• Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes. Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes.
1 / 1
BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.

Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.

Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

 

 


Global


China larang Muslim puasa

Beijing: China melarang kakitangan kerajaan, pelajar dan guru di wilayah majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa pada Ramadan ini.
Parti pemerintah Komunis China - yang secara rasmi ateis - sudah beberapa tahun menghalang penduduk wilayah itu yang kebanyakannya berbangsa Uighur.

Beberapa jabatan kerajaan menaikkan notis di laman sesawang masing-masing sejak beberapa hari lalu memaklumkan larangan berkenaan.

Biro Hal Ehwal Perdagangan di Turfan berkata di laman sesawangnya Isnin lalu bahawa “kakitangan kerajaan dan pelajar tidak boleh berpuasa atau mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan lain.”

Radio Bozhou dan sebuah rangkaian televisyen universiti pula berkata larangan itu perlu dipatuhi anggota parti, guru dan golongan muda.


“Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak dibenarkan berpuasa,” katanya dalam satu kenyataan.


Sebuah jabatan kaji cuaca di barat Xinjiang pula berkata di laman sesawangnya: “Sejajar dengan arahan pihak atasan, semua kakitangan sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara diingatkan supaya tidak berpuasa pada Ramadan ini.”

Sementara itu, pejabat kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Sungai Tarim pula memuat naik gambar pekerjanya yang memakai topi tradisional Uighur sedang makan.

“Walaupun gambar ini diambil pada bulan Ramadan, mereka yang digambarkan ini bersikap positif dan tidak berpuasa,” katanya.

China sebelum ini mendakwa larangan terhadap puasa adalah untuk memastikan kesihatan kakitangan kerajaan terjamin.

Sementara itu, jurucakap kumpulan dalam buangan Kongres Uighur Sedunia Dilxat Raxit berkata, dia dimaklumkan pihak berkuasa menggalakkan orang Uighur makan dengan memberi makanan percuma selain membuat pemeriksaan di rumah untuk memastikan penghuninya tidak berpuasa.

“Tindakan China yang mengekang amalan dan kepercayaan Uighur hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik.

“Kami menggesa kerajaan China memberi lebih kebebasan beragama untuk orang Uighur dan berhenti menyekat mereka daripada menyambut Ramadan,” katanya.- AFP

Friday, June 15, 2012


Najib habiskan RM20 Juta untuk Panda.. dan Panda itu disewakan atau dipinjamkan?


Mungkin ramai yang tidak tahu.. kos yang akan dibelanjakan untuk dua ekor panda yang menurut Najib dipinjamkan oleh China kepada Malaysia adalah RM20 Juta..

Dua hari lalu Najib telah mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China ..

Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu.

Tulis Najib."Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita.

China percaya kepada kita konon… tengok gambar dibawah, imej atau gambar ini menunjukkan negara-negara yang yang meminjam ‘Giant Panda’ dari negara China..


Dan menariknya kebanyakkan negara yang mendakwa meminjam itu sebenarnya menyewa ‘Giant Panda’ itu dari China's Wulong Panda Research Institute.

Antaranya ialah Thailand..
The Thai government pays $250,000 a year to China's Wulong Panda Research Institute to rent the pandas, who, depending on the weather, reside in either a $1 million air-conditioned cage or an extensive, fan-cooled outdoor enclosure ringed by a mini-replica of China's Great Wall – USAToday
United States of America menyewa ‘Giant Panda’ pada kadar USD1 Juta setahun..
In 1972, two pandas were presented to the United States after President Nixon's historic visit; in 1974, another two were given to Britain in the wake of Edward Heath's friendly visit. In 2005, as part of the talks with Lien Chan, China gifted two pandas to Taiwan.

In today's market economy, however, there are no more freebies. China usually offers 10-year loans with prices close to $1m as the yearly rental. The flocking of would-be panda-huggers will bring fat profits to the zoo and to China – Guardian
Manakala Kanada pula sewa dengan kos $10 Juta
Prime Minister Stephen Harper officially confirmed Saturday that China has agreed to loan two giant pandas to zoos in Toronto and Calgary for a period of five years each – beginning next year – at a cost of $10 million.

Millions of dollars more will be spent to prepare the zoos and to care for the animals, including about $200,000 or so a year in bamboo costs to feed the bears and additional fees to train Canadian panda handlers with help from the Chinese – Ottawa Citizen
Jepun.. yang mula-mula mengalu-alukan orang ramai menamakan Panda yang disewanya dari negara China.. dua hari lepas langkah ini ditiru Najib.. membayar $950,000 satu tahun..
The metropolitan government will ask the public to nickname the two pandas, a 143-kg male and 124-kg female, officials said. The animals will be moved here in February before their public showing begins the following month. Under the lease deal, Tokyo will contribute $950,000 a year to wildlife preservation in China – Japantimes
Itu antara beberapa negara yang mendakwa dipinjamkan ‘Giant Panda’ oleh China.. macam Najib kata tu.. tapi hakikatnya membayar sewa yang tinggi untuk tujuan meminjam tersebut.

Jika negara-negara tersebut di atas membayar sewa untuk Panda dari negara China, apa istimewanya Malaysia untuk diberikan pinjam secara percuma oleh negara China?

Berbalik kepada Kerajaan UMNO/BN membelanjakan sebanyak RM20 Juta untuk memelihara binatang ini..

April lalu beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan Kerajaan Malaysia akan membelanjakan sekitar RM20 Juta untuk memelihara dua ekor Panda ini..

Kos ini adalah termasuk kerja-kerja untuk menyediakan prasarana yang menyerupai habitat asal Panda itu dimana sebuah bangunan yang berhawa dingin akan dibangunkan khusus untuknya.

Dan buluh yang menjadi makanan bagi Panda tersebut akan diimport dari China disamping latihan untuk rakyat tempatan yang akan menjaga Panda itu..

The Star On line

RM20 Juta lagi wang pembayar cukai akan dijadikan tahi panda oleh Najib.

Langkah Najib itu disifatkan sebagai ‘Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’ oleh Sahabat Alam Malaysia.

Sebabnya di negara kita sendiri ada beberapa spesis haiwan yang hampir pupus tapi tidak dipedulikan oleh Kerajaan.. antaranya ialah Badak Sumatera, Harimau Mlaya, Tapir, Tenggiling dan juga Gajah.

Berikut adalah kenyataan Media dari Sahabat Alam Malaysia..

From S M Mohd Idris, via e-mail

Sahabat Alam Malaysia (SAM) strongly objects to the government’s decision  to bring in the giant pandas into Malaysia on a 10-year loan. News of  loan came as a shock, as in 2009 and subsequently in 2011  SAM had opposed the move to bring in the pandas.

SAM is highly critical of the move which is seen as more of a primarily commercial deal and it is definitely not  a credible way to go about saving the giant panda.

The use of the word  “con” in  conservation research is merely  to hoodwink the public into believing that the salvation of pandas lies in warehousing these sensitive animals.

A panda has a poor reproductive performance in captivity. As the agent of diplomacy, giant pandas are forced to adapt to various climate, food and natural environment while they could have enjoyed their normal life in Sichuan province, China

It would be interesting to know how many pandas sent overseas as gifts and on loans have  successfully bred, how many off springs survived and the number that have died of natural causes.

Over time,  the panda presence  will have  less to do with conservation or education, and much more to do with bringing in  more tourist dollars.

If  Malaysia is strongly committed towards China’s effort in increasing the endangered giant panda then it should  be asking the public to donate to schemes that protect pandas in their native habitats, not bring them here.

The public may not be aware that the ‘rent a panda deal’ and short term loans of giant pandas to Malaysia usually entails large investments for both governments where Chinese government may receive up to a  million dollars per panda.

Besides panda cubs born during the period of a lease  are believed to belong to China.

Then again, a huge question mark arises  over the  Natural Resources and Environment Ministry’s  ability to meet acceptable standards  for the pandas’ health  and welfare following years of “problems” in all zoos in Malaysia.

The question that begs to be answered  is whether NRE has world-class expertise including our keepers and our vets to oversee the pandas’ welfare. When it comes to pandas, it is  not about the size of space but rather the quality of climbing structures and water features.

The introduction of pandas into Malaysia is not only a backward step in terms of conservation and ethics but the cost that comes with them means that the Ministry  is putting extra pressure on their finances when they should be focusing on ensuring existing zoos meet the most basic standards for the captive animals already here.

There is much wastage of  taxpayers’ money to spend RM20 million for the upkeep of the pandas when money should be put to better use  on equipment, human resources and the establishment of  anti poaching unit in all the states protected areas to combat poaching.

SAM  concludes that the desire to foster good international relations jeopardises the pandas’ welfare. No matter how high the quality of their new enclosures, no matter how excellent the viewing and monitoring facilities, the pandas inside will still be denied the ability to roam free, to forage and feed as they like, to avoid or associate with companions, and to follow their instincts in selecting a mate.

  President of Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Kos di sebalik meminjam panda dari China

Kos di sebalik meminjam panda dari China
PLAY Click to Expand & Play
Panda Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan China kepada Malaysia. --gambar fail
KUALA LUMPUR: Di sebalik ketibaan kedua panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, pasangan panda atas dasar setiakawan serta pinjaman, ia turut membabitkan kos kepada Malaysia.

Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.

Bantahan pinjaman

Dalam keterujaan menyambut panda ke Malaysia, ada pihak yang membantah tindakan haiwan terancam itu dipinjamkan ke Malaysia.

Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.

Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.

Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra.

Bakal tarik pelancong

Namun jika dilihat skop lebih luas dahulunya Zoo Negara sepi sahaja kini dengan kehadiran panda, ia bakal menarik lebih ramai lagi pelancong.

Kejayaan zoo lain yang mempunyai panda membuktikan haiwan itu merupakan daya tarikan yang cukup memberangsangkan.

Daripada 300 ekor panda gergasi di dalam kurungan, lebih kurang 250 ekor di China manakala 47 ekor di negara-negara lain.

Menurut laporan The Guardian, Zoo Edinburgh berjaya memecah rekod pengunjung dengan kehadiran panda Tian Tian dan Yang Guang.

Pemiliknya Royal Zoological Society Of Scotland mendedahkan pulangan keuntungan zoo telah meningkat lebih daripada RM27 juta kepada RM81 juta pada tahun 2012.

Kedatangan pengunjung meningkat mendadak 51% dengan kehadiran panda pada 2011.

Zoo berkenaan yang mengalami defisit RM6.5 juta mencatatkan pulangan lebihan RM13 juta tahun lepas selepas ketibaan panda.

Menurut laporan itu, penjualan tiket dan barangan cenderamata sahaja mampu menampung kos menyimpan panda.

Selain itu, orang ramai juga dapat memahami hidupan liar dan belajar untuk memulihara mereka.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kos-di-sebalik-meminjam-panda-dari-china-36225?cp