Isnin, 28 Julai 2014

BUKAN LAGU YANG MENYENGAT...TAPI IBADAH2 DIBULAN RAMADAN DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT TERUS BERIBADAH SERTA BERTAQWA KEPADA ALLAH SWT BUKAN HANYA MENJAGA IBADAH2 DIBULAN PUASA SAJA









LLL

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Number of View: 7643
يَرۡفَعِٱللَّهُٱلَّذِينَءَامَنُواْمِنكُمۡوَٱلَّذِينَأُوتُواْٱلۡعِلۡمَدَرَجَـٰتٍ۬‌ۚوَٱللَّهُبِمَاتَعۡمَلُونَخَبِيرٌ۬
Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Kepada mereka yang selalu ke majlis ilmu, semestinya selalu mendengar hadith dan ayat Quran di atas. Setiap kali penceramah dan muzakkir ingin memulakan kuliah dan tazkirah mereka, mereka selalu diingatkan betapa pentingnya menuntut ilmu. Begitulah lumrahnya, orang yang berilmu sentiasa berada di dalam kehidupan yang baik, jika ilmu yang dipelajarinya itu benar, dan diamalkan apa yang dipelajari.
Majlis ilmu tidak terhad sahaja kepada majlis-majlis tazkirah, kuliah-kuliah di masjid, ceramah-ceramah agama, forum hal ehwal islam. Skop menuntut ilmu sangat luas. Walaupun seorang yang berada di dihadapan computer ingin mencari ilmu pun dikira sebagai menuntut ilmu. Oleh itu, tidak dapat untuk kita menuntut ilmu dimana-mana, dan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran daripada Allah S.W.T.
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah, dan 4 golongan tersebut ialah:
1) Orang yang bertanya;
2) Orang yang mengajar;
3) Orang yang mendengar; dan
4) Orang yang suka pada orang yang berada dalam majlis ilmu.
Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu. Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai Allah.
Dalam konteks manusia, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah-kuliah adalah peluang yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia di dunia. Wallahua’lam.
Oleh Raihanah Abd. Razak, Bahagian Penyelidikan

Kelebihan orang yang menuntut ilmu.

Memang tersangat banyak kelebihan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang bergelar penuntut ilmu. Marilah kita menghayati hadis-hadis yang menceritakan perihal ini.

1- Allah permudahkan bagi penuntut ilmu jalan ke syurgaNya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلىَ الجَنَّةِ))
أخرجه مسلم

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.))
{HR Muslim}

2- Malaikat meletakkan sayap menaungi penuntut ilmu dan makhluk-makluk Allah memohon ampun baginya.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاء رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: (سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْه وسلَّمَ يَقُولُ: مَن سَلَكَ طَرِيْقًا يَبْتَغِي فِيْهِ عِلْمَاً سَهَّلَ اللهُ لهُ طَرِيْقَاً إلى الجَنَّة وإنَّ المَلائِكَةَ لَتَضَعُ أجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ رِضَاً بِما يَصْنَعُ وَ إنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغفِرُ لهُ مَن في السَّمواتِ ومَن في الأرضِ حَتَّى الحِيْتَانُ في المَاءِ وفَضْلُ العَالِمِ عَلى العَابِدِ كَفَضلِ القَمَرِ على سَائِرِ الكَوَاكِبِ وإنَّ العُلَماءَ وَرَثَةُ الأنبِيْاءِ وإنَّ الأنبِيْاءَ لمْ يُوَرِّثُوا دِيْناراً ولا دِرْهَمَاً وَ إنَّما وَرَّثُوا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ).
َأَخْرَجَه أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِي

Maksudnya:
Daripada Abu Darda’ radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang alim berbanding seorang abid ialah ibarat rembulan kepada bintang-bintang yang lain, Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar.))
{HR Abu Daud dan At-TIrmizi}

3- Allah menginginkan kebaikan bagi diri penuntut ilmu.
عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ ))
أَخْرَجَه البُخَارِي وَ مُسْلِم

Maksudnya:
Daripada Muawiyah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka Allah akan menjadikan dia faham dalam bidang agama.))
{HR Bukhari dan Muslim}

4- Ilmu menjadi amalan yang dapat dijadikan aset di akhirat nanti.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ))
رواه مسلم

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Apabila matinya seorang anak Adam itu, maka akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya (oleh orang lain), atau anak soleh yang mendoakannya.))
{HR Muslim}

5- Menuntut ilmu dikira antara ibadah dan jihad.

قَالَ مُعَاذُ بْن جَبَل رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: "تَعَلَّمُوا الْعِلْمَ فَإِنَّ تَعَلُّمَهُ لِلَّهِ خَشْيَةٌ، وَطَلَبَهُ عِبَادَةٌ، وَمدَارَسَتَهُ تَسْبِيحٌ، وَالْبَحْثُ عَنْهُ جِهَادٌ، وَتَعْلِيمَهُ لِمَنْ لاَ يَعْلَمُهُ صَدَقَةٌ، وَبَذْلَهُ لأَهْلِهِ قُرْبةٌ، وَهُوَ الأَنِيْسُ فِي الوَحْدَةِ، وَالصَّاحِبُ فِي الخَلْوَةِ".
‏‏ Maksudnya:
Berkata Muaz bin Jabal: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntutnya kerana Allah adalah satu bentuk ketakwaan, mencarinya adalah ibadah, mengulangkajinya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan diri kepada Allah. Dia adalah teman kala keseorangan dan sahabat ketika bersendirian.”

6- Penuntut ilmu tergolong antara mereka yang bebas dari laknat Allah di muka bumi ini.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ‏:‏ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ‏:‏ ((‏الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ ومَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرَ اللهِ تَعَالَى، وَمَا وَالاَهُ، وَعَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا‏"‏
‏رواه الترمذي وقال‏:‏ حديث حسن‏

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah i bersabda: (( Dunia ini adalah dilaknat. Dilaknat apa yang didalamnya kecuali berzikir kepada Allah Taala dan apa yang menurut kehendakNya, dan orang yang alim atau orang yang belajar.))
{HR At-Tirmizi}


7- Penuntut ilmu dianggap sebagai pejuang di jalan Allah.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ‏:‏ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏: ((‏مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِع))‏
رواه الترمذي وقال‏:‏ حديث حسن‏

Maksudnya:
Daripada Anas radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda: (( Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia di dalam sabilillah sehinggalah dia pulang.))
{HR At-Tirmizi}


Begitulah betapa banyaknya kelebihan yang telah Allah sediakan bagi penuntut ilmu. Tidak kiralah apa-apa ilmu pun, asalkan ilmu itu bermanfaat dan bukanlah ilmu yang haram seperti belajar mencuri, belajar melakukan perbuatan-perbuatan maksiat dan sebagainya. Justeru, sebagai penuntut ilmu, kita haruslah sentiasa bersemangat tinggi dalam menuntut ilmu. Jadikanlah hadis-hadis ini sebagai peransang dan motivasi kepada diri sendiri agar kita sentiasa istiqamah di atas landasanNya, InsyaAllah.


Kelebihan Mencari Ilmu



Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mudahkan padanya jalan ke syurga." (HR Muslim)

“Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu , maka Allah nanti akan melalukan ( mempermudahkan laluan orang itu ) ke syurga . Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan ( Allah ) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ‘alim itu , sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi , hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid ( orang yang suka beramal – ibadat ) adalah seumpama kelebihan ( kedudukan ) bulan di atas segala planet . Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi ( a.s ) . ( Dan ) sesungguhnya Para Nabi ( a.s ) tidak pernah mewariskan ( meninggalkan ) sebarang dinar ( duit emas ) ataupun dirham ( duit perak ) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan ( daripada Para Nabi a.s itu ) , maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar". (HR Al-Imam at-Tirmizi)

”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.” (HR Ibnu Majah)

Kelebihan menuntut ilmu

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan. (HR Abu Daud)







Terdapat beberapa hadith yang menyatakan kelebihan menuntut ilmu. Semua manusia adalah sama sahaja. Perbezaan antara manusia adalah dari ilmunya. Di sisi Allah pula, semua manusia sama kecuali yang takwa.


Nabi bersabda:
Dunia ini dilaknat melainkan ingat kepada Allah, ketaatan, orang yang alim ataupun yang belajar.(HR Tirmizi)


Nabi bersabda:
Sesiapa yang pergi mencari ilmu maka Allah akan membuka pintu syrga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan2 di lautan mendoakan utknya. (HR Abu Daud)


Nabi bersabda:
Sesiapa yang menuju ke masjid semata2 untuk menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya maka dia mendapat pahala seumpama orang yang menunaikan haji yang sempurna hajinya.(HR Tabrani)

Oleh itu marilah kita sama-sama menuntut ilmu. Terutamanya ilmu yang di wajibkan secara fardu ain.


Ilmu tersebut adalah seperti berikut:

1. Ilmu fekah: Segala perkara yg kita nak buat wajib kita tahu hukumnya samada yang berkaitan dengan ibadat(taharah, wuduk, solat, tayamum,  puasa dll) kita, muamalat kita (jual beli, sewa, urusan bank,dsbgainya), urusan pernikahan(bagi yang nak menikah), hubungan laki perempuan, pakaian dan perhiasan, dan pengurusan jenazah.

2. Ilmu tauhid: Secara ringkas dia kena mengetahui tentang ketuhanan, rasul, rukun Islam,rukun iman dan perkara-perkara yang ghaib.

3. Ilmu Tasawuf: Ummi suka katakan ilmu Pemurniaan Hati, Kena tahu penyakit-penyakit hati seumpama riya’, ujub dsbgainya dan cara nak merawatinya. Ia perlu dilakukan secara berterusan dibawah pengawasan guru yang baik.


Ketiga-tiga ilmu ini perlu kita cari secara berterusan kerana ianya diperlukan selagi mana kita bernafas, ianya lebih penting dari makanan dan minuman. Tanpa makanan kita akan teseksa sekejap dan akan mati, tapi jika tanpa ilmu ini akan menyebabkan mati hati dan ruh kita dan boleh menyebabkan suul kahtimah dan berkekalan di neraka.


Sekian tazkirah pendek buat ingatan dan renungan bersama kepada pembaca budiman yang rajin membaca tulisan ummi. Mohon maaf dipinta jika ada kekurangan dan kelemahan ummi di dalam mengarap minda dicanai pada laman ini.


Aku hidup dalam kenangan,
Imbauan rindu sering bertandang,
Sumber kekuatan diakan datang.

Kelebihan Menuntut Ilmu

Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”. (Riwayat Al Bara)
Maksud “tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri china” ialah : Belajarlah sekalipun sehingga ke satu tempat yang jauh.
Negeri China yang dimaksudkan pula ialah China Yunan (bukan China sekarang) yang mempunyai ketamadunan yang tinggi pada masa itu. Orang Arab pada masa itu mempelajari ilmu asronomi, falsafah dari mereka. Para sahabat nabi juga pernah ke sana dan terdapat maqam (kubur) mereka di sana.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. ilmu keagamaan boleh didapati oleh para sahabat secara terus daripada Baginda s.a.w, sebaliknya ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu keduniaan di Yunan, kerana Yunan pada masa itu sangat bertamadun.
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan dan ilmu yang paling utama ialah ilmu aqidah kerana aqidahlah yang menentukan masa depan akhirat kita.
Dalam kebanyakan hadis, orang yang mengajar dengan orang yang belajar adalah sama kelebihannya kecuali : Malaikat melebarkan sayapnya ke atas orang yang belajar ilmu agama yang ikhlas kerana Allah. Orang yang belajar hendaklah mengamalkan apa yang telah dipelajarinya (amal lah apa yang betul, dan tinggalkan apa yang tidak betul iaitu yang dibuat semata-mata kerana ikut-ikutan).
Sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud). Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi).
Orang yang mengajar kebaikan, segala sesuatu (segalah-galanya), sehingga ikan-ikan yang ada di dalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir).
Kebaikan yang dimaksudkan ialah ilmu agama yang betul (perkara-perkara yang dibolehkan atau yang tidak dobolehkan, halal, haram) kerana tiada ilmu yang lebih baik selain daripada agama. Segala sesuatu misalnya pokok, batu dan sebagainya mendoakan keampuan bagi orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar , juga diampunkan dosa mereka.
Sesungguhnya orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu lebih tinggi makamnya (kedudukannya) di sisi Allah. Allah memberi pahala yang lebih kepada amalan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.

Az-Zumar [9] : (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Al-Mujaadilah [11] : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (11)

 

 

 

Tiada ulasan: