Muss Firah shared Sukan Star TV's photo.
1 hr ·
Sukan Star TV with Hidayat Safiee and 9 others
Mereka menjaga agama Allah maka Allah menjaga mereka....
~via instagram @tvsukanstar
~via instagram @tvsukanstar
26 July 2014
Rayakan lebaran dulu, lepas itu boleh usulkan undi tidak percaya
Pakatan Rakyat, wujud di atas
kerjasama dan persefahaman di antara parti-parti pembangkang di Semenanjung
ini untuk menjadi ‘alternative’ kepada Barisan Nasional. Kewujudannya begitu
nyata setelah UMNO terbelah semasa perkelahian diantara Dr Mahathir dan Anwar
dalam mana ia berlaku dalam keterdesakan Mahathir untuk mengekalkan kuasa
dengan tempoh yang lama dengan keinginan yang kuat untuk Anwar menjadi Perdana
Menteri dalam masa yang singkat.
Apabila Anwar dipecat dari parti
dan kerajaan, UMNO menjadi pecah dan akhirnya wujud apa yang di namakan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Anwar dan parti ini hanya memperjuangkan nasib
Anwar yang mereka anggap di zalimi oleh Dr Mahathir. PKR memilih Presidennya
seorang wanita yang juga isteri dan proxy kepada Anwar. Kata-kata Azizah itu
adalah kata-kata Anwar.
Sejak dari itu Anwar berjuang
untuk mendapatkan apa yang beliau idamkan melalui PKR dan berbagai-bagai
perkara yang besar dan kecil berlaku. Keseluruhan perjuangan PKR ialah untuk
membuatkan rakyat berfikir apa yang dilakukan terhadap Anwar itu merupakan
konspirasi politik Dr Mahathir dan UMNO, termasuk tuduhan terhadap beliau dalam
seks luar tabii dan sebagainya.
Maka berkompromilah PKR dengan
parti-parti pembangkang, PAS dan DAP bagi menambah kekuatan untuk meletakkan
beliau dan ‘coalition’ dalam PR itu sebagai pihak ‘alternative’ kepada BN yang
beliau hendak gulingkan itu. Segala tuduhan Anwar dan partinya terhadap UMNO
dan BN itu semuanya tuduhan yang benar, sebaliknya apa yang dituduh oleh UMNO
dan pimpinannya itu semuanya salah dan hanya merupakan konspirasi politik
semata-mata.
Pendeknya tuduhan yang
buruk-buruk bunyinya hanya layak untuk UMNO dan apa yang dituduh terhadap
beliau itu adalah tuduhan yang tidak benar. Di Mahkamah pula jika pihak Anwar
mendapat kemenangan itu adalah keputusan yang baik dan badan kehakiman itu
adalah badan yang adil dan saksama.
Tetapi apabila mahkamah mendapati
beliau bersalah itu adalah mahkamah ‘kangaroo’ dan mahkamah yang mengikut
telunjuk UMNO. Yang layak memenangi kes-kes di Mahkamah hanyalah PKR dan Anwar
dan yang layak kalah dalam perbicaraan itu hanyalah untuk UMNO dan BN.
Yang sedang berlarutan isu
sekarang ialah isu Anwar mahukan TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar pilihan beliau
sendiri, digantikan setengah jalan dan digantikan oleh isterinya Azizah. Apabila
memilih isterinya untuk menggantikan Khalid, itu adalah keperluan untuk
menstabilkan parti. Tetapi yang membuatkan parti itu tidak stabil ialah
beliau sendiri dan menggunakan kesempatan yang di ada-adakan itu untuk
kepentingan beliau juga, melalui isterinya itu.
Itu lah yang saya katakan selalu
apabila timbul kecelaruan itu, mesti pihak Anwar akan mengambil kesempatan
untuk kepentingan beliau dan keluarganya. Anwar banyak belajar dari Dr Mahathir
dan beliau merupakan murid Mahathir yang paling bijak sehinggakan Dr Mahathir
sendiri merasa cemas dengan kemajuan Anwar mengikuti syllabus politik yang di
ajar oleh beliau. Akhirnya Mahathir membuang Anwar ketepi dengan isu sodomy
yang beliau yakin telah dilakukan oleh Anwar sejak beberapa lama sebelum itu.
Dalam proses untuk mendapatkan
apa yang beliau idamkan, Anwar dengan bijak telah membawa bersama PAS untuk
menjayakan cita-cita beliau dan juga DAP yang sebelum ini tidak mempunyai
kemampuan, usahkan untuk mendapatkan kuasa, hendak mendekati kuasa pun tidak
nampak jalannya.
Akhirnya dalam proses ini DAP
telah berjaya mendapatkan kerajaan P Pinang, PAS telah mendapat Kelantan dan
Kedah dan PKR memilih untuk mendapatkan kepimpinannya di Selangor, negeri yang
terkaya dalam Malaysia ini. Sementara PAS telah kehilangan kembali kuasa di
Kedah, PKR dengan menggunakan kecemerlangan Khalid Ibrahim telah berjaya
menempa kekuatan yang paling optima dengan hanya memberikan 12 kerusi kepada
UMNO dan BN di negeri itu.
Selepas pilihanraya umum yang
lepas, hanya Khalid sahaja dalam PKR yang menikmati kuasa eksekutif
kerana Anwar
telah gagal untuk mendapatkan jawatan idaman beliau sebagai Perdana
Menteri
negara. Anwar memerlukan kuasa dalam kerajaan untuk terus menjadi
pemimpin yang
ber ‘consequence’ maka tidak ada pilihan lain selain dari memulakan
'Kajang Move' yang sepatutnya ditandingi oleh beliau dalam PRK Kajang
itu.
Nasib sekali lagi tidak
menyebelahi Anwar lantaran beliau di sekat untuk bertanding kerana di sekat
oleh Mahkamah Rayuan dalam kes sodomy 2 beliau. Maka isteri beliaulah yang
menggantikan beliau sebagai proxy beliau yang beliau paling percayai. 'Kajang
Move' itu diteruskan melalui isterinya dan masa untuk menyempurnakan sudah
sampai dengan meminta Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB bagi
memberikan laluan kepada beliau melalui ‘proxy’ nya Wan Azizah.
Kini jalan untuk meletakkan Wan
Azizah menempuh jalan sukar kerana PAS tidak begitu gemar dengan tindakan
meletakkan Wan Azizah sebagai MB dan memancung Khalid yang menyandang jawatan
itu setengah jalan tanpa mempunyai kesabaran untuk menunggu sehingga
pilihanraya yang akan datang.
Selama ini Anwar mengambil segala
tindakan beliau itu ‘for granted’ dan PAS akan menyokong tindakan beliau
itu.
Anwar telah tersalah anggap yang PAS adalah parti yang sentiasa
bersetuju
dengan kemahuan beliau, dipanggil datang, di suruh pergi. Jika di suruh
duduk, PAS akan duduk, jika disuruh memikul yang berat, PAS akan
memikulnya tanpa soal.
Anwar sentiasa menganggap
ahli-ahli PAS dan pimpinannya sebagai ‘fixed deposit’ bagi beliau dan PKR.
Simpanan tetap ini boleh dibelanjakan dan boleh di simpan terus mengikut
kemahuannya. Pemimpin PAS di haramkan oleh menggeleng, kerana tugas PAS telah
ditentukan oleh Anwar hanya untuk mengangguk seperti burung balam sahaja.
Tetapi Anwar terkejut apabila
usahanya untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim untuk di gantikan dengan isterinya
sudah tidak mendapat sokongan kebanyakkan pimpinan PAS, khususnya di Selangor
sendiri dan pucuk pimpinannya TGHA.
Kalau DAP menzahirkan rasa tidak
sabar lagi terhadap Khalid Ibrahim, PAS pula mempunyai perasaan yang sama
terhadap Anwar. Ekoran dari kenyataan TGHA yang mahukan Khalid kekal sebagai
MB, PKR melalui Saifudin Nasution telah berkeras yang apa yang dihasratkan oleh
Anwar dan PKR itu tetap akan dilakukan. Ramai di antara yang rapat dengan Anwar
telah mengkritik TGHA kerana Presiden PAS itu sudah merasakan keletihan
mengangguk dalam semua kemahuan Anwar sampai dirasakannya PAS itu tidak lagi
mempunyai maruah.
Anwar kecewa kerana PAS tidak
mahu menjadi ‘conduit’ kepada kemahuan beliau terus-terusan. Kalau begini
keadaannya maka tiada jalan lain selain dari mengemukakan ‘usul tidak percaya’
terhadap Khalid Ibrahim, dan Khalid sendiri menyatakan yang undi tidak percaya
kepada beliau itu boleh dilakukan kerana ia di benarkan oleh Perlembagaan Negeri dan Negara.
Sementara menunggu usul tidak
percaya terhadap beliau, Khalid akan terus melaksanakan tugas beliau sebagai MB,
dan beliau telah berjanji kepada Ke Bawah Duli Tuanku untuk menjalankan tugas
beliau seperti biasa.
Dalam masa yang sama yang
bercita-cita untuk menjadi MB itu juga patut berbuat seperti biasa dan mengesat
dahulu air liur yang sedang meleleh itu dan rayakan Aidilfitri dahulu. Lepas
lebaran ini usulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri terhadap Khalid
Ibrahim.
Settle this issue once and for
all.
KENYATAAN PRESIDEN MERUNGKAI KEKELIRUAN
- Published on Saturday, 26 July 2014 10:31
- Written by Iskandar Abdul Samad
Saya
mengucapkan syukur di atas kenyataan Presiden PAS yang mahu Tan Sri
Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana ia telah
menjelaskan beberapa kekeliruan.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lepas telah membuat kenyataan di mana di antara lain menyebut,
.......telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor.......
Ayat tersebut telah disalahtafsir
sebagai Pakatan Rakyat telah meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan
Tan Sri Khalid dengan Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Walhal seperti yang juga disebut oleh kenyataan itu hanya bermaksud menerima cadangan dan,
"......akan dibawa ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat".
Maka menerima bukan bermaksud bersetuju dan tidak ada keputusan lagi.
Sehubungan itu pelbagai persoalan telah
timbul di kalangan ahli-ahli PAS di Selangor serta masyarakat secara
amnya kerana ramai di antara mereka yang berpandangan Tan Sri Khalid
wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Oleh yang demikian kenyataan Presiden ini telah menjawab persoalan-persoalan tersebut.
Saya mengucapkan terima kasih kerana Presiden telah mengambil kira pandangan pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor.
Walau bagaimanapun pimpinan dan
ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa saja keputusan yang
diputuskan oleh Presiden dan pimpinan tertinggi PAS.
Pas Cawangan Morak shared Sawadee Kap's photo.
7 hrs ·
Bila aku kritik pasal PKR..semua kata aku kena beli dengan Lembu BN..
Bila Rafizi kritik rakan seangkatan PKRnya..takde siapa bising..
double standard la korang dengan aku...
Bila Rafizi kritik rakan seangkatan PKRnya..takde siapa bising..
double standard la korang dengan aku...
Saturday, July 26, 2014
KENYATAAN PRESIDEN PAS ADALAH PENDIRIAN SELURUH AHLI PAS
Dewan
Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato
Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid
Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk : (
http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)
Kenyataan
Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah
dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:
1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
2. PAS membantu menurut keperluan; dan
3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.
Oleh
itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah
disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS
Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan
sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan
beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.
Dewan
Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang
pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang
dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai
MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri
Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat
dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.
Dewan
Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau
lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar
MB Selangor tanpa persetujuan bersama 3 kompenan parti, PAS, PKR dan DAP
sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan rakyat bawahan hendaklah
dielakkan.
Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat
menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden
dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam
beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.
USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Pemangku Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014
Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Pesuruhjaya PAS
Saya sokong Khalid kekal MB - Presiden PAS
MARANG: Berikut sidang media dan soal jawab Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media di kediamannya Rusila, Marang selepas kuliah pagi Jumaat, pagi tadi.
SAYA menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang menegaskan supaya diteruskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Berdasarkan kepada perlu diambil kira tentang rakyat Selangor dan Sultan Selangor itu sendiri. YB Iskandar adalah wakil PAS Pusat yang dilantik oleh PAS Pusat mengikut Perlembagaan untuk mengendalikan urusan PAS negeri Selangor.
Kenyataan beliau adalah sebagai kenyataan wakil kita (PAS) di Selangor. Dan saya sendiri telah membuat penelitian melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS atau di luar PAS dan membuat kaji selidik. Di mana, didapati bahawa majoriti rakyat Selangor masih bersetuju dengan Tan Sri Khalid menjadi Menteri Besar.
Kedua, kita tidak boleh membelakangi Duli Yang Mulia Sultan Selangor dan kita (PAS) serah kepada bagindalah untuk menentukan dan tidak boleh dibelakangi baginda dalam isu (MB) ini, itu (keputusan) terpulang kepada baginda (Sultan).
Ketiga, alasan-alasan mahu menukar Menteri Besar ini tidak kukuh. Di mana, saya melihat tidak setuju dengan Tan Sri Khalid ini tidak melibatkan amanah-amanah yang besar. Jika sekiranya, beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, terlibat dengan pecah amanah, salah guna duit Selangor itu boleh kita tukar. Tapi, jika alasan yang lain itu boleh kita urus dan bukan dengan tukar Menteri Besar. Ini kerana, kita anggap masih dalam 'perjalanan' dan tidak boleh 'dipintas' dalam perjalanan, kena tunggu hingga habis tempoh penggallah. Itu pandangan saya berdasarkan apa yang saya dapat dari Pesuruhjaya PAS negeri Selangor dan rakan-rakan Exco (kerajaan) Selangor dan wakil-wakil rakyat Dun Selangor dari PAS.
Soalan (S): Adakah Tok Guru dan PAS sendiri kekal dengan keputusan untuk mempertahankan Khalid Ibrahim?
Jawapan (J): InsyaAllah, itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan bersama ini. Walau pun di sana ada pandangan berbeza dan hujah berbeza dan saya dengar semua hujah-hujah ini, saya kumpul dan dapati semua hujah-hujah ini. Akhirnya, saya berpendapat majoriti akar umbi PAS bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim ini dikekalkan jawatan Menteri Besar. (Ini) di atas konsep Amanah, beliau menunaikan amanah (tangggungjawab) ini.
(S): Tidakkah Tok Guru, ini melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang?
(J): Itu perkara akan datang dan kita (PAS) boleh bincang dan boleh berunding. PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat. Perdapat berbeza itu biasa sejak dari dahulu lagi.
(S): Ini dilihat sebagai jalan akhir untuk Datuk Seri Anwar ke Putrajaya?
(J): Perjuangan kita (PAS) bukan perjuangan untuk peribadi. Iaitu perjuangan untuk menyelamatkan negara dan ini bukan untuk saya (Abdul Hadi), bukan untuk Anwar Ibrahim dan bukan untuk sesiapa, tapi untuk rakyat semua.
(S): Mungkin akan ada (usul) undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor terhadap Tan Sri Khalid?
(J): Benda (perkara) yang akan datang saya tidak boleh jawab, nanti berlaku dulu.
(S): Kecelaruan yang berlaku sekarang ini telah membabit Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Adakah kerana PAS melihat isu wanita itu menjadi masalah?
(J): Berbeza pendapat itu bukan hanya berlaku di kalangan kita (Pakatan Rakyat) tapi dalam Barisan Nasional (BN) pun berlaku? Menteri Besar Terengganu tidak selesai sampai ke hari ini. Yang (berlaku) di Terengganu, yang Johor, yang Pahang. Saya tahu semua dan Umno-BN juga ada masalah.
(S): Adakah PAS tidak menyokong Langkah Kajang?
(J): Langkah Kajang itu benda (perkara) yang lepas dan kita (PAS) sedang bekerja dan kita (telah) menang dalam Pilihan Raya Kecil di Dun Kajang itu.
(S): Datuk Seri, adakah kerana isunya calon (Menteri Besar) itu wanita?
(J): Isunya adalah isu 'Amanah', menunaikan amanah memimpin dan kita (PAS) dapati Tan Sri Khalid tidak khianat. Ini tidak sampai ke peringkat khianat terhadap amanah ini. Dengan sebab itu salah kita turunkan beliau dengan sebab tidak ada kesalahan yang mencalarkan perkara amanah. Itu (alasan) yang lebih besarnya.
(S): Jadi pendirian pemimpin PAS di Selangor adalah sekata dengan Tok Guru?
(J): Saya ambil (pendapat) Pesuruhjaya PAS Selangor, wakil kita (PAS).
(S): Tok Guru, adakah PAS akan mengajak MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melompat parti (PKR) kepada PAS. Berikutan dalam PKR sendiri telah ada calon lain selain Tan Sri Khalid?
(J): Itu bukan cara kita (PAS). Sejak awal lagi kerusi kita 15 (Dun), kerusi lebih dari PKR tapi kita (PAS) beri kepada PKR kerusi (MB) Selangor itu. Kita beri kepada dia (PKR) dan kita beri kepada Tan Sri Khalid atas asas dia masih lagi ahli PKR.
(S): Dalam isu mempertahankan Tan Sri Khalid ini kenapa tidak bertindak untuk melantik wakil PAS sendiri menjadi Menteri Besar Selangor?
(J): Macam saya sebut tadi kita (PAS) beri kepada PKR tadi kerana kita sudah ada (kerajaan) Kelantan. Itu menunjukkan semangat kerjasama kita dalam Pakatan Rakyat.
(S): Datuk Seri, setakat ini ada hasrat untuk mengajak Tan Sri Khalid menyertai PAS?
(J): Sehingga ini tidak berhasrat dan terpulang kepada peribadi beliau (Khalid) sendiri.
- HARAKAHDAILY 25/7/2014
Hadi: Tiada pengkhianatan, Khalid perlu kekal
- Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu mengadakan sidang media berhubung sokongannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya di Rusila di Marang, hari ini. - Foto Bernama
"Insya-ALLAH itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.
"Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi Pas bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.
Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam Pas mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada PRU13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. - Bernama
1:36PM - 26 Jul 20141:21PM - 26 Jul 2014
'Tiada alasan syarie untuk tukar MB S'gor'
Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim patut
dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga
ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh
dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya.
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Begitu juga sejak beliau mula menjadi menteri besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, hari ini.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.
Sebarang usaha menukar menteri besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
- Bernama
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob berkata dewan itu telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Abdul Khalid sejak pelantikannya sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
Begitu juga sejak beliau mula menjadi menteri besar pada 2008 sehingga kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk Pakatan Rakyat dalam PRU13 lalu, katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, hari ini.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata dewan tersebut menegaskan bahawa masalah mengekalkan jawatan Abdul Khalid lebih kuat berbanding keperluan menukar dengan menteri besar baharu.
Sebarang usaha menukar menteri besar Selangor tanpa persetujuan bersama PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan, katanya.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Sambil menyokong pendirian Abdul Hadi itu, Ahmad menyeru semua anggota PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian presiden PAS itu tambahan pula presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
- Bernama
Setelah Tentera Rejim Israel Dimalukan, Kini Giliran Komando AS Pula
Briged al Qassam hanya mempunyai 30,000 orang keanggotaannya, manakala tentera rejim Israel pula mempunyai keanggotaan seramai 720,000 orang.
Kenapa Israel yang dibantu oleh AS dalam segala segi telah gagal untuk menumbangkan al Qassam dan rakyat Gaza yang sedia terkepung daripada bantuan luar ini?
Balik kampung naik 'kapcai' elak kesesakan
Walaupun banyak pengangkutan awam disediakan, segelintir golongan muda
memilih untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri menunggang
'kapcai' atau motosikal berkuasa rendah.
Menurut mereka selain menjimatkan kos, menunggang beramai-ramai atau berkonvoi ke kampung halaman juga dapat mempererat silaturrahim sesama mereka.
Pekerja swasta, Mohd Syahrul Hafizan Wahid, 25, berkata berkonvoi 15 hingga 20 buah kapcai untuk pulang beraya sudah dilakukannya sejak tiga tahun lepas.
"Bukan tak nak guna pengangkutan awam, tapi kadang-kadang bila pergi ke terminal bas atau stesen kereta api, tiket telah habis dijual walaupun Ramadan belum menjengah.
"Justeru, saya berpakat dengan beberapa rakan untuk pulang ke kampung halaman menaiki motosikal walaupun terpaksa menunggang lebih 300 kilometer," katanya kepada Bernama.
Mohd Syahrul yang berasal dari Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan, berkata banyak kelebihan menaiki motosikal berbanding menggunakan kereta untuk pulang ke kampung halaman.
"Antaranya dapat mengelak kesesakan lalu lintas yang sering berlaku terutama dua hari menjelang lebaran kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman ketika itu.
"Kadang-kadang kasihan bila mendengar sanak-saudara terperangkap dalam kesesakan sehingga berbelas jam kerana tiada lebuh raya yang menghubungkan Pahang dan Kelantan," katanya.
Rakannya, Mohd Akirul Abdullah, 24, dari Felda Paloh 3, Gua Musang, berkata sebelum memulakan perjalanan, motosikal perlu diselenggara agar kenderaan itu berada dalam keadaan baik.
Katanya antara perkara penting ialah menukar minyak hitam selain brek dan tayar pula dipastikan dalam keadaan baik.
"Ketika pulang, peralatan membaiki motosikal seperti sepana dan tiub tayar juga mesti dibawa sebagai persediaan jika tayar motosikal pancit selain memastikan ada antara anggota konvoi yang pandai baiki motosikal," katanya.
- Bernama
Menurut mereka selain menjimatkan kos, menunggang beramai-ramai atau berkonvoi ke kampung halaman juga dapat mempererat silaturrahim sesama mereka.
Pekerja swasta, Mohd Syahrul Hafizan Wahid, 25, berkata berkonvoi 15 hingga 20 buah kapcai untuk pulang beraya sudah dilakukannya sejak tiga tahun lepas.
"Bukan tak nak guna pengangkutan awam, tapi kadang-kadang bila pergi ke terminal bas atau stesen kereta api, tiket telah habis dijual walaupun Ramadan belum menjengah.
"Justeru, saya berpakat dengan beberapa rakan untuk pulang ke kampung halaman menaiki motosikal walaupun terpaksa menunggang lebih 300 kilometer," katanya kepada Bernama.
Mohd Syahrul yang berasal dari Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan, berkata banyak kelebihan menaiki motosikal berbanding menggunakan kereta untuk pulang ke kampung halaman.
"Antaranya dapat mengelak kesesakan lalu lintas yang sering berlaku terutama dua hari menjelang lebaran kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman ketika itu.
"Kadang-kadang kasihan bila mendengar sanak-saudara terperangkap dalam kesesakan sehingga berbelas jam kerana tiada lebuh raya yang menghubungkan Pahang dan Kelantan," katanya.
Rakannya, Mohd Akirul Abdullah, 24, dari Felda Paloh 3, Gua Musang, berkata sebelum memulakan perjalanan, motosikal perlu diselenggara agar kenderaan itu berada dalam keadaan baik.
Katanya antara perkara penting ialah menukar minyak hitam selain brek dan tayar pula dipastikan dalam keadaan baik.
"Ketika pulang, peralatan membaiki motosikal seperti sepana dan tiub tayar juga mesti dibawa sebagai persediaan jika tayar motosikal pancit selain memastikan ada antara anggota konvoi yang pandai baiki motosikal," katanya.
- Bernama
Thursday, 24 July 2014
Maka Bermulalah "Character Assisination" Terhadap Pihak Istana Selangor.
Dulu ada seroang ulama dari negara kita di senaraikan sebagai yang paling berpengaruh didunia,
Maka semua pun berasa bangga dan terasa diri tidak salah dalam memilih orang untuk di idolakan.
Tapi bila diselidik lebih dalam , rupa rupa nya hanya wayang yang dimainkan oleh seorang watak dari negara kita yang ada pengaruh terhadap media barat dimana semua pun dibarat itu adalah "gang" dia.
Hanya menggunakan orang nya disana maka satu panggilan talipon sudah boleh meletakan tokoh agama ini dalam senarai bawah 50.
Maka teruja dan terseronoklah tokoh agama ini dan pengikutnya, tanpa tahu itu adalah hadiah habuan kerana menyokong orang tertentu.
Ketika Tun Mahathir berkata dalam ucapan nya bahawa Yahudi menguasai dunia melalui proksi -"Jews rule the world by proxies" dipersidangan OIC kesemua media pro Yahudi telah mem"blackout" kata kata itu.
Lalu tidak lah orang Amerika dan barat mendapat tahu bahawa negara mereka ada lah "slave to the Israel".
Maka kata kata hebat yang diucapkan dipersada dunia pun tidak tersebar kerana kekuatan kawalan media barat dan pro Yahudi.
Ketika negara Iraq mahu diserang, media pro Yahudi telah bermain cerita keburukan Saddam Hussien selama hampir setahun. Segala cerita buruk berkenaan nya dicipta sehinga sesiapa yang membaca telah hilang rasa simpati kepada Saddam Hussien.
Dan sebaik sahaja Iraq diserang dan di ceroboh tiada siapa lagi bersimpati terhadap nya.
Dari semua hal ini kita boleh lihat betapa kekuatan media barat dan cara mereka berfungsi.
Kini terbaru , Istana Selangor diserang. Serangan datang dari media barat.
Mereka ambil waktu terbaik melondehkan anak Raja. Apakah ini secara tidak sengaja?
Kenapa waktu ini?
Kerana mereka menjangkakan calon mereka akan direject lalu mereka terpaksa melawan pihak Istana.
Jadi pre-empt mereka adalah dengan memburukan watak atau individu yang rapat dengan Sultan dan Istana supaya rasa benci dan meluat sudah ada awal awal.
Mereka juga sudah tukar baju kotor "BERSIH" kepada nama "Negara-Ku" seolah olah nampak cinta negara dan rakyat,
Tetapi mereka jauh dari apa yang potraykan.
Kepada yang masih buta yang masih tidak percaya , hanya perlu baca surah tertentu baru mungkin diberi hidayah oleh Allah bahawa ini jentera Dajjal.
Mereka sendiri pun boleh ambil watak bertuala, pegang seluar dalam dan
buka kelas agama pukul 3 pagi dibilik hotel tetapi mereka cuba
menonjolkan keburukan orang lain pula.
Kini tersebar cerita buruk anak Raja, ia pre-empt kepada apa yang bakal terjadi selepas hari raya.
Maka jika watak terdekat dapat mereka robekan watak nya , maka bertambah
kuat lah kebencian rakyat untuk pertahankan sultan mereka,
Kerana mereka khuatir jika yang menyiarkan berita buruk itu pihak dalam
negara , lalu media luar negara lah yang akan mereka gunakan.
Kepada kita semua tunggulah lama sikit, akan keluar pelbagai bagai lagi fitnah.
Mereka amal "gutter politic" kerana watak yang mereka sokong amat jijik
dan melanggar batas agama , lalu lawan mereka juga perlu dijijikan
sebelum boleh bersaing.
Harus Baca Penting! Jangan sebut Israel Laknatullah..kenapa?
Gambar Hiasan |
Pagi ini saya terbaca satu post dari ahli kumpulan Sahabat Ustaz Azhar Idrus yang menulis, "Jangan sebut Israel laknatullah, tapi sebutlah Zionis laknatullah. Ini adalah kerana Israel adalah antara nama timangan kepada Nabi Yaakub"
Kenapa tidak boleh sebut Israel laknatullah? Saya cuba mencari jawapannya dan saya kira post di atas memang betul.
Sumber dari Wilkipedia.
Bani Israil (bahasa Arab: بنو إسرائيل, Banū Isräīl) adalah sebutan untuk kaum keturunan Israil yakni kaum Israel. Sebutan ini juga merupakan sebutan yang digunakan dalam Al Qur'an saat merujuk hal yang sama, Allah kerap memanggil Yaqub (Bahasa Inggris Jacob) dengan nama Israel, maka anak-cucunya disebut Bani Israil. Sebuah surat dalam Al Qur'an yakni surat Al Israa' juga memiliki nama lain yang banyak dikenal sebagai surat Bani Israil. Adapun keturunan Ishaq dari putra pertamanya Esau disebut sebagai Bani Ishaq.
Kalimat Bani Israel berasal dari Bani dalam bahasa Arab artinya keturunan dan Israel adalah kalimat yang terdiri dan dua kata Isra berarti hamba/ teman dekat dan El berarti Tuhan. Maka arti Israel adalah hamba Tuhan atau teman dekat Tuhan. Dan dalam kebanyakan bahasa Semit, bukan hanya dalam bahasa Ibrani, kata El selalu bermakna Tuhan.
Di dalam sumber lain mengatakan bahwa Israil memiliki arti "berjalan di malan hari." Karena menurut beberapa sumber kisah, Yaqub sering melakukan perjalanan diwaktu malam hari (untuk tujuan keselamatan).
Dari keempat orang istrinya Ya'qub memiliki 12 putra, yakni Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin.[2]
Putra-putra Ya'qub inilah yang merupakan cikal bakal lahirnya istilah Bani Israil. Mereka dan keturunannya disebut sebagai Al-Asbath, yang berarti cucu-cucu. Sibith dalam bangsa Yahudi adalah seperti suku bagi bangsa Arab dan mereka yang berada dalam satu sibith berasal dari satu bapak. Masing-masing anak Ya'qub kemudian menjadi bapak bagi sibith Bani Israil. Maka seluruh Bani Israil berasal dari putra-putra Ya'qub yang berjumlah 12 orang.
Dalam sibith-sibith ini diturunkan para nabi-nabi yang lain, di antaranya adalah:Lewi, di keturunannya terdapat Musa, Harun, Ilyas, dan Ilyasa.
Yahuda, di keturunannya terdapat Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya, Isa.
Bunyamin, di keturunannya terdapat Yunus.
Kepada yang ingin terus tahu latar belakang Bani Israel....bacalah lagi sumber rujukan yang lain.Wallahu a’lam
Sumber: facebook.com/nizam.othman
(10 Gambar) Inikah Wajah ‘Ketakutan’ Rakyat Israel
Posted by katak on July 26th, 2014
(10 Gambar) Inikah Wajah ‘Ketakutan’ Rakyat Israel | Media barat menyatakan rakyat Israel kini digambarkan sedang ketakutan dan trauma gara-gara serangan roket pejuang Hamas yang dihalakan kepada mereka.
Tidak cukup dengan itu, rakyat Israel ini juga dikatakan terpaksa berlindung di dalam bilik atau tempat khas bagi mengelakkan daripada serangan bom.
Bagi menambahkan lagi rencah dalam kisah sedih mereka, wujud satu trend yang dinamakan Selfie Perlindungan Bom.
MESTI BACA!!! remaja bangga memuat naik gmbar tidur bersama pasangannya di facebook
Remaja zaman sekarang terlalu ghairah kepada laman sesawang internet, sehingga mereka rela berkongsi gambar intim mereka di akaun laman sosial seperti facebook ,twitter ,instagram dan lain-lain.
kali ini elisya nak kongsi seorang pengguna facebook yg bangga memuat naik gambar sebegini di dalam statusnya.
p/s dorang ni tak fikir ke klau ibubapanya melihat gambar tersebut?? ish3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan