RM30 juta bunga api setahun, cukup untuk gelandangan
Tanggungjawab bagi orang yang berkemampuan terhadap orang yang meminta adalah menunaikan hajatnya. Soal dia menipu atau didalangi sindiket ialah satu lain yang perlu diteliti dan dikaji secara menyeluruh.
Adapun sekiranya secara zahir sesorang itu berhajat kepada bantuan dan pertolongan kita, maka berkewajipan pula ke atas kita untuk membantu mereka. Allah pasti akan mengganjarkan dengan pahala yang banyak kepada si pemberi dan tidak akan melepaskan hukuman kepada si penerima sekiranya mereka menipu.
Dianggarkan terdapat 2,000 gelandangan disekitar Kuala Lumpur. Ada di antara mereka memang mengemis sepenuh masa dan ada di antara mereka yang bekerja dan hanya berada di gelandangan pada waktu bekerja. Apakah angka 2,000 ini untuk dijaga oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Wilayah, DBKL, Majlis Agama Wilayah, Pusat Zakat Wilayah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sesuatu yang besar bebannya?
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) silap apabila mengemukakan arahan untuk mengenakan tindakan ke atas pemberi sedekah. Silap dari sudut ajaran agama yang menjadi “rahmat untuk sekalian alam” dan silap juga dari sudut semangat moral yang menekankan prinsip saling bantu-membantu dan bersikap simpati serta empati terhadap kesusahan orang lain.
Sepatutnya ialah, Ku Nan arahkan supaya agensi-agensi kerajaan berkaitan membantu dan menyelesaikan keperluan mereka. Apakah bantuan sara hidup, bantuan makanan, bantuan pakaian dan bantuan tempat tinggal sesuatu yang besar dan di luar kemampuan Kerajaan yang terkenal dengan belanja mewah dan membazir?
Andai kerajaan masih belum mendapat idea penyelesaian kepada masalah gelandangan ini, saya ingin mencadangkan kerajaan membatalkan peruntukan kewangan ke atas perbelanjaan yang membazir seperti perbelanjaan untuk menanggung kos bunga api sempena sambutan tahun baru dan sambutan kemerdekaan setiap tahun.
Setiap tahun DBKL membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk setiap tembakan bunga api ketika Sambutan Kemerdekaan dan Tahun Baru. Sekiranya dimanfaatkan untuk membantu para gelandangan, ia dapat digunakan untuk mengalihkan 2,000 gelandangan ini ke pusat perlindungan tanggungan di bawah DBKL yang selesa. Ia juga boleh digunakan untuk membina lebih 300 buah rumah kos rendah dengan harga RM40,000 sebuah beserta dengan bantuan keperluan asas untuk suatu tempoh yang cukup untuk mereka memulakan kehidupan baru.
Malangnya, Ku Nan lebih sayangkan imej Kuala Lumpur dan hanya memandang para gelandangan ini sebagai sampah yang perlu dibersihkan. Letupan bunga api yang membakar wang rakyat diadakan saban tahun dan langsung tidak memberi faedah kepada rakyat memerlukan.
Islam mengajar kita bahawa orang yang susah perlu dibela dan dibantu. Inilah tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh Kerajaan. Bukannya menjalankan polisi sekadar ingin mencari sumber baru bagi menambah dana Kerajaan walaupun dengan cara “rompak” wang rakyat. Saya juga ingin berpesan, sekiranya kerajaan tidak mampu melaksanakan tanggung jawab mereka, jangan disekat NGO yang memainkan peranan membantu golongan gelandangan ini.
Penulis ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
Bekas isteri dedah kecurangan Sham Kamikaze, dakwa ada bukti
NAMPAKNYA, selepas satu, satu lagi kontroversi melanda bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau Sham.
Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan pernikahannya dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh adalah tidak sah dan terbatal.
Ia berikutan pernikahan tersebut dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah dan proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Belum pun reda kepanasan berikutan kontroversi itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh bekas isterinya, Farazila menerusi sisipan BiPop, semalam.
Ia berkisar mengenai bukti kecurangan Sham sewaktu masih bergelar suami Farazila yang disimpan dalam lima ‘hard disk’ atau cakera keras.
Di sini kami sertakan penjelasan yang agak panjang darinya:
“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.April lalu, Farazila juga pernah membuat pendedahan mengenai sikap Sham yang dikatakan hipokrit walaupun sudah berhijrah, lapor Mynewshub.
Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.
“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.
“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.
“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!
“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”
Remaja mati dibelasah bapa
Posted on Monday, July 07 @ 04:22:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Kasih abang sampai mati
SEORANG daripada sembilan adik mangsa meninjau anggota unit forensik melakukan siasatan ke atas mayat Muhamad Hafiz. FOTO Arifin Salleh.
Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.
Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.
Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.
MUHAMAD Hafiz dikatakan dibelasah bapa hingga mati. FOTO Ariffin Salleh
Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.
Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat. FOTO Arifin Salleh
Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.
"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.
"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.
“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.-myMetro
Siapa Abu Bakr al-Baghdadi?
Posted on Tuesday, July 08 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
ABU Bakr al-Baghdadi kini dilantik sebagai Pemimpin Khalifah di Negara Islam oleh Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) juga dikenali Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Pada 29 Jun lalu, kumpulan ini mengisytiharkan kewujudan semula Kerajaan Khalifah selepas ia dimansuhkan sejak kewujudan Empayar Uthmaniyyah pada 1924.
Siapakah Abu Bakr sehingga beliau layak digelar dilantik sebagai ketua kumpulan itu?
Latar belakang
Nama sebenar Abu Bakr ialah Ibrahim Awwad Ibrahim Ali al-Badri. Beliau juga dikenali sebagai Dr Ibrahim atau Abu Dua.
Identitinya terjawab selepas beliau membuat ucapan sulungnya semalam. Tindakan itu dilihat sama seperti pernah dilakukan Osama Laden atau penggantinya, Ayman al-Zawahiri.
Menurut catatan biografi ditulis pengikutnya, Abu Bakr adalah bekas guru dan ulama ternama. Beliau adalah graduan dari Universiti Islam Baghdad dan berkelulusan Doktor Falsafah (Pendidikan) dan arif tentang kebudayaan Islam, Ilmu Syariah dan Fiqah.
Abu Bakr yang fasih berpidato adalah keturunan bangsawan yang mempunyai hubungan luas dan pengaruh kuat di Diyala dan Samarra serta tokoh ternama dari penjihad Salafi.
Bapanya, Syaikh Awwad adalah pemimpin disegani dalam suku mereka iaitu Al-Bu’Badri. Datuk Abu Bakr bernama Ibrahim Ali al-Badri pula terkenal dengan sikap pemurah.
Kepakaran Abu Bakr mempunyai kepakaran dalam ketenteraan terutamanya ketika menentang Amerika Syarikat (AS) selepas kematian Presiden Saddam Hussein pada 2003.
Sepanjang konflik itu, beliau beberapa kali ditahan dan dibebaskan. Keghairahan beliau berjuang dikatakan memuncak ketika ditahan di Kem Bucca milik AS di Iraq pada 2007.
Ketika dibebaskan pada 2009, Abu Bakr pernah memberi amaran kepada AS dengan kenyataan: ‘Saya akan berjumpa anda semua di New York’ dan kenyataan itu membimbangkan AS hingga melabelkan beliau sebagai pengganas paling dikehendaki.
Selepas dibebaskan, beliau bersama beberapa pengikutnya menubuhkan kumpulan Jama’ah Jaisy iaitu gerakan yang aktif di wilayah Diyala, Samarra dan Baghdad dengan beliau dilantik sebagai ketua.
Kumpulan itu kemudiannya bergabung dengan Majlis Syura Mujahidin yang sudah terwujud sejak Januari 2006.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq.
Bagaimanapun Ketua Kumpulan Syura Mujahidin ketika itu diketuai Abu Omar Al-Baghdadi Al-Husseini Al-Quraysyi (Hamid Al-Zawi).
Abu Bakr sertai ISIL, ISIS
Pada 13 Oktober 2006, Majlis Syura Negara Islam Iraq bergabung dengan empat lagi kumpulan dan menamakan kumpulan itu sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq (ISI) sebagai pengganti Al-Qaeda.
Empat tahun kemudian, selepas Abu Omar dibunuh AS, Abu Bakr mengisytiharkan revolusi Syria bagi membolehkan Abu Bakr mengembangkan sayap kumpulannya.
Pada akhir 2011, Washington secara rasmi melabelkan Abu Bakr sebagai pengganas dan menawarkan AS$10 juta (RM32 juta) bagi sesiapa yang dapat menangkapnya.
Abu Bakr kemudiannya menghantar Abu Mohammed al-Golani untuk mewujudkan Nusra Front bagi melawan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Abu Bakr dan Ayman al-Zawahiri
Kejayaan Nusra Front merekrut ramai ahli memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan.
Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Bagaimanapun, penggabungan itu dianggap tidak sah kerana melanggar dekri Ayman al-Zawahiri (pengganti Osama Laden) dan Abu Bakr harus kembali ke Iraq.
Dalam temu bual di radio, Abu Bakr berkata, “Saya perlu memilih antara undang-undang ALLAH SWT dan undang-undang Al-Zawahiri, dan saya memilih undang-undang ALLAH SWT.”
Sejak dari itu, hubungan ISIS dan Al-Qaeda panas dan pada Februari 2014, Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan dengan ISIS.
Pengaruh Abu Bakr di Syria
Pengaruh beliau amat kuat apabila dapat melebarkan pengaruh dan suaranya didengar oleh ahli dari peringkat akar umbi.
Di bandar utara Raqqa, Syria, ISIS mengawal sepenuhnya bandar itu dengan menguatkuasakan undang-undang hudud.
Keghairahan untuk menguasai beberapa bandar di Syria memadamkan sifat sebenar beliau sebagai ahli akademik seperti sebelum ini.
Ketika mahu menakluki beberapa bandar di Syria banyak nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak. Namun siapa yang perlu dipersalahkan? ISIS iaitu kumpulan yang pada asalnya dari Iraq atau tentera Bashar yang mahu melindungi negaranya dari dirampas?.
Seseorang pegawai penyiasat di Iraq memberitahu, sebilangan pemimpin organisasi dan bekas pemimpin hanpir tidak mengenali beliau kerana beliau kini memakai penutup muka.
Pengaruh Abu Bakr di Iraq dan potensi ke Asia
Satu pencapaian besar bagi ISIS adalah pada Jun lalu di mana kumpulan terbabit dapat menawan bandar kedua terbesar Iraq iaitu Mosul dan beberapa bandar kecil di utara negara itu.
Tindakan terbabit mengundang kejutan terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki dan masyarakat antarabangsa.
Oleh kerana tentera Nouri dan Assad mempunyai matlamat sama iaitu mahu menghapuskan ISIS maka ramai penganalisis berpendapat kumpulan itu mempunyai lebih berkuasa berbanding Al-Qaeda.
Pakar Keselamatan Timur Tengah Paul Sullivan dari Universiti Georgetown berpendapat, ISIS boleh mencapai kejayaan dengan perjuangan mereka.
“ISIS semakin berpengaruh dan sukar untuk mengawal ahli-ahli mereka. Kumpulan ini berkembang dengan cepat termasuk di beberapa negara di Asia. Mereka bukan golongan yang mudah untuk berbincang,” katanya.-sh
Misteri poster ‘Doktor Takda Hati Perut’ di Bazar Ramadan Setiawangsa
Posted on Tuesday, July 08 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Sudah menjadi kebiasaan apabila bazar Ramadan menjadi tumpuan untuk mencari juadah berbuka, namun lain pula ceritanya di Bazar Ramadan Setiawangsa.
Bukan jualan juadah berbuka sebaliknya satu poster membidas seorang doktor yang dilekatkan pada sebuah tong sampah menjadi tumpuan pengunjung.
Poster berkenaan yang bertajuk ‘Doktor Takda Hati Perut’ yang memaparkan gambar dan seorang doktor.
Tindakan berkenaan dipercayai dibuat oleh individu yang tidak berpuas hati dengan doktor berkenaan ketika cuba mendapatkan rawatan di sebuah klinik pada 1 Jun lalu.
dr takdaBerdasarkan maklumat yang tertera di poster berkenaan, individu berkenaan cuba mendapatkan bantuan perubatan terhadap seorang pesakit yang sedang nazak namun doktor berkenaan dilaporkan berkata tidak mahu melayan dan merawat pesakit yang sedang nazak.
“Kepada pesakit yang menghadapi masalah kesihatan, jangan berurusan dengan klinik ini.
“Klinik dan doktor tidak bertanggungjawab dengan masyarakat dan fikir nak untung sahaja. Bukannya nak membantu,” tulis di poster berkenaan.
Tinjauan Selangor Kini semalam yang kebetulan berada di lokasi berkenaan mendapati pengunjung bazar yang hadir berhenti seketika membaca poster berkenaan selain mengambil foto poster berkenaan.
Kami turut tidak mengetahui sudah berapa hari poster berkenaan diletakkan disitu.
Difahamkan, pesakit yang dinyatakan nazak pada hari kejadian kini berada di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).-sk
Hina Nabi: PAS Sabah desak tindakan segera
KUALA LUMPUR: PAS Sabah menggesa pihak berkuasa
bertindak terhadap mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan
kenyataan menghina agama Islam termasuklah menghina Nabi Muhammad SAW.
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah agama lain hanya memusnahkan perpaduan dan keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di laman facebooknya.
Bagaimanapun katanya, PAS, Umno dan NGO telah membuat laporan polis terhadap David Orok dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya mengenai perkara ini. PAS Sabah telah membuat laporan polis berhubung perkara ini di Sandakan dan Tawau.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Hamid Ismail berkata Orok telah memuat naik statusnya pada 5 Julai lalu, menyatakan tidak ada pihak yang membuat laporan polis apabila orang bukan Islam pula yang dihina.
"Dalam perkara ini, Orok mungkin tidak tahu PAS Sabah pernah membuat laporan polis pada Disember 2013 lalu kerana ada laman Facebook didapati menghina orang Kristian di Sabah. Dan kes ini masih disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia," katanya.
Tambahnya, semua pihak atau individu wajar mempertimbangkan terlebih dahulu untuk mengulas atau membincangkan perkara yang membabitkan agama khsusnya agama Islam.
"Mungkin anda mengeluarkan pendapat sendiri mengenai perkara tertentu yang benar melalui pembacaan daripada beberapa ayat Al-Quran dan hadis, tetapi pendapat anda adalah salah kerana anda tidak membawa ayat-ayat yang lain dan hadis mengenai perkara itu.
Justeru, beliau menegaskan PAS Sabah dan Islam tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan atau komen menghina agama Islam atau Nabi Muhammad SAW.
Hari ini, beberapa NGO Sabah turut membuat laporan polis terhadap Orok antaranya, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns), Persatuan Bela Belia Tawau (Pembela) dan Pergerakan Pemuda Umno Putatan.
Mereka meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.
David Orok juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu. - HARAKAHDAILY 7/7/2014
RAMALLAH: Dua remaja Palestin terbunuh didakwa dilanggar serorang penduduk haram Yahudi dengan kenderaannya di bandar Haifa utara Israel.
Kedua-dua yang dibunuh itu, dinamakan Sobhi Abu Hamed dan Anwar Satal, berasal dari Tebing Barat Qalqiliya dan Tulkarm.
Ia tidak jelas sama ada pembunuhan disengajakan.
Walau bagaimanapun, kejadian itu berlaku di tengah-tengah gelombang kemarahan selepas seorang remaja Palestin berusia 16 tahun, Mohamed Abu Khdeer diculik dan dibunuh oleh penduduk haram Yahudi di Jerusalem minggu ini.
Laporan bedah siasat awal menunjukkan bahawa Mohamed telah dibakar hidup-hidup oleh penculik beliau.
Mayat dengan kesan hangus Abu Khdeer ditemui pada Rabu di hutan berhampiran Jerusalem dalam disyaki serangan 'membalas dendam' oleh penduduk haram Yahudi ekoran kehilangan tiga remaja Israel Jun lalu yang akhirnya ditemui mati berhampiran Tebing Barat Hebron.
Sementara itu tentera Zionis Irael telah menahan 60 rakyat Palestin dalam tempoh dua hari lalu.
Difahamkan, penahanan itu berikutan konfrantasi selepas pembunuhan Mohamed Abu Khdeer. - HARAKAHDAILY 7/7/2014
Namun sejak Julai 2012 lalu, tiba giliran Noratikah, 23, yang mesra dipanggil sebagai Intan pula menjaga makan dan minum Din Awang Kassim, 72.
Penyakit strok dialami datuknya menyebabkan Intan mengambil tanggung jawab untuk memberi sepenuh perhatian untuk menjaga bekas peneroka Felda Jengka generasi pertama itu.
Lebih berat bahu Intan yang memikul apabila turut menjaga ibunya, Rohani Din, 42, serta dua ibu saudaranya iaitu Norzaiha Din, 35, dan Norazlawati Din, 30.
Mereka bertiga tidak mampu menguruskan diri akibat diserang penyakit saraf. Semua perkara dilakukan dengan kudrat tenaga Intan beserta bantuan tiga adiknya dan sepupu yang juga tinggal serumah.
Mengangkat datuk ke tandas dan menukarkan kain lampin pakai buang ibu saudaranya antara rutin yang perlu mereka lakukan.
Berat mata memandang bagi rombongan Pemuda PAS dan Harakah ketika menziarahi keluarga yang menempuh ujian Allah yang hebat ini pastinya tidak sama beban yang mereka hadapi.
Intan sendiri mengambil keputusan yang tidak calang-calang mampu dilakukan oleh anak muda seusia dengannya yang sedang mengejar cita-cita.
Pengorbanannya untuk menjaga ahli keluarga menyebabkan beliau terpaksa menangguhkan pengajian selama tiga semester sebelum pasrah menerima tindakan pihak universiti menamatkan pengajiannya.
Akibatnya, hajat Intan untuk menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di Kedah tidak kesampaian.
Kunjungan diketuai Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kai'at serta Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menjelang waktu iftar pada hari kedua puasa, 30 Jun lalu menyaksikan makna pengorbanan sebenar yang tidak ramai mudah ditempuhi orang lain.
Lebih mengharukan, apabila Intan turut membesarkan dua adiknya yang sedang menuntut di sekolah menengah serta anak saudara berusia hampir dua tahun.
"Dari surat khabarkah? Tak mengapalah. Saya tak mahu dilihat macam meminta belas simpati. Saya masih boleh buat semuanya sendiri," ujar Intan sebaik saya bertanyakan butiran nama ahli keluarganya.
Reaksi spontan Intan yang mulanya berat untuk ditanya lanjut oleh Harakah cerminan dirinya yang berjiwa besar tidak mengharapkan ganjaran atas tenaga dicurahkannya apa lagi meraih simpati orang ramai.
Namun, pastinya kita sebagai masyarakat yang prihatin ditambah mengambil peluang memanfaatkan kebaikan di bulan mulia ini tidak hanya sekadar bersimpati kosong.
Sehubungan itu, sumbangan ikhlas pembaca Harakah boleh disalurkan terus melalui akaun Maybank 5640 2540 0414 atas nama "Tabung Rakyat Prihatin".
Ini memandangkan bantuan diperoleh keluarga itu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak mencukupi bagi menampung kos perbelanjaan harian dan perubatan yang kian meningkat.
Sementara itu, Suhaizan Kai'at menyeru pembabitan kerjasama jabatan atau agensi kerajaan dan swasta membantu meringankan beban keluarga terbabit terutama dari segi lawatan pegawai perubatan secara berkala.
"Ibu Intan yang menghidap penyakit saraf serta dua ibu saudaranya yang tinggal di kediaman sama juga perlukan penjagaan bersama daripada pembantu rumah.
"Aspek pendidikan sempurna pula mesti kita beri penekanan memandangkan adik-beradik dan sepupunya yang masih di bangku sekolah selain anak kecil berusia satu tahun yang mesti dipastikan mendapat pendidikan sempurna dan makanan berkhasiat," ujarnya kepada Harakah di rumah keluarga terbabit di Felda Jengka 20.
Menurut Suhaizan, pembantu rumah juga diperlukan bagi menjaga mereka yang sakit manakala Noratikah atau dikenali sebagai Intan harus menyambung pengajian tingginya.
'Gaji pembantu rumah saya cadangkan dapat ditanggung mana-mana pihak swasta atas dasar tanggungjawab sosial korporat mahupun daripada pihak kerajaan juga," katanya lagi.
Sepetang Harakah bersama pimpinan Pemuda PAS Pusat serta negeri Pahang juga menyaksikan kehadiran tanda cakna Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Nasaei Ismail; Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Roslan Mat Esa.
Turut hadir Ketua Pemuda Kawasan Kuala Krau, Syafie Mat Esa; Timbalan Presiden Anak Pusat, Aris Fezol Ismail dan Ketua Cawangan Jengka 20, Yusuf Abdullah.
Semua ahli rombongan termasuk anggota Unit Amal Kawasan Kuala Krau berbuka puasa bersama keluarga terbabit dengan hidangan nasi Arab berlaukkan kambing dan ayam istimewa masakan isteri Ahmad Lutfi.
Menunaikan solat Maghrib berjemaah di perkarangan rumah keluarga terbabit seusai berbuka puasa mencelikkan kita masih ramai anggota masyarakat hari ini ditimpa kepayahan untuk menempuh kehidupan yang memerlukan bantuan dan sokongan kita bersama. - HARAKAHDAILY, 7/7/2014

EDISI
RAKYAT KENA TIPU ... BELUM LAKSANA GST TAHUN INI HARGA KUIH RAYA LEBIH
MAHAL SEBAB BAHAN MENTAH BUAT KUIH NAIK SEHINGGA 35%.
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/edisi-rakyat-kena-tipu-belum-laksana.html
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/edisi-rakyat-kena-tipu-belum-laksana.html
Palestin: Dua maut, 60 lagi ditahan tentera Israel
RAMALLAH: Dua remaja Palestin terbunuh didakwa dilanggar serorang penduduk haram Yahudi dengan kenderaannya di bandar Haifa utara Israel.
Kedua-dua yang dibunuh itu, dinamakan Sobhi Abu Hamed dan Anwar Satal, berasal dari Tebing Barat Qalqiliya dan Tulkarm.
Ia tidak jelas sama ada pembunuhan disengajakan.
Walau bagaimanapun, kejadian itu berlaku di tengah-tengah gelombang kemarahan selepas seorang remaja Palestin berusia 16 tahun, Mohamed Abu Khdeer diculik dan dibunuh oleh penduduk haram Yahudi di Jerusalem minggu ini.
Laporan bedah siasat awal menunjukkan bahawa Mohamed telah dibakar hidup-hidup oleh penculik beliau.
Mayat dengan kesan hangus Abu Khdeer ditemui pada Rabu di hutan berhampiran Jerusalem dalam disyaki serangan 'membalas dendam' oleh penduduk haram Yahudi ekoran kehilangan tiga remaja Israel Jun lalu yang akhirnya ditemui mati berhampiran Tebing Barat Hebron.
Sementara itu tentera Zionis Irael telah menahan 60 rakyat Palestin dalam tempoh dua hari lalu.
Difahamkan, penahanan itu berikutan konfrantasi selepas pembunuhan Mohamed Abu Khdeer. - HARAKAHDAILY 7/7/2014
Tidak semua secekal jiwa Intan
Noratikah menyuapkan nasi ke mulut datuknya ketika berbuka puasa di kediaman mereka di Felda Jengka 20.
ZAMAN kanak-kanak Noratikah Yusof di Felda Jengka 20, Pahang riang apabila datuk tempat menumpang kasih menghantarnya ke sekolah.Namun sejak Julai 2012 lalu, tiba giliran Noratikah, 23, yang mesra dipanggil sebagai Intan pula menjaga makan dan minum Din Awang Kassim, 72.
Penyakit strok dialami datuknya menyebabkan Intan mengambil tanggung jawab untuk memberi sepenuh perhatian untuk menjaga bekas peneroka Felda Jengka generasi pertama itu.
Lebih berat bahu Intan yang memikul apabila turut menjaga ibunya, Rohani Din, 42, serta dua ibu saudaranya iaitu Norzaiha Din, 35, dan Norazlawati Din, 30.
Mereka bertiga tidak mampu menguruskan diri akibat diserang penyakit saraf. Semua perkara dilakukan dengan kudrat tenaga Intan beserta bantuan tiga adiknya dan sepupu yang juga tinggal serumah.
Mengangkat datuk ke tandas dan menukarkan kain lampin pakai buang ibu saudaranya antara rutin yang perlu mereka lakukan.
Berat mata memandang bagi rombongan Pemuda PAS dan Harakah ketika menziarahi keluarga yang menempuh ujian Allah yang hebat ini pastinya tidak sama beban yang mereka hadapi.
Intan sendiri mengambil keputusan yang tidak calang-calang mampu dilakukan oleh anak muda seusia dengannya yang sedang mengejar cita-cita.
Pengorbanannya untuk menjaga ahli keluarga menyebabkan beliau terpaksa menangguhkan pengajian selama tiga semester sebelum pasrah menerima tindakan pihak universiti menamatkan pengajiannya.
Akibatnya, hajat Intan untuk menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di Kedah tidak kesampaian.
Kunjungan diketuai Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kai'at serta Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menjelang waktu iftar pada hari kedua puasa, 30 Jun lalu menyaksikan makna pengorbanan sebenar yang tidak ramai mudah ditempuhi orang lain.
Lebih mengharukan, apabila Intan turut membesarkan dua adiknya yang sedang menuntut di sekolah menengah serta anak saudara berusia hampir dua tahun.
"Dari surat khabarkah? Tak mengapalah. Saya tak mahu dilihat macam meminta belas simpati. Saya masih boleh buat semuanya sendiri," ujar Intan sebaik saya bertanyakan butiran nama ahli keluarganya.
Reaksi spontan Intan yang mulanya berat untuk ditanya lanjut oleh Harakah cerminan dirinya yang berjiwa besar tidak mengharapkan ganjaran atas tenaga dicurahkannya apa lagi meraih simpati orang ramai.
Namun, pastinya kita sebagai masyarakat yang prihatin ditambah mengambil peluang memanfaatkan kebaikan di bulan mulia ini tidak hanya sekadar bersimpati kosong.
Sehubungan itu, sumbangan ikhlas pembaca Harakah boleh disalurkan terus melalui akaun Maybank 5640 2540 0414 atas nama "Tabung Rakyat Prihatin".
Ini memandangkan bantuan diperoleh keluarga itu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak mencukupi bagi menampung kos perbelanjaan harian dan perubatan yang kian meningkat.
Sementara itu, Suhaizan Kai'at menyeru pembabitan kerjasama jabatan atau agensi kerajaan dan swasta membantu meringankan beban keluarga terbabit terutama dari segi lawatan pegawai perubatan secara berkala.
"Ibu Intan yang menghidap penyakit saraf serta dua ibu saudaranya yang tinggal di kediaman sama juga perlukan penjagaan bersama daripada pembantu rumah.
"Aspek pendidikan sempurna pula mesti kita beri penekanan memandangkan adik-beradik dan sepupunya yang masih di bangku sekolah selain anak kecil berusia satu tahun yang mesti dipastikan mendapat pendidikan sempurna dan makanan berkhasiat," ujarnya kepada Harakah di rumah keluarga terbabit di Felda Jengka 20.
Menurut Suhaizan, pembantu rumah juga diperlukan bagi menjaga mereka yang sakit manakala Noratikah atau dikenali sebagai Intan harus menyambung pengajian tingginya.
'Gaji pembantu rumah saya cadangkan dapat ditanggung mana-mana pihak swasta atas dasar tanggungjawab sosial korporat mahupun daripada pihak kerajaan juga," katanya lagi.
Sepetang Harakah bersama pimpinan Pemuda PAS Pusat serta negeri Pahang juga menyaksikan kehadiran tanda cakna Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Nasaei Ismail; Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Roslan Mat Esa.
Turut hadir Ketua Pemuda Kawasan Kuala Krau, Syafie Mat Esa; Timbalan Presiden Anak Pusat, Aris Fezol Ismail dan Ketua Cawangan Jengka 20, Yusuf Abdullah.
Semua ahli rombongan termasuk anggota Unit Amal Kawasan Kuala Krau berbuka puasa bersama keluarga terbabit dengan hidangan nasi Arab berlaukkan kambing dan ayam istimewa masakan isteri Ahmad Lutfi.
Menunaikan solat Maghrib berjemaah di perkarangan rumah keluarga terbabit seusai berbuka puasa mencelikkan kita masih ramai anggota masyarakat hari ini ditimpa kepayahan untuk menempuh kehidupan yang memerlukan bantuan dan sokongan kita bersama. - HARAKAHDAILY, 7/7/2014
Rombongan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Harakah bergambar ramai di hadapan kediaman Noratikah dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan