Pas Kawasan Subang shared Aqsa Syarif's photo.
19 hrs ·
Kemampuan roket ciptaan Tentera Al Qassam
Aqsa Syarif with Adi Adiwira and 17 others
| Terkini Gambar menunjukkan kemampuan roket Al-Qassam untuk sampai kepada bandar-bandar Israel.
#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
Sumber : شبكة قدس الإخبارية [IH]
Syabas dan semoga istiqamah.
Page Friends of BN - Barisan Nasional sekali lagi MENIPU rakyat dengan posting 'mengampu' melangitnya.
Beritahu satu dunia kononnya negara Malaysia dibawah pemerintahan UMNO yang diketuai oleh Najib Razak suami Rosmah Mansor amat berani sekali dan hanya satu-satunya negara dalam dunia yang mengeluarkan passport antarabangsa yang melarang warganegara ke Israel... Hakikatnya????
Kenapa begitu sekali sanggup menipu untuk mengampu macai-macai UMNO ni?
Post by Hafiz Roslan.
Syabas, giliran Umie Aida pula bertudung...
Alhamdulillah.
Nampaknya keberkatan bulan Ramadhan kali ini telah membuka hati
beberapa orang selebriti wanita untuk mengikuti syariat Islam. Umie Aida
kini turut sama berhijrah dan menutup aurat dengan bertudung sejak awal
bulan Ramadhan ini. Pada mulanya Umie Aida enggan menghebahkan perkara
baik ini namun pelakon ini akhirnya sudi berkongsi sedikit ketika
ditemui oleh wartawan di majlis pengkebumian Allahyarham Sharifah Aini.
Hati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.
Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.
Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.
Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara
ULASAN GBHati Umie Aida mula terbuka untuk bertudung sejak mula menyertai kelas agama tahun lalu. Kata Umie menerusi Berita Harian:-
Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata saya membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.
Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal. Ketika menunaikan solat Tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100%.
Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. Insya Allah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya.
Terharu Abang Nara membaca bait-bait kata Umie Aida. Sesungguhnya Umie Aida antara mereka yang beruntung diberikan kenikmatan dan kesempatan untuk menutup aurat. Tahniah Umie!!! Semoga makin ramai selebriti wanita kita akan mengikuti jejak langkah penghijrahan rakan-rakan mereka. Lagi beberapa gambar Umie Aida bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. -beautifilnara
Syabas dan semoga istiqamah.
Tuesday, 15 July 2014
EDISI MACAI UMNO NAK MENGAMPU SAMPAI SANGGUP MENIPU.
Page Friends of BN - Barisan Nasional sekali lagi MENIPU rakyat dengan posting 'mengampu' melangitnya.
Beritahu satu dunia kononnya negara Malaysia dibawah pemerintahan UMNO yang diketuai oleh Najib Razak suami Rosmah Mansor amat berani sekali dan hanya satu-satunya negara dalam dunia yang mengeluarkan passport antarabangsa yang melarang warganegara ke Israel... Hakikatnya????
Kenapa begitu sekali sanggup menipu untuk mengampu macai-macai UMNO ni?
Anda Pasti Akan Terkejut Dengan Penampilan Terbaru Pelakon Filem Ini!
- Benarkah? Dipetik dari sebuah artikel hiburan, khabarnya pelakon
filem pelik kacukan Indonesia dan Jepun ini telah memasang niat untuk
berhenti dari dunia perfileman apabila membuat kenyataan secara terbuka
untuk mencari teman lelaki yang sesuai kemudian berkhawin.
Adakah benar niat dan hasrat wanita ini? segala keputusan terletak di
tangan beliau sendiri. Alangkah bagusnya jika niat pelakon ini mahu
berubah dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Pasti ianya menjadi pencetus kepada semua wanita-wanita diluar sana tak
kira siapa anda untuk berubah dan berhenti dari dunia yang penuh dengan
keseronokan - Raisyyahrania.blogspot.com
Apakah yang berubah setelah Rang Undang-Undang Kebencian kaum dan agama?
Tanpa memperkecilkan usaha Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) menggubal dan membawa Rang Undang-undang Kebencian Kaum dan Agama ke Parlimen, satu pertanyaan yang mendalam perlu diajukan; apakah khutbah Jumaat yang memomokkan penganut Syiah dan Kristian akan terlepas dari senarai kebencian?
Terdapat banyak contoh sedia ada bagaimana khutbah Jumaat menjadi sumber kebencian dan ini dilakukan oleh agensi kerajaan (State) atas nama agama.
Penggubal Rang Undang-undang Kebencian Kaum dan Agama wajar mengambil kira Pelan Tindakan Rabat (Rabat Plan of Action 2013) yang ditawarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia sudah memadai untuk dijadikan panduan untuk mengenalpasti apakah yang wajar dinamai sebagai ‘kebencian dan hasutan’ dan apa pula yang boleh dikategorikan sebagai ‘kebebasan bersuara’.
Apakah yang terkandung dalam Pelan Tindakan Rabat?
Pertamanya, ia menyediakan polisi dan juga panduan untuk kerajaan, dan masyarakat sivil dalam mencegah kebencian agama secara kolektif. Ia juga menghuraikan apa yang tidak wajar dianggap sebagai ‘kemerdekaan bersuara’ dan dapat dianggap sebagai kebencian terhadap agama secara kolektif (lihat Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights. 2012. Rabat Plan of Action on the prohibition of advocacy of national, racial or religious hatred that constitutes incitement to discrimination, hostility or violence. Rabat: Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights (OHCHR). Halaman 6-7).
Kebencian terhadap agama secara kolektif melibatkan;
i. Konteks;
Hanya dengan analisis konteks, sesuatu ucapan itu dapat ditentukan latar sosial dan politiknya dan apakah ia ditujukan kepada satu kumpulan sasaran.
ii. Pengucap;
Kedudukan individu pengucap adalah penting untuk dikenalpasti. Secara khususnya apakah individu pengucap itu mewakili mana-mana kumpulan agama yang lain, atau apakah statusnya dalam masyarakat.
iii. Niat;
Dalam hal ini, niat dan bukan kelalaian atau ketidaksengajaan diberi fokus. Dalam erti kata lain terdapat elemen hasutan, dan mengajak; yang secara aktif dapat ditentukan berdasarkan adanya hubungan antara objek, subjek ucapan dan juga khalayak.
iv. Kandungan dan bentuk;
Analisis kandungan dan bentuk ucapan juga sangat kritikal dalam menentukan apakah ia satu pencabulan hak asasi manusia. Kandungan ucapan itu perlu ditentukan apakah ia berbau provokasi, langsung dan apakah hujah-hujahnya tuntas atau tidak.
v. Keluasan;
Keluasan ucapan juga dititik beratkan. Dalam konteks ini apakah ucapan tersebut dilakukan secara publik, juga saiz audiennya apakah kecil atau besar, dan apakah ia berbentuk penerbitan, atau media di internet atau arus perdana, dan apakah audien mempunyai akses kepada ucapan atau siaran terbabit.
vi. Potensi risiko.
Hasutan dan fitnah yang menanam kebencian terhadap agama secara kolektif ditentukan berdasarkan potensi risiko yang mungkin terjadi lantaran ucapan atau siaran tersebut. Dalam hal ini ucapan kebencian tersebut selalunya adalah langsung dan memang memaksudkan sesuatu yang buruk terhadap sasaran .
Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, tidak syak lagi khutbah jumaat berjudul ‘Rasulullah saw Kekasih Allah’ bertarikh 25 Januari 2013 adalah seruan kepada kebencian. Intipati khutbah menyamakan mereka yang menuntut penggunaan kalimah Allah untuk non Muslim sebagai ‘musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam’. Justeru tidak menghairankan khutbah tersebut disambut dengan rasa kurang selesa daripada masyarakat Kristian tempatan.
Rev Fr Simon Labrooy dalam satu laporan media menyatakan kekesalan kerana ada individu di dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam yang cenderung untuk ‘mengisytihar perang’ dan berfikir untuk perpecahan berbanding ‘perpaduan’ (lihat Clara Chooi. 2013. Friday sermon irks local church leaders as Allah row rages on. The Malaysianinsider. 26 Januari.)
Demikian juga khutbah Jumaat di Selangor bertarikh 6 April 2012 yang menyeru umat Islam menghindari Syiah. Khutbah berjudul ‘Penyelewengan Syiah Di Malaysia’ tersebut menyatakan, antara lain ‘Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini’ . Khutbah ini adalah satu bentuk pemomokan yang serius, memandangkan dalam masa yang sama, harus diingat seramai sepuluh orang qari bermazhab Syiah dari Iran dan Iraq telah memenangi Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa anjuran Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia sejak tahun 1961.
Adakah Rang Undang-undang Kebencian Kaum dan Agama dapat mengheret Jabatan Agama Islam termasuk para menteri atau ketua agama Islam sendiri sekiranya kebencian terhadap agama secara kolektif dilakukan atas nama agama seperti berlakunya di mimbar masjid?
Rang undang-undang kebencian kaum dan agama: Syiah diabaikan lagi?
July 11, 2014Tanpa memperkecilkan usaha Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) menggubal dan membawa Rang Undang-undang Kebencian Kaum dan Agama ke Parlimen, satu pertanyaan yang mendalam perlu diajukan; apakah khutbah Jumaat yang memomokkan penganut Syiah dan Kristian akan terlepas dari senarai kebencian?

Hubungan Sulit Dengan Abang Ipar Berakhir Tragedi
July 14, 2014 by
Hubungan Sulit Dengan Abang Ipar Berakhir Tragedi
Hubungan sulit
seorang lelaki bersama adik kepada isterinya bertukar tragedi apabila
mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di
leher di sebuah bilik hotel bajet.
Sumber
berkata, mayat wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa itu
ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 5 petang
Selasa selepas suaminya menghubunginya dan didakwa mahu membunuhnya.
Lelaki
yang berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah pub di Kuala Lumpur turut
didakwa memberitahu isterinya bahawa dia mengambil keputusan untuk
membunuh diri.
Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan.
Difahamkan
bahawa lelaki dan wanita itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel
bajet di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 4 petang Isnin dan lelaki itu
keluar dari hotel itu seorang diri pada keesokan harinya sebelum
menghubungi isterinya.
Timbalan
Ketua Polis Polis Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, wanita itu
mengalami kesan lebam di lehernya dan punca kematian mungkin akibat
dicekik.
“Tiada tanda-tanda lain dikesan pada badannya.
“Tiada penemuan kondom atau dadah di bilik hotel,” katanya di tempat kejadian.
Dipercayai bahawa kematian itu mungkin disebabkan sesuatu yang berlaku ketika melakukan hubungan seks.
Fadil berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
Beliau berkata, wanita itu didapati meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 pagi Selasa.
Polis turut membuat pemeriksaan terhadap rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel tersebut.
Sumber : Miazarraanur
16 Pengalaman Buruk Pengunjung Bazar Ramadhan Yang Teraniaya
Almaklumlah, sekarang ni dalam bulan ramadan. Banyak cerita yang tak sedap kita dengar pasal bazaar ramadan.
Dari makanan ‘recycle’ sampai ke harganya dan yang tak sedap lagi
sampai menjejaskan kesihatan. Di bawah, himpunan kisah-kisah pengunjung
Bazar Ramadhan yang teraniaya. Bukan bertujuan memburukkan
peniaga-peniaga Bazar Ramadhan tetapi untuk makluman supaya yang lain
tidak terkena.
1. Ada
la seorang makcik ni jual nasi daging. Kira dah nak habis dah nasi tu.
Akulah pelanggan last dia, dia kata dia bagi nasi lebih la sebab nak
habiskan terus nasi tu. Daging, kuah & sambal semua tu, 2 set dia
buat untuk aku. Bila time nak bayar, harga pun dia lebih kan. Padahal
bukan aku mintak semua tu lebih. Dah dia yang cakap dia nak bagi nasi tu
lebih, aku ingat dia nak sedekah. – Ezul82
2. Rasa
paling mahal kat pekan Nilai. Murtabak RM3 tapi nipis macam roti canai.
Popia basah, satu seringgit. Ayam golek RM18/seekor tetapi besar macam
anak ayam jer. Roti John RM5.50. Makanan kat pasar ramadan sini standard
untuk orang kaya-kaya jer. – MaMuk
3. Beli
nasi beriani + lauk kambing + ayam 2 ketul + daging masak kicap =
RM20.00. Tapi nasi beriani sebungkus boleh dimakan 4 orang (2 dewasa + 2
kanak2) Lokasi Pinggiran Batu Caves. Orang yang duduk Sri Gombak, tahu
nasi beriani pakcik ni. Tahun lepas RM7.00 sebungkus ayam dalam. Tahun
ni tak sure sebab bini pergi beli. Baru beli last sunday. Yang teraniaya
beli air tembikai (katanya) RM3.00 tapi berasa sirap. – Miloais
4. Pasar
ramadhan Puncak Alam, popia goreng nampak macam sedap. 5pc RM3, sekali
masa berbuka baru tau keras dia macam kayu. Inti dah berbau, ke tong
sampah peginya. – Wulf888
5. Ini
kes minggu lepas. Beli juadah berbuka siap2 utk ready berbuka dalam
perjalanan dari kampung balik ke rumah. Beli putu piring RM3 5 keping
je. Dari awal duk depan kedai die ade terbau macam bau masam. Tapi tak
nak la berburuk sangka kat penjual. Beli jela sebungkus. Balik2 sampai
kat rumah, berbuka puasa try 1 keping, suap je kat mulut terus terjuak.
Memang dah basi rupanya. Rasa sume putu piring kat kedai die dah basi.
Macam ini punya orang pun ada ke? Puuiihh! – Zfa85
6. Pasar Ramadhan Tanah Rata, Cameron Highlands.
Saya: kak bagi saya Sambal Bilis ni RM3.
Kakak tu ambiklah Sambal Bilis tu 1/2 sudu besar, lebih kurang 4 ekor bilis kat dalam tu.
Saya: kakak, saya nak RM3 sambal tu.
Kakak tu: Ini RM3 lah dik oi. Kata nak RM3 kan?
Saya: Takkan 3,4 ekor bilis jer kak? Saya nak makan dua orang. Tak apalah kak, saya tak jadi belilah. Maaf ya kak.
Kakak tu: Kalau tak nak beli sudahlah.
Itulah ceritanya. – Niks
7. Aku
plak beli murtabak RM3. Nampak tebal tapi masa makan, bau cam longkang
dan bau taik kucing. Beli plak ABC tapi isi takde, banyak ais je. Beli
air bandung cincau dan katira rasa sepesen je. Beli onde2 tapi liat cam
getah. Beli nasik kukus tapi nasik cam bubur. Last2 aku pergi bazar
ramadan beli durian. 5 bijik RM10. Berbuka dengan durian je. Tak selera
makan lepas banyak kali terkena. Memang sampah la. Aku sokong kata2
Azwan. – Tidusz
8. 1) Lokasi: Segambut SPPK
Kedai: Kedai air depan nasi briyani
Hal: Air
tembikai tapi rase sebijik mcm sirap Tesco.Untuk tidak berlaku adil aku
bancuh sirap tesco dan mmg pasti rase air tembikai.
2) Lokasi: Jalan Kuching
Hal: Ayam percik seketul RM6. Mau tak tergezut aku..ho3
Kedai: Tak ingat sangat. Kat belah tengah bazar Jalan Kuching tu – Chesnatezs
9.
Kadangkala terpikir dari tolong beli kat bazar yg entah apa2 baik beli
kat makcik2 jual juadah berbuka kat tepi2 jalan. Orang tua buat lagi
ikhlas dari orang muda yg pikir untung jer. (Baca : bukan semua). Kat
tempat saya nie, makcik jual tepi jalan kuih semua RM1 4 biji. Sedap lak
tu. Kena bazar Ramadhan RM1 3 biji. Ada yang jual RM2 5 biji. Adeh.
Rasa entah apa2. Hakikatnya Allah mmg saja uji kita bulan Ramadhan nie –
Miejoo
10.
Puasa kedua. Beli ayam masak merah kat bazaar ramadhan. Rasa lauk
recycle. Lokasi dirahsiakan. Conclusion, masak sendiri. Tetapi bila
muhasabah diri semula. Maybe ada benda yang tak kena dgn diri sendiri.
Kena check and balance. Sepatutnya kena ada rasa kenikmatan dalam
berbuka puasa. – Jaws Am
11. (a)
Bazar Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Beli murtabak daging, RM5.
Rasa macam haram, daging ciput, taruk lada hitam bebanyak plak tu. (b)
Bazar Pasar Tani Bukit Gambir Ledang, Johor. Beli Roti John ayam dengan
harga RM4. Rasa macam haram gak, macam makan roti john telur je.
Sepotong daging ayam pun takde. Kucing aku yang kebulur nak makan pun
takde selera. Jilat 2 3 kali dah tak nak makan.
12.
Pasar Ramadhan Nilai (depan masjid baru). Murtabak nampak sedap time dia
goreng. Balik makan, punyalah masin. Beli mee dan kuaw teaw talam.
Campur. Bila balik mee ok. Kuew teaw basi, macam semalam punya. Harga
plak standard hotel 5 bintang. – Zerodecibal
13. Aku
harini tak puasa, gara-gara semalam keracunan makanan, malam semalam dah
la perut memulas, buang air sembelit pulak tu, keras terus perut,
bangun pagi demam. entahla racun apa yang aku beli kat bazar ni si
peniaga jual. aku ni jenis makan tak tengok apa dah, kalau ada telur
lalat ke, ulat lalat ke, aku telan je – The One
14.
Bazar Sepang, murtabak daging dgn ayam xde beza. telur je semua. harga
3hinggit sekeping. beli 3 keping. tawar hebey… mengomel aku depan
rezeki. Pada sape2 yg agak2 nak sakit perut tu, makan charcoal 2 bijik.
insyaallah boleh meredakan keracunan yg dialami. ingat ye, disebabkan
keracunan, bukan terlebih makan. – Youjinn
15. Hari
pertama berbuka dengan sup dari bazaar ramadhan. Rasa sup tawar kemain.
Rasa air jer. Hari kedua berbuka pula dengan ayam golek. Sama jugak
tawar, rasa macam ayam dibakar tanpa rempah apa-apa. Hari ketiga, cuba
beli sup dari gerai lain pula. Sama juga, cuma ada sikit rasa sup dan
daging lebih walau pun murah dari yang 1st day. Hari ke-empat, goreng
ayam sendiri. Puas hati. Hari ke-5, gi pasar malam. Beli makanan dari
pasar malam sedap lagi. Lepas tu, walau simple macam mana pun, masak
sendiri lagi best. – Qwerty79
16.
Baru2 ni beli nasi pataya…cilakak tol nasi tu sejuk..telur selaput tu je
yg panas. Bau dari peti ais… Air pulak sgt kelakar, air jual kat bazar
ni rasa mcm nak buang je…tawar + gula pon xde rasa..ni semua kes nak
jimat cost dan tambahkan keuntungan…salah majlis Perbandaran gak sebab
letak hrga tapak tinggi.. – Vadeh
Sumber : Isu Terhangat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan