Jumaat, 25 Julai 2014

MANUSIA SEKUAT MANA...ALLAH MAHA PERKASA...MAHA BESAR...'KUN' ...JADI MAKA JADILAH....MANUSIA NI JANGANLAH BURUK PERANGAI



Pas Sungai Aur shared Islam Itu Indah's photo.
5 hrs ·
Berhati-hati ketika membeli kasut. Tolong sebarkan!
LikeLike · ·

Israel Tertekan, Barulah Majlis Keselamatan PBB Bersidang

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai situasi di Gaza, di mana jumlah kematian rakyat Palestin melebihi 100 orang dalam sehari.

Diplomat berkata mesyuarat itu, yang dibuka kepada orang awam, diminta oleh negara anggota, Jordan berikutan gesaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Ketika pemimpin serantau mengadakan perjumpaan di Doha untuk perbincangan segera mengenai gencatan senjata, Abbas berkata “Apa yang pasukan tentera Israel lakukan di Shejaiya adalah perbuatan jenayah terhadap manusia,” yang merujuk kepada serangan sejam Israel berhampiran bandaraya Gaza yang meragut 62 nyawa Palestin dan mencederakan 250 orang.

“Mereka yang melakukannya tidak akan terlepas tanpa hukuman,” tambah Abbas.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kini berada di Doha sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia Barat bagi mendesak usaha gencatan senjata.

Beliau mengutuk ‘tindakan ganas’ di Shejaiya dan menggesa Israel supaya “seberapa yang boleh menahan daripada mengambil tindakan.”

Ban berkata: “Terlalu banyak orang awam maut...(dan) hidup dalam ketakutan berterusan.” - AFP sumber

Friday, July 25, 2014

Lionel Messi sumbang €1 juta euro kepada Israel

Jika sebelum ini kita menerima berita pemain bolasepak Portugal, Christiano Ronaldo meleburkan kasut emas yang diterimanya dan wang hasil daripada jualan kasut emas itu di sumbang kepada Gaza, kali ini seorang lagi pemain bolasepak turut memberi sumbangan dalam konflik Israel - Gaza.

LIONEL Messi, kapten skuad bola sepak Argentina dan juga pemain kelab Barcelona telah menyumbangkan €1 Juta Euro kepada Israel, menurut whatsupic.com, Sabtu (19/7/2014).

Dalam konteks antarabangsa sekarang ini, di mana tentera yahudi zionis telah membunuhlebih dari 573 orang di Gaza, maklumat ini mencemarkan imej pemain bola sepak itu.

Pada tahun 2013, Presiden Israel Shimon Peres, menjemput Barcelona ke Israel dan dia memuji Messi dan pasukan bola sepak itu sebagai "utusan perdamaian" Israel. Messi dan rakan sepasukanya di Barcelona dikerumuni oleh peminat bola sepak Israel semasa kedatangan mereka.

"Saya menonton anda sepanjang masa," kata Perdana Menteri Israel Benjami n Netanyahu ketika itu. "Kita berdua bermain di gelanggang antarabangsa, hanya anda dibayar lebih daripada yang saya lakukan. Dan anda juga mempunyai tujuan bersama. Apa yang biasanya anda ingin lakukan adalah menyumbang gol melawan rival anda, tetapi juga melindungi pasukan anda, tujuan anda .... Jika anda menang, semua orang berkongsi dalam kemenangan. "

messi tembok ratapan yahudi Messi Sumbang Israel Sebesar Rp20 Milyar!
Messi juga berdoa di Tembok Ratapan Yahudi


Berjuta-juta orang islam di seluruh dunia memakai jersi Messi di Barcelona yang bernombor 10 [sa / islampos / whatsupic]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Palestinian resistance is defending its people, against GENOCIDE and ETHNIC CLEANSING!

25 Julai 2014

GAMBAR-GAMBAR LAPANGAN TERBANG BEN GURIAN, ISRAEL LUMPUH!!!



Lapangan Terbang Ben Gurion merupakan lapangan terbang Zionis terbesar. Lapangan terbang ini lengang selepas diserang roket-roket dari Gaza semalam.

Ini menyebabkan 80 negara membatalkan penerbangannya ke Israel.


32 syarikat penerbangan menggantung penerbangan mereka ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel.


7 hrs ·
Lapangan terbang Israel, Ben Gurion yang kosong akibat banyak syarikat penerbangan yang menghentikan penerbangan ke Israel.

Friday, July 25, 2014

Portal Media Barat Tuduh Putera Mahkota Selangor Murtad

Boleh dapat kepastian mengenai perkara ini? Benar atau Palsu?
Portal Media Barat Tuduh Putera Mahkota Selangor Murtad
Kuala Lumpur; Sebuah portal berita barat, World News Daily Report telah mengeluarkan sebuah artikel yang mengatakan Putera Mahkota Selangor telah pun keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian Katolik. Menurut portal tersebut Tengku Amir Shah berbuat demikian kerana ingin mengahwini seorang model yang berasal dari Sepanyol Cristina Gomez yang baru berusia 16 tahun. Cristina dikatakan meletakkan syarat agar Tengku Amir Shah menukar agama jika ingin mengahwini beliau. Portal tersebut turut menuduh bahawa Tengku Amir Shah sering meminum arak dan berpesta secara bebas. Portal tersebut menyatakan Tengku Amir Shah telah dibabtiskan di sebuah gereja bernama Santa Maria di Braga, Portugal.
Didalam artikel bertarik 24 Julai 2014 tersebut portal tersebut turut menyatakan bahawa Tengku Amir Shah sering terlibat dengan seks bebas dan mempunyai masalah ketagihan dadah. Portal tersebut menuduh Tengku Amir Shah telah memasuki pusat pemulihan dadah sebanyak 3 kali dalam tempoh 18 bulan.
"The Malaysian prince known for his outlandish sex orgies and drug addiction problems, having been through rehab no less than three times in the past 18 months, has promised to change his ways and claims to be a new man." - World News Daily Report

Walau bagaimanapun keraguan dan kesahihan berita dari portal tersebut diragui disebabkan portal berikut turut mendakwa berita tersebut telah mengejutkan komuniti Islam di Malaysia sedangkan tidak ada sebarang berita mengenai perkara ini disiarkan di dalam mana-mana media di Malaysia setakat ini. Artikel tersebut diragui kesahihannya atas faktor tidak mungkin perkara ini tidak mencetuskan masalah diplomatik antara Malaysia dan Portugal jika benar Tengku Amir Shah dibabtiskan di negara tersebut. Adalah dibimbangkan jika artikel yang dikeluarkan oleh portal berkenaan sekadar cuba mengambil kesempatan menaikkan rating diatas nama Malaysia yang menjadi sebutan disebabkan kes MH17 baru-baru ini.
Sumber:
1. University News Capital - Ben Mazalan
 
 

Friday, July 25, 2014

Cerita Sebenar Spekulasi Murtad Raja Muda Selangor


Gempar hari ini di media sosial apabila satu berita mengejutkan mengenai Putera kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang diterbitkan oleh laman berita antarabangsa, WorldNewsDailyReport.com tersebar dan menjadi viral.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah didakwa telah murtad ke agama kristian katolik kerana mahu berkahwin dengan Super Model Sepanyol bernama Cristina Gomez yang baru berumur 16 tahun.



Malah, Raja Muda dikatakan telah dibaptiskan minggu ini dan akan berkahwin di Gereja Santa Maria di Braga, Portugal.

Namun dakwaan itu semua adalah fitnah semata-mata..

Laman berita WordNewsDailyReport.com adalah sebuah laman web yang menyiarkan berita2 palsu dan cerita2 satira di serata dunia. Laman terkenal About.com dalam satu artikalnya, "Don't Be Fooled! A Guide to Fake News Websites" turut menyenaraikan laman web WorldNewsDailyReport.com sebagai laman berita palsu.


Melalui carian di Twitter juga, seorang pengguna media sosial menyatakan rasa terkejutnya terhadap berita itu kerana beliau baru sahaja terserempak dengan Raja Muda menunaikan Terawih pada 2 hari lalu.


Apa yang menarik dalam penemuan kami, WorldNewsDailyReport.com sebenarnya dimiliki oleh seorang warga berketurunan Amerika Yahudi Zionist dan berpengkalan di Tel Aviv, ibu negara Israel. Melalui maklumat itu, sudah cukup untuk kita mengesyaki motif buruk si penulis terhadap Institusi Raja yang menjadi penaung agama Islam di negara ini.


Berita dari Istana Selangor memberitahu bahawa Tengku Muda akan bersembahyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong hari ini sempena Hari Pahlawan. Baginda Sultan murka dengan perkara ini dan sudah memaklumkan kepada IGP. Baginda Sultan juga akan menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Friday, 25 July 2014

SELANGOR BATAL RUMAH TERBUKA AIDILFITRI.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , di sini, yang sepatutnya berlangsung pada hari raya pertama.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar di sini, Abdul Khalid berkata, pembatalan itu sebagai menghormati tragedi pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak dan terhempas di timur Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal , pada 17 Julai lalu.

“Seluruh negara bersedih dengan tragedi ini, namun umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri selepas sebulan mengerjakan ibadah bulan Ramadan.

“Kita berharap rakyat Selangor menyambut Aidilfitri tahun ini secara bersederhana dan penuh tertib,” katanya.

Tiada ulasan: