Isnin, 7 Julai 2014

SATU LAGI TEMPAT IALAH TEMPAT KERJA YANG TAK IKUT SYARIAT

Monday, 7 July 2014


LAGI SEKALI PENGAMPU UMNO KANTOI MENIPU ... BELUM APA-APA NOBATKAN MAS SYARIKAT PENERBANGAN KE-5 TERBAIK DUNIA.




Bagaimana Pentadbir dan pengendali Page akaun Friends of BN - Barisan Nasional dilaman sosial FB boleh tergamak dan sanggup secara terbuka nyatakan Syarikat Penerbangan Negara Malaysia Airlines yang sepanjang tahun asyik beratus juta rugi merupakan syarikat penerbangan ke-5 terbaik dunia UNTUK TAHUN BILA???

Sekiranya dihebahkan untuk 2014.. HANYA AKAN DIUMUMKAN PADA 15 JULAI 2014 nanti...iaitu lagi satu minggu dari sekarang ... Adakah pentadbir
Friends of BN - Barisan Nasional sudah dapat keputusan bocor atau dia salah seorang dari juri pemilihan???? Atau ada dunia lain???

Jika diikutkan kepada  pencapaian rekod syarikat MAS sebelum ini hanyalah pada; (2013) Ke-14, (2012) Ke-10, (2011) Tiada rekod dan (2010) Ke-10..

Kalau nak menipu dan mengampu pun agak-agaklah, sebab sekarang ini informasi dihujung jari, rakyat kini tidak mudah terpegun dengan  berita sensasi sebegini. .. akhirnya para penyokong UMNO/BN akan khayal syok sendiri.





UKURAN KEKUATAN MUSLIM ADALAH PADA MENAHAN NAFSU MARAH






Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.” -Riwayat Bukhari.
Huraian Hadith:
  1. Ukuran kekuatan pada zaman jahiliah ialah kekuatan fizikal, tetapi Islam telah mengubahnya kepada nilai akhlak dan kemasyarakatan yang mulia.
  2. Kita hendaklah menjauhi sifat marah, kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, jiwa dan masyarakat.
  3. Sifat sabar itu adalah daripada sifat-sifat yang mulia. Oleh itu hendaklah seseorang itu mengamalkan kesabaran.
  4. Sifat pemarah adalah sifat mazmumah yang tidak diredai Allah kerana ia boleh meruntuhkan kebahagiaan hidup seseorang.
UKURAN KEKUATAN MUSLIM ADALAH PADA MENAHAN NAFSU MARAH
SUMBER: JAKIM.





KETAHUI 8 PANDUAN AGAR REZEKI BERKAT DAN HALAL






PERKARA penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.
Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.
REZEKI-BERKAT-DAN-HALAL
Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya;
1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.
2 Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal.” (riwayat Adailami)
3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
4 Memperbanyakkan beristighfar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)
5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah.
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)
6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)
7 Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)
8 Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam
Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)
Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.
Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.
Wallahuaklam.
Sumber: Utusan online





APAKAH YANG DIKATAKAN BAKHIL MESKIPUN KAYA






Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.” -Riwayat Muslim.
Huraian Hadith:
Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia? Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya. Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.
BAKHIL-MESKIPUN-KAYA
SUMBER: JAKIM





CARILAH KEBAHAGIAAN MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH






Pelbagai pengertian bagi istilah “bahagia”. Lain orang lain definisinya. Namun bahagia yang bagaimana yang seperlunya manusia ada untuk kehidupan di dunia dan akhirat?
CARILAH-KEBAHAGIAAN-MENURUT-AL-QURAN-DAN-SUNNAH
Bagi umat Islam, suatu panduan telah direncana oleh Allah SWT iaitu di dalam Al Quran dan pada Sunnah Rasulullah S.A.W bagi mencari erti kebahagiaan dan mendapatkannya, iaitu seperti di bawah :
1. Banyak mengingati Allah – Firman Allah “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28).
2. Beramal soleh dan beriman – Firman Allah “Siapa yang beramal soleh baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan dia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97).
3. Berbuat baik dengan tidak mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia. Berharaplah hanya kepada keredaan Allah. -Firman Allah “Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9).
Wallahuaklam.
Sumber: JAKIM





CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI




Abu Hurairah menceritakan: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Perumpamaan seseorang yang keluar berjihad (mujahid) di jalan Allah, sedangkan Allah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad di jalan-Nya sama seperti perumpamaan seseorang yang berpuasa dan mendirikan solat.  Dan Allah menjaga sesiapa yang berjihad di jalan-Nya. Andainya Allah mematikan; akan dimasukkannya ke dalam syurga ataupun Allah mengembalikannya dengan selamat (di dunia) bersama ganjaran dan harta rampasan perang.’” (Riwayat al-Bukhari).
CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI
4 Ciri-ciri Menjadi Mujahid Sejati
1) Ikhlas- disebutkan dalam hadis di atas, “sedangkan Allah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad di jalan-Nya” beerti kejayaan seorang mujahid di sisi Allah bergantung pada niatnya yang ikhlas.  Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala yang terbuku di hati makhluk-Nya.
2) Sabar- Sepertimana ibadah puasa yang menguji kesabaran, begitulah sifat seorang mujahid yang sangat sinonim dengan sabar sepanjang pejuangannya. Mujahid akan sentiasa sabar dengan mengutamakan tuntutan agama berbanding tuntutan hawa nafsunya.
3) Syukur- Ibadah solat ialah ibadah terbesar yang melambangkan seorang hamba itu bersyukur kepada Allah. Demikianlah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW apabila ditanya oleh isterinya tentang kesungguhan Baginda beribadah sedangkan Baginda sudah dijamin syurga.
4) Istiqamah- Mujahid perlu konsisten dalam ibadah yang dilakukan. Ini dasar kepada perjuangan yang diperjuangkan. Mujahid dan istiqamah ibarat aur dengan tebing, perlu seiringan.
Wallahuaklam.
Rujukan: Gen-Q 35:11 (CIRI-CIRI MENJADI MUJAHID SEJATI)




BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA MAKI HAMUN



 

Bersangka baik pada setiap apa yang kita pandang atau alami adalah sifat mulia seperti sifat Rasulullah. Sikap orang yang suka memaki hamun orang lain akan mendatangkan kesan buruk kepada si pemaki, antaranya:-
  • keras hati
  • menonjolkan sifat buruk akhlak dan tingkah laku
  • menjadikan si pemaki orang yag sombong
  • menimbulkan perasaan persengketaan sesama umat Islam
  • menimbulkan perasaan benci dan marah kepada orang yang dimaki
  • tidak mewarisi sifat-sifat kemuliaan yang ada pada nabi

BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA MAKI HAMUN
Allah menyukai orang yang bersangka baik dan mengutuk sekeras-kerasnya orang yang suka memaki, sebagaimana firman-Nya:
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.” -Al-Humazah 104: 1)
Jadilah seorang Muslim yang baik tutor kata dan sopan tingkah laku, kerana tutur kata yang baik dan imej sopan membuatkan kita akan dihormati dan menjadikan orang sentiasa bersangka baik pada kita. Tidak perlu berkeras, kutuk mengutuk dalam usaha menasihati sahabat yang keras hati.
Kadang-kadang manusia tertipu dengan perwatakan dan pakaian. Kita mudah bersangka baik apabila merasakan perwatakan dan pakaian solah-olah selari dengan kehendak Islam, maka dia merasakan hidupnya telah mencerminkan kehidupan seorang Muslim yang baik, sedangkan tutur katanya penuh berbisa dengan sindir-menyindir dan memaki hamun. Dia lupa, seorang Musim yang baik juga datangnya daripada tutur kata yang baik.
Akhlak itu datangnya daripada tida perkara:
  • Wajah yang berseri
  • tutur kata yang sopan (tenang)
  • Perangai yang baik.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan amalan dan pedoman kepada kita semua dalam usaha untuk mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah swt.
Wallahu’aklam.
sumber: Q&A 30/8 -BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA MAKI HAMUN.





MENGUMPAT ADALAH AMALAN YANG TERCELA






SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.
Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang.
Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.
Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim)
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
MENGUMPAT ADALAH AMALAN YANG TERCELA
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. (riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.
Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.
Wallahu’aklam.
SUMBER

6 Tempat Boleh Mengumpat

October 18th, 2011 | 1:58 pm | Akidah, Tazkirah
Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat :
…..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ……..
Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya….
قال الرسول e : إِيَّاكُمْ وَالغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ لَهُ كَيْفَ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ قَدْ يَزْنِي وَ يَتُوْبُ فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ
Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )
Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :



  1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya
  2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu
  3. Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk
  4. Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat
  5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya
  6. Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu
 

 

 



‘Jangan Keluarkan Gambar Tak Berhijab’ di Media - Sharifah Aini

// // 
PEMERGIAN biduanita tersohor negara, Datuk Sharifah Aini, 61, awal pagi semalam sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam di hati para peminatnya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah telah meninggalkan tiga pesanan iaitu jangan mengambil gambar jenazahnya, jangan membuka tutup muka dan juga mahukan anak tunggalnya, Aliff Omar, 32, mengimamkan solat jenazah.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai satu lagi ‘wasiat’ Allahyarhamah yang pernah diungkapkannya sewaktu program ‘Celik Hati Prof Muhaya’ pada Jun tahun lalu.

Pada minit ke 12:16 rakaman tersebut, beliau telah memberi pesanan kepada stesen televisyen dan rakan media agar tidak mengeluarkan video atau gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab.

“Saya ada permintaan kepada stesen TV, kepada kawan-kawan di media. Kalau nak keluarkan gambar-gambar, tolonglah jangan keluarkan yang dulu yang tak berhijab. Kesian kat kita semua. Kami semua dah ‘move on’. Kita tak kata kita baik, tapi kita nak jadi baik. Kita nak dekat dengan Allah. Setiap hari kita mencari keredhaan Allah,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Allahyarhamah turut berpesan agar tidak melengah-lengahkan waktu solat kepada para penonton dan juga rakan-rakan artis.

“Bila masuk saja waktu, saya memang dah siap dah dengan wudhu’. Saya tak nak tinggal, saya tak nak lambat. Saya takut in between, kalau saya mati? Lima minit can make a lot of differences,” katanya.

Diharap dengan perkongsian ini, orang ramai di luar sana termasuklah pihak media akan berusaha untuk menghormati permintaan beliau agar rohnya sentiasa tenang di sana.

Jadikan juga setiap pesanannya sebagai peringatan untuk kita lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah kepada-Nya selepas ini.

Al-Fatihah…




Sumber josrevalution.net

Tiada ulasan: