Rabu, 23 Julai 2014

MANUSIA AKAN TUNDUK 3 PERKARA HARTA/WANG...PANGKAT/KUASA...WANITA/LELAKI....NI AWAL2 BAGINDA RASULLULLAH SAW TOLAK...TAPI NI MAINAN POLITIK SEKARANG

Dewan panas dengan tweet 'rasuah pemisah'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong membidas segelintir MP yang mengeluarkan kenyataan Malaysia "menggerunkan dan teruk" susulan insiden MH17.

"Perkara itu tidak sepatutnya dikeluarkan," katanya tanpa merujuk mana-mana MP.

Beliau turut mengkritik perkara yang dibangkitkan oleh Datuk Mahfuz (PAS-Pokok Sena) berhubung laluan yang digunakan oleh MH17.

Menurutnya laluan yang dilalui oleh pesawat itu diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) - badan yang menentukan dan meluluskan setiap laluan sesuatu pesawat.

"Jadi (pesawat MH17) mesti melalui (sesuatu negara berdasarkan) pengesahan (laluan terlebih dahulu) dan bukan kita buat sewenang-wenangnya," katanya.

Beliau turut membidas pihak tertentu yang mengkritik presiden MCA Liow Tiong Lai yang didakwa "seolah-olah lari ke Beijing" sewaktu insiden malang itu berlaku.

Sebaliknya, katanya yang juga ahli parlimen Ayer Hitam, Liow baru sahaja sampai ke Beijing untuk menyelesaikan isu MH370, sebelum bergegas pulang untuk menguruskan insiden MH17.

Sewaktu perbahasan juga, beliau turut membangkitkan dakwaan kenyataan MP Pandan Rafizi Ramli dalam satu tweet palsu (kanan) yang dikatakan menggesa kerajaan tidak menggunakan wang rakyat untuk memberi rasuah kepada pemisah bagi mendapatkan kotak hitam.

Bagaimanapun, Rafizi yang juga pengarah strategi PKR bangun menafikan perkara itu dan meminta Wee menarik balik dakwaan itu dengan menyifatkan ia sebagai "menghina dewan dan menggunakannya untuk tujuan politik".

"Penjelasan mengenai perkara itu telah diberikan. Ia palsu. Tetapi Ayer Hitam masih menggunakannya. Minta tarik balik," katanya sambil mengancam untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

Hal demikian mengundang pertikaman lidah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin yang bangun mendesak Wee menarik balik kenyataan itu dan mendesak membuat Timbalan Speaker Ronald Kiandee membuat keputusan.

Mereka menegaskan bahawa kenyataan berunsur fitnah itu tidak boleh kekal dalam hansard parlimen.

Bagaimanapun timbalan speaker Dewan Rakyat Ronald Kiandee menggunakan kuasanya mengikut peraturan mesyuarat 36.12 supaya Wee tidak mengulas lanjut perkara yang dibangkitkanya dan meneruskan perbahasan dengan menyentuh topik lain.

"Saya mengambil maklum permintaan YB Pandan dan menyerah kepada badan berwajib untuk membuat siasatan," kata Wee sebelum meneruskan topik lain.
7:00PM - 21 Jul 2014

Pemuda PAS Kedah kait nahas MH17 dengan unsur kemurkaan Allah


Pemuda PAS Kedah mengaitkan tragedi MH17 dengan “unsur kemurkaan Allah” ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat.

“Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam,” kata ketua penerangannya Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Tarmizi berkata, hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

Beliau juga berkata, menaiki pesawat MAS tidak menggambarkan ia dikendalikan oleh negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran, malah sentiasa menjadi johan taranum.

“Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah,” kata Ahmad Tamizi.

Pemuda PAS Kedah juga mencadangkan diadakan soal selidik dan kajian sama ada syarikat itu akan terjejas jika tiada arak dihidangkan dalam MAS dan pramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Sementara itu, dewan itu juga turut melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa di dalam pesawat berkenaan serta ahli keluarga yang terlibat.

Kenyataan penuh Ahmad Tarmizi: Tidak rugi MAS hentikan hidangan arak

Wednesday, 23 July 2014

SAYU ... KAD RAYA AIDIL FITRI DI TEMUI DI LOKASI MH17.



Tiada kata-kata yang dapat diluahkan apabila melihat sekeping kad raya aidil fitri dijumpai oleh petugas mencari dilokasi MH17 terhempas.

Sayu, sedih, amat pilu dan hancur luhur hingga menusuk kalbu.

Hanya yang hati batu hitam kaudu sahaja yang tidak merasai apa-apa seperti biasa.

Hanya mereka yang memiliki jiwa ala-ala Yahudi Laknatullah sahaja anggap ini perkara lumrah dunia.

Rabu, 23 Julai 2014

Jika Wan Azizah Hanya Boneka, Bukankah UMNO Patutnya Gembira?

Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN.

Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit dengan Khalid Ibrahim, bakal mengundang penolakan rakyat dan bermacam-macam lagi.

Hampir semua ulasan itu kelihatan memperlekeh kemampuan Dr Wan Azizah, manakala yang lain pula melihat ianya hanyalah keputusan peribadi Anwar yang semata-mata berdasarkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja.

Memang diakui sebelum ini Khalid adalah pemimpin yang baik dan jika dibandingkan dengan semua Menteri Besar Selangor daripada BN sebelumnya, beliaulah yang paling berhemah, berjimat, tidak boros serta dapat memenuhkan rizab kewangan negeri sehingga mencecah RM3 billion.

Masalah yang timbul ialah kerana jajaran kepimpinan Khalid sejak kebelakangan ini tidak lagi seperti dulu terutama dalam isu air, Bible dan lebuhraya Kidex sehingga beliau semakin kehilangan sokongan daripada rakan-rakan pimpinan PR sendiri.

Khalid ditakrif bukan saja mengamalkan kepimpinan ala korporat dan tidak lagi mementingkan muafakat sesama rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah seperti berwajah pro UMNO, BN dan kerajaan Pusat dalam beberapa keputusannya.

Sepertimana yang disebut oleh Anwar, penggantian Khalid dengan Dr Wan Azizah ialah untuk memastikan kestabilan dan membolehkan PR melangkah dengan lebih baik menghadapi cabaran akan datang.

Tetapi jika UMNO dan BN melihat Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang lemah, tidak berwibawa, tiada keupayaan, boneka Anwar dan bakal mengundang penolakan rakyat Selangor, kenapakah mereka membantahnya?


Bukankah sepatutnya mereka gembira kerana dengan adanya Menteri Besar yang lemah dan tidak berwibawa itu akan membolehkan UMNO dan BN merampas kembali negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang?

Jika Dr Wan Azizah tidak lebih baik daripada Khalid, tidakkah ia berita baik bagi UMNO dan BN?

Jika kedudukan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang tidak dapat mengiringi dan duduk bersebelahan dengan Sultan Selangor ketika melawat masjid dan surau bakal menjadi masalah, bukankah lama-kelamaan orang Melayu dan Islam akan menolak PR dan ini memberi kelebihan kepada UMNO dan BN?

Jika Dr Wan Azizah adalah boneka Anwar dan calon nepotisme, bukankah ia menguntungkan dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN kerana dalam pilihanraya akan datang pastilah pengundi Selangor akan membakul-sampahkan Menteri Besar itu?

Tetapi anehnya mengapakah para pemimpin UMNO dan BN bersunggguh-sungguh menolak Dr Wan Azizah yang lemah, tidak berwibawa dan hanya boneka itu? Bukankah sepatutnya mereka menerima berita pertukaran itu sebagai khabar gembira kerana membuka peluang untuk manawan semula negeri itu?

Atau adakah UMNO dan BN menolak tuah dan tidak mahu menang dalam pilihanraya akan datang?

Macai-macai UMNO yang bijak-pandai tolonglah jawab...

SH

Tiada ulasan: