Posted on Sunday, July 13 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
BAYAN BARU: Pelakon dan koreografer tarian, Adam Corrie mendedahkan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran.
Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.
"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.
"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum 'Kahwin Campur' anjuran Hidayah Centre Foundation di Komplek Tabung Haji, Bayan Baru malam tadi.
Mengakui kecewa dengan teguran diterima itu, beliau mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.
Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama
MOHD SABRI SAID
- HARAKAHDAILY 13/7/2014
Tuesday, 15 July 2014
Berita Gempar Dari Selangor..
KUALA LUMPUR: Teka-teki status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat pada Isnin.
Bagaimanapun, keputusan akhir dijangka diputuskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.
Menurut sumber, nama Presiden
PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga hampir
pasti digugurkan dari senarai calon Menteri Besar selepas PAS tidak
memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita."
PAS tidak setuju MB wanita, PAS
mahu Azmin...DAP pula setuju Azmin, tetapi hormat dan tunggu keputusan
Anwar...bagaimanapun Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan
perbincangan akhir sebelum raya."
Perlantikan akan dibuat selepas
hari raya seperti yang dimaklum sebelum ini," katanya.Pada Isnin, ada
portal menyiarkan situasi semasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim yang menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada
sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara
pemerintahannya kini.
PR ketika ini juga dikatakan
sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN
dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya
memuktamadkan status menteri besar itu.
Anwar pula dilaporkan berkataPR
tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Abdul Khalidselain
menyifatkan perbincangan untuk menyingkirkan Menteri Besar itu dilakukan
secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas
perkara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak sebelum initurut menafikan mempelawa Abdul Khaliduntuk
menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya tidak berasas sama
sekali. ~awani
Tentera Seragam Putih Hantui Israel
Posted on Tuesday, July 15 @ 07:31:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Terdapat kisah-kisah menakjubkan dan pelik dalam serangan 22 hari ke atas Gaza oleh tentera Israel. Sesetengah penduduk mendakwa ianya merupakan "ayaturrahman" (tanda kekuasaan Allah SWT) di bumi jihad. Para Mujahidin masih tertanya-tanya akan siapakah sekumpulan lagi tentera yang berpakaian serba putih yang dilihat bersama-sama sewaktu peperangan Al-Furqan mengambil tempat.
Laman web Arab, islammessage.com, menulis bahawa tentera Mujahidin Al-Qassam melaporkan mengenai sebuah rumah kepunyaan keluarga Dardunah, yang terletak berhampiran Jabal Al-Kasyif dan Jabal Ar Rais, atau di jalan Al Qaram lebih tepat lagi.
Tentera Israel telah memecah masuk ke rumah berkenaan, seluruh keluarga diarah berkumpul dan dipaksa duduk di satu sudut, salah seorang dari anak mereka kemudiannya disoal siasat dan ditanyakan mengenai identiti pejuang Al-Qassam.
Remaja lelaki itu kemudiannya menjawab bahawa pejuang Al-Qassam memakai pakaian seragam bewarna hitam. Walaubagaimanapun, jawapan berkenaan telah menimbulkan kemarahan tentera Zionis dan kemudiannya dia dipukul tanpa belas kasihan, perkara ini diberitakan berlansung selama tiga hari berturut-turut. Setiap kali disoal, remaja berkenaan akan menjawab dengan jawapan yang sama.
Akhirnya, salah seorang tentera yang marah, menengking "Bohong! Mereka mengenakan seragam putih"
Seorang lagi rakyat Palestin, mengisahkan cerita yang lain berkenaan laskar berseragam putih ini di laman web multaqalqasami.com.
Menurutnya, sebuah ambulan telah diarah berhenti oleh sepasukan tentera Israel. Pemandu ambulan tersebut telah disoal samada dia dari kem Fatah atau Hamas. Pemandu malang ini kemudiannya menjawab, "saya bukan dari mana-mana kem, saya sekadar pemandu ambulan" katanya kepada tentera Israel tadi.
Walaubagaimanapun, tentera Israel terus menyoal beliau, "kumpulan yang berseragam putih di yang mengikuti di belakang tadi, mereka dari kem mana?" Pemandu ambulan yang masih kebingungan kerana dia pasti tiada sesiapa yang mengekorinya di belakang sekadar menjawab, "saya tidak tahu..."
Jadi, siapakah pasukan yang berseragam putih yang menghantui rejim Zionis ini?
Keganasan tentera Israel untuk 22 hari ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Israel, hanya kehilangan yang besar diperolehi mereka. Bukan sahaja dari segi kemusnahan, malahan mental mereka menjadi semakin lemah dan dibayangi ketakutan.
Berjuta wang telah dibazirkan oleh mereka untuk menyekat pergerakan Hamas di Gaza, namun ianya merupakan satu langkah yang sia-sia. Rakyat Israel juga kini merasa takut apabila mendengar nama "Hamas".
"Lebih dari 800 ribu penduduk Israel akan dilihat ketakutan apabila nama Hamas disebut di hadapan mereka, mereka akan berpaling dan berlalu pergi," dakwa seorang wartawan Israel.
Selain dari ketakutan yang membelenggu mereka dalam keganasan yang dicetuskan pasukan ketenteraan mereka sendiri, Israel juga diancam krisis kerana telah membelanjakan wang yang banyak untuk peperangan di Gaza.
"Kos keganasan rejim Zionis di Gaza mencecah hampir 10.5 trilion dolar Amerika," ujarnya lagi.
Israel secara sulitnya juga telah mengadakan upacara pengebumian beberapa anggota tenteranya yang terkorban dalam pertempuran menentang Palestin di Genting Gaza, lapor media semalam.
Portal akhbar Mesir, Youm7 melaporkan bahawa beberapa saksi mendakwa mereka melihat beberapa upacara pengebumian dilakukan Timur Baitulmuqaddis yang dilakukan tentera Israel bagi mengebumikan anggota yang terkorban dalam peperangan di Gaza.
Namun tentera Israel enggan mendedahkan secara rasmi mengumumkan jumlah orang awam dan anggota tentera yang terkorban.
Sementara itu, sumber Israel mengakui bahawa lebih daripada 200 penduduk Israel telah cedera sejak enam hari lalu ekoran serangan roket yang dilancarkan Pergerakan Pemisah Hamas.
Post by Sukan Star TV.
Tuesday, 15 July 2014
EDISI JANGAN RAKYAT LUPA PERANGAI TEGAR UMNO ... SANGGUP PERALAT GURU UGUT IBU BAPA PELAJAR MISKIN UNDI BN.
TANAH MERAH 28hb April 2013:- Seorang ibu, Zaiton Yazid, 40 dari Kampung Cermin, Dun Gual Ipoh mendakwa seramai empat guru datang ke rumahnya baru-baru ini bagi merayu supaya mengundi calon BN.
Katanya, guru-guru terbabit tanpa segan silu memintanya supaya memangkah BN.
“Mereka meminta saya pangkah BN, sekiranya tidak pangkah, buku teks anak saya akan ditarik balik. Selain itu bantuan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga tidak akan diberi.
“Saya terkejut kerana guru-guru datang berkempen bagi pihak calon BN di Gual Ipoh yang juga bekas guru,” katanya ketika ditemui semalam.
Umno Kelantan sekarang ternyata semakin gelabah apabila terpaksa mengerahkan kakitangan kerajaan pusat bagi membantu kempen mereka.
Hampir setiap malam kita boleh melihat kenderaan milik Jabatan Penerangan keluar masuk kampung. Manakala pada sebelah siang beberapa lagi agensi pusat datang menemui penduduk.
Antara yang sering dilihat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kesedar, Kemas, Jasa dan pelbagai lagi.
Seorang lagi penduduk, Jamilah Kassim, 47 dari Kampung Hulu Kusial juga mendakwa didatangi seorang guru meminta supaya memangkah BN.
Katanya, dia juga mengugut akan mengeluarkan anaknya yang belajar di sebuah sekolah di Gual Ipoh sekiranya enggan menyokong calon BN.
Pada Febuari lalu sekumpulan penduduk Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa seorang guru yang juga pemimpin Umno tidak datang mengajar selama dua tahun.
Raja Ahmad Zulfakar Raja Man, 37 dari Kampung Bechah Laut, mendakwa Bakri Mustapha sebelum ini mengajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, tidak datang mengajar pada tahun lepas dan 2011.
Bakri merupakan Naib Ketua Bahagian Tanah Merah kini bertanding di Dun Gual. Ipoh..HARAKAH DAILY
KPDNKK kumpul maklumat pengasas skim cepat kaya YSLM
KUALA PILAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) kini dalam proses mengumpulkan lebih banyak
maklumat mengenai pengasas skim cepat kaya YSLM, Zhang Jian, yang
didapati menjalankan perniagaan secara haram.
Ketua Setiausaha KPDNK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya sedang mendapatkan nama sebenar Zhang Jian, 26, sebab dia menggunakan beberapa nama berlainan serta nombor pasport warga China itu untuk pihaknya mengesan di mana dia berada.
"Kita juga sedang mengesan akaun sebab kemungkinan dia menggunakan
'server' (pelayan) atas talian dia itu yang berada di Hong Kong. Jadi
kita tidak pasti akaun mana dia buka.
"Jika jelas akaun mana dia buka, saya akan mengesyorkan kepada Bank Negara supaya dibekukan sahaja akaun tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Kampung Tengkek, Batu Kikir dekat sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Zhang Jian, yang mendakwa dirinya orang terkaya di dunia datang ke Malaysia awal tahun ini mewujudkan skim cepat kaya.
Bagaimanapun, siasatan KPDNKK mendapati skim itu adalah haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.
Mengenai dua kes yang dilaporkan di Selangor mengenai kegiatan syarikat itu, beliau berkata pihaknya masih memerlukan nasihat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan daripada seorang daripada pengarah dalam syarikat yang bersekongkol dengan syarikat YSLM.
"Syarikat itu adalah syarikat tempatan yang berdaftar tetapi syarikat ini selalu berkolaborasi dengan YSLM. Oleh itu, kita perlu mendapatkan lebih maklumat dan juga keterangan daripada pengarah dan juga pemilik kediaman yang digunakan di Seri Petaling itu.
Katanya, perkara-perkara sedemikian memerlukan maklumat tambahan supaya KPDNKK dapat mengemukakan laporan lengkap kepada pihak Peguam Negara untuk pertuduhan.
"Saya percaya Zhang Jian tidak ada dalam negara sebab dia tidak hadir pada dua programnya di Ipoh dua hari lepas dan Johor semalam. Jelas, dia melarikan diri. Kita akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia dan Interpol untuk membantu mengesan dia.
"Sebab itu saya menyeru mangsa skim cepat kaya ini supaya melaporkan kepada polis. Adalah dipercayai antara 80,000 hingga 100,000 orang yang mengambil bahagian dalam skim itu di negara ini," katanya.
Alias berkata beliau tidak menolak Zhang Jian kini berada di Taiwan dan akan menghubungi wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia berhubung perkara itu.
"Saya percaya mereka (wakil Taiwan) memberi perhatian mengenai perkara ini tetapi pihak mereka pun sedang menyiasat," katanya.
Katanya, Zhang Jian adalah seorang yang pintar menipu dan menggunakan pelbagai helah termasuk perang saraf.
"Sumber memberitahu bahawa Zhang Jian, kalau gagal di Malaysia dia akan beroperasi di Taiwan. Itu adalah perang saraf dia untuk menyatakan dia memang aktif dalam bidang ini. Tetapi kita pasti kerajaan Taiwan, sama seperti Malaysia mengharamkan aktiviti berkaitan skim cepat kaya ini. Jadi, dia tidak akan pergi ke mana.
"Kita sedang menyiasat dan kes ini memerlukan dia (Zhang Jian) hadir untuk memberi keterangan. Tetapi saya percaya dia tidak akan muncul di Malaysia," katanya.
- BERNAMA
Ketua Setiausaha KPDNK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya sedang mendapatkan nama sebenar Zhang Jian, 26, sebab dia menggunakan beberapa nama berlainan serta nombor pasport warga China itu untuk pihaknya mengesan di mana dia berada.
"Jika jelas akaun mana dia buka, saya akan mengesyorkan kepada Bank Negara supaya dibekukan sahaja akaun tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Kampung Tengkek, Batu Kikir dekat sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Zhang Jian, yang mendakwa dirinya orang terkaya di dunia datang ke Malaysia awal tahun ini mewujudkan skim cepat kaya.
Bagaimanapun, siasatan KPDNKK mendapati skim itu adalah haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.
Mengenai dua kes yang dilaporkan di Selangor mengenai kegiatan syarikat itu, beliau berkata pihaknya masih memerlukan nasihat Peguam Negara untuk mendapatkan keterangan daripada seorang daripada pengarah dalam syarikat yang bersekongkol dengan syarikat YSLM.
"Syarikat itu adalah syarikat tempatan yang berdaftar tetapi syarikat ini selalu berkolaborasi dengan YSLM. Oleh itu, kita perlu mendapatkan lebih maklumat dan juga keterangan daripada pengarah dan juga pemilik kediaman yang digunakan di Seri Petaling itu.
Katanya, perkara-perkara sedemikian memerlukan maklumat tambahan supaya KPDNKK dapat mengemukakan laporan lengkap kepada pihak Peguam Negara untuk pertuduhan.
"Saya percaya Zhang Jian tidak ada dalam negara sebab dia tidak hadir pada dua programnya di Ipoh dua hari lepas dan Johor semalam. Jelas, dia melarikan diri. Kita akan berhubung dengan Polis Diraja Malaysia dan Interpol untuk membantu mengesan dia.
"Sebab itu saya menyeru mangsa skim cepat kaya ini supaya melaporkan kepada polis. Adalah dipercayai antara 80,000 hingga 100,000 orang yang mengambil bahagian dalam skim itu di negara ini," katanya.
Alias berkata beliau tidak menolak Zhang Jian kini berada di Taiwan dan akan menghubungi wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia berhubung perkara itu.
"Saya percaya mereka (wakil Taiwan) memberi perhatian mengenai perkara ini tetapi pihak mereka pun sedang menyiasat," katanya.
Katanya, Zhang Jian adalah seorang yang pintar menipu dan menggunakan pelbagai helah termasuk perang saraf.
"Sumber memberitahu bahawa Zhang Jian, kalau gagal di Malaysia dia akan beroperasi di Taiwan. Itu adalah perang saraf dia untuk menyatakan dia memang aktif dalam bidang ini. Tetapi kita pasti kerajaan Taiwan, sama seperti Malaysia mengharamkan aktiviti berkaitan skim cepat kaya ini. Jadi, dia tidak akan pergi ke mana.
"Kita sedang menyiasat dan kes ini memerlukan dia (Zhang Jian) hadir untuk memberi keterangan. Tetapi saya percaya dia tidak akan muncul di Malaysia," katanya.
- BERNAMA
Membezakan antara militan dengan pengganas
APABILA ada pihak menyebut istilah militan terhadap seseorang, ada pihak terus melenting dan marah-marah kerana perkataan itu.
Mereka menganggap bahawa militan bermakna pengganas. Sedangkan pejuang dan mujahid dianggap bukanlah militan.
Sememangnya ada pihak yang merujuk pengganas sebagai militan. Tetapi kefahaman mengenai perbezaan antara militan dan pengganas perlu ada supaya tidak berlaku kekeliruan. Semua pengganas adalah militan tetapi tidak semua militan adalah pengganas.
Militan dari perkataan Inggeris "militant". Ia bermaksud seseorang yang bergerak seperti tentera. Ia berkaitan dengan perkataan military yang bermaksud ketenteraan.
Maka apa yang dimaksudkan dengan militan ialah mereka yang bukan tentera tetapi bergerak sebagai tentera. Maknanya mereka bersenjata seperti tentera. Berpakaian seragam dan mempunyai kumpulan yang tersusun dengan memiliki komander atau pemerintah. Umumnya mereka terlatih.
Pengganas pula mempunyai maksud yang berbeza. Dalam bahasa Melayu istilah lain yang digunakan ialah teroris. Teroris adalah daripada perkataan terrorist yang dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan terrot atau mengerikan. Maka pengganas bermaksud orang yang mengganas.
Dari segi peperangan, pengganas meliputi perbuatan bukan saja membunuh tetapi juga mencederakan dan menyiksa serta mendera orang. Makna khusus pengganas ialah melakukan keganasan terhadap orang awam.
Orang awam pula bermaksud orang biasa yang tidak bersenjata dan umumnya tidak terlibat dengan pertembungan dua belah pihak bersenjata yang berlaku.
Maka, sebab itulah militan tidak semestinya pengganas. Kalau golongan militan ini memerangi tentera atau kumpulan militan lain, atau orang yang bersenjata saja, maka mereka bukanlah pengganas.
Tetapi sebaik saja mereka membunuh atau mengganggui orang awam, maka mereka menjadi pengganas. Jika difahamkan kedua-dua istilah ini, maka dapat disedari bahawa pengganas mestilah seorang militan. Hal ini kerana untuk mereka mengganas, mereka memerlukan peralatan senjata.
Dalam pada itu, ada hujah yang kalau militan ditakrifkan sebagai golongan seperti tentera, maka pengganas yang bukan militan boleh wujud. Kalau seseorang itu membunuh orang awam secara bersendirian, dan tidak menjadi anggota mana-mana kumpulan, maka ia juga boleh dianggap sebagai pengganas.
Tetapi seringkali orang seperti ini hanya disebut sebagai penjenayah. Maka, tetapkanlah bahawa pengganas mestilah seorang militan tetapi militan tidak semestinya pengganas.
Contoh terkini pengganas ialah kumpulan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIL) yang telah pun menubuhkan apa yang mereka isytiharkan sebagai khalifah. Mereka dianggap pengganas kerana cara mereka berperang ialah membunuh orang awam.
Bukan itu saja, terdapat kejadian menyiksa dengan ada laporan menyatakan terdapat mangsa yang mati dibakar dan direbus. Walaupun maklumat ini diperoleh daripada media Barat tetapi secara wajarnya dan umumnya, khabarnya sedikit sebanyak dapat diterima.
ISIL sememangnya kumpulan militan kerana mereka merupakan pasukan bersenjata yang teratur. Selain ISIL, contoh pengganas lain ialah al-Qaeda, Jamaah Islamiyah (JI) dan Abu Sayyaf.
Sementara kumpulan militan bukan Islam yang pengganas ialah Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) (Gambar kiri) di Sri Lanka, Shining Path di Peru dan Naxal di India. Contoh militan tetapi bukan pengganas ialah Hamas (Gambar atas), Hizbullah , Mujahidin dan Taliban.
Pada tahun-tahun 60-an dan 70-an, terdapat pengganas daripada kalangan komunis. Antaranya ialah Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri dan kumpulan-kumpulan kecil seperti Tentera Merah Jepun (JRA), Briged Merah di Itali, kumpulan Baader Meinhof di Jerman dan Tentera Pembebasan Simbionis (SLA) di Amerika Syarikat.
Ada kalanya, kumpulan-kumpulan ini bermula sebagai pejuang tetapi akhirnya menjadi pengganas.
Di sini perlu juga diperjelaskan apa erti pejuang, gerila, revolusioner dan mujahid. Pejuang adalah sesiapa yang memperjuangkan sesuatu matlamat politik, tidak kira sama ada mereka bersenjata atau tidak.
Selepas Perang Dunia Kedua, muncul banyak pejuang. Baik pejuang kemerdekaan atau pejuang komunis. Pejuang yang menggunakan senjata dan tersusun seperti tentera menjadi militan.
Apabila ia berjuang secara bersembunyi, iaitu tidak terbuka seperti tentera, maka ia dipanggil gerila. Gerila berasal daripada perkataan "guerrilla", iaitu satu istilah dari bahasa Perancis yang bermaksud orang berperang.
Tentera biasa pun boleh bergerak secara gerila. Maka kedua-dua tentera Malaysia dan pengganas komunis melakukan peperangan gerila untuk berlawan satu sama lain. Cumanya, tentera Malaysia adalah tentera sebenar. Sementara PKM sememangnya pengganas.
Revolusioner pula bermaksud lain. Ia merujuk kepada pejuang yang terlibat dalam sesuatu revolusi. Maka pejuang dalam Revolusi Islam Iran adalah revolusioner. Begitu juga dengan pejuang kemerdekaan Indonesia juga revolusioner kerana mereka terlibat dengan Revolusi Indonesia.
Begitu juga dengan mujahid. Mereka yang berjihad adalah mujahid. Tidak semestinya mereka bersenjata. Asalkan terlibat dengan jihad, maka mujahidlah mereka. Tidak mengira mereka bersenjata atau tidak.
Bagi media Barat, mereka menggunakan "jihadist" sebagai merujuk kepada mujahid. Tetapi kini apabila sebut jihadist, maka yang digambarkan ialah militan dan pengganas Muslim. Mujahidin pula hanya dirujuk kepada pejuang Afghanistan yang mengguling kerajaan komunis Kabul.
Pemberontak atau rebel dalam bahasa Inggeris merujuk kepada mana-mana kumpulan yang memberontak daripada kerajaan yang sah di negara masing-masing. Umpamanya ialah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) adalah pemberontak kepada kerajaan Manila. Tetapi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) bukanlah pemberontak kerana mereka berjuang menentang kerajaan haram yang menduduki negara mereka, iaitu rejim Tel Aviv.
Dari segi kemanusiaan, sama ada militan, pemberontak, gerila, pejuang dan mujahid tidaklah salah. Ini kerana mereka bertindak demikian atas sebab-sebab tertentu mengikut keadaan politik negara masing-masing.
Mungkin dari segi undang-undang ada kalangan mereka salah. Tetapi yang salah dari segi kemanusiaan ialah pengganas. Hal ini kerana mereka mendatangkan penderitaan dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah.
Namun, perang pasti mendatangkan penderitaan dan kesengsaraan. Ia harus dihalang. Cara menghalangnya ialah terapkan keadilan dan wujudkan kemakmuran. Jika tidak, pasti ada kebangkitan yang berjuang untuk membuat penentangan.
Sebagai contoh, apabila orang Islam di Myanmar ditindas dan ditekan. Mereka menjadi sasaran pengganas Myanmar yang mempunyai matlamat untuk menghapuskan semua orang Islam di negara itu. Tekanan besar ini pasti akan membawa kepada kemunculan pasukan militan bagi membela orang Islam.
Pada waktu yang sama, ada tentera yang bertindak sebagai pengganas. Oleh sebab mereka tentera, maka tidaklah dipanggil militan. Tentera Amerika yang menakluki Iraq tidak kurang menyaksikan pelanggaran peraturan dengan membunuh orang awam serta melakukan penyiksaan seperti apa yang berlaku di Abu Ghraib.
Semua itu adalah tindakan keganasan. Tetapi tidaklah disebut bahawa tentera Amerika itu pengganas. Hal ini kerana perbuatan itu adalah terpencil dan melanggar peraturan mereka sendiri. Maka pesalah-pesalah itu dibicarakan dan dihukum kerana melanggar disiplin. Walaupun hukuman yang mereka terima itu dirasakan kurang setimpal.
Begitu juga dengan tentera Israel. Apabila mereka melancarkan serangan bom ke atas Gaza hingga mengorbankan orang awam, maka tindakan itu adalah jelas keganasan.
Apabila ia kerap berlaku, maka tentera Israel bolehlah dianggap sebagai pengganas. Walaupun secara rasminya ia tetap merupakan sebuah angkatan tentera bagi sesebuah negara berdaulat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tetapi dalam bahasa politik mereka tidaklah disebut sebagai pengganas walaupun melakukan keganasan.
Maka dalam keadaan inilah timbul bahawa mungkinkah perbuatan ISIL yang berbentuk ganas itu muncul secara terpencil dan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pertubuhan itu. Apatah lagi ISIL seperti al-Qaeda mempunyai peraturan yang semuanya disandarkan kepada hukum Islam.
Apa-apa saja mereka lakukan ditimbang menurut hukum Islam. Namun begitu, sebahagian daripada tafsiran mereka ditolak oleh ulama secara umumnya.
Contoh jelas ialah perbuatan serangan membunuh diri dalam serangan. Bagi mereka ia dibolehkan dengan memberikan hujah-hujahnya sekali. Tetapi pastinya hujah-hujah mereka ditolak dan ia dianggap sebagai salah tafsiran terhadap al-Quran dan ajaran Islam. Perkara ini pernah terdedah dengan panjang lebar dalam perbicaraan pengganas-pengganas JI di Jakarta.
Kumpulan militan iaitu orang bersenjata apabila terlepas daripada undang-undang negara bila-bila masa boleh melakukan keganasan. Walaupun perjuangannya atas nama agama yang seharusnya membuat mereka berhati-hati dan mengelak daripada melakukan kekejaman.
Tetapi sebagai manusia, sama ada Islam atau tidak Islam, pendedahan kepada kekerasan dan kekejaman boleh berlaku pada bila-bila masa. Terutama pada mereka yang sememangnya mempunyai kecenderungan untuk melakukan keganasan. Kecuali kumpulan berkenaan bertindak tegas menghalang ahli-ahlinya melakukan dengan hukuman keras pada mereka yang melanggar peraturan.
Tetapi perkara ini sukar hendak dilakukan. Sebarang pengetatan disiplin akan membawa kepada perpecahan kumpulan. Hal ini kerana masing-masing semua bersenjata.
Di Indonesia selepas merdeka, pernah muncul kumpulan yang dikenali sebagai Darul Islam. Di bawah pimpinan Kartosuwiryo, mereka mempunyai matlamat untuk menegakkan negara Islam di Indonesia.
Setelah kecewa dengan sistem demokrasi di Indonesia yang menyaksikan parti-parti Islam negara itu sebagai pemenang pilihan raya tetapi tidak boleh membuat perubahan, iaitu Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi), maka tertubuhlah Darul Islam untuk berjuang secara bersenjata. Mula-mula mereka hanya militan yang memberontak.
Tetapi akhirnya lambat laun mereka terheret juga ke dalam kancah keganasan. Maka rakyat pun menjauh daripada kumpulan ini. Kerajaan dengan senang melabel mereka sebagai pengganas. Akhirnya mereka tewas. Ini pada zaman pemerintahan Sukarno.
Pada zaman Suharto, Darul Islam muncul semula dengan nama Tentera Islam Indonesia (TII). Kumpulan ini berjaya ditumpaskan tetapi kemudian muncul Jamaah Islamiah yang kini terus menjadi ancaman kepada Nusantara. - HARAKAHDAILY 14/7/2014
Pusat beli belah Singapura halau wanita bertudung?
Posted on Tuesday, July 15 @ 08:37:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Menurut laporan The Rakyat Post, seorang wanita beragama Islam telah
dilayan dengan buruk di salah sebuah pusat beli belah di Singapura
hanya kerana beliau memakai hijab.
Kakak wanita tersebut, Zafirah Edwards telah berkongsi masalah tersebut pada laman Facebook beliau.
Zafirah menyatakan bahawa saudara perempuan beliau dipaksa meninggalkan
kedai tersebut ketika diminta bekerja di bahagian peralatan sukan.
Dua orang pengurus kedai tersebut bercakap bahasa asing dengan salah
seorang pekerja di situ sambil menunjukkan isyarat kepada tudung yang
dipakai saudara Zafirah, kemudian diikuti pekerja tersebut meminta
saudara Zafirah meninggalkan premis tersebut.
Respon ISETAN terhadap perkara ini |
Saudara Zafirah diminta berhenti kerja kerana tudung beliau.
Namun apa yang membuatkan beliau berang adalah saudara beliau dipaksa keluar ikut pintu service dan seorang pegawai keselamatan mengawasi dan menggeledah beg beliau.
Post Facebook Zafirah telah memperoleh kira-kira 2,316 likes with 1,302 shares.
Pusat membeli belah tersebut telah memohon maaf kepada Zafirah dan saudara beliau menerusi e-mel namun perkara tersebut telah dibawa ke perhatian MP Zainal Sapari.sumber
Namun apa yang membuatkan beliau berang adalah saudara beliau dipaksa keluar ikut pintu service dan seorang pegawai keselamatan mengawasi dan menggeledah beg beliau.
Post Facebook Zafirah telah memperoleh kira-kira 2,316 likes with 1,302 shares.
Pusat membeli belah tersebut telah memohon maaf kepada Zafirah dan saudara beliau menerusi e-mel namun perkara tersebut telah dibawa ke perhatian MP Zainal Sapari.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan