah Padzil, 27, berkata, cadangan mengenakan VEP kepada kenderaan Singapura amat disetujui.
"Singapura penyebab kesesakan lalu lintas di Johor Bahru dan mereka memenuhi ruang letak kereta pasar raya besar untuk beli barangan runcit di Malaysia," katanya.
Pandangan mereka dikongsi sebahagian besar pengguna media sosial yang memberi komen berhubung cadangan caj VEP itu.
"Singapura bijak dapatkan duit daripada orang luar tetapi Malaysia tidak tahu (melakukan perkara sama), hanya tahu dapatkan duit daripada orang sendiri dengan menaikkan harga," menurut seorang pengguna media sosial.
Ada pula yang berpendapat kereta Singapura patut dikenakan caj tinggi kerana kebanyakan penduduk negara jiran itu membeli petrol RON95 yang bersubsidi di Malaysia.
"Apabila ditegur, ajak pula kita bertumbuk. Apa dah jadi dengan penguatkuasaan," komen pengguna Facebook.
Singapura berusaha mengurangkan kesesakan pintu sempadan negaranya mengumumkan caj VEP dinaikkan dari S$20 (RM51) kepada S$35 (RM90) bermula 1 Ogos ini. ─ Sinar Online
Senin, 14 Juli 2014, 07:41 WIB

Ini Wanita Terseksi India

Monday, 14 July 2014, 07:24 WIB
Deepika Padukone
Deepika Padukone
REPUBLIKA.CO.ID, NEW DELHI -- Aktris Bollywood Deepika Padukone dinobatkan sebagai aktris terseksi di jagat India. Ini tak mengherankan mengingat apa pun yang disentuh oleh si cantik ini akan selalu menjadi emas.
Mulai dari film, iklan, hingga dunia fesyen. Istilah kegagalan seolah tidak ada di dalam kamusnya.
Deeps mengalahkan Katrina Kaif yang tahun lalu meraih posisi ini. Dilansir dari Bollywood Celebden, Senin (14/7), Deeps juga mengalahkan sahabatnya, Priyanka Chopra.
Penghargaan tersebut merupakan hasil seleksi yang dilakukan FHM India untuk menyeleksi 100 wanita terseksi di India.
Ketika menerima penghargaan tersebut, Deeps tampil dengan gaun panjang karya Stella McCartney. Dandanannya bernuansa retro dengan bibir yang manis. Dia tampak menakjubkan seperti biasanya. Selamat, Deeps! 2:37PM - 15 Jul 2014

Hamas: gencatan hanya 'perabis dakwat'


Pasukan bersenjata Palestin Hamas menolak cadangan gencatan senjata yang dibuat Mesir dalam berdepan konflik bersenjata di Gaza, menurut laman rasminya.

Sayap tentera Hamas Briged Qassam pada Selasa berkata, pihaknya tidak diberikan maklumat lanjut berhubung usaha itu daripada mana-mana pihak sama ada secara rasmi atau pun tidak rasmi, lapor Al Jazeera.

Kenyataan itu menyebut, daripada laporan media, ia menggambarkan ia hanya usaha supaya mereka “tunduk dan menyerah” dan menambah ia tiada nilai dan “hanya menghabiskan dakwat”.

Sebelum itu, Perdana Menteri Isrel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata akan membincangkan perkara itu dengan kabinet keselamatannya, yang dijadual pada Selasa.

Cadangan Mesir itu supaya gencatan senjata bermula pada Selasa pagi dan diikuti rundingan untuk pendamaian jangka panjang.

Kumpulan bersenjata Jihad Islam pula dilapor menerima peranan Mesir untuk “menamatkan kerakusan Israel dan mempertahankan rakyat Palestin” tetapi tidak akan menerima gencatan senjata tanpa syarat.

“Mamantau gencatan senjata untuk jangka pendek kemudian berunding syarat-syaratnya tidak dapat diterima. Kita sudah melaluinya dan ia gagal,” kata seorang pemimpin kanannya Khaled al-Batch.

John Kerry terbang ke Kaherah

Dalam kenyataan dalam Al-Aqsa TV pada Isnin, Tmbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh menyatakan kecurigaannya pada usaha itu.

“Rakyat kita cuba mengelakkan perang tetapi musuh-musuh Zionis memulakannya, dia mengumumkannya, dia bersedia untuknya, dia mula membunuh wanita, kanak-kanak dan anggota keluarga, memusnahkan rumah-rumah. Seluruh keluarga dihapuskan,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Hati kecil saya dan orang ramai bersama keluarga-keluarga ini, tetapi pertumpahan darah ini menjadikan kita lebih komited terhadap hak-hak kita dan untuk menghentikan keganasan ini, untuk menamatkan keadaan ini di Gaza dan Tebing Barat.”

Agensi berita Mesir pada Isnin melaporkan bahawa Setiausaha Negara Amerika Syaikat John Kerry akan terbang ke Kaherah bagi membincangkan situasi itu selepas Presiden Barack Obama berasa “digalakkan” dengan cadangan gencatan senjata negara itu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 189 rakyat Palestin terbunuh dengan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata 80 peratus mangsanya adalah orang awam.

Seramai 1,350 orang lagi tercedera dan lebih 17,000 lagi menumpang teduh di tempat perlindungan PBB.

Di pihak Israel pula, sekurang-kurangnya 10 tercedera akibat tembakan roket daripada Gaza. Tiada kematian direkodkan.
7:10PM - 13 Jul 2014

Tahukah anda Israel mengimport minyak sawit Gred A sahaja dan bukan sahaja untuk memasak tapi juga untuk kegunaan persenjataan mereka termasuk bom kimia yg berbahaya ?

Written By canang on Selasa, 15 Julai 2014 | 7/15/2014 03:30:00 PTG

Tahukah anda Israel mengimport minyak sawit Gred A sahaja dan bukan sahaja untuk memasak tapi juga untuk kegunaan persenjataan mereka termasuk bom kimia yg berbahaya ? GM menerima laporan ini beberapa minggu yg lepas dari bberapa pihak termasuk pekerja kilang sawit di pasir gudang yg khas utk proses minyak sawit utk export ke Israhell samada transit ke negara Eropah atau hantar terus ke Ashdod di Israel tapi kekurangan bukti & kajian. Jadi GM cuba risik chemical composition ...dalam pembuatan bom & persenjataan dan jangan terperanjat jika GM katakan pd anda bahawa Malaysia & Indonesia punya minyak masak yg berkualiti tinggi dalam dunia bagi menghasilkan bom. Extract minyak masak akan dipecahkan kpd beberapa komposisi kimia yg boleh berpotensi menghasilkan carbon campuran kimia yg sangat tinggi. Dan telah terbukti di Palestin, Syiria, Iraq dimana selepas pengeboman, kanak2 & org dewasa yg terhidu asap kimianya boleh menyebabkan organ dalaman gagal berfungsi. Ya, anda fikir GM ini mungkin gila, tapi cubalah fikir bagaimana Amerika hasilkan minyak Ethanol hanya dari Jagung & sayuran... Pada masa yg sama Israel menggunakan minyak masak ini sbg bio diesel... Amerika menghantar teknologi & sumber kewangan, negara asia yg lain seperti Malaysia pula hantar bahan keperluan dari sumber organik. GM tak tahu apa dah nak kata lagi...............ya mungkin Mukhriz kata hantar minyak masak utk kegunaan org Islam di Israel, boleh berdagang dgn Israel tapi pd masa yg sama menafi pula tiada apa2 dagangan ? Allahu rabbi.... gambar tersebut adalah buktinya.. GM dedahkan, anda tentukan...!!!!

OIC dicadang tubuh tentera Islam


Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dicadang menubuhkan sebuah pasukan tentera Islam dengan keanggotaan pelbagai negara Islam seluruh dunia, berikutan serangan kejam berterusan Israel terhadap
rakyat Palestin di Gaza.

Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), yang mencadangkan perkara berkenaan, menarik perhatian bahawa pasukan itu seterusnya boleh digerakkan secepat mungkin ke Gaza bagi menangkis dan menghentikan serangan tentera Israel.

Setiausahanya, Mohd Shamsuddin Damin berkata, selain usaha diplomasi dan rundingan yang dijalankan, penubuhan tentera berkenaan secara tidak langsung dapat menyedarkan pengganas Israel bahawa umat Islam bersedia mempertahankan Gaza dan Palestin daripada dimusnahkan.

"Pada hemat kami juga, jihad bertahan ini wajar kerana tentera pengganas Israel mahu memusnahkan Gaza dan tanah suci umat Islam.

"Semua kriteria menggerakkan jihad bertahan seperti dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW telah dilanggar tentera pengganas Israel," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera, selain masjid, sekolah dan ratusan rumah musnah akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

- Bernama

Pas Kawasan Lenggong Perak added 2 new photos.
5 hrs ·
Tabur bunga di atas pusara amalan Yahudi, Kristian
RSS Sinar Harian / 15 hours ago
KANGAR - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.
Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.
Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.
Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.
Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail. - Bernama
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramadhan, Umat Kristen di Betlehem Ikut Berpuasa

Al-Arabiya News

Betlehem, Palestina
REPUBLIKA.CO.ID, BETLEHEM -- Di Ramadhan, umat Kristen di Betlehem, Tepi Barat juga ikut berpuasa. Ini dilakukan untuk menghormati Muslim yang sedang berpuasa dan demi meningkatkan spritualitasnya di bulan suci.
Mereka melanjutkan tradisi solidaritas ini demi meningkatkan persatuan dan kesatuan antarumat beragama.
"Nenek saya juga berpuasa. Muslim dan Kristen di sini berpuasa. Kami dibesarkan dengan cara ini untuk menunjukkan bentuk penghormatan dan solidaritas terhadap umat agama lain," ujar Mike Kanawati, warga Kristen di Betlehem yang mengelola toko suvenir dan perhiasan, dilansir dari Al-Arabiya News, Senin (14/7).
Ramadhan adalah bulan paling suci dalam kalender Islam. Muslim dewasa wajib menjauhkan diri dari makanan, minuman, rokok dan seks, mulai dari terbit fajar sampai terbenam matahari.
Kanawati menekankan, berpuasa adalah sama bagi Islam dan Kristen. Menurutnya, puasa dengan cara Muslim atau Kristen menekankan pentingnya merasakan penderitaan orang yang tidak mampu.
Kedatangan Ramadhan setiap tahunnya di kota suci umat Kristiani ini bukannya mengurangi iman Kanawati. Sebab, ketika umat Kristen berpuasa, umat Islam juga menjaga solidaritas dengan berpantang makan keju, daging, dan susu.
Tradisi ini dipertahankan dari generasi ke generasi sehingga Muslim dan Kristen hidup berdampingan selama ratusan tahun.
Betlehem memiliki mayoritas Muslim tapi juga rumah bagi komunitas Kristen Palestina terbesar di dunia. Sebuah survei 2006 yang dilakukan Palestinian Center for Research and Cultural Dialogue, 90 persen umat Kristen dan Muslim di sini bersahabat.
Sebanyak 73,3 persen mengatakan, otoritas Palestina menghormati warisan budaya dan situs Kristen di kota itu. Sebanyak 78 persen melaporkan, emigrasi orang Kristen dari Betlehem bukan karena bermasalah dengan Muslim. Melainkan adanya pembatasan perjalanan  yang dilakukan Israel di wilayah tersebut.
Reporter : Mutia Ramadhani
Redaktur : Mansyur Faqih