Sabtu, 19 Julai 2014

TENGOK JENIS SUDULAH

Kepenatan Melarikan Diri Dari Serangan Israel


Hari ini sudah masuk hari ke-2 tentera Israel melancarkan serangan darat terhadap Gaza. Disini turut dikongsikan beberapa keping gambar rakyat palestin yang sedang tidur kepenatan di  kawasan sekolah setelah melarikan diri daripada serangan Israel di Utara Gaza. ─ SiakapKeli.com


Sumber gambar: Twitter.com
Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah sebagai berikut:
Menuduh Nabi Musa mempunyia penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah secara langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
Mengubah perintah agar masuk negeri yang dijanjikan seraya bersujud dan mengucapkan hithah, iaitu memohon keampunan. Tetapi mereka mengganti perintah itu dengan cara melata di atas anusnya dan mengatakan hinthah, iaitu sebutir biji di rambut. (QS. 2:58-59
Menuduh Nabi Musa mengolok-olok mereka ketika mereka disuruh menyembelih sapi betina. (QS. 2:67)
Menulis Alkitab dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari Allah. (QS. 2:79)
Memutar-mutar lidahnya untuk menyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
Menyembah patung sapi saat ditinggal Nabi Musa yang pergi mengambil Taurat. (QS.2: 51 dan 92)
Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
Menuduh Allah itu faqir. (QS. 3:181)
Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
LikeLike · ·

Sabtu, 19 Julai 2014


MH17: Siapa punya angkara?

Nahas MH17: Siapa punya angkara?
KIEV - Angkara siapa? Seluruh penduduk dunia kini terarah kepada tragedi nahas pesawat MH 17, Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat malang membawa 283 penumpang dan 15 kru itu dikatakan ditembak kumpulan pemberontak pro-Russia di Donetsk iaitu wilayah pemberontak Ukaraine.

Sejurus kejadian itu, Ukraine dan Rusia saling menuding jari menuduh antara satu sama lain untuk bertanggung jawab terhadap kejadian itu.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu.

Ukraine tuduh Rusia

Sejurus kenyataan itu dikeluarkan, kemelut antara Kiev dan Moscow menjadi lebih teruk.

Tuduhan itu dikuatkan lagi apabila pesawat malang berkenaan dipercayai terhempas di perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia iaitu kawasan di mana pemberontak pro-Rusia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan Ukraine apabila Presidennya Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat B777 itu dipercayai terhempas berhampiran Donetsk dan  ditembak menggunakan sistem anti-pesawat Buk oleh pengganas dengan sengaja.

Selain itu, ada juga tuduhan mengaitkan cubaan Ukraine untuk menyalahkan kumpulan pemberontak pro-Rusia  secara konsisten.

Ukraine dikatakan menembak pesawat berkenaan untuk melabelkan kumpulan pemberontak pro-Rusia sebagai pengganas.

Tuduhan itu penting bagi membuka mata dunia bagi menyalahkan Rusia di atas segala kemelut yang berlaku di negara berkenaan selepas  negara kuasa besar itu berjaya menghasut rakyat di Crimea berpisah dari Ukraine.

Kesan daripada pemisahan ini wujud kumpulan menggelar diri mereka sebagai kumpulan pemberontak Pro-Rusia.

Namun, secara logiknya sistem anti-pesawat Buk itu hanya dimiliki tentera dan kumpulan pemberontak pro-Rusia juga dikatakan tidak memiliki aset pertahanan canggih.

Terdapat juga andaian bahawa, tentera Ukraine dikatakan tersilap sasaran apabila mengandaikan pesawat MH17 yang ditembak itu adalah pesawat Ilyushin Il-96-300PU iaitu pesawat rasmi bawa Presiden Rusia Vladimir Putin.

Ini kerana reka bentuk MH17 dan Ilyushin Il-96-300PU tidak jauh beza terutama corak pada badan pesawat.


Namun rasanya, Putin dan tenteranya tidak sebodoh itu untuk melalui zon perang jika nyawanya tergugat.

Jika benar andaian itu, ini bermakna pesawat MH17 dan Malaysia menjadi mangsa.

Rusia sangkal dakwaan

Hanya selepas beberapa minit insiden itu berlaku, Utusan Khas Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Vitaly Churkin  mengeluarkan kenyataan bahawa tenteranya telah menembak sebuah pesawat.

Ketika itu, Rusia dikatakan belum mengetahui maklumat terperinci tentang kejadian tersebut dan mengandaikan tentera mereka menembak sebuah pesawat jet pejuang milik Ukraine.

“Kami tidak melakukannya dan tidak menembak mana-mana pesawat,” katanya.

Penafian itu dibuat selepas Majlis Kebangsaan Keselamatan dan Pertahanan Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat tentera Rusia menembak jatuh sebuah pesawat Ukraine Su-25 dengan roket.

Punca krisis Ukraine dan Rusia

Krisis dua negara ini bermula selepas rakyatUkraine mendesak bekas Presiden Viktor Yanukovych untuk menandatangani perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.

Selepas berbulan, rakyat memberontak dan Yanukovych akhirnya meminta bantuan Putin sehingga menyebabkan Rusia campur tangan dalam krisis politik dalaman negara mereka.

Pada masa sama, kerusi jawatannya itu digantikan pemangku Presiden Arseniy Yatseniuk yang merupakan pro-Barat bersama jutaan rakyat Ukraine mereka menentang Yanukovych.

Yanukovych bagaimanapun mendapat bantuan segera daripada Putin yang secara adhoc mengarahkan 6,000 tentera memasuki wilayah berkenaan dan turut menawan beberapa pangkalan tentera hingga wilayah Crimea jatuh ke tangan Rusia.

Pencerobohan Putin akhirnya dikecam negara antarabangsa hingga menyebabkan AS yang juga sekutu kuat Yatseniuk melakukan sekatan ekonomi.

Mengapa MH17 terbang di zon konflik

Sejak insiden MH17 berlaku, Pusat Penyelaras Kawalan Trafik Udara Eropah tidak membenarkan mana-mana pesawat melalui kawasan berkenaan pada jarak ketinggian kurang daripada 33,000 kaki.

April lalu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS mengeluarkan amaran kepada juruterbang mereka bahawa ruang udara antara Rusia dan Ukraine berada pada tahap advisory- (berhati-hati) kerana keadaan disitu berpotensi menjadi tidak stabil.

Bagaimanapun, penerbangan awam masih melakukan penerbangan secara biasa pada setiap hari dan pada hari kejadian, difahamkan kira-kira sembilan pesawat melintasi ruang udara tersebut termasuk Singapura.

Namun, sejak awal minggu lalu, beberapa pesawat sudah mengurangkan laluan di zon berkenaan kerana bimbang berlaku insiden tidak diingini.

Selepas insiden MH17, semua syarikat penerbangan antarabangsa dikatakan mengelakkan laluan berkenaan kerana tidak mahu berhadapan risiko dan kawasan terbabit juga telah diisytiharkan sebagai koridor keselamatan sementara bagi melakukan operasi pembersihan bangkai pesawat.

Apa juga yang berlaku, terdapat juga spekulasi dicetuskan termasuk mendakwa Malaysia memilih laluan berkenaan untuk menjimatkan minyak, namun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan dakwaan berkenaan.

Kini, kesemua negara terlibat memulakan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar kejadian. Adakah Malaysia menjadi mangsa keadaan atau segalanya sudah ditakdirkan.

MH17: MAS sahkan 43 rakyat Malaysia termasuk 2 bayi dalam nahas

MH17: MAS sahkan 43 rakyat Malaysia termasuk 2 bayi dalam nahas
Pesawat MAS jenis Boeing 777 yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia. -gambar fail
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang  dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga penumpang dan krew tentang kejadian ini,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.
termasuk-2-bayi-dalam-nahas-40088?cp

Tiada ulasan: