Thursday, 24 July 2014
Berita Gembira Dari Bumi Gaza..
Sayap ketenteraan Hamas Brigade al-Qassam hari ini mendakwa telah menembak pesawat jet pejuang F-16 Israel di Jalur Gaza.
"Unit pertahanan udara kami berjaya menembak sebuah pesawat F-16 Israel
dengan peluru berpandu pada pukul 19.40 waktu setempat di Bandar Deir
al-Balah, bahagian tengah Gaza, ketika pesawat itu hendak melancarkan
serangan," kata kenyataan Brigade al-Qassam, seperti yang dilaporkan
oleh worldbulletin. net, Rabu (23/7).
Kenyataan itu tidak diikuti dengan penjelasan lebih lanjut dan pihak
Israel juga hingga kini belum mengulas. Sebelumnya Brigade al-Qassam
menyatakan telah menembak jatuh tiga pesawat tanpa awak Israel sejak
negeri Zionis itu melancarkan serangan ke Gaza awal bulan ini.
Hingga kini sudah 635 warga Palestin terbunuh, kebanyakan awam, dan
lebih dari 4,000 lain luka. Hamas hingga kini masih melawan dengan
melancarkan roket-roket ke wilayah Israel.
PROFESSOR ISRAEL CADANG ROGOL IBU DAN ISTERI PEJUANG HAMAS.. #savegaza
Posted: July 23, 2014 in UncategorizedBeliau adalah Professor Mordechai Kedar dari Bar-Ilan University. Beliaulah yang mencadangkan supaya ahli keluarga pejuang HAMAS dirogol untuk menghalang kemaraan Hamas. Beliau mebuat kenyataan itu sejurus selepas insiden penculikan 3 remaja Israel tempoh hari.
Ini kenyataannya.
“The only thing that could deter a suicide bomber is knowing that if caught, his sister or his mother would be raped,” said Kedar on Israel Radio Bet
“It sounds very bad, but that’s the Middle East,” he continued. “You have to understand the culture in which we live. The only thing that deters [Hamas leaders] is a threat to the connection between their heads and their shoulders.”
To the shocked radio presenter who said that “we cannot take such steps, of course”, Kedar replied:
“I’m not talking about what we should or shouldn’t do. I’m talking about the facts. The only thing that deters a suicide bomber is the knowledge that if he pulls the trigger or blows himself up, his sister will be raped. That’s all. That’s the only thing that will bring him back home, in order to preserve his sister’s honor.”
TERJEMAHAN.
“Satu- satunya cara untuk menghalang pengebom berani mati ialah apabila dia sedar, bila dia ditangkap, kakak dan ibunya akan kita ROGOL. Memang kenyataaan saya ini nampak buruk, tapi inilah suasana Timur Tengah! “
Kedar telah bertugas selama 25 tahun dalam perisikan ketenteraan, di mana dia merupakan seorang pengkaji di Begin-Sadat Centre for Strategic Studies . Walaubagaimanapun kenyataannya itu dikecam aktivis-aktivis wanita di Israel sendiri
________________________________
Siapa saya?
Penulis merupakan seorang pengkaji isu isu dunia dan tempatan yang MUAK dengan lliputan berat sebelah dan tidak telus daripada media DUNIA mahupun TEMPATAN. Kami berjanji akan terus menyajikan anda dengan berita PALING TEPAT yang pastinya TIDAK AKAN DISIARKAN MEDIA.
Follow fb ini untuk liputan terus dari kami.
https://www.facebook.com/master.fahmi.7
Sekian, terima kasih.1:51PM - 23 Jul 2014
Besi halang gelandangan tidur di bangku awam
Pihak berkuasa Kuala Lumpur didakwa memasang besi di bangku orang ramai
sekitar ibu kota, bagi menghalang gelandangan tidur di atasnya.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, beliau melihat sendiri gambar warga miskin kota terpaksa memaksa diri masuk ke celah-celah besi itu untuk bermalam.
“Saya tidak pernah menyangka senario yang begitu menyayat hati ini akan terjadi di Kuala Lumpur,” kata wakil rakyat DAP itu.
“Perbuatan memasang besi-besi ini langsung tidak berhati perut, malah menampakkan betapa zalimnya pihak berkuasa di Kuala Lumpur yang tidak menyantuni golongan yang tidak bernasib baik dan hidup di jalanan.”
Dalam kenyataannya hari ini, Lim menyifatkan tindakan itu berhati batu dan tidak berperikemanusiaan, tambahan lagi pada bulan Ramadan.
“Saya menggesa pihak DBKL menanggalkan besi-besi tersebut serta merta, dan berhenti menzalimi warga miskin kota.
“Sewajarnya mereka mencontohi bagaimana Kanada melayani warga gelandangannya, tanpa melayan mereka seperti sampah,” katanya.

Saham McD.. Hasil boikot seluruh dunia.. Terus Menjunam sahamnya..
Sheila Majid mengamuk Chow Jack gelar Aidilfitri syaitan dan sebulan puasa makan babi
- Sebelum ini Alvin dan Vivian telah dikecam teruk oleh masyarakat
kerana telah didakwa menghina Islam dengan memuatnaik foto bersama
kapsyen menyindir berbunyi "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak dan menyelerakan."
Dilihat tidak mengambil iktibar atas perkara tersebut, individu bernama Chow Jack pula telah memuatnaik status berunsur perkauman di laman Facebooknya.
Prihatin dengan isu semasa, Sheila Majid menyelar tindakan tidak bermoral itu dan menganggap bahawa individu tersebut mempunyai mentaliti yang rendah.
Sheila Majid mengamuk Chow Jack gelar Aidilfitri syaitan dan sebulan puasa makan babi
Dilihat tidak mengambil iktibar atas perkara tersebut, individu bernama Chow Jack pula telah memuatnaik status berunsur perkauman di laman Facebooknya.
Prihatin dengan isu semasa, Sheila Majid menyelar tindakan tidak bermoral itu dan menganggap bahawa individu tersebut mempunyai mentaliti yang rendah.
Luahan perasaan Sheila Majid itu mendapat sokongan ramai apabila foto
tersebut mendapat lebih250 likes dan komen daripada para peminatnya.
Kebanyakan mereka turut menyatakan rasa kesal terhadap perkara tersebut dan meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas individu itu.
Seharusnya status yang sedemikian tak patut wujud. Kita kan duduk dalam satu negara yang berbilang bangsa. Maka, wajiblah kita untuk saling hormat-menghormati sensitiviti kaum lain kan?

Aisyah Hatta changed her profile picture.
11 hrs ·
LikeLike ·
Inilah nasib yang menimpa kepimpinan UMNO/BN kini .. Semalam pimpinan BN yang dikepalai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat demo depan Kedutaan Besar Russia, Kuala Lumpur... Konon nak tunjuk hero dan pembela tapi akhirnya penyokong-penyokong sendiri dok belasah sampai lumat lunyai.
Sudahlah kehadiran ciput .. lebih ramai anggota polis mengawal keselamatan dengan wartawan dari tukang demo .. lepas demo kena kutuk dengan penyokong tegar sendiri sebagai tindakan yang bodoh tidak tahu maklumat terkini.
Paling menyedihkan menampakkan betapa jahil dan bodohnya Pemuda UMNO Malaysia ini apabila salah seorang pendemo dilihat mengangkat bendera Germany bukannya Russia.
Kalau perkara asas semudah itu pun Pemuda UMNO Malaysia tidak tahu, apa jaminan perkara yang lebih serius Pemuda UMNO Malaysia mempunyai ilmu dan kebolehan untuk menyelesaikannya??
Jadi tidak hairan jika ramai ahli UMNO/BN berasa malu dan berang dengan gelagat ketua mereka yang jahil murakab dalam politik.
Ikut hukum akal logik .. kalau dah penyokong tegar sendiri kutuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia jadi tidak hairan warga kita yang berfikiran waras akan kutuk lebih keras.
Wednesday, 23 July 2014
PARA PENYOKONG UMNO KUTUK SAMPAI LUMAT LUNYAI PEMUDA UMNO MALAYSIA SEBAB BODOH ANJUR DEMO MH17 DEPAN KEDUTAAN BESAR RUSSIA..
Inilah nasib yang menimpa kepimpinan UMNO/BN kini .. Semalam pimpinan BN yang dikepalai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia membuat demo depan Kedutaan Besar Russia, Kuala Lumpur... Konon nak tunjuk hero dan pembela tapi akhirnya penyokong-penyokong sendiri dok belasah sampai lumat lunyai.
Sudahlah kehadiran ciput .. lebih ramai anggota polis mengawal keselamatan dengan wartawan dari tukang demo .. lepas demo kena kutuk dengan penyokong tegar sendiri sebagai tindakan yang bodoh tidak tahu maklumat terkini.
Paling menyedihkan menampakkan betapa jahil dan bodohnya Pemuda UMNO Malaysia ini apabila salah seorang pendemo dilihat mengangkat bendera Germany bukannya Russia.
Kalau perkara asas semudah itu pun Pemuda UMNO Malaysia tidak tahu, apa jaminan perkara yang lebih serius Pemuda UMNO Malaysia mempunyai ilmu dan kebolehan untuk menyelesaikannya??
Jadi tidak hairan jika ramai ahli UMNO/BN berasa malu dan berang dengan gelagat ketua mereka yang jahil murakab dalam politik.
Ikut hukum akal logik .. kalau dah penyokong tegar sendiri kutuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia jadi tidak hairan warga kita yang berfikiran waras akan kutuk lebih keras.
Khairul Hilmi Che Ali shared Rayein Ahmad's photo.
1 hr ·
Inilah
gambaran sebenar mentaliti tentera zionis Israel setelah berperang dgn
pejuang Palestin. ...hanya maut yg terpampang di fikiran mereka dimedan
perang....!!!!!!!!!
LikeLike · · Share
Bilal bin Rabah adalah seorang lagi tokoh sahabat Rasulullah S.A.W. yang kedua pentingnya dalam menegakkan syiar Islam. Kisah ataupun riwayat hidupnya sebelum dan sesudah memeluk agama Islam adalah merupakan suatu kisah yang amat memilukan bagi kaum muslimin yang mengetahui.
Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling rapat. Kemana sahaja Rasulullah S.A.W. pergi dia tetap bersama dengannya.
Bilal bin Rabah pada asalnya adalah seorang hamba kepada sahabat karib Abu Jahal yang bernama Umaiyah bin Khalaf. Menurut riwayat, setelah Umaiyah mengetahui bahawa Bilal telah memeluk agama Islam, Umaiyah telah menyiksanya dengan cara yang amat kejam sekali.
Pernah suatu ketika beliau telah didera di tengah padang pasir dalam keadaan ditelentangkan dengan badan yang ditelanjangkan. Di tengah padang pasir dan di bawah keterikan panas matahari yang membakar itu beliau telah dipukul oleh beberapa orang tukang pukul dari golongan kaum Quraisy. Tujuan mereka berbuat begitu ialah agar Bilal kembali kepada agama asalnya.
Oleh kerana keimanan Bilal begitu menebal, meereka tidak Berjaya mengubah akidahnya. Sebaliknya semakin hebat dia disiksa semakin galak dia mengingati Allah S.W.T. Semasa dia disiksa dia tidak henti-henti menyebut: “ Ahad! Ahad!”
Semakin kuat Umaiyah menyiksa dia semakin galakdia menyebut ayat itu.
Melihatkan Bilal bersikap teguh dengan pendiriannya, lantas Umaiyah menampar mukanya dan berkata :” Hei budak jahat, engkau benar-benar celaka, aku mahu kau menyebut lata dan uzza.”
Namun demikian, walaupun dia disiksa dengan sebegitu kejam akan tetapi pada Bilal itu hanyalah merupakan menambahkan keimanan terhadap agama yang telah diyakininya itu.
Setelah melihatkan segala tindakannya terhadap Bilal tidak mendatangkan kesan maka Umaiyah pun pergi berjumpa dengan Abu Jahal. Setibanya dia di rumah Abu Jahal maka Umaiyah pun bermuafakat dengan nya bagaimana hendak mengatasi masalahnya itu.
Umaiyah berkata kepada Abu Jahal: “ Lebih baik saja kita bunuh budak hitam itu.” “Itu tidak bijak.” Jawab Abu Jahal. “ Kalau membunuh dia bererti kita lemah dan kalah. Orang akan menentang kita secara diam-diam,” sambung Abu Jahal.
Umaiyah berkata lagi : : Apakah yang patut kita lakukan?” “Kita siksa dia sehingga dia tidak berdaya lagi,” kata Abu Jahal memberi pendapat.
Umaiyah berkata lagi” “ Sampai bila dan berapa lamakah kita harus menyiksa dia?” “ Sampai dia kafir semula,” jawab Abu Jahal bangga. Umaiyah tidak berasa puas hati maka dia berkata lagi :” Ya Abu Jahal, kita sebenarnya masih ketinggalan zaman kerena belum pernah aku lihat seorang manusia yang begitu sabar menanggung pelbagai azab demi mempertahankan kepercayaannya sebagaimana Bilal.” Umaiyah bertanya lagi: : Adakah cara lain yang engkau fikir boleh membuatkan dia mengubah pendiriannya?” “Begini,” kata Abu Jahal memulakan pendapatnya.” Bukankah hari amat panas sekali, jadi pakaikan dia dengan pakaian besi kemudian kita jemurkan dia di tengah padang pasir di luar kota Mekah. Aku percaya budak hitam itu tidak akan dapat menahan kepanasan besi dan cahaya matahari yang membakar itu.”
Umaiyah bertanya lagi” Adakah perbuatan ini akan berhasil?” “Tentu sekali aku percaya dan yakin jika dia mendengar rancangan kita ini tentu dia akan meminta ampun dan dengan itu sudah tentu dia akan kembali kepada agama asalnya,” Kata Abu Jahal dengan penuh yakin.
Setelah segala rangcangan mereka siap diatur maka mereka pun menangkap Bilal dan dipakaikannya dengan sehelai baju besi. Kemudian mereka pun membawa Bilal ketengah padang pasir dengan kakinya dirantai.
Setibanya di tengah padang pasir itu mereka pun meninggalkan Bilal keseorangan diri di antara batu-batu padang pasir itu.
Hari itu amat panas sekali sehingga tidak ada sesiapapun yang sanggup berdiri lama di bawah sinaran matahari pada masa itu. Manakala pada malam harinya pula keadaannya amat sejuk sehingga terasa ke tulang hitam.
Azab yang diterima oleh Bilal tidak terperi sakitnya. Bagaimanapun dia tidak mengeluh atau gentar menghadapi segala percubaan yang diterimanya. Hatinya bulat, dia hanya berdoa kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menguatkan imannya di samping memohon bantuan agar Allah S.W.T. melepaskan dia dari azab yang tidak tertanggung itu.
Keesokan harinya Abu Jahal dan Umaiyah datang menemui Bilal. Dalam hati mereka berdua menyangkakan tentulah bilal akan bersujud kepada mereka meminta ampun dan berjanji akan mengubah pegangannya.
Sebaik saja syaitan Quraisy itu bersemuka dengan Bilal, semangatnya menjadi semakin kental mengadap segala kemungkinan dan kemarahannya semakin meluap-luap terhadap kedua manusia itu.
Abu Jahal mendekati Bilal lalu membisikan sesuatu, katanya: “ Hai Bilal, bagaimanakah keadaan engkau sekarang?” Kemudian Bilal menjawab: “ Ahad! Ahad!”
Mendengar perkataan itu, secara tiba-tiba Abu Jahal menjadi marah. Hatinya berasa terlalu sakit mendengar perkataan itu, bagi dia perkataan itu seolah-olah racun baginya.
Lantas dia berkata kepada Bilal dengan geramnya : “ Hei budak hitam, apakah kau masih mahu berkeras di atas kesesatan engkau ini.”
Abu Jahal mengamuk dan meradang setelah Bilal tetap dengan pendiriannya. Dia mencari-cari di sekelilingnya kalau-kalau ada benda yang dapat di pergunakannya untuk membunuh Bilal pada masa itu. Kemudian dia ternampak seketul batu besar tidak jauh dari situ, lantas dia serta Umaiyah dan juga para pengikut yang mengiringin mereka mengangkat batu besar itu dan meletakkannya di atas dada Bilal bin Rabah.
Setelah batu itu diletakkan di atas dadanya, Bilal merasa terlalu sukar untuk bernafas, tetapi dalam hatinya masih menyeru “ Ahad! Ahad!”
Abu Jahal, Umaiyah dan para pengikutnya mengugut Bilal mengatakan bahawa dia akan mati tidak lama lagi. Mereka bersorak-sorak melihat keadaan Bilal semakin payah untuk bernafas dan semakin perlahan pula suaranya menyebut “ Ahad! Ahad.” Akan tetapi gerak bibirnya masih belum berhenti dari menyebut perkataan itu.
Segala harapan Abu Jahal untuk melihat Bilal memohon ampun dan balik ke agama asal meleset sama sekali. Bahkan bibir Bilal tidak henti-henti menyebut “Ahad! Ahad”’ malah adakalanya kedengaran dia berdoa kepada Allah S.W.T. , katanya “ Ya Allah, sekiranya mereka mahu membunuh aku agar aku menyekutukan Tuhan Ar Rahman maka biarlah aku mati, daripada menyekutukan Tuhan. Aku tidak takut mati, aku tidak takut mati, aku lebih takut menyekutukan Tuhan Ar-Rahman. Ya Allah, Tuhan Ibrahim, Yunus, Musa dan Isa aku bermohon kepadamu selamatkanlah aku dari siksaan ini.”
Doa Bilal yang kedengaran terketar-ketar itu di dengari oleh Abu Jahal dan Umaiyah. Mereka berpandangan sesama sendiri memikirkan apakah yang harus dilakukan lagi terhadap Bilal. Kemudian Umaiyah berkata kepada Abu Jahal :” Bukankah sudah aku beritahu pada engkau, tak guna lagi kita menyiksa budak itu. Dia memang keras kepala, memang tak ada harapan yang dia akan mengikut agama kita lagi, lebih baik saja kita bunuh dia.”
Dalam perkara ini Abu Jahal lebih pintar dari Umaiyah. Sambil menundukkan kepada dia mencari-cari jalan bagaimana hendak memaksa Bilal supaya dia kembali kafir. Membunuhnya sebagaimana yang disarankan oleh Umaiyah adalah jalan yang terakhir tetapi tidak menguntungkan mereka, sebaliknya dia akan membawa banyak akibat dan kerugian kepada pihak Quraisy sendiri.
Kisah penderitaan Bilal menghadapi siksa dari pihak Quraisy akhirnya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah S.A.W. dan Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. Setelah mendapat berita itu, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar pun terus menuju ke tempat Bilal di siksa itu. Di bawah kepanasan cahaya matahari Saiyidina Abu Bakar meredah padang pasir yang luas itu.
Dari jauh dia nampak sekumpulan manusia sedang mengerumuni sesuatu. Tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar datang kearah mereka, mereka pun berundur. Sebaik saja Saiyidina Abu Bakar sampai disitu dilihatnya Bilal masih hidup dan dia tidak henti menyebut “Ahad! Ahad!”, akan tetapi keadaanya begitu menyayat hati. Dia meronta-ronta seperti separuh nyawa ikan. Batu besar yang menghempap pada perutnya menyebabkan dia mengalami kesesakan nafas.
Melihat keadaan sahabatnya diperlakukan begitu dia berasa amat hiba sekali, Saidina Abu Bakar yang biasanya bersifat penyabar, lemah lembut dan tenang tiba-tiba saja melenting marah bagai api menjulang. Api kemarahannya terlalu membara melihat kejadian yang menyayatkan itu. Ketika itu dilihatnya Abu Jahal dan Umaiyah adalah seperti budak kecil.
Dengan suara yang lantang dia berkata kepada Abu Jahal: “ Sampai bila kamu akan menyiksa budak itu?” Kata Umaiyah :” Itu urusan kami, mengapa kau harus masuk campur, ini hamba aku, aku boleh siksa dia sesuka hati aku dan aku boleh lepaskan dia bila aku suka.”
“ Apakah engkau tidak takut kepada Allah melakukan siksaan seperti ini?”, kata Saiyidina Abu Bakar. Umaiyah berkata lagi :” Cukup…cukup hai Abu Bakar! Kerana engkaulah maka dia aku siksa dan engkaulah yang merosakkannya.” Jawab Abu Bakar dengan marah : “ aku bukan merosakkannya, aku hanya menunjukkan jalan yang benar.”
“Sudah…sudah aku cukup mengerti perkara itu, engkau tidak perlu menerangkannya. Hanya satu permintaan aku jangan kau campuri urusan kami,” bentak Umaiyah.
“ Kami tidak akan membiarkan perbuatan kejam seperti ini dilakukan terutama sekali terhadap salah seorang teman yang sefahaman dengan kami. Menyiksa dan memaksa dia sama dengan menyiksa dan memaksa kami. Terus terang aku katakan bahawa aku akan membelanya dan tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum engkau melepaskannya dan memerdekakan daripada penganiayaan yang kejam ini, “ tegas Abu Bakar geram.
“ Kami semua sudah sepakat tidak akan melepaskannya sehingga dia kembali kepada agama asalnya atau dia mati dalam siksaan ini,” jawab Umaiyah pula. Kemudian Abu Bakar berkata lagi : “ Engkau akan hampa saja hai Umaiyah. Sudah pasti dia tidak akan kembali kepada agama asalnya setelah mendapat hidayah dari Allah. Seperti orang yang berada dalam gelap gelita dia tidak akan mahu ketempat gelap itu setelah menemui tempat yang terang benderang.”
Umaiyah berkata dengan marah: “ Wahai Abu Bakar, apakah engkau datang ini untuk meminta ampunkan dosanya daripada kami atau engkau datang ini untuk membantu dia menghina dan memaki hamun Tuhan kami di hadapan muka kami sendiri?”
“Saya katakan kepada kamu semua bahawa dia akan tetap berpegang kepada kepercayaannya sampai dia mati walaupun dia disiksa”. “ Jadi adakah kamu mahu dia hidup dan saya beri dia makan dan minum serta pakaian kemudian dia menghina dan mengejek-ngejek agama kami setelah itu dia mengoda isteri dan anak-anak kami?” Sergah Umaiyah.
“ Aku sedia membelinya.” Kata Abu Bakar selamba. “ Engkau mahu membelinya,” kata Umaiyah seakan-akan terkejut. “ Benar….. aku mahu membelinya,” kata Abu Bakar. “Berapakah kamu sanggup bayar,” Tanya Umaiyah. “ Berapa yang kamu minta,” jelas Abu Bakar.
Setelah berpakat dengan Abu Jahal, Umaiyah pun berkata :” Lima wang emas ( setengah kilo).” Tanpa tawar menawar abu Bakar terus membayarnya. Setelah urusan jual beli itu selesai, tanpa membuang masa Saiyidina Abu Bakar berlari mendapatkan Bilal yang sedang dihempap batu besar itu. Oleh kerana batu itu terlalu besar Saiyidina Abu Bakar tidak berdaya mengangkatnya seorang diri. Orang ramai yang tadi bersurai datang menolong Abu Bakar kerana bersimpati dengannya. Kemudian batu besar itu Berjaya diangkat dan Bilal pun terselamat dari siksaan seterusnya.
Saiyidina Abu Bakar terus memapah Bilal untuk dibawa pulang mengadap Rasulullah S.A.W. Tidak lama kemudian Saiyidina Abu Bakar memerdekakan Bilal. Akhirnya Bilal dibebaskan dan tidak dikuasai oleh sesiapa lagi. Lantaran tingginya budi Saiyidina Abu Bakar dan besar jihad beliau terhadap Islam maka turunlah ayat Quran yang menyatakan kesalahan Umaiyah bin Khalaf serta memuji Saiyidina Abu Bakar yang penuh dengan sifat kemanusiaan yang tiada bandingannya itu.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., ketika tiba waktu sembahyang Nabi S.A.W. menjadi iman dan Bilal r.a. menjadi Mu'adzzin. Bilal r.a. memang terkenal dengan suaranya yang merdu. Selepas Rasulullah S.A.W. wafat, Bilal meninggalkan kota Madinah.
Suatu ketika Bilal r.a. bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. dan berkata baginda dalam mimpinya, "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak menziarahiku?" Sebaik sahaja Bilal terjaga dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah.
Setibnya di Madinah, Bilal r.a. bertemu Hassan dan Hussain yakni cucu Rasulullah S.A.W., lalu mereka meminta Bilal r.a. untuk melaungkan azan. Untu tidak menghampakan permintaan dari orang-orang yang sangat dikasihinya, maka Bilal r.a. pun mengalunkan azan.
Apabila suara Bilal berazan berkumandang, maka keluarlah orang-orang dari kota Madinah tanpa segan silu, sambil mengerluarkan air mata mengingati zaman kegemilangannya yang dilalui bersama Rasulullah S.A.W.
Bilal r.a. terkenal dengan sifat kejujurannya, kesolehannya dan rendah hati.
Pada 20 hijrah, wafatlah Bilal r.a. dalam usia 60 tahun. Beliau dimakamkan di kota Damsyik berdekatan daerah Babus Saghir.
Sumber : Buku Himpunan Kisah-Kisah Teladan
Kisah sedih Bilal Bin Rabah RA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan