Selasa, 1 Julai 2014

DAH TERANG LAGI BERSULUH

6:21PM - 1 Jul 2014

Fatwa: Pemikiran Kassim kufur, murtad


Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan kenyataan sarjana Kassim Ahmad dalam sebuah seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.

Perkara itu dinyatakan melalui SMS berita Utusan Malaysia sebentar tadi. 
 

Tuesday, 1 July 2014


ITU HARI ADUN SRI MUDA DESAK AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR .. HARI INI DI JAJA SATU DUNIA CEK RM30,000 SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PIMPINAN TSKI UNTUK SJKC KHEE BENG!!!!


1hb Julai 2014.

"Ini pula sumbangan kerajaan negeri kepada SJKC Khee Beng, juga berjumlah RM30000 bagi tahun ini. Semoga ia dapat dimanafaatkan sepenuh nya untuk kebaikan pelajar."

27 hb Jun 2014:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafiei berkata Tan Sri Khalid Ibrahim sewajarnya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Suhaimi, tidak dinafikan Khalid mempunyai asas kepimpinan yang baik namun beliau juga perlu mengambil kira pandangan daripada partinya sendiri yang tidak gembira jika beliau terus memegang jawatan tersebut.

“Pertukaran Menteri Besar Selangor perlu bagi terus mendapatkan sokongan rakyat pada pilihanraya akan datang.

“Kita memerlukan pemimpin baru yang dinamik dan mempunyai wawasan yang tinggi,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Tambah Suhaimi yang juga merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), kurangnya sokongan daripada rakyat juga adalah sebagai isyarat untuk beliau menyerahkan jawatannya kepada pemimpin yang lebih berwibawa.

“Jika kita lihat, ramai anggota dalam parti kita (PKR) juga sudah tidak gembira.

“Kekalahan Khalid mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dilihat sebagai penanda aras untuk Khalid berundur,” jelasnya.

Omak Kau malas nak ulas panjang lebar sebab rakyat dan pembaca blog ini boleh berfikir dan menilai sendiri.

Adakah desakan agar TSKI itu jujur atau ada udang galah sungai disebalik batu. .. Ingat!!!! .. rakyat tidak boleh lagi diperbodohkan sewenang-wenangnya lebih-lebih lagi mereka yang mendokong dan menyokong Pakatan Rakyat.

Tuesday, 1 July 2014

ADA WAKIL RAKYAT PKR YANG TIDAK RETI BAHASA SANGGUP LANGGAR ARAHAN DSAI ISU JAWATAN MB SELANGOR.


Ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di Kuala Selangor, dua ahli parlimen PKR mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan menteri besar Selangor.

MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin berkata penolakan pada akar umbi memberi isyarat politik supaya Khalid tidak terus mengetuai pentadbiran negeri itu, lapor Berita Harian hari ini.

"Khalid jangan ingat jawatan menteri besar itu akan dipegang selamanya kerana ia diberikan berdasarkan mandat rakyat dan parti.

"Dalam hal ini, beliau sudah tidak mendapat mandat walaupun akar umbi daripada cabangnya sendiri. Itu isyarat jelas supaya tidak terus memimpin," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Pada pemilihan cabang itu baru-baru ini, Khalid tewas kepada bekas ahli parlimen Kapar S Manickavasagam merebut jawatan ketua cabang Kuala Selangor.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang mendapat 515 undi manakala Manickavasagam memperolehi 701 undi.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak perlu melepaskan jawatan menteri sekalipun tewas merebut jawatan timbalan presiden dan ketua cabang kerana tiada klausa yang mengarahkan supaya berbuat demikian.

Dalam akhbar itu juga menyebut, MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Khalid akur dengan desakan akan umbi itu demi kepentingan parti yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

Menurut akhbar itu lagi, Abdullah berkata tiada pihak mempunyai kekebalan dalam jawatan politik termasuk jawatan menteri besar memandangkan ia hak komponen dalam Pakatan Rakyat.

Katanya lagi tidak sepatutnya mana-mana pemimpin mengeluarkan kenyataan mendesak parti mengekal jawatan mereka.


Sebelum itu DSAI telah memberi peringatan agar pimpinan parti PR terutamanya PKR agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Yang hairanya bila masa TSKI cakap dia akan menjadi MB Selangor sampai mati????

Setahu Omak Kau dia berjanji dia akan berkhidmat sebagai MB Selangor sampai tamat tempoh PRU 13 nanti.

Yang Shamsul Iskandar Ikin dan Abdullah Sani celupar sangat ni apa kehelnya .. pelik sungguhlah .. nasihat dan arahan semudah itu pun mereka berdua tidak faham dan berani langgar semacam tidak boleh bayangkan isu-isu lain ... Lagi pun mereka berdua pun tak layak langsung nak jdi MB Selangor yang riuh rendah gegak gempita sangat tu kenapa?????

Kalau nasihat dan arahan semudah ini pun main langgar semacam dan bersifat tidak hormat dan patuh pada DSAI selaku Ketua Umum KeADILan .. Omak Kau sarankan lebih baik letak jawatan sebagai Ahli Parlimen jika diri itu ada maruah diri dan berprinsip.

Ini bukan lagi mabuk kuasa .. tapi dah lagi teruk!!!!

Nasihat Omak Kau .. jangan keterlaluan sangat dalam menunjukkan kebencian .. jangan terlalu sombong bila berpayung dibawah satu kartel ... biar tidak tinggi tubuh badan tetapi pastikan akhlak budi dan adap berpolitik memiliki tahap tinggi.


Demi pencerahan dan kebenaran Omak Kau turunkan semula kenyataan DSAI dan TSKI dalam isu ini.

(A)

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pimpinan parti agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan menteri besar Selangor.

"Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan menteri besar Selangor.

"Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini," katanya.

Menurutnya lagi, individu yang mengisi jawatan itu ditentukan secara bersama dan bukannya oleh mana-mana individu.

"Kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama KEADILAN (istilah PKR untuk parti itu) dan Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan," katanya.

Kenyataan Anwar ini dibuat sewaktu Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin Rabu lepas mendakwa kini wujud kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.


(B)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai hasratnya untuk memegang jawatan itu selama dua penggal.

Tanpa memaklumkan reaksi Sultan Selangor berhubung pernyataan hasrat itu, katanya selepas dua penggal mentadbir, beliau akan menjadi wakil rakyat biasa, bukan berhenti dari politik.

"Saya telah menghadap Tuanku untuk mengatakan hasrat saya hanya ingin menjadi menteri besar selama dua penggal sahaja. Saya sudah berjanji dengan Tuanku.

"Perjumpaan ini bukan rahsia lagi, saya sudah bercakap dengan Tuanku, berjanji dengannya, saya tidak akan berhenti, tetapi hanya bersedia menjadi Menteri Besar tidak lebih 10 tahun," katanya.

Sebelum ini, Khalid pernah menyatakan hasrat itu dalam laman sosial Twitter miliknya, yang beliau akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Besar sehingga tamat tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), iaitu kira-kira empat tahun lagi.

Kenapa ada orang ketiga?
  • Gambar hiasan Gambar hiasan
1 / 1
PERKAHWINAN saya dan suami baru sahaja berlangsung beberapa bulan yang lalu. Kami berkenalan pun tidak sampai setahun sebelum saya berkeputusan untuk menikahinya memandangkan dia adalah kenalan lama saya ketika di sekolah menengah lagi.

Saya seorang janda anak satu. Dua tahun bercerai dengan bekas suami, saya bertemu dengan suami baru saya sekarang.

Suami berterus-terang selama dia mengenali saya, dari kecil memang dia menyimpan perasaan yang amat dalam terhadap saya. Hanya selepas mengetahui saya sudah dimiliki orang, dia membuang perasaan itu jauh-jauh.

Dan siapa sangka jodoh itu ada pada usia kami berdua 30 tahun.  Ia suatu mimpi yang paling berharga buat suami kerana akhirnya dapat memiliki saya.

Ustazah, baru-baru ini saya menemui mesej dalam telefon bimbit suami.

Berdasarkan pengalaman perkahwinan lalu, saya jadi amat teliti, berhati-hati dan paranoid terhadap perhubungan baru. Saya sentiasa ada perasaan was-was dan curiga dengan gerak geri suami. S

aya selalu tidak percaya yang suami tidak pernah bercinta selama hayatnya, selain daripada saya. Mungkin kerana saya trauma dengan perkahwinan lalu yang gagal kerana gangguan orang ketiga.

Entah kenapa hari itu, saya terdetik untuk menyemak telefon bimbit suami. Mesej bertarikh April 2013, iaitu beberapa hari sebelum saya dan suami menjadi kekasih begitu mencengkam jiwa saya. Kata-kata pada mesej yang dihantar keduanya tidak seperti sahabat biasa.

Mereka menggunakan bahasa sayang dan ada perkataan-perkataan tidak elok yang menggambarkan mereka berdua seperti berkongsi gambar dan membuat video call.

Saya teliti Whatsapp dan panggilan keluar masuk. Nombor dan nama yang sama masih ada dan kerap membuat panggilan.

Hari itu juga kami bergaduh besar. Suami tetap dengan sikap sabarnya (yang sebenarnya mengikat jiwa saya untuk bersamanya), tenang menjawab setiap pertanyaan sedang saya pula dah macam orang gila.

Ya ustazah, saya tahu perbualan itu berlangsung sebelum kami menjadi kekasih, tapi satu yang saya tak dapat terima apabila suami menipu saya. Dia pernah kata tiada kekasih. Tidak pernah bercinta dan hanya menyimpan perasaan terhadap saya seorang.

Rupa-rupanya, gadis itu pernah menjadi kekasihnya tujuh tahun dulu.

Percintaan suami dengan gadis itu tidak lama apabila gadis itu mengahwini lelaki lain. Dan sejak itu, suami tidak pernah bercinta lagi dan membujang sehingga dia menemui saya. Suami mengakui mereka masih bersahabat baik kerana satu tempat kerja.

Ustazah, jika betul kata-katanya yang mereka hanya sahabat, kenapa suami tidak berterus-terang sebelum ini? Kenapa suami perlu menipu dan kenapa perlu ada orang ketiga dalam sesebuah perhubungan? Apakah saya yang bersalah kerana terburu-buru mengakhiri zaman janda sebelum sempat mengenali suami baru secara sepenuhnya?

Untuk pengetahuan, suami seorang pendiam, punya sifat sabar yang tinggi, hormat orang tua dan punya rupa. Dia rajin belajar agama sebelum mengambil saya menjadi isterinya.

* Norhasni, 30, Kuala Lumpur.


RESPON PAKAR
Oleh: Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
Ketua Wanita ISMA

Puan Norhasni yang dikasihi ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT menerangi kehidupan puan dengan cahaya keimanan dan takwa kepadaNya. Saya bersimpati terhadap apa yang puan alami. Daripada cerita puan, saya boleh merasai betapa berat perasaan yang puan tanggung.

Kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga adalah racun yang boleh membunuh secara senyap keharmonian yang terbina.

Puan juga mengakui kekuatan peribadi yang dimiliki suami seterusnya menjadi daya tarikan yang mengikat puan dengan suami. Ini menunjukkan betapa puan masih sayangkan suami dan rumah tangga yang telah sedia terbina.

Perbezaan puan dengan kekasih suami sekarang ialah puan merupakan isteri yang sah, mempunyai hak dan peluang yang lebih berbanding dengan kekasih yang dimaksudkan.

Puan masih ada peluang untuk membaiki keadaan dan mengembalikan semula suami ke pangkuan. Apa yang penting puan tidak boleh mudah berputus asa dan kecewa dengan kejadian yang berlaku.

Menyalahkan suami kerana dikatakan menipu atau menyalahkan diri sendiri kerana terburu-buru berkahwin bukanlah jawapan yang baik kepada masalah yang dialami.

Sebaiknya puan kembali kepada takdir Allah SWT yang telah mempertemukan puan dengan seorang suami yang baik dan penyabar. Manakala masalah yang mendatang dalam rumah tangga adalah adat dan lumrah. Hadapilah dengan bijaksana dan uruslah konflik itu dengan jalan yang terbaik.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tiada rumah tangga yang aman damai tanpa gelora.

Cuma yang membezakan antara kita ialah bagaimana cara kita mengurus konflik dan permasalahan yang datang. Puan sudah mempunyai pengalaman berumah tangga sebelum ini.

Puan juga menghadapi masalah yang sama dengan rumah tangga pertama dahulu, iaitu orang ketiga.

Mungkin ada sebab atau mesej yang mahu disampaikan kepada kita melalui masalah sama yang dihadapi ini.

Kadang-kadang juga hubungan kita dengan suami sudah ada masalah, dingin dan hambar. Jadi kemunculan orang ketiga itu hanya tempelan kepada masalah rumah tangga yang sudah sedia retak. Itu juga mungkin berlaku.

Dalam isu rumah tangga puan, saya menasihati puan agar koreksi diri dan muhasabah diri, di mana kurangnya puan sehingga suami begitu mudah beralih arah. Mungkin kelemahan diri sendiri juga menjadi penyebab kepada gangguan orang ketiga tanpa kita sedari.

Mungkin juga sikap paranoid puan yang mendorong kemunculan orang ketiga. Mungkin juga cemburu puan yang berapi-api itu menutup hakikat yang mahu diterangkan oleh suami tentang duduk perkara yang sebenar.

Sebaiknya ambil langkah bertenang dan tarik nafas yang panjang. Renunglah sejenak dan fikirlah sedetik, mengapa suami masih mahu mengahwini puan walaupun sudah bertaraf janda anak satu. Sekiranya bukan cinta dan ikatan hati yang terbina antara puan dengan suami.

Puan hanya perlu menyuburkan dan membaja ikatan itu biar terus subur dan segar.

Hubungan suami isteri bukan sahaja diikat dengan hubungan seksual dan nafsu serta kemewahan harta dan kecantikan rupa paras. Ikatan ini tidak tidak kekal lama, ia akan rapuh dan rosak bila tiba waktu luputnya.

Sebaliknya suami isteri yang mempunyai ikatan hati dan jiwa yang kuat, masih boleh bertahan dengan stamina yang tinggi walaupun badai melanda dan ujian bertimpa-timpa. Kemunculan orang ketiga contohnya masih boleh diurus dengan bijaksana sekiranya ikatan hati suami isteri sangat kuat dan kukuh.

Ikatan hati yang kuat ini hanya boleh terbina sekiranya suami isteri mempunyai hubungan yang kuat dan dekat dengan ALLAH SWT. Sebab itulah saya menasihati puan agar segera membina hubungan yang rapat dengan ALLAH SWT.

Hati kita berada dalam kekuasaanNya.
Hanya Dia yang boleh mengikat dan mengukuhkan antara dua hati, sebagaimana Dia mencampakkan perasaan itu dalam hati suami puan untuk menyunting puan sebagai isterinya.

Perbanyakkanlah munajat dengan ALLAH SWT memohon ampun dan rahmatNya bagi puan suami isteri. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan anak yatim sambil meminta mereka mendoakan kesejahteraan rumah tangga puan.

Selain daripada itu, sekiranya puan mempunyai bukti yang cukup tentang kewujudan orang ketiga ini, puan boleh membuat aduan ke Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam supaya orang ketiga ini disiasat dan didakwa oleh Pendakwa Syarie mengikut kesalahan jenayah Syariah.

Kesalahan mengikut Seksyen 36, 37, dan 38 di atas tergolong dalam kesalahan boleh tangkap di mana pada kebiasaannya Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) boleh menangkap orang ketiga ini tanpa waran.

Sama ada orang ketiga akan didakwa atau tidak, puan menang atau kalah kes berkenaan berdasarkan kepada beban bukti, saksi, bahan bukti, dokumen dan keterangan bukan berdasarkan kepada cakap-cakap kosong atau cerita dari mulut ke mulut.

Apabila perkara seperti ini berlaku, orang ketiga itu memang boleh didakwa dengan semua bahan bukti atas melakukan kesalahan mengganggu atau memecahbelahkan rumah tangga pasangan berkahwin sehingga mereka bercerai mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 37 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Puan juga boleh memujuk suami untuk berpindah tempat kerja demi menjauhkan suami dengan kekasih lamanya.

Terpulang kepada kebijaksanaan puan bagaimana mengurus konflik ini sehingga berjaya. Apa yang penting ialah puan tidak boleh berputus asa daripada terus mencuba dan mencuba. Sekiranya ikatan hati puan bersama suami masih kuat insya-Allah, banyak pintu penyelesaian terbuka untuk puan lalui.

Tuesday, 1 July 2014


KES SERANGAN SEKSUAL .... MEDIA NEW ZEALAND DEDAHKAN DIPLOMAT BERKENAAN SEBAGAI PEGAWAI WARAN MUHAMMAD RIZALMAN ISMAIL.



Media New Zealand telah menamakan diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam satu kes kesalahan seksual selepas mahkamah tinggi di sana menarik balik perintah melarang identitinya didedahkan.

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.

Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Portal berita itu berkata Robert Stewart, peguam bagi Fairfax Media, yang merayu perintah larangan itu ditarik balik, berkata Kementerian Luar Malaysia dijadual membuat kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

Oleh itu, katanya, media New Zealand akan berada dalam kedudukan tidak adil jika ia tidak dapat mendedahkan nama seorang lelaki yang mungkin didedahkan di luar negara.

Muhammmad Rizalman, yang berusia dalam lingkungan 30-an, tidak diwakili peguam di pendengaran itu tetapi peguam Barbara Hunt telah dilantik oleh mahkamah untuk membantu jika perlu.

Muhammad Rizalman pertama kali muncul di mahkamah daerah pada 10 Mei di mana dua Hakim membenarkan perintah larangan tersebut. Seorang pendaftar mahkamah meneruskan perintah tersebut pada 15 Mei apabila polis berkata isu imuniti diplomatik sedang diteliti.

Kes itu didengar Hakim Mahkamah Daerah Bruce Davidson pada 30 Mei apabila perintah larangan itu diteruskan.

Sementara itu, polis New Zealand tidak menentang rayuan itu kerana tidak ada hubungan antara defendan dan mangsa yang dikatakan itu, jadi tiada risiko jika dia dikenal pasti jika defendan dinamakan.

Tuesday, July 1, 2014


Dokumen dedah M'sia yang mahu tuduhan digugurkan

1 Jul 2014
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand. Malaysiakini

Selasa, 1 Julai 2014


NZ Dakwa Anifah Pendusta, Malaysia Yang Mahu Tuduhan Digugurkan

NZ jawab Anifah, M'sia mahu tuduhan digugurkan

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.

Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan.

Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu. ~mk




Anifah: NZ tawar alternatif bawa pulang diplomat

Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.

"Kami sedia untuk memberikan kekebalan diplomatik jika perlu," kata Anifah.

Beliau berkata diplomat itu sedang menjalani ujian psikiatri oleh Kementerian Pertahanan, di mana beliau bertugas.

Jika didapati bersalah, tindakan akan diambil terhadapnya oleh Mahkamah Tentera di Malaysia.

Anifah bagaimanapun tidak dapat memberi butiran jenis hukuman menanti Rizalman jika dia didapati bersalah.

Beliau juga tidak pasti sama ada Rizalman, yang dalam lingkungan usia 30-an dan sudah berkahwin, kini dalam tahanan atau bebas.

"Saya tidak pasti. Proses tersebut adalah dengan Kementerian Pertahanan," kata Anifah.

Lembaga siasatan ditubuhkan

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat perkara ini.

"Kami mengambil serius perkara ini kerana nama baik Malaysia yang dipertaruhkan," katanya.

Anifah berkata Rizalman telah dibawa balik pada 22 Mei, dengan diiringi seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, kira-kira dua minggu selepas dia ditangkap atas tuduhan serangan seksual dengan niat untuk merogol pada 9 Mei.

Anifah berkata tawaran alternatif untuk membawa Rizalman pulang dibuat oleh pegawai dari polis New Zealand dan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa bermesyuarat dengan pegawai Malaysia pada 12 Mei.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan menimbang menghantar Rizalman ke New Zealand jika ada permintaan dibuat.

"Jika mereka minta dan mereka percaya siasatan di sini tidak dilakukan dengan betul, saya akan pertimbangkannya. Tetapi saya tak fikir mereka ada masalah dengan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Anifah berkata Rizalman berkhidmat di Wellington sebagai kakitangan Kementerian Pertahanan sejak setahun yang lalu.

Tuesday, 1 July 2014


WISMA PUTRA SUDAH KENA KANTOI DENGAN KERAJAAN NEW ZEALAND ISU PEGAWAI WARAN YANG DITUDUH MENCABUL CUBA MEROGOL.

JENIS DAH BIASA TIPU MAK CIK-MAK CIK FELDA MAKA KERAJAAN UMNO INGAT DIA SENANG-SENANG NAK TEMBERANGKAN KERAJAAN NEW ZEALAND YANG TERKENAL SEBAGAI HAMPIR SIFAR RASUAH.

AKHIRNYA NEGARA JUGA DAPAT MALU BESAR!!!



New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.

Tiada ulasan: