Khamis, 31 Julai 2014

PARTI NI BUKAN HAK INDIVIDU....JANGAN2 KETIKA DITUBUHKAN KITA TAK LAHIR LAGI...MALAH AHLI BELUM SAMPAI 20 TAHUN...TAK TAHU LAGI TENDANG TERAJANG POLITIK...PERJUANGAN DIRI PUN MASIH KABUR

BILA KERETA AWAM ROSAK POLIS DATANG MEMBANTU MENOLAK .. BILA KERETA SENDIRI ROSAK TIADA SIAPA YANG SUDI DATANG MEMBANTU.


Tiada kata yang dapat diungkapan hanya sekadar rasa sedih dan sayu apabila rakyat hanya pandang tanpa menghulurkan bantuan.

Perlu perubahan sikap. .. macai-macai UMNO, PERKASA, JATI, PPIM dan ISMA cakap jer besar berdegar tetapi nak hulur bantuan jauh panggang dari api.

Ubah sikap dari pemerhati menjadi ejen pemberi kudrat dan khidmat.
Anwar: Tiada tanda Pas keluar PR
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PERMATANG PAUH - Kepimpinan Pas tidak menunjukkan sebarang reaksi akan keluar dari PR ekoran krisis politik baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pas kekal komited kepada PR malah pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah pendirian peribadinya.

Beliau berkata, pendirian dan pendapat sesetengah pemimpin akar umbi Pas juga tidak menggambarkan pendirian rasmi parti itu sekaligus mengurangkan kebimbangan PR akan berpecah.

"Saya kenal sikap Abdul Hadi. Beliau seorang sangat komited kepada PR," katanya kepada media sebelum menghadiri majlis tahlil dan sumbangan duit zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin yang juga Adun Seberang Jaya.

Ditanya sama ada pernah bertemu dengan Abdul Hadi selepas mengumumkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau ada menghubunginya pada malam Hari Raya Aidilfitri (Ahad) sebelum Abdul Hadi bertolak ke Terengganu.

"Saya bercakap dengannya melalui telefon pada malam raya. Bermakna komunikasi antara kami masih bagus.

"Walaupun ada sentimen pada dasarnya dan dakwaan yang perlu kami hadapi...namun saya memilih untuk tidak melayan mereka kerana mempunyai keyakinan penuh dalam sikap dan polisi pakatan ini diputuskan dalam kepimpinan tertinggi," katanya.

Menurutnya, perbincangan awal  sudah diadakah walaupun tiada keputusan dimuktamadkan.

"Ketika nama Wan Azizah dikemukakan dalam mesyuarat PR, pemimpin Pas ada dan diwakili Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; AJK Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa," katanya lagi.

Diminta mengulas tindakan Abdul Khalid enggan berundur walaupun sudah sedia maklum mengenai keputusan majlis kepimpinan PR sejak awal lagi, Anwar berkata, Abdul Khalid mungkin tidak mahu melepaskan jawatan itu berikutan sokongan dari sesetengah pihak.

"Abdul Khalid sudah dimaklumkan mengenai hal ini sejak Mac lalu atau sebelum saya umumkan Langkah Kajang.

"Sebab itu, kita cuba elak dari kenyataan yang menghangatkan suasana walaupun ada tentangan yang dikeluarkan oleh satu dan dua pimpinan kecil Pas.

"Saya tidak menggangapnya sebagai suara pimpinan utama," katanya.

Beliau berkata lagi, komen tidak sihat dan tidak sesuai dari akar umbi mengenai jawatan Menteri Besar Selangor akan menyebabkan salah faham dalam komponen parti.

"Pandangan tidak sihat memudarkan kepercayaan dalam parti. Contohnya, semalam Penasihat DAP, Lim Kit Siang bercakap dengan saya dan berasa aneh kerana soal kerusi PKR dan DAP di Gelang Patah dibangkitkan sesetengah pihak.

"Saya  yakin pakatan masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan Pas. Kami sudahpun melalui susah senang bersama dengan prinsip seperti toleransi.

"Oleh itu, saya tidak melihatnya sebagai satu perpecahan," katanya.
MEREKA LAH YANG TELAH MENYELAMATKAN MARUAH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.........

Tahukah anda?
Rakyat Palestin berkorban segala-galanya bagi mempertahankan tanah suci umat Islam itu sejak puluhan tahun lamanya. Mereka menjadi wakil umat Islam seluruh dunia yang ternyata tidak mampu ke sana berjuang bersama-sama mereka.
Jika boleh diberi penghargaan kepada para pejuang di sana, apakah penghargaan paling wajar kita berikan buat mereka ketika ini?
Mesej Whatsapp bukan pendirian peribadi saya
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki
SHAH ALAM - Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menjelaskan ayat yang digunakan beliau dalam mesej Whatsapp yang dibocorkan, kelmarin tidak menggambarkan pendiriannya.
Menurutnya, ini kerana beliau tidak berada dalam senarai yang menyokong Pas keluar daripada PR.
"Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap Pas seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak lagi bersuara seperti dulu.
"Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur imaginatif dan sindiran tersebut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Mohd Zuhdi, perbincangan tentang usul keluar PR itu dibuat secara jenaka, provokasi, sindiran dan tegang.
Beliau berkata, terdapat ahli Pas dalam perbincangan yang menyebut bahawa segelintir ahli Pas akan lega apabila Pas keluar PR kerana mereka begitu marah dengan DAP terutama dalam isu nama ALLAH, serbuan gereja dan lain-lain.
"Meskipun Pas telah ambil tindakan disiplin kepada beberapa orang ahli seperti ini, tetapi masih ada ahli Pas yang bersikap marah kepada DAP dan lain-lain pihak berkaitan.
"Apabila saya buat analisis senario apa berlaku kalau Pas keluar PR, maka saya sebut tentang kemungkinan yang boleh berlaku di Selangor.
"Pada perenggan kedua saya sebut secara imaginatif dan berbentuk sindiran perkataan yang akan dihamburkan oleh ahli Pas yang selama ini memendam kemarahan kepada DAP dan lain-lain berkaitan isu nama ALLAH dan seumpamanya," jelas beliau.
Kongsi berita ini:
Artikel Berkaitan
  • Kenyataan Dr Zuhdi tiada kaitan Pas Selangor
  • Mesej Whatsapp bukan pendirian peribadi saya
  • Pas jelas kontroversi Whatsapp
    Terkini | Gaza 7.15 pm | Perang Hari ke-24
    Dr. Mahmoud Habash, Menteri Palestin : Israel dan Amerika telah mensyaratkan supaya semua mujahidin di Gaza agar mencabut senjata. Pimpinan Palestin yang diketuai oleh Presidennya, Mahmoud Abbas menolak walaupun sebuah perbincangan tentang perkara ini sebelum mendapat penyelesaian terakhir yang menjamin penjajahan dihapuskan dan sebuah negara Palestin yang berpusat di Jerusalem/Al-Quds didirikan. Pendirian ini telah disampaikan kepada semua pihak.
    Sumber : شبكة قدس الإخبارية
    ‪#‎weareallqassam‬
    ‪#‎gazaunderattack‬
    ‪#‎dedaunhancur‬
    ‫#‏البنيان_المرصوص‬
    ‫#‏العصف_المأكول‬
    43 mins ·
    Terkini | Gaza 6.56 pm | Perang Hari ke-24
    Briged Al-Qassam mengisytiharkan bahawa mereka telah membedil jentera perang tentera Zionis di timur Syujaiyyah dengan 10 tembakan mortar.
    Sumber : شبكة قدس الإخبارية
    ‪#‎weareallqassam‬
    ‪#‎gazaunderattack‬
    ‪#‎dedaunhancur‬
    ‫#‏البنيان_المرصوص‬
    ‫#‏العصف_المأكول‬
    Derma :
    http://on.fb.me/1zoCkpO8:30AM - 31 Jul 2014

    70 keranda mayat mangsa MH17 telah dibuka


    Sejumlah 70 keranda mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas telah diperiksa untuk proses forensik dan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) di fasiliti ketenteraan di Hilversum, di Amsterdan.
      
    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata daripada 227 keranda, yang diterbangkan dari Kharkiv, Ukraine, sehingga semalam 70 keranda telah dibuka.
      
    "Berdasarkan kepada pasukan DVI kami di fasiliti itu, dijangka proses itu boleh diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu," katanya kepada pemberita Malaysia di Amsterdam..
      
    Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
      
    Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh tetapi setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
      
    Dr Subramaniam berkata kementerian itu telah mengumpulkan semua cap jari, DNA dan rekod pergigian untuk 43 warganegara Malaysia yang menaiki MH17.
      
    Beliau berkata rekod pergigian itu siap minggu lepas manakala cap jari dikumpulkan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran.
      
    "Semua data rekod telah dimuat naik ke sistem penyiasatan Interpol di Belanda untuk pramortem," katanya.
      
    Dr Subramaniam menjelaskan kementerian itu juga telah mengumpulkan DNA saudara-mara di Malaysia untuk keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anak mereka, yang terkorban dalam tragedi itu.
      
    Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Malaysia, tinggal di Belanda dan Australia.
      
    Beliau berkata semasa lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amsterdam esok, kementerian itu akan menawarkan bantuan kepada Belanda untuk mempercepatkan proses DVI.
      
    Sementara itu, utusan pengkebumian mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang tidak mempunyai waris terdekat akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
      
    Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini berkata mayat mangsa nahas itu akan diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.
      
    Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Kuching.
      
    Bagaimanapun, beliau berkata urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine mungkin mengambil masa.
      
    Katanya, mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.

    Rohani berkata:"Oleh sebab itu saya memohon maaf kepada semua waris mangsa sebab saya sendiri tidak pasti bila semua mayat terbabit dapat dibawa balik ke Malaysia."
      
    Sehubungan itu, beliau meminta keluarga mangsa bersabar kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza.
      
    "Mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja," kata Rohani.
      
    Katanya, walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.
      
    "Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang  daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik,"  katanya.
      
    - Bernama

    Wanita Mati Bakar Diri Dalam Tandas Di Medan Selera, Kulim


    Kulim – Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki membakar dirinya di dalam tandas awam wanita di Medan Selera Taman Tunku Putra berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, pagi ini.
    Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, mangsa yang belum dikenalpasti identiti dipercayai membakar dirinya dalam tandas berkenaan.
    Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, wanita terbabit ditemui dalam keadaan terbakar sebelum orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan memadamkan api, namun gagal.
    “Mangsa gagal diselamatkan. Dia mengalami kebakaran hampir 90 peratus badan menyebabkan maut di situ.
    “Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya. – Harian Metro 

    Pelajar Maut Terlebih Makan Daging Kambing Bakar


    Alor Gajah – Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.
    Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan.
    Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.
    Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.
    “Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal.
    “Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan,” katanya.
    Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan.
    “Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Harian Metro4:44PM - 31 Jul 2014

    'Akar umbi jelak dengan politik Khalid'


    Lima cabang PKR di Selangor membuat tuntutan tegas agar parti menjalankan tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

    Para pemimpin cabang itu mendakwa gesaan itu "mewakili suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno oleh Khalid".

    "Umum sedia maklum, tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangi pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

    "Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan.

    "Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

    Lima ketua cabang tersebut adalah Mohd Yahya Mat Sahri (cabang Tanjung Karang), Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).

    Ini merupakan kali pertama ketua cabang daripada keseluruhan 22 cabang PKR di Selangor mengemukakan pandangan mereka tentang kemelut jawatan menteri besar Selangor.

    Dalam kenyataan sama, lima orang tersebut turut menyatakan sokongan terhadap pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

    "Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN PKR di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar.

    "Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota PKR termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat.

    "Bersatu hatilah dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai yang lalu iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor," kenyataan mereka dipetik.

    Mayat bayi dalam lubang tandas
    • Mayat seorang bayi perempuan tersangkut dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar. Mayat seorang bayi perempuan tersangkut dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar.
    1 / 1
    KUALA KANGSAR - Sadis dan kejam, seorang bayi perempuan dibuang ke dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar sejurus selepas dilahirkan.

    Lebih menyedihkan, mayat bayi malang tersebut dijumpai orang awam sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika masuk ke dalam tandas terbabit, dia ternampak banyak darah di atas lantai.

    "Pada mulanya saya nampak ada darah banyak di depan tandas. Saya ingatkan itu darah haid, tak sangka pula itu darah orang yang membuang bayi," katanya ketika ditemui di sini.

    Wanita itu berkata, ketika berada dalam tandas, dia melihat satu tandas berkunci sebelum terdengar bunyi sesuatu terjatuh.

    "Saya terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dalam tandas itu disusuli orang menjirus air dengan banyak dan ada darah banyak juga," katanya.

    Dia yang berkunjung ke pasar tersebut untuk membeli kelengkapan menyambut lebaran berkata, beberapa minit selepas keluar dari tandas terbabit, dia nampak orang ramai mengerumuni kemudahan awam tersebut.

    Katanya, dia yang kembali meninjau keadaan di tandas itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi dalam lubang tandas di situ.

    “Saya pasti kejadian yang saya lihat tadi adalah waktu ketika wanita itu sedang cuba untuk membuang bayi.
    “Jika saya tahu pada waktu itu ada orang buang bayi, saya akan ketuk pintu kuat-kuat dan paksa wanita itu keluar dari tandas itu,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

    Menurutnya, bayi perempuan cukup sifat yang baru lahir itu dijumpai dalam tandas terbabit pada kira-kira jam 10 pagi pada 28 Julai lalu.

    “Berat bayi itu mungkin dalam lingkungan tiga kilogram dan ketika dijumpai, tali pusat masih melekat pada badannya.

    “Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang cuba untuk mengesan orang yang membuang bayi itu.
    “Maklumat kes telah dimaklumkan kepada pihak hospital dan ketua kampung untuk menjejaki individu terbabit,” katanya.
    Artikel Berkaitan

     

Tiada ulasan: