1:24AM - 22 Jul 2014
Kotak hitam akan diserah pada M'sia pada jam 3
Dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine
akan diserahkan kepada Malaysia pada jam 9 malam waktu tempatan (3 pagi)
ini melalui pasukan Malaysia di Donetsk.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman khas di kediaman rasminya di Seri Perdana sebentar tadi.
Najib berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dengan pasukan pemisah hasil perbincangannya dengan pemimpin mereka Alexander Borodai pada Selasa.
Dua persetujuan lain yang dicapai:
(1) Seramai 282 mayat yang berada di Torez akan dibawa dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada wakil Belanda.
Kereta api itu akan bergerak hari ini (waktu Ukraine) dengan diiringi enam anggota pasukan mencari Malaysia.
Mereka akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat Belanda Dutch C130 Hercules, bersama pasukan Malaysia untuk tujuan forensik.
Baki rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang ke negara ini.
(2) Penyiasat bebas antarabangsa akan dijamin keselmatan di tapak nahas untuk memukakan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu.
“Saya harus tegaskan walaupun persetujuan telah dicapai, beberapa lagi langkah perlu diambil sebelum ia selesai.
“Masih ada kerja untuk dilakukan yang bergantung kepada komunikasi dengan niat baik. Barodai dan penyokongnya setakat ini memberikan kerjasama,” katanya.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman khas di kediaman rasminya di Seri Perdana sebentar tadi.
Najib berkata, perkara itu antara yang dipersetujui dengan pasukan pemisah hasil perbincangannya dengan pemimpin mereka Alexander Borodai pada Selasa.
Dua persetujuan lain yang dicapai:
(1) Seramai 282 mayat yang berada di Torez akan dibawa dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada wakil Belanda.
Kereta api itu akan bergerak hari ini (waktu Ukraine) dengan diiringi enam anggota pasukan mencari Malaysia.
Mereka akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat Belanda Dutch C130 Hercules, bersama pasukan Malaysia untuk tujuan forensik.
Baki rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang ke negara ini.
(2) Penyiasat bebas antarabangsa akan dijamin keselmatan di tapak nahas untuk memukakan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu.
“Saya harus tegaskan walaupun persetujuan telah dicapai, beberapa lagi langkah perlu diambil sebelum ia selesai.
“Masih ada kerja untuk dilakukan yang bergantung kepada komunikasi dengan niat baik. Barodai dan penyokongnya setakat ini memberikan kerjasama,” katanya.
Terbongkar! Inilah Sebab Sebenar Kenapa MH17 Melalui Ruang Udara Ukraine
Saat jari menuding dan pemimpin dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.
Untuk memulakan penerangan ini, mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam, tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu di Kuala Lumpur.
Seperti yang boleh anda lihat, tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.
Seperti yang diberitahu oleh stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila merancang laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan kumulus nimbus.
Kobayashi turut menambah bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara.
Dia bersetuju bahawa pesawat itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut.
------------
Pihak kami sengaja menggunakan headline sebegini bagi menarik pembaca membaca penjelasan ilmiah ini. Sesungguhnya para peminat teori konspirasi dan keyboard warior yang gemar menyalahkan kerajaan dan MH17 meminati headline sebegini.
Jika anda sayang akan Malaysia dan MAS, mohon tolong kami sebarkan artikel ini. Jadikan artikel ini viral. Tragedi MH17 bukan salah kerajaan, bukan salah MAS. Ini ialah salah penjenayah yang tidak berhati perut! SEBARKAN.
Skandal Bank Rakyat: Jawapan kepada Hasan Malek
- Published on Monday, 21 July 2014 08:46
- Written by Mahfuz Omar
Saya telah membaca sepenuhnya penjelasan
YB Dato Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan bertarikh 16/7/2014 berkaitan isu penyelesaian pinjaman
Bank Rakyat kepada peniaga karpet Deepak Jaikishan (meskipun YB Menteri
tidak langsung menyebut nama Deepak di dalam penjelasan tersebut). Saya
percaya penjelasan YB Menteri tersebut adalah merujuk kepada
kenyataan-kenyataan terkini yang dibuat oleh saya dan Ahli Parlimen
Pandan, YB Rafizi Ramli berkaitan dengan isu tersebut.
Setelah meneliti penjelasan YB Menteri
tersebut, saya amat kecewa kerana penjelasan yang diberikan adalah suatu
penjelasan bersifat umum yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Bahkan di dalam penjelasan tersebut seolah-oleh menunjukkan YB Menteri
ingin meletakkan beban di pihak pengurusan Bank di mana kononnya
terma-terma penyelesaian dengan Deepak adalah dibuat berdasarkan
cadangan pengurusan Bank Rakyat dan bukannya atas arahan YB Menteri.
YB Menteri sesungguhnya tidak boleh
berdalih dan menafikan fakta bahawa YB Menteri sendiri yang mengeluarkan
surat 'arahan' kepada Bank Rakyat bertarikh 30 Januari 2014 supaya
tindakan undang-undang ke atas syarikat milik Deepak Carpet Tile Sdn.
Bhd. ditangguhkan dan baki tertunggak sebanyak RM32 juta diselesaikan
melalui bayaran bulanan selama 10 tahun melalui 120 keping cek yang
setiap satunya bernilai RM270,000.00.
Bahkan saya ingin mendedahkan di sini,
bahawa sebaik menerima surat dari YB Menteri bertarikh 30 Januari 2014
tersebut, pihak Lembaga Pengarah Bank Rakyat (yang ketika itu
dipengerusikan Tan Sri Sabbaruddin Chik) di dalam satu mesyuarat pada 27
Februari 2014 telah MENOLAK 'arahan' YB Menteri di dalam surat
bertarikh 30 Januari tersebut. Lembaga Pengarah Bank Rakyat sebaliknya
telah meletakkan syarat supaya Carpet Tile Sdn. Bhd. menjelaskan
terlebih dahulu bayaran sebanyak RM5 juta sebagai menunjukkan komitmen
di pihak Carpet Tile untuk mematuhi perjanjian dengan Bank Rakyat.
Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat yang sama juga
memutuskan bahawa hanya selepas Carpet Tile membayar RM 5 juta tersebut,
barulah Bank Rakyat akan mempertimbangkan sebarang cadangan dari Carpet
Tile berkaitan penstrukturan pembayaran balik baki tertunggak bagi
pinjaman tersebut. Hasil dari keputusan ini, Bank Rakyat telah
menghantar surat makluman kepada Carpet Tile pada 28 Februari 2014 di
mana Carpet Tile diberi masa seminggu untuk menjelaskan RM5 juta ringgit
tersebut dan mengemukakan cadangan pembayaran yang berikutnya.
Namun apa yang mengejutkan, YB Menteri,
yang dipercayai telah mengetahui kandungan surat Bank Rakyat kepada
Carpet Tile bertarikh 28 Februari 2014, telah sekali lagi menghantar
surat kepada Bank Rakyat pada 5 Mac 2014 yang mana YB Menteri telah
mengarahkan supaya Bank Rakyat menangguhkan perlaksanaan syarat-syarat
yang dikenakan Bank Rakyat kepada Carpet Tile sebagaimana surat Bank
Rakyat bertarikh 28 Februari 2014. Lanjutan dari surat kedua YB Menteri
inilah yang membuatkan Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat
pada 1 April 2014 akhirnya terpaksa bersetuju supaya Carpet Tile
dibenarkan menjelaskan baki pinjaman sebanyak RM 32 juta selama 10 tahun
tanpa dikenakan sebarang denda lewat (ta'widh).
Apa yang ingin saya tegaskan di sini,
berdasarkan fakta-fakta yang saya nyatakan di atas, penjelasan bertulis
yang diberikan YB Menteri sebenarnya telah gagal menyembunyikan hakikat
bahawa YB Menteri telah memainkan peranan yang begitu aktif di dalam
'menyelamatkan' Carpet Tile dan Deepak Jaikishan dari diambil tindakan
undang-undang oleh Bank Rakyat. Bahkan penjelasan tersebut sebenarnya
membangkitkan lebih banyak persoalan. YB Menteri tidak boleh lagi
berdusta dengan memberi alasan layanan istimewa yang diberikan kepada
Deepak dan Carpet Tile ini adalah atas keputusan yang dibuat oleh
pengurusan dan Lembaga Pengarah Bank Rakyat. Sekiranya YB Menteri merasa
berada di pihak yang benar, saya mencabar YB Menteri supaya menafikan
fakta-fakta yang saya nyatakan di Perenggan 4 dan 5 di atas.
Bagi melindungi segala perbuatannya, YB
Menteri seterusnya mendakwa bahawa selaku menteri yang menjaga hal ehwal
Bank Rakyat, beliau berkuasa untuk membuat sebarang keputusan berkaitan
perjalanan Bank Rakyat sebagaimana kuasa yang diberikan oleh Seksyen 16
Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978. Saya akui
kewujudan peruntukan Seksyen 16 tersebut. Namun YB Menteri hendaklah
membaca sehingga habis Seksyen 16 tersebut. Seksyen 16 sebenarnya tidak
memberi kuasa mutlak kepada YB Menteri untuk membuat sebarang keputusan
atau arahan yang sewenang-wenangnya di dalam hal ehwal Bank Rakyat.
Jelas dinyatakan di dalam Seksyen 16 tersebut bahawa sebarang arahan
menteri hendaklah ianya suatu arahan bagi melindungi kepentingan ahli
atau pendeposit Bank Rakyat. Soalan saya, dengan memberi keistimewaan
kepada Deepak dan Carpet Tile untuk membayar baki pinjaman selama 10
tahun tanpa dikenakan sebarang bayaran denda lewat, bagaimana ianya
dikatakan boleh melindungi kepentingan ahli dan pendeposit Bank Rakyat
yang lain? YB Menteri sesungguhnya bertangungjawab untuk menjelaskan
perkara ini dengan jujur dan telus.
Saya juga menyeru supaya Bank Negara,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
dan Polis Diraja Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan dan
menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan.
*Penulis adalah Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap Ketua Whip Ahli Parlimen PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat.
(Gambar) Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun?
Ingin tahu bagaimana wajah perempuan
Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia
terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang
membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan
tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik
perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di
kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi Cina terkejut bagaimana
eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan
perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian
dari sutera yang masih terawat.
Mumia ditemukan di dalam keranda
kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan
bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu
Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini
sangat lengkap dan baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana
Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa
Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda
menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu
(semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou
jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An
Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah
masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud
‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak
untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti
Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China
jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti
Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’
bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada
tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun
622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah
atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan
Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan
kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim?
Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika
kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang
dikatakan datang dari Yunnan, China. SUMBER
Bolehkah mengagih sendiri zakat?
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Soalan: Adakah harus pemilik harta zakat mengagih sendiri zakatnya?
Jawapan;
Menentukan
ke pihak mana hendak disalurkan zakat adalah menjadi hak pemilik harta
yang wajib atasnya zakat menurut pendapat jumhur ulama’. Ulama-ulama’
mazhab Hanbali mengharuskan kesemua jenis zakat untuk diagihkan sendiri
oleh pemilik harta. Berkata Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni;
“Digalakkan bagi seorang itu menangani sendiri pembahagian zakat
hartanya supaya ia sendiri dapat memastikan dengan yakin bahawa zakatnya
sampai kepada orang-orang yang berhak, sama ada zakatnya itu dari harta
zahir (yakni pertanian, ternakan..) atau harta batin (yakni mata-wang,
perniagaan dan zakat fitrah)”. (al-Mughni, Ibnu Qudamah, jil. 4, hlm.
69)
Ulama’-ulama’
mazhab Syafi’ie dan Hanafi juga berpandangan demikian, cuma mereka
mengkhususkannya bagi zakat mata-wang, perniagaan, rikaz dan zakat
fitrah sahaja iaitu harta-harta yang diistilahkan sebagai al-Amwal
al-Bathinah. Adapun zakat bagi pertanian, galian dan penternakan yang
diistilahkan sebagai al-Amwal az-Dzahirah, maka mesti diserahkan kepada
pemerintah Islam untuk mengagihkannya. Dari Imam Syafi’ie terdapat dua
pandangan dalam masalah ini. Menurut pendapat lamanya (qaul qadim),
zakat al-Amwal az-Dzahirah wajib diberikan kepada pemerintah jika ia
adil. Namun dalam pendapat barunya (qaul jadid), Imam Syafi’ie
mengharuskan untuk diagihkan sendiri oleh pemilik harta. (al-Muhazzab,
Imam asy-Syirazi, jil. 2, hlm. 552-554, al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil.
6, hlm. 107, al-Bada’I, Imam al-Kasani, jil. 2, hlm. 35).
Ulama’-ulama’
mazhab Maliki mewajibkan keseluruhan zakat diserahkan kepada
pemerintah. Hak untuk memungut dan mengagihkan harta zakat adalah bagi
pemerintah. Ini jika sekiranya pemerintah itu adil dan diyakini akan
mengagihkannya kepada yang berhak, yakni tidak menyelewengkan harta
zakat. Berkata Imam al-Qurthubi; “Jika sekiranya Imam atau pemerintah
berlaku adil (yakni tidak menyeleweng) dalam pungutan dan pengag
ihan
zakat, maka tidak harus bagi pemilik harta untuk menangani sendiri
pengagihan zakatnya sama ada bagi zakat mata-wang atau zakat harta-harta
yang lainnya”. (Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 807)
Syeikh
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Zakatnya dengan terang menegaskan
bahawa kerajaan yang berhak memungut zakat atau umat Islam wajib
memberikan zakat mereka kepadanya ialah Kerajaan Islam iaitu kerajaan
yang beriltizam dengan Islam sebagai asas pemerintahannya, sebagai
perlembagaan Negara dan sebagai manhaj bagi segenap urusan negara
merangkumi pendidikan dan kebudayaan, social, ekonomi dan politiknya….
Beliau menegaskan lagi; adapun kerajaan yang menolak Islam sebagai asas
Negara dan sebagai perlembagaan bagi pemerintahannya dan berhukum dengan
hokum-hakam yang lain dari yang diturunkan Allah yang dibawa masuk dari
ideology-ideologi (asing sama ada dari) timur atau barat, maka kerajaan
sebegini tidak harus baginya mengambil zakat….(Fiqhu az- Zakah, jil. 2,
hlm. 824)
Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. Fiqhu az-Zakah (فقه الزكاة), Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, cet. Maktabah Wahbah/Kaherah, Mesir (1994).
2. Al-Muhazzab (المهذب), Imam asy-Syirazi, cet. Dar al-Qalam/Damsyik, Syria (1992).
4. Al-Mughni (المغني), Imam Ibnu Qudamah, cet. Dar al-Hadith/Kaherah, Mesir (1995).
5. Al-Majmu’ (المجموع), Imam an-Nawawi, cet. Matba’ah al-Madani/Kaherah, Mesir (1973).
6. Bada’I as-Shana’I (بدائع الصنائع), Imam al-Kasani, cet. Maktabah al-‘Ilmiyyah/Beirut, Lubnan (tanpa tahun).Monday, July 21, 2014
Gara-gara sibuk berpolitik, sokongan terhadap Pakatan di Selangor jatuh ke 35%...
Sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor merudum 35% dari setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara, menurut satu kajian terkini.
Namun tidak semua pengundi yang tidak senang dengan pertelingkahan dalaman PR itu kembali kepada BN kerana parti pemerintah kerajaan persekutuan itu hanya mendapat kenaikan 10% saja, apabila sokongan kepadanya naik daripada 15% ke 25% manakala 5% lagi menyertai kumpulan yang tidak pasti.
Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu juga menunjukkan peratusan mereka yang tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu kini membentuk 40%.
UMcedel membuat perbandingan sokongan itu dengan pada 2012 apabila sokongan kepada Pakatan ialah 50% manakala BN 15%.
Pembentangan khas mengenai hasil kajian itu dikendalikan bekas Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.
Kajian yang dilakukan pada 10 hingga 19 Mei baru-baru ini dijalankan untuk sekumpulan pengkaji politik termasuk The Malaysian Insider.
"Kami dapati mereka yang tidak lagi menyokong PR ini banyak beralih kepada golongan 'tidak pasti' yang kini membentuk 40% (termasuk 15% yang tidak mahu menjawab), selain pergi kepada BN," kata Redzuan.
Kali terakhir UMcedel menjalankan kajian yang sama di Selangor ialah pada September 2012.
Bagaimanapun, Redzuan tidak mendedahkan kenapa sokongan kepada pakatan pembangkang itu berkurangan.
Pergolakan kini berlaku di negeri itu susulan usaha sesetengah pihak dalam PR yang mahu menukar menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ini merupakan kajian terkini UMcedel yang juga sedang menempuh zaman bergolak selepas Redzuan ditamatkan perkhidmatannya 31 Mac lalu sedangkan tempoh lantikan beliau sepatutnya tamat 31 Disember ini.
Pengarah UMcedel yang baru Dr Amir Saifudee Ghazali turut hadir dalam pembentangan yang diadakan di pejabat UMcedel tersebut.
Kajian setahun selepas PRU13 itu dibuat UMcedel untuk pelbagai perkara namun hanya kajian untuk Selangor dikeluarkan terlebih dulu untuk siaran kerana ia dianggap paling relevan dengan apa yang berlaku di negeri itu sekarang.
UMcedel berkata, sokongan untuk PR di Selangor naik secara jelas sejak kajian pertama yang dibuatnya bermula Oktober 2011 lalu.
Ketika itu, sokongan kepada PR hanya 21% manakala BN 33%. Namun sokongan kepada PR meningkat sejak itu kepada 38% berdasarkan kajian yang dibuat pada Mac 2012.
Sokongan kepada PR memuncak pada September 2012, iaitu kepada kadar 50% berbanding BN hanya 15% pada ketika itu.
Ia menghasilkan kemenangan besar PR di Selangor dan Khalid dilantik menjadi menteri besar untuk penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Dalam pilihan raya itu, PAS berjaya mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP 15 dan PKR 14, manakala BN hanya 12 lapor The Malaysian Insider
Abu Hashim Jalal shared Pakatan Rakyat's photo.
4 hrs ·
dengan cepat kes di alih tarikh
dengan cepat anwar dijatuhkan hukum
sekarang wan azizah dicadang jadi mb selangor
semua musuh gelabah
sampai turun darah bulan dah monopaus pun masuk kira
ini bermakna memilih wan azizah
adalah tepat betul dan lengkap ..
selangor akn lebih maju lagi dibawah wan azizah/dato sri anwar ibrahim mb selangor..
peguam umno yang dapat proiek lebuh raya kidex tu harapan musnah nak konsessi 45 tahun tol..sah wan azizah dan anwar tidak setuju..kerana kroni besar umno monopoli projek mega...bijak pakatan rakyat mb selangor dato sri anwar /azizah...
"Yoel Markus", wartawan zionis yang bekerja dengan harian "Israel" Haaretz menyatakan, "tentera zionis melaksanakan pengawasan ketat terhadap kami, untuk tidak menyiarkan jumlah korban tewas di kalangan tentera Israel di Gaza," Sabtu (19/7/2014).
Markus menyatakan dalam Harian Haaretz bahawa, jumlah korban tewas dari kalangan tentera zionis di Gaza, akan mencetuskan revolusi besar di entiti zionis.
"Jika kami dibenarkan melapor korban tewas, akan berlaku revolusi di 'Israel'," tambahnya.
Beberapa hari lalu tentera Israel telah mengumumkan mula melakukan serangan darat terbatas, untuk mencari pelbagai terowong dari Gaza ke sempadan, pasca 11 hari pencerobohan.
Menurut pengakuan zionis, 8 soldadu zionis tewas dan puluhan lain cedera dalam pertembungan dengan perwira Palestin.
Saat ini tentera zionis hanya baru boleh bergerak beberapa puluh meter -Jauh dari target operasi idealnya- dan hanya boleh menghancurkan wilayah jangkauan dekat saja, seperti Syajiah.
Brigade Izzudiin Al-Qassam telah mengumumkan pihaknya berjaya membunuh puluhan tentera zionis dalam rangkaian operasi balasan di Gaza, termasuk menyusup ke garis batas musuh dan menyerang pasukan khusus dalam perangkap yang disiapkan perlawanan. Hal tersebut memukul mental banyak tentera "Israel". Insya Allah.
adalah tepat betul dan lengkap ..
selangor akn lebih maju lagi dibawah wan azizah/dato sri anwar ibrahim mb selangor..
peguam umno yang dapat proiek lebuh raya kidex tu harapan musnah nak konsessi 45 tahun tol..sah wan azizah dan anwar tidak setuju..kerana kroni besar umno monopoli projek mega...bijak pakatan rakyat mb selangor dato sri anwar /azizah...
Tuesday, 22 July 2014
TAKUT SEMANGAT RAKYATNYA JATUH MERUDUM, ISRAEL LARANG WARTAWANYA MELAPURKAN JUMLAH KORBAN DAN KECEDERAAN TENTERANYA DALAM PEPERANGAN GAZA.
"Yoel Markus", wartawan zionis yang bekerja dengan harian "Israel" Haaretz menyatakan, "tentera zionis melaksanakan pengawasan ketat terhadap kami, untuk tidak menyiarkan jumlah korban tewas di kalangan tentera Israel di Gaza," Sabtu (19/7/2014).
Markus menyatakan dalam Harian Haaretz bahawa, jumlah korban tewas dari kalangan tentera zionis di Gaza, akan mencetuskan revolusi besar di entiti zionis.
"Jika kami dibenarkan melapor korban tewas, akan berlaku revolusi di 'Israel'," tambahnya.
Beberapa hari lalu tentera Israel telah mengumumkan mula melakukan serangan darat terbatas, untuk mencari pelbagai terowong dari Gaza ke sempadan, pasca 11 hari pencerobohan.
Menurut pengakuan zionis, 8 soldadu zionis tewas dan puluhan lain cedera dalam pertembungan dengan perwira Palestin.
Saat ini tentera zionis hanya baru boleh bergerak beberapa puluh meter -Jauh dari target operasi idealnya- dan hanya boleh menghancurkan wilayah jangkauan dekat saja, seperti Syajiah.
Brigade Izzudiin Al-Qassam telah mengumumkan pihaknya berjaya membunuh puluhan tentera zionis dalam rangkaian operasi balasan di Gaza, termasuk menyusup ke garis batas musuh dan menyerang pasukan khusus dalam perangkap yang disiapkan perlawanan. Hal tersebut memukul mental banyak tentera "Israel". Insya Allah.
Malam
24 Ramadhan. Alhamdulillah. Tazkirah lepas terawih di masjid kampung
aku tadi menyebut 4 perkara yang menyebabkan kita sempit dada atau
berkeluh-kesah.
1. Bila kita tak suka dengan qada' dan qadar Allah.
2. Bila kita terus-terusan buat maksiat tanpa bertaubat
3. Bila kita menyimpan perasaan hasad dengki dengan orang lain dan
4. Bila kita berpaling jauh dari Allah
1. Bila kita tak suka dengan qada' dan qadar Allah.
2. Bila kita terus-terusan buat maksiat tanpa bertaubat
3. Bila kita menyimpan perasaan hasad dengki dengan orang lain dan
4. Bila kita berpaling jauh dari Allah
LikeLike · · Share
Terkini |
Dolev Kidar adalah tentera berpangkat Kolonel yang berjaya dibunuh oleh Briged Al-Qassam hari ini, iaitu tentera berpangkat yang tertinggi yang berjaya dibunuh Al-Qassam semenjak tahun 2011.
Islam Bangkit shared Aman Palestin's photo.
1 hr ·
Dolev Kidar adalah tentera berpangkat Kolonel yang berjaya dibunuh oleh Briged Al-Qassam hari ini, iaitu tentera berpangkat yang tertinggi yang berjaya dibunuh Al-Qassam semenjak tahun 2011.
Sumber :
PalestinNow
PalestinNow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan