Ahad, 6 Julai 2014

MURID KALAU SEMUA PANDAI TAK PAYAHLAH BELAJAR....TAK KAN BERANGAI MACAM SUDAH BERUMUR 70 TAHUN....NAMA PUN BUDAK

AL FATIHAH ....Salam takziah daripada saya buat keluarga salah seorang mangsa yang berasal dari PARIT 5 GAMBUT, SG BESAR, SELANGOR. Difahamkan jenazah dibawa pulang ke Sg Besar dan akan dikebumikan petang ini. Semoga tabah dengan ujian Allah SWT ini. Semoga roh Allahyarham diberi kerahmatan, diampuni dosanya dan dicucuri rahmat olehNya.
Keadaan kereta yang tersepit di papan tanda penunjuk arah di KM240, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Rembau pada petang Sabtu
Dua lelaki dan seorang bayi lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh papan tanda penunjuk arah di KM240, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat sini, pada Sabtu.
Anggota paramedik memberikan rawatan kecemasan kepada kanak-kanak perempuan yang turut terbabit dalam kemalangan di KM240,
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Abdul Aziz Ali berkata dalam kejadian 4.45 petang itu, kereta dinaiki enam mangsa itu sedang dalam perjalanan dari arah Simpang Ampat menghala ke Senawang apabila dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh papan tanda penunjuk arah.
"Tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pemandu kereta, Mohd Fauzan Salleh, 28, beralamat di Taman Muhibbah, Gemencheh, penumpang Yunus Salem Angran, 21, dari Sungai Besar, Selangor dan anak Mohd Fauzan, Muhammad Firas, berumur lapan bulan," katanya ketika dihubungi.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.
Tiga lagi mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti.
Operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan enam anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.
LikeLike · · · 48242

Sunday, 6 July 2014

HINA NABI SAW ... DESAK KDN AMBIL TINDAKAN TEGAS DAN PANTAS TERHADAP KETUA PARTI STAR BAHAGIAN TUARAN, DAVID OROK.


David Orok cukup biadap sekali tanpa ada rasa takut telah menghina agama Islam dalam laman sosial Facebook miliknya . Tanpa menyedari bahawa setiap kenyataan yang dibuat itu boleh menimbulkan kemarahan rakyat beragama Islam di dunia ini?

Perbuatannya yang boleh anggap cukup amat melampau itu perlu diambil tindakan sewajarnya kerana dia tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur cacian terhadap agama Islam apa lagi menyentuh keperibadian Nabi Muhamad S.A.W.

David merupakan Ketua Bahagian parti STAR Tuaran dan juga calon STAR N10 Sulaman, Sarawak.

Perangai David tak ubah seperti orang yang tidak tahu cara hidup bermasyarakat sehingga sanggup membuat kenyataan menghina agama Islam.

Dalam sebuah negara majmuk berbilang bangsa dan anutan agama seperti Malaysia, David seharusnya tahu bagaimana hendak mewujudkan perasaan saling menghormati agama antara satu sama lain.

Jelasnya komen David yang begitu berani menghina agama Islam amat keterlaluan dan boleh menimbulkan kemarahan umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Ekoran kenyataan yang dibuat, difahamkan banyak laporan polis telah dibuat oleh rakyat beragama Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Omak Kau mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan ke atas lelaki ini yang tidak boleh dimaafkan perbuatannya.

Ahad, 6 Julai 2014

MB Selangor: Tak perlu sekat bantuan gelandangan, atur cara lebih baik

gelandanganCHERAS, 6 JUL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.
Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.
“Saya rasa ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.
“Kita mesti mencari jalan supaya menyusun pemberian ini secara teratur,” katanya kepada Selangor Kini selepas mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tesco Extra, dekat sini.
Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha pemberian makanan kepada orang yang memerlukan bagi tujuan mengurangkan bebanan serta kesusahan yang dialami dalam kehidupan seharian mereka.
Pada masa sama, beliau berkata, cadangan Kerajaan Pusat untuk membina rumah perlindungan “one stop centre” bagi menangani masalah kemiskinan dan gelandangan boleh dilaksanakan namun mengakui ia bukan mudah untuk dilakukan.
“Bukan senang nak buat (one stop centre). Nak edar bubur lambuk pun bukan kerja senang, kena ambil masa. Ia boleh dilakukan tetapi caranya mesti betul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Tengku Adnan sebelum ini didakwa memberi arahan supaya menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin beroperasi dalam lingkungan dua kilometer daripada pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.
Beliau berkata, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong yang dibimbangi akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.
anak-gelandangan-3Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.
Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan daripada aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan dalam nada lebih lunak.
Katanya, kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenalpasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan bagi bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Mana-mana individu tidak kira apa jua sekali kedudukkannya dalam masyarakat jika terlibat dalam perbuatan menghina mana-mana jua agama dinegara ini wajar diambil tindakan undang-undang.

Ahad, 6 Julai 2014

Sentimen awam cetusan Ku Nan, tingkat penyertaan sukarelawan Dapur Jalanan

20140706_005401KUALA LUMPUR, 6 JUL: Sukarelawan yang terbabit dalam aktiviti mengedarkan makanan percuma kepada golongan miskin tegar bandar bertambah secara mendadak sejak tercetus isu penguatkuasaan mendenda orang ramai yang memberi makanan kepada keumpulan terbabit.
Hal itu dapat dilihat apabila akitiviti memberi makanan percuma yang dijalankan kumpulan amal Dapur Jalanan berjaya menarik kira-kira 250 sukarelawan, malam tadi iaitu paling ramai setakat ini.
Kumpulan 250 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang ditetapkan.
Salah satu daripada kumpulan terbabit beroperasi bermula dari Jalan Panggung dan bergerak ke Pasar Seni, Jalan Medan Pasar, Lebuh Ampang dan kawasan sekitarnya.
Ahli Dapur Jalanan yang juga jurucakap bagi sub kumpulan itu, Wong Kar Fai, berkata pertambahan sukarelawan itu isyarat jelas bahawa Dapur Jalanan tidak akan tunduk kepada arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu bandaraya Kuala Lumpur bebas golongan miskin tegar bandar.
“Pada malam ini, sukarelawan semakin ramai kerana sentimen masyarakat awam terhadap isu miskin tegar bandar dan ini suatu pencapaian yang bagus, bukan untuk Dapur Jalanan tetapi untuk masyarakat awam sendiri.
“Kita lihat kenyataan Tengku Adnan itu tak masuk akal dan kami perlu buat sesuatu sebab makanan, kaunseling dan kesihatan adalah hak semua,” kata Kar Fai ketika ditemui Selangor Kini di sini, malam tadi.
Katanya, Tengku Adnan sewajarnya menjalankan kajian terhadap masalah yang dihadapi golongan terbabit bagi mendapatkan penyelesaian total, bukan menyembunyikan masalah ini daripada mata umum.
“Bila Tengku Adnan kata ini untuk membersihkan ‘bandar dia’ dari kekotoran yang dikaitkan dengan warga miskin tegar kota, jelas membuktikan dia tak melihat punca akar masalah sebenar iaitu struktur sosio ekonomi.

“Dia cuma mahu sorokkan masalah ini dengan menangkap dan mengurung dengan operasi tangkapan supaya tiada warga miskin kota kelihatan dan adakah ini berkait rapat dengan Tahun Melawat Malaysia?” katanya.
20140706_010436Kar Fai berkata, kepercayaan sesetengah masyarakat bahawa golongan miskin tegar kota tidak mempunyai pekerjaan hanya mitos kerana hal itu berlaku sebaliknya.
Bagaimanapun, tenaga golongan terbabit sering dimanipulasi majikan masing-masing dengan dibayar upah yang rendah antara RM10 hingga ke RM20 sehari.
Pendapatan yang diperoleh golongan terbabit hanya mampu menampung keperluan membeli makanan sahaja sehingga memaksa mereka mengambil keputusan untuk tinggal di jalanan sahaja.
“Sepatutnya ini tanggungjawab kerajaan tetapi mereka tak buat dan bila orang lain nak buat mereka halang pula,” katanya.
1:12PM - 6 Jul 2014

Khalid selar dakwaan 'keji' terhadapnya

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menempelak sebilangan pimpinan PKR yang menyifatkannya tidak mahu meletak jawatan sebagai perbuatan keji dan tidak bertanggungjawab.

Menteri besar Selangor mendakwa tiada sebarang perbincangan dibuat dalam parti berhubung jawatannya mahupun menerima mana-mana arahan supaya berundur daripada jawatan tersebut.

"Kita tidak ada bincang perkara itu. Ini tidak benar.

"Ini adalah tindakan paling keji oleh orang yang mahu membuat kesimpulan penamat yang mempunyai tujuan sangat tidak bertanggungjawab," beliau dipetik sebagai berkatakepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di Shah Alam semalam.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei mendakwa Khalid enggan melepaskan jawatan menteri besar walaupun tindakan itu sebahagian daripada agenda Langkah Kajang.

Shuhaimi mendakwa peletakan jawatan Khalid telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR pada 15 Januari lalu untuk memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Mac lalu.

Utusan turut melaporkan Khalid turut mempertikai usaha Langkah Kajang berkenaan akan dapat menawan seluruh Selangor dan negara.

"Kalau tujuan Langkah Kajang dibuat untuk menawan Selangor dan negara, itu perlu diperbincangkan lagi.

“Boleh jadi kita dalam pakatan pembangkang pun tidak terfikir perkara sedemikian boleh berlaku," lapor akhbar milik Umno itu lagi.

Sunday, 6 July 2014

PAS SELANGOR MASIH BERSAMA DAN TETAP MENYOKONG TSKI SEBAGAI MB SELANGOR IKRAR PESURUHJAYA PAS SELANGOR YB ISKANDAR ABDUL SAMAD.



Sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali menggesa supaya jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor digugurkan dianggap sebagai kehabisan idea.

Sambil menyifatkan ia tidak relevan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata Abdul Khalid juga dilihat seperti dijadikan mangsa dalam semua masalah di Selangor seakan segalanya berpunca daripada beliau.

“Macam sudah habis idea sangat sampai bila timbul masalah sahaja, perlu tukar menteri besar, ini tidak relevan.

“Daripada sekecil-kecil masalah, sampaisebesar-besar masalah, semuanya mahu salahkan Abdul Khalid. Tak bolehlah begitu,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Kenyataan Iskandar itu senada dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebelum ini yang turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang melahirkan hasrat supaya Abdul Khalid berundur sebagai menteri besar terutama selepas beliau tewas dalam pemilihan parti.

Pada masa, Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar berpendirian untuk terus menyokong kepimpinan Abdul Khalid walaupun ramai yang mendesaknya supaya melepaskan jawatan nombor satu negeri itu.

Beliau berkata, PAS Selangor masih bersama dan tetap menyokong penuh Abdul Khalid.

“Bagi kami sebarang masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri masih boleh diselesaikan, bukan dengan cara tukar menteri besar. Lebih baik masa yang kita ada ini digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi,” katanya.
Kisah Sebenar Adik Syafika Buku Atau Belacan Ini!
Posted on Sunday, July 06 @ 17:44:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Beberapa hari lepas, viral di whatsapp dan facebook satu video seorang murid perempuan dengan selamba menjawab soalan gurunya yang bertanyakan keadaan buku tulis murid berkenaan yang dalam keadaan renyuk dan hampir terkoyak.

Guru: "Syafika, Ini Buku Ke Belacan?" Syafika: "Buku Boleh, Belacan Boleh"



Namun, di sebalik video yang dikatakan lawak ini, ada terselit kisah sedih adik Syafika yang ramai tidak tahu, klik gambar di bawah untuk baca.


Yang pentingnya, aku harap guru yamg upload video tersebut harus dikenakan tindakan tatatertib kerana dengan sengaja dilihat menjatuhkan maruah adik Syafiqah dan juga keluarganya sekali.

Pihak kementerian Pelajaran harap dapat bertindak segera!

sumber
Kes Cikgu Gaduh – Cikgu Baju Hijau Memang Kaki Gaduh?
Posted on Sunday, July 06 @ 16:21:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





SUSULAN artikel ‘VIDEO: Cikgu Dah Dekat Pencen Gaduh Sakan Di Sekolah’ yang kami kongsikan semalam, hari ini satu lagi video yang lebih jelas dikongsikan menerusi Facebook Sukan Star TV.

Salah seorang guru yang terlibat dalam pergaduhan itu dirakam menengking seorang pelajarnya terlebih dahulu sebelum insiden pertengkaran tersebut berlaku.

Menerusi maklumat blog Anak Seberang pula, guru berbaju hijau itu merupakan guru sebuah sekolah pendidikan khas di Pahang, manakala yang berbaju batik merah itu dipercayai guru besarnya.

Khabarnya, guru itu memang mempunyai masalah suka bergaduh sejak dulu lagi.


Berikut merupakan petikan entri tersebut:
“Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009. Sblm tu kt sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu. Guru besar skrg adalah yg ke-3.

Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas. Ppd penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak. Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti.

Pentadbir tu gb n gpk. Ayah dia penah buat repot kt ppd kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa.
Jika benar maklumat yang diberikan ini, rasanya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjalankan siasatan mengenai perkara ini.

Sebabnya, perangai seperti ini tidak wajar ditunjukkan kepada para pelajar, apatah lagi dengan status pendidik yang sepatutnya sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada umum.

sumber

Tiada ulasan: