Khamis, 31 Julai 2014

SEMUA PEMIMPIN DUNIA AKAN MATI....SEMUA MANUSIA JUGA AKAN MATI...MAHU TAK MAHU KITA TETAP DIHIMPUN DIPADANG MAHSYAR...DISANA KITA AKAN DIHUKUM OLEH ALLAH...MAHU TAK MAHU ALLAH LAH YANG HAQ/BENAR...ALLAH YANG MAHA BERKUASA DIDUNIA DAN AKHIRAT...PERKARA INI JANGAN KITA TERLEPAS PANDANG

Bisa al Qassam semakin membunuh,berpindah dari fasa bertahan kepada fasa menyerang.."

Written By canang on Khamis, 31 Julai 2014 | 7/31/2014 02:30:00 PG

Bisa al Qassam semakin membunuh
Regim penjajah Zionis mengakui bahawa mereka berhadapan dengan saat sukar kerana Hamas telah pun meningkatkan strateginya dengan perpindahan daripada fasa bertahan kepada fasa menyerang.
Sebuah web Israel yang bernama "Yediot Ahronot" menyatakan bahawa Brifed al Qassam kini semakin berupaya mengesani pihak tentera IDF dengan mengubah strategi daripada bertahan kepada dengan melakukan serangan, terutamanya melalui terowong untuk menyerang lokasi di mana anggota tentera IDF berada."
Perubahan strategi ini juga menyebabkan pihak penjajah Zionis menghadapi fasa sukar dalam membuat keputusan samada akan meneruskan operasi darat memasuki Semenanjung Gaza atau keluar menguundurkan diri.
Benjamin Netanyahu juga mengakui betapa mereka telah kehilangan ramai anggota tentera IDF dan para pegawai elitnya dalam peperangan ini yang betul-betul menguji kehebatan ketenteraan Zionis Israel yang dikatakan mempunyai tentera yang terkuat di Timur Tengah dan juga ke-5 di dunia.
Ya, saat penentuan semakin tiba.
Sumber : GazaN dan lain-lain

 Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah,

 dedah WikiLeaks Published: 30 July 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini. Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia. Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang. Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu. Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar. Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni. WikiLeaks berjaya mendapatkan salinan arahan kebenaran injuksi demi menjaga hubungan baik Australia dengan negara antarabangsa. Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata arahan dibuat bagi mengelakkan prejudis terhadap kepentingan hubungan Komanwel dengan keselamatan negara. "Arahan itu dianggap penting bagi mengelakkan risiko besar prasangka terhadap pentadbiran yang adil dan tidak boleh dihalang oleh cara lain yang difikirkan wajar," katanya. Assange menyelar kerajaan Australia kerana memperoleh injuksi itu, dan menuduh mereka cuba menutup mulut dan mata rakyat Australia. "Ini bukan soal kegagalan kerajaan Australia mendedahkan kes rasuah antarabangsa kepada umum. "Menteri Luar Julie Bishop perlu jelaskan kenapa dia mengugut rakyat Australia dengan hukuman penjara dalam cubaannya menutup malu skandal rasuah melibatkan kerajaan," katanya. Dakwaan rasuah timbul sejak tahun 2009, pada ketika itu mendorong Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berasingan. Pada tahun 2010, SPRM menahan tiga individu yang terlibat dengan membekalkan wang kertas polimer RM5 ekoran wujud laporan Securency menyogok pegawai di Malaysia. Individu terbabit termasuk seorang ahli perniagaan didakwa mengambil RM11.3 juta untuk mengikat kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan memastikan kerajaan Malaysia memilih wang kertas polimer itu. Abdullah, juga dikenali sebagai Pak Lah pada tahun 2011 menafikan dakwaan dua syarikat Australia cuba memberinya rasuah sebanyak RM100 juta untuk mendapatkan kontrak mata wang Malaysia semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri. Cubaan itu dipercayai berkait dengan perjanjian bekalan wang kertas polimer RM5 yang mula diedarkan pada tahun 2004. – 30 Julai, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mahathir-dan-pak-lah-antara-dikaitkan-kes-rasuah-dedah-wikileaks#sthash.jKbfzTpa.dpuf
Ingat Pesan Ustadz Fadhil Noor..
HARAM bersama UMNO kerana mereka Tolak Islam dan melakukan kezaliman
Harus bersama DAP walaupun mereka bukan islam mereka tetap memperjuangkan Keadilan dan keadilan adalah sebahagian dari tuntutan Islam..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

 Najib, Pak Lah and Mahathir also named in banknote graft case, says WikiLeaks Published: 30 July 2014 Mahathir (2nd left) and Najib are both named in the injunction obtained by the Australian government which bars Australian media from reporting on a case involving the payment of bribes to secure currency printing contracts in Malaysia. - The Malaysian Insider pic, July 30, 2014.Mahathir (2nd left) and Najib are both named in the injunction obtained by the Australian government which bars Australian media from reporting on a case involving the payment of bribes to secure currency printing contracts in Malaysia. - The Malaysian Insider pic, July 30, 2014.Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his two predecessors and several former ministers have been named in the gag order obtained by the Australian government that censors the media there from reporting about a multi-million dollar corruption case involving Malaysia, Indonesia and Vietnam, whistleblower website WikiLeaks revealed today. The case involves the Reserve Bank of Australia's subsidiary companies Securency and Note Printing Australia. Employees from both companies are alleged to have bribed foreign officials in Malaysia, Indonesia and Vietnam from 1999 to 2004 to win banknote printing contracts. Besides Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad and former finance minister Tun Daim Zainuddin were among prominent Malaysian politicians named in the injunction. Also named were former international trade and industry minister Tan Sri Rafidah Aziz and former foreign affairs minister Datuk Seri Syed Hamid Albar. It also included a sister–in-law of Abdullah, who is identified only as Noni in the injunction. WikiLeaks had managed to obtain a copy of the super injunction order, which had been granted to prevent damage to Australia's international relations. WikiLeaks founder Julian Assange said the orders had been made on the grounds that it was necessary to prevent prejudice to the interests of the Commonwealth in relation to national security. "The orders were deemed necessary to prevent a real and substantial risk of prejudice to the proper administration of justice that cannot be prevented by other reasonably available means." Assange had criticised the Australian government for obtaining the super injunction, accusing them of gagging and blindfolding the Australian public. "This is not simply a question of the Australian government failing to give this international corruption case the public scrutiny it is due," Assange said. "Foreign Minister Julie Bishop must explain why she is threatening every Australian with imprisonment in an attempt to cover up an embarrassing corruption scandal involving the government." The bribery allegations first surfaced in 2009, which at the time prompted Australian Federal Police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to begin separate probes. In 2010, the MACC detained three individuals linked to the supply of RM5 polymer notes following a report that Securency had offered bribes to officials in Malaysia. All three, including a businessman, were charged with taking RM11.3 million to secure the contract from Bank Negara Malaysia and to ensure that the government of Malaysia opted for the polymer notes. Abdullah, who is popularly known as Pak Lah, had in 2011, denied allegations that the two Australian firms attempted to bribe him for a RM100 million Malaysian currency contract during his tenure as prime minister. The attempt is believed to be related to the deal to supply the RM5 polymer notes that began circulating in 2004. – July 30, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/najib-pak-lah-and-mahathir-also-named-in-banknote-graft-case-injunction-say#sthash.AibBUWJV.dpuf


GAZA, PALESTIN : 09-JULY-2014
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal mengatakan bahawa beliau menerima sejumlah panggilan telefon dari negara-negara Timur dan juga Barat meminta agar Palestin berdamai dengan Israel.
Khalid Meshaall membalas, yang seharusnya diminta untuk berdamai adalah Israel, sebab merekalah yang memulakan serangan terlebih dahulu. Pasukan pejuang dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk membela diri mereka. "Maka kami katakan kepada pihak-pihak yang meminta kami untuk berdamai, mundurlah kalian semua ke belakang", tegasnya.
Beliau mengatakan bahawa perang ini wajib untuk kami lakukan. Berilah kami kesempatan. Kami tidak melakukan apapun kecuali hanya membela diri. Kami telah memenangkan pertempuran dalam dua perang yang sebelumnya, kerana Allah bersama dengan kami. "Kami akan terus melakukan tanggungjawab kami selaku Muslim demi membela tanah Al-Aqsa, tanahair kami, meskipun kami harus bersendirian!" katanya lagi... Allahuakbar!!!
sumber : Green Project
‪#‎respect‬ ‪#‎pray4gaza‬
LikeLike · ·
Palestin sedang mengajar kita
Palestin yang sedang ditindas, diinjak dan dirobek oleh musuh-musuh kita, sebenarnya sedang berbicara dengan kita, menyuruh agar kita melihat dan belajar bagaimana erti tidak menyerah kalah atau tunduk hina.
Perjuangan diteruskan selagi nyawa dikandung badan!
Al-Qossam Tembak Jatuh Apace Israel di Utara Gaza
[ 19/11/2012 - 01:22 ]
Sejumlah sumber menyebutkan, brigade Izzuddin Al-Qossam, sayap militer gerakan perlawanan Hamas berhasil menembak jatuh pesawat tempur Apace milik tentara Zionis di sebelah utara Gaza.
Dalam laporan resminya, Al-Qossam mengumumkan, tentaranya berhasil menembak jatuh pesawat tempur Apace Zionis dan menampilkan video serangan tersebut. Ia menegaskan, pihaknya akan terus melansir dan menyebarkan video tentang rincian operasi specktakuler mereka, seperti penembakan terhadap dua pesawat Zionis sebelumnya, ungkapnya.
Sebelumnya, pesawat tempur Israel jatuh di kota Khanyunis, beberapa saat setelah kejahatan mereka membantai warga Palestina di Gaza hingga 11 orang dari satu keluarga gugur syahid.
Dalam beberapa hari kemarin Al-Qossam berhasil menembak jatuh pesawat tempur Zionis, saat a terbang berputar-putar di atas langit Gaza. Al-Qossam juga melansir video saat operasi penembakan itu terjadi. Ketika pesawat F 16 ditembak jatuh dengan doket World udara. Pesawat langsung jatuh dari udara.
Kredit kepada infopalestina
LikeLike · ·
Terkini | Gaza 1:15 am | Perang Hari ke-25
Briged Izuddin Al-Qassam telah melancarkan 4 buah roket M75 ke arah Tel Aviv pada 2 jam yang lepas dan sekarang kerosakan yang besar dilaporkan berlaku.
Sumber :
وكالة صفا
‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏العصف_المأكول‬
Derma :
http://on.fb.me/1zoCkpO
Terkini | Gaza 9.02 pm | Perang Hari ke-24
Penganalisis Israel : Pejuang- pejuang Al-Qassam tidak mahukan orang- orang awam tetapi sasaran mereka adalah tentera- tentera yang hidup oleh sebab itu mereka menyerbu kem- kem tentera, dan operasi Nahal Oz mirip operasi penculikan Shalit.
Info tambahan : Gilad Shalit merupakan bekas tentera Zionis yang pernah ditawan oleh Briged Al-Qassam pada 25 Jun 2006. Kemudian selepas 5 tahun dia dibebaskan sebagai tukar ganti kepada pembebasan 1027 orang tahanan Palestin di Israel.
Sumber : شبكة قدس الإخبارية
‪#‎weareallqassam‬
‪#‎gazaunderattack‬
‪#‎dedaunhancur‬
‫#‏البنيان_المرصوص‬
‫#‏العصف_المأكول‬
Derma :
http://on.fb.me/1zoCkpO
Brazilian President Dilma Rousseff has described the ongoing Israeli offensive against the population of the Gaza Strip as a "massacre"
Read about it here: https://www.middleeastmonitor.com/news/americas/13096-brazilian-president-calls-israeli-attack-on-gaza-a-massacre
VIDEO l KiniTV BM: Bumi Gaza terus bermandikan darah pada 1 Syawal apabila kira-kira 100 lagi warga Palestin terbunuh ketika konflik itu memasuki minggu keempat. Berikutan dua malam tanpa serangan udara, keganasan tercetus kembali dengan sasaran kali ini ke atas stesen jana kuasa utama dan rumah pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Berita: Bumi Gaza terus bermandikan darah pada 1 Syawal apabila kira-kira 100 lagi warga Palestin terbunuh k...
kinitv.com

Jangan buat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin

ABD SHUKUR HARUN | .
TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi.

Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat.

Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan ‘Kerajaan Perpaduan’, iaitu kerjasama PAS dengan Umno.

Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas.

Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku.

Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang.

Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya.

Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan.

Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain.

Bagaimanapun oleh kerana PAS adalah salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, maka masalah ini dihadapkan juga kepadanya. Tetapi secara lojiknya isu ini lebih kepada masalah PKR dengan Tan Sri Khaid.

Oleh itu mengapa PAS dengan tiba-tiba diheret begitu jauh ke dalam dalam isu ini. Sama seperti ‘pihak lain yang karam mengapa orang PAS pula yang lemas’. Analogi seperti ini muncul ketika pelbagai pihak, khususnya sesetengah pendukung PAS sendiri, melemparkan pebagai tuduhan terhadap Presiden PAS berhubung dengan kenyataannya.

Memang benar, PAS berada dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP oleh itu segala masalah Pakatan dikongsi bersama mengatasinya.

Tetapi jangan lupa projek Langkah Kajang yang hendak menukarkan Tan Sri Khalid adalah dicetuskan oleh PKR. Maka itu, sewajarnyalah PKR lebih dulu menyelesaikannya dan PAS sebagai anggota Pakatan telahpun memberikan pandangan.

Sama ada diterima atau ditolak oleh Pakatan sama sekali tidak mengurangkan hak Presiden PAS menyatakan sikap. Dengan itu terimalah hakikat ini serara rasional dengan segala kewarasan.

Presiden PAS dalam kenyataannya secara jelas mempertahankan Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana tokoh ini tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar.

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggalnya.

“Isunya ialah menunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila Jumaat lalu.

Oleh itu tidak apa yang boleh menimbulkan kekeliruan yang mencetuskan kontroversi terhadap kenyataannya itu. Ini kerana kenyataannya itu berdasarkan pandangan syarak dan hasil penyelidikannya dari pebagai sumber.

Bagaimanapun, Insya-Allah, kemelut di Selangor ini, tidak akan menjejaskan keutuhan Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan terperangkap akan jerangkap samar musuh Pakatan dalam isu ini.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran Menteri Besar Selangor.

“Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat,” katanya.

Akhirnya semua pihak dalam Pakatan supaya bertenang, sabar, mengekalkan kewarasan fikiran, tidak mereka-cipta pelbagai andaian dan tuduhan mengenai isu ini. Dengan berbuat demikian, dengan izin Allah s.w.t. boleh menyelamatkan Pakatan Rakyat dan pemerintahannya di Selangor.

Selamat menyambut Idul-Fitri, maaf zahir batin kepada para pembaca.








Hukum melantik wanita sebagai pemimpin:
Ulama telah berselisih pendapat tentang perkara ini kepada tiga pendapat:
PENDAPAT PERTAMA: Dilarang sama sekali wanita menjadi hakim dalam apa jua kes. Ini pendapat mazhab Syafie, Maliki dan Hambali.
DALIL PENDAPAT PERTAMA:
1. Firman Allah swt:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.”
Sebahagian ayat 34 an-nisaa
Ibnu katsir mentafsirkan: ( أي هو رئيسها ، وكبيرها و الحاكم عليها “ Lelaki adalah ketua, pemimpin dan hakim kepada wanita.”
2. Tidak pernah dilantik wanita sebagai hakim sepanjang zaman Nabi saw dan Khulafa ar-Rasyidin.
PENDAPAT KEDUA: Dibenarkan wanita menjadi Hakim bagi semua kes kecuali hudud dan qisas. Ini pendapat imam Abu Hanifah dan ibnu qasim dari mazhab Maliki.
DALIL PENDAPAT KEDUA:
1.Firman Allah swt:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. 58 : an-nisaa
Ayat ini menunjukkan bahwa umumnya amanah yg dipukul oleh lelaki dan perempuan dan penghakiman termasuk amanah ini
2. Ulama ini mengecualikan kes hudud dan qisas kerana mereka menyamakan dgn hukum wanita menjadi saksi dalam kes hudud dan qisas. Wanita tidak dibenarkan menjadi saksi pada kes hudud dan perempuan.
PENDAPAT KETIGA: Harus wanita menjadi hakim. Ini pendapat Ibnu Hazm az-zahiri, ibu Jarir at-Tabari dan sebahagian pendapat mazhab Hanafi.
DALIL PENDAPAT KETIGA:
1. Asal kepada sesuatu adalah diharuskan selagi tidak ada dalil yang jelas yang melarangnya.
2. Aisyah mengepalai tentera di peperangan Jamal.
3. Umar melantik as-Syifa menjadi pegawai amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam urusan perdagangan dan perniagaan.
KESIMPULAN
Ketiga-tiga pendapat memiliki dalil yang kuat dan tiada larangan khusus dari Nabi saw terhadap pelantikan wanita sebagai hakim. Namun pendapat jumhur lebih baik untk diikuti
LikeLike · ·  
 Kami tak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam Pakatan,

kata DAP OLEH JAMILAH KAMARUDIN Published: 30 July 2014 Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki digesa supaya meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin, kata DAP. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini". Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah. "Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi. "Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya. "Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," kata Pua dalam satu kenyataan malam tadi. Pua berkata, Zuhdi perlu sedar tentang pemikiran sempitnya dan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, Pua mahu PAS mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya yang berfikiran sempit seperti Zuhdi supaya nama baik PAS yang berslogan “PAS for All” tidak terus tercemar. "Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar," katanya. Zuhdi dalam akaun Facebook menafikan dirinya pencetus cadangan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan (UG) demi mengekalkan kuasa Melayu-Islam di Selangor. Beliau berkata, analisis senario sebaliknya dibuat berdasarkan permintaan ahli kumpulan WhatsApp itu yang mahu membayangkan kemungkinan jika PAS keluar PR dan kesannya kepada Selangor. "Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya. Zuhdi yang lantang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebook mendakwa usulnya kemudian disokong kuat lebih 10 orang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu; sebahagian besar daripada mereka amat rapat dengan Anwar. Namun penjelasan Zuhdi itu disanggah Pua kerana baginya, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan, dan bukannya pembentangan analisis tersebut. Menurut Pua, walaupun ramai yang akan rasa kecewa jika PAS memutuskan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, tetapi pendirian Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR bukan tumpuan utama kritikan. Katanya, rakyat tidak mempertikaikan langkah Zuhdi mengkaji sama ada PAS wajar berada di dalam ataupun keluar PR kerana itu hak ahli parti Islam itu dan mereka layak menentukannya sendiri. – 30 Julai, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-tak-ingin-pemimpin-rasis-seperti-zuhdi-dalam-pakatan-kata-dap#sthash.J9kkxrzG.dpuf

Kami tak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam Pakatan, kata DAP






Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki digesa supaya meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin, kata DAP.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".
Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah.

"Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi. "Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.
"Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," kata Pua dalam satu kenyataan malam tadi.
Pua berkata, Zuhdi perlu sedar tentang pemikiran sempitnya dan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, Pua mahu PAS mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya yang berfikiran sempit seperti Zuhdi supaya nama baik PAS yang berslogan “PAS for All” tidak terus tercemar.
"Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar," katanya.
Zuhdi dalam akaun Facebook menafikan dirinya pencetus cadangan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat dan bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan (UG) demi mengekalkan kuasa Melayu-Islam di Selangor.
Beliau berkata, analisis senario sebaliknya dibuat berdasarkan permintaan ahli kumpulan WhatsApp itu yang mahu membayangkan kemungkinan jika PAS keluar PR dan kesannya kepada Selangor.
"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.
Zuhdi yang lantang mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebook mendakwa usulnya kemudian disokong kuat lebih 10 orang ahli dalam kumpulan WhatsApp itu; sebahagian besar daripada mereka amat rapat dengan Anwar.
Namun penjelasan Zuhdi itu disanggah Pua kerana baginya, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan, dan bukannya pembentangan analisis tersebut.
Menurut Pua, walaupun ramai yang akan rasa kecewa jika PAS memutuskan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, tetapi pendirian Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR bukan tumpuan utama kritikan.
Katanya, rakyat tidak mempertikaikan langkah Zuhdi mengkaji sama ada PAS wajar berada di dalam ataupun keluar PR kerana itu hak ahli parti Islam itu dan mereka layak menentukannya sendiri. – 30 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-tak-ingin-pemimpin-rasis-seperti-zuhdi-dalam-pakatan-kata-dap#sthash.M3EtCEch.dpuf
12:00PM - 30 Jul 2014

DAP tuntut Zuhdi mohon maaf

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menuntut anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar memohon maaf ekoran kenyataan "rasis dan ekstremis" beliau.

Menurut Tony, parti Islamik itu berhak menganalisa akan kewajaran untuk mereka kekal dalam Pakatan Rakyat.

Namun tegasnya, bahagian kedua "analisis" Zuhdi yang dibocorkan menerusi applikasi WhatsApp anggota jawatankuasa PAS Pusat itu memberangkan ramai rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia meminta supaya Dr Mohd Zuhdi menyedari pemikiran sempit beliau dan memohon maaf atas pendapatnya.

"Jika beliau tidak kesal dengan pemikiran yang rasis dan ekstremis itu, kami tidak ingin Dr Mohd Zuhdi terus berada dalam Pakatan Rakyat, walaupun beliau mungkin tidak berniat untuk keluar (dari Pakatan).

Tony merujuk kepada kenyataan Zuhdi tentang "menjentik DAP, gereja dan golongan bukan Islam yang melalak tentang isu Allah dan serbuan gereja".

Sehingga kini, Zuhdi menjelaskan bahawa beliau menggunakan "bahasa imaginasi" untuk menggambarkan senario PAS keluar dari Pakatan.

Jelasnya juga, beliau sendiri tidak menyokong sebarang cadangan untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Ydh Tan Sri IGP, Dato Dato Pengarah, Pegawai2 Kanan dan Warga PDRM.
Aksi seorang Pegawai Kanan Polis bernama DSP Ravindhran Kutty Krishnan (PT C4I) IPK Selangor memaki hamun, meludah, mencerca Asp Ahmad Bin Mat Noor. Beliau juga menanggalkan baju untuk mengajak Asp Ahmad bergaduh 1 by 1. Cermin meja pejabat Asp Ahmad dipecahkan manakala dinding serta peralatan dirosakkan. Insiden ini berlaku depan mata Tuan KJKA Selangor. Perkara ini berlaku setiap hari dan mangsa adalah semua pegawai dan anggota bawahan. Anggota bawahan dipukul, ditendang serta diludah. Bilakah perkara ini akan berakhir? Kezaliman dan penindasan yang membunuh kami setiap hari.
Copy and paste frm other group.

Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks









Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini.
Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia.
Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.

Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu. Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni.
WikiLeaks berjaya mendapatkan salinan arahan kebenaran injuksi demi menjaga hubungan baik Australia dengan negara antarabangsa.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata arahan dibuat bagi mengelakkan prejudis terhadap kepentingan hubungan Komanwel dengan keselamatan negara.
"Arahan itu dianggap penting bagi mengelakkan risiko besar prasangka terhadap pentadbiran yang adil dan tidak boleh dihalang oleh cara lain yang difikirkan wajar," katanya.
Assange menyelar kerajaan Australia kerana memperoleh injuksi itu, dan menuduh mereka cuba menutup mulut dan mata rakyat Australia.
"Ini bukan soal kegagalan kerajaan Australia mendedahkan kes rasuah antarabangsa kepada umum.
"Menteri Luar Julie Bishop perlu jelaskan kenapa dia mengugut rakyat Australia dengan hukuman penjara dalam cubaannya menutup malu skandal rasuah melibatkan kerajaan," katanya.
Dakwaan rasuah timbul sejak tahun 2009, pada ketika itu mendorong Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berasingan.
Pada tahun 2010, SPRM menahan tiga individu yang terlibat dengan membekalkan wang kertas polimer RM5 ekoran wujud laporan Securency menyogok pegawai di Malaysia.
Individu terbabit termasuk seorang ahli perniagaan didakwa mengambil RM11.3 juta untuk mengikat kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan memastikan kerajaan Malaysia memilih wang kertas polimer itu.
Abdullah, juga dikenali sebagai Pak Lah pada tahun 2011 menafikan dakwaan dua syarikat Australia cuba memberinya rasuah sebanyak RM100 juta untuk mendapatkan kontrak mata wang Malaysia semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.
Cubaan itu dipercayai berkait dengan perjanjian bekalan wang kertas polimer RM5 yang mula diedarkan pada tahun 2004. – 30 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mahathir-dan-pak-lah-antara-dikaitkan-kes-rasuah-dedah-wikileaks#sthash.jKbfzTpa.dpuf

Tiada ulasan: