Tuesday, 8 July 2014
EDISI RAKYAT KENA TIPU ... BELUM LAKSANA GST TAHUN INI HARGA KUIH RAYA LEBIH MAHAL SEBAB BAHAN MENTAH BUAT KUIH NAIK SEHINGGA 35%.
Punyalah gebang kencang menteri Hasan Malek beritahu penduduk-penduduk Rancangan Felda, Kampong-kampong Melayu dan Luar bandar bahawa dengan perlaksanaan GST mulai tahun hadapan harga barang menjadi lebih murah... Akhirnya ternyata itu semua adalah temberang kekal.
Nah!! belum dikenakan 6% cukai GST tahun ni harga kuih raya melambong naik sebab harga bahan mentah nak buat kuih naik sehingga 35 peratus.
Lagi nak percaya yang GST 6% tidak akan menaikkan harga barang-barang keprluan harian ke?????
Tuesday, 8 July 2014
SURAT KEPADA SEMUA KETUA PENOLONG PENGARAH DAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH MOHON SUMBANGAN UNTUK BELI CENDERAHATI KEPADA PENGARAH JABATAN KESIHATAN KEDAH YANG AKAN BERSARA TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA.
Surat yang bertarikh 26hb Jun 2014 yang dialamatkan kepada semua Ketua Penolong Pengarah dan Pegawai Kesihatan Daerah Jajahan Negeri Kedah mohon kutipan derma untuk beli cenderahati kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mulai Ogos 2014 ini telah tersebar dialam maya.
Surat yang bertajuk :- KUTIPAN SEMPENA PERSARAAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI KEDAH.
Boleh pula beri berapa yang patut disumbangkan mengikut gred pegawai dan kakitangan tersebut.
Bagi gred 48 keatas RM20 .. gred 41-44 RM15 ... gred 32-36 RM10 dan lain-lain gred ikut suka hati tapi kena juga bagi.
Cenderahati apa yang mau dihadiahkan kepada Dato' Pengarah Kesihatan Kedah ini????
Kalau semuanya mengikut apa yang arahkan surat berkenaan jumlah kutipan bukan sedikit.
Mengapa perlu ada semacam paksaan dalam memberikan sumbangan membeli cenderahati????
Pihak yang berkenaan harus respon demi pencerahan.
Pas Kawasan Lenggong Perak's photo.
KJ: Pakatan belum mampu tadbir negara
Pergeseran dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan dalam kerajaan
negeri Selangor memberi mesej jelas bahawa gabungan parti itu belum
bersedia memerintah sebuah negara, kata Ketua Pemuda Umno Khairy
Jamaluddin.
Beliau berkata krisis kepimpinan yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini melambangkan kurangnya kemampuan parti itu untuk mentadbir dengan berwibawa malah percakaran antara pemimpin menunjukkan pentadbiran mereka adalah lemah.
"Ini memberi gambaran jelas bahawa Pakatan masih belum mampu mentadbir kerana krisis jawatan Menteri Besar Selangor pun masih berlarutan sehingga terpaksa mengambil masa sampai setahun.
"Menteri besar yang ada sekarang pula tidak dapat sokongan daripada pemimpin parti menyebabkan timbul pula krisis air dan sebagainya, jadi apakah mesej yang cuba mereka (Pakatan) sampaikan kepada rakyat?" katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak yatim anjuran Pemuda Umno Selangor di Klang malam tadi.
Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas krisis jawatan menteri besar Selangor yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan tekanan hebat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat sendiri sehingga ada yang mendesaknya meletakkan jawatan.
Jelas Khairy, krisis jawatan itu ibarat memberi tamparan hebat kepada kepimpinan tertinggi Pakatan kerana dilihat masih tidak dapat meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu memilih seorang menteri besar yang diterima ramai.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang didakwa cuba memutar belit peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perpaduan kaum semalam, Khairy menyifatkan ia sebagai berniat jahat.
Katanya, tindakan Kit Siang itu ibarat mahu menutup kelemahannya sendiri malah mendakwa kerapuhan perpaduan nasional masa kini turut disumbang oleh DAP.
"Selama ini sudah banyak kenyataan yang dibuat DAP mengguris perasaan bumiputera di negara ini dan beliau sendiri tidak dapat bendung kemarahan rakyat kerana dia gagal kawal kenyataan yang dikeluarkan daripada anggota parti dia sendiri," katanya.
Tambah Khairy, peringatan Muhyiddin itu seharusnya dilihat secara positif kerana tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpaduan nasional tidak terus diharmonikan oleh semua lapisan masyarakat.
- Bernama
SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN

Post by PanduanIslam.com.
Memang beruntung nasib rakyat Selangor jika hendak dibandingkan dengan rakyat Johor di daerah Mersing ini..
Masaalah mereka sama iaitu kekurangan bekalan air bersih hingga menyebabkan bekalannya dicatu hingga menyusahkan kehidupan seharian mereka..
Bezanya ialah masaalah yang menimpa rakyat Selangor itu boleh dikatakan setiap minggu mendapat liputan dari TV3 dan berbagai media yang ditunggang kerajaan..
Tetapi rakyat Johor di daerah Mersing ini pula masaalah air yang menimpa mereka seolah-olah cuba disorokkan oleh kebanyakkan media tunggangan kerajaan..
Rasanya adalah lebih baik dalam PRU yang akan datang rakyat Johor menukar kerajaan negeri yang ada supaya masaalah mereka segera mendapat perhatian Kerajaan Pusat...
Laporan berkaitan...
Pas Bunga Mas Perlis shared Yazid Hj Yunus's status update.
7 hrs ·
Kesian rakyat Mersing.. dah empat bulan menderita air dicatu tapi TV3 tak laporkan pun...
Memang beruntung nasib rakyat Selangor jika hendak dibandingkan dengan rakyat Johor di daerah Mersing ini..
Masaalah mereka sama iaitu kekurangan bekalan air bersih hingga menyebabkan bekalannya dicatu hingga menyusahkan kehidupan seharian mereka..
Bezanya ialah masaalah yang menimpa rakyat Selangor itu boleh dikatakan setiap minggu mendapat liputan dari TV3 dan berbagai media yang ditunggang kerajaan..
Tetapi rakyat Johor di daerah Mersing ini pula masaalah air yang menimpa mereka seolah-olah cuba disorokkan oleh kebanyakkan media tunggangan kerajaan..
Rasanya adalah lebih baik dalam PRU yang akan datang rakyat Johor menukar kerajaan negeri yang ada supaya masaalah mereka segera mendapat perhatian Kerajaan Pusat...
Laporan berkaitan...
Ketika penduduk Selangor merungut kerana ketiadaan air sambal menyalahkan kepimpinan kerajaan negeri baru-baru ini, rupa-rupanya seluruh penduduk Mersing kesal kerana nasib serupa yang menyusahkan kehidupan mereka telah berlarutan sejak empat bulan lalu namun tiada pihak yang ambil peduli.
"Air dicatu selang sehari sejak empat bulan lalu di seluruh daerah Mersing. Rakyat telah membuat aduan dengan pelbagai pihak tetapi masing-masing hanya memberi jawapan sedang diusahakan.
"Sampai bila masalah ketiadaan air akan berlarutan di tempat kami? Janganlah nampak penderitaan rakyat di Selagor sahaja sehinggakan segala penderitaan yang kami tanggung selama empat bulan ini langsung tiada penyelesaian,” kata seorang suri rumah, Aishah Saidin dari kampung Air Merah.
Sambil menyifatkan masalah yang ditanggung rakyat Mersing sebagai satu seksaan, Aishah turut melahirkan rasa kesal kerana semua perumahan yang diduduki kakitangan kerajaan tidak terganggu dengan masalah ketiadaan air.
"Mereka tidak akan tahu kesusahan yang kami tanggung kerana kediaman mereka semuanya tiada masalah air. Ini bukan cerita rekaan tetapi satu kenyataan kerana ada juga saudara mara kami yang tinggal di kuarters kerajaan.
"Mereka dengan bangganya bercerita masalah air tidak pernah dilalui tetapi tahu betapa kami yang tinggal di rumah sendiri telah sekian lama menjadi mangsa ketiadaan air. Apakah ini wajar berlaku?" soal Aishah.
Lebih teruk lagi kata ibu kepada lima anak ini, khabar terbaharu yang sampai adalah catuan air akan dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri nanti sebagai satu langkah penyelesaian sementara keadaan kembali pulih.
"Sepatutnya, masalah ini telah lama diberi perhatian. Cadangan mencatu air pada Hari Raya hanya akan memburukkan keadaan di samping menyusahkan rakyat Mersing.
"Masalah air di Selangor terus menutup membutakan mata pihak berwajib di Mersing. Masyarakat hanya nampak negeri pembangkang tidak bijak menangani masalah rakyat sedangkan kami di bawah negeri pentadbiran kerajaan sebenarnya lebih teruk keadaannya," kata Aishah. - MalaysiaGazette
Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN
SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN
Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat
Islam di pendalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di
sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita
tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr
Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.
Norman Liverpool added 4 new photos.
Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN
Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat
Islam di pendalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di
sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita
tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr
Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.
Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yg byk menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sdg bergerak selama 40 hari di Sandakan.
Ceritanya, "Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.
"Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dgn sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih."
Usaha gigih missionary Kristian yg bertubi2 di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri. Masjid itu kali terakhir digunakan pada tahun 1996. Mengapa ia berlaku?
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka. Kita alpa mencari salah musuh politik hingga agama lain mengambil kesempatan ke atas kita.
Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah...
Coretan Dr. Rosmadi Nawi (Disunting oleh saya sendiri)..Jazakallah Maulana Ali.

Harga rumah generasi kedua Felda melambung
KUALA LUMPUR:
Majlis Belia Felda Malaysia Berhad mencadangkan Projek Perumahan
Generasi Baharu Felda (PGBF) dihentikan sementara bagi mengkaji semula
cara terbaik ia mampu dimiliki oleh generasi kedua di tanah rancangan
Felda.
Presidennya Anuar Abd Manap berkata perkara itu perlu bagi memastikan golongan itu mampu memiliki rumah seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2013.
"Kita menerima keluhan daripada anak-anak Felda yang mahukan harga rumah PGBF itu ditetapkan semula pada harga yang mereka mampu iaitu RM70,000 seunit," katanya.
Beliau berkata selepas hampir dua tahun pelaksanaan projek PGBF, harga minimum satu unit rumah kini mencecah sehingga RM120,000.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU antara Koperasi majlis itu dengan Agrotech Bistari Sdn Bhd berhubung produk Beras Jenama 'Belda', di sini semalam.
"Selain harga rumah yang tinggi, syarat pinjaman yang agak ketat menyukarkan golongan generasi kedua Felda untuk memiliki rumah itu," katanya.
Anuar berkata cadangan itu akan diserahkan kepada perdana menteri esok.- Bernama

Berbuka puasa tetapi tidak solat Maghrib
KUANTAN: Salah satu daya tarikan di tengah bandar ini ialah ‘majlis berbuka puasa terbuka’ di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK 1) iaitu bersebelahan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini.
Saban tahun pada bulan Ramadan, di padang itu dibanjiri orang ramai untuk berbuka puasa di mana sesiapa sahaja boleh hadir sambil bersantai dengan membawa juadah sendiri atau membelinya dari bazar Ramadan yang terletak di hadapannya.
Majlis terbuka itu lazimnya meriah dengan kehadiran penduduk tempatan, musafir atau pelancong dan diserikan pula dengan tazkirah khas oleh penceramah undangan sebelum berbuka puasa.
Bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Nasrudin Hassan, penganjuran berbuka puasa secara santai itu sangat inovatif apatah lagi lokasinya pula sangat berhampiran masjid.
Dengan itu, katanya memudahkan pengunjung segera menunaikan solat Maghrib berjamaah selepas berbuka puasa.
Tambahnya lagi, dengan berbuka di situ pengunjung-pengunjung bazar Ramadan tidak lagi kalut untuk pulang kerana biasanya kenderaan dan trafik di bandar itu pada sebelah petang berlaku kesesakan luar biasa.
Di samping memuji usaha oleh penganjur, Ahli Parlimen Temerloh itu yang telah tiga kali berbuka di situ mengharap dilakukan penambahbaikan oleh semua khasnya pengunjung ke lokasi berbuka puasa itu.
“Pertama bagi muslimat, tutuplah aurat sebagaimana yang diajar oleh syariat. Sebagaimana anda patuh kepada syariat untuk berpuasa maka saya percaya anda juga boleh patuh syariat untuk menutup aurat," ujarnya.
Ini, katanya kerana beliau melihat sepanjang berada di situ, terlalu ramai muslimah yang hadir berbuka puasa tetapi tidak menutup aurat.
Kedua, ujarnya jangan abaikan solat khasnya Maghrib sedangkan jarak lokasi berbuka puasa dengan masjid bukanlah jauh dan tidak menyulitkan.
"Saya saksikan terlalu ramai yang tidak solat dan ramai juga yang melengahkan solat sehingga hampir habis waktu Maghrib. Saya ulangi, sebagaimana anda patuh syariat untuk berpuasa maka saya juga percaya bahawa anda mampu patuh syariat untuk solat sedang solat adalah tiang agama. Apalah ertinya puasa anda tanpa solat.
“Ketiga, elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan pula berpegangan tangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ini fenomena yang sangat mendukacitakan. Majlis berbuka puasa beramai-ramai ini bukanlah pesta keraian yang melalaikan serta mengundang murka Allah SWT,” tulisnya melalui whatsapp.
Tegasnya, betapa muslimin dan muslimat sanggup mematuhi syariat untuk berpuasa justeru beliau sangat percaya bahawa mereka juga sanggup mematuhi syariat untuk tidak bergaul bebas dan berpegangan tangan dengan bukan mahram.
“Marilah kita usahakan Ramadan edisi ini iaitu Edisi 1435 Hijriah sebagai Ramadhan terbaik buat diri kita berbanding sebelumnya. Kita bina jiwa yang bertaqwa melalui Madrasah Ramadhan ini,” ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/7/2014
Selasa, 8 Julai 2014
Negara Islam: Bufet Ramadan tapi jual arak..Ku Nan & DBKL perlu hapuskan segera...ada paham...!!!
Operasi
diketuai Muhammad Khalid (tengah) bersama Penolong Pegawai Penguatkuasa
KPDNKK, Khairyanti Abdul Rahim (kanan) dan Penolong Pengarah Cawangan
Halal Jawi, Abd Fatah Yusof (dua kiri).
KUALA LUMPUR - Berselindung di sebalik istilah perkataan Melayu, sebuah
restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan menawarkan bufet
Ramadan tanpa mempunyai pengiktirafan sijil halal.Hasil serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mendapati premis itu turut menjual arak.
Difahamkan, restoran yang menyediakan bufet Ramadan pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif menjual arak pada waktu malam.
Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman berkata, restoran berkenaan didapati gagal mempamerkan sijil halal dan tidak mendapat kebenaran daripada Jakim untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.
“Kita telah rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bahan bukti. Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan promosi bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya, restoran tersebut akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 selain pemantauan berterusan dilakukan jika masih menerima aduan menawarkan bufet Ramadan.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya memilih premis sama ada restoran atau hotel yang mempunyai sijil halal diperakui Jakim sahaja.
Operasi pertama Ops Bufet Ramadan yang bermula pada jam 11 pagi itu membabitkan 13 anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan, fokus kepada restoran dan hotel sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, pihaknya berharap orang ramai tampil membuat aduan bagi membolehkan tindakan diambil kepada premis yang terlibat menyalahgunakan sijil halal.
“Setakat ini, sebanyak 10 aduan diterima terhadap lebih 10 premis yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal selain menyediakan minuman beralkohol,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengingatkan pengusaha supaya tidak menggunakan ungkapan seperti 'Bufet Ramadan', 'Makanan Berbuka Puasa', 'Iftar Ramadan' atau 'Makanan Bersahur' sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan